Wednesday, June 9, 2010

ULAMA UHUM - Umat Islam Harus Berfikir

Keadaan Permulaan Awal Islam

Dalam Surah Al-Hasyar ayat 14-16, Allah Ta'ala berfirman bahawa "Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan yang bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka adalah seperti orang-orang Yahudi yang belum lama sebelum mereka, telah merasai akibat buruk dari perbuatan mereka, dan bagi mereka ada azab yang pedih.

Walaupun terjemahan ayat ini kelihatan umum apabila membacanya, namun apabila seseorang cuba merenungkannya dengan mendalam, ada tersedia makna yang begitu luas. Dalam ayat yang pertama, Rasulullah s.a.w dan para sahabat diseru bahawa mereka itu takut kepada kamu, dan ini kelihatan ganjil kerana kamu dianggap lemah, tidak ada pelindung, sering mendapat penghinaan dari orang-orang terhormat, sering disiksa dan dizalimi. Mereka juga dihalau dari negeri, dan walaupun setelah dihalau, mereka tetap tidak melepaskan kekejaman terhadap orang-orang Islam.

Jadi, yang dikatakan dalam ayat ini bahawa musuh kamu lebih takut terhadap kamu berbanding takut kepada Tuhan. Ketakutan terhadap kamu menyebabkan mereka lupa kepada Tuhan. Persoalan yang timbul ialah, takut yang bagaimana? Sebenarnya ketakutan itu ialah mereka takut Islam akan menang, bukannya takut dari segi yang zahir. Mereka takut menghadapi dalil-dalil yang hidup dan memberi kekuatan terhadap umat Islam. Setiap kebenaran, musuh akan merasa ketakutan yang tidak pada tempatnya. Mereka begitu takut sehingga dalam hati mereka langsung tidak ada ingatan kepada Tuhan. 

Oleh sebab itu, setiap orang yang kekal atas kebenaran, dalil-dalil mereka telah menyebabkan para musuh menjadi lupa kepada Tuhan dan jauh daripada ketakwaan, dan sebagai gantinya mereka berusaha sekeras yang mungkin untuk menghapuskan orang-orang yang tetap dalam kebenaran. Dan, serangan yang mereka buat menjadi bukti bahawa mereka itu langsung tidak ada perasaan takut terhadap Tuhan.

Sekiranya mereka itu ada perasaan takut kepada Tuhan, kenapa harus menggunakan senjata? Kenapa harus membuat harkat yang biadap? Kenapa harus menggunakan taktik kotor dan penipuan?

Semua itu menjadi bukti bahawa memang wujud ketakutan dalam diri mereka. Jika tidak, pasti mereka tidak akan menggunakan kekuatan tentera yang luar biasa, mereka tidak akan berusaha menekan, tidak akan melakukan kezaliman. Kalau mereka tidak takut, apa perlunya mereka berusaha menghapuskan hamba-hamba Rasulullah s.a.w.

Kekejaman Terhadap Ahmadiyah

Jadi, ketakutan itu adalah ketakutan atas kebenaran Islam yang dibawa oleh hamba-hamba Allah. Ia diumpamakan seperti kegelapan yang takut akan cahaya, malam yang takut akan munculnya sinar matahari pagi. Bagaimanapun usaha malam untuk bertahan, namun ia tahu bahawa pasti dan pasti matahati pagi akan muncul dan ia akan hilang dari dunia ini.

Demikianlah ketakutan musuh-musuh terhadap kebenaran. Dan walaupun begitu banyak serangan yang mereka lakukan, namun itu semua menjelaskan lagi ketakutan yang ada pada mereka.Dan, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat bahawa "Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan yang bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok". Mereka melakukan penentangan di mana mereka tidak akan didakwa kerana beranggapan bahawa mereka itu dalam perlindungan kerajaan. Tetapi, jika di negara yang bebas dan terbuka, mereka ini tidak akan mampu berhadapan dan akan lari dari medan perjuangan mereka.

Al-Qur'an telah menjelaskan dengan begitu indah permisalan itu. Cara penentangan yang mereka buat akan memberi gambaran siapa sebenarnya degil. Mereka merampas buku-buku Ahmadiyah dan terus-menerus melakukan penentangan, dan dari arah yang lain Jemaat Ahmadiyah tidak dibenarkan untuk bercakap atau membela diri. Kisah ini benar-benar sama seperti yang dilafazkan di dalam Al-Qur'an Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan yang bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok. 

Mereka menentang di belakang kekuatan duniawi, dari semua arah mereka melakukan penentangan dan hal ini semua orang mengetahuinya. Di dunia, penentangan terhadap Islam yang dibuat oleh kuasa-kuasa besar sekarang ini, yang menyebabkan banyak keburukan-keburukan yang timbul terhadap Islam, musuh-musuh Jemaat Ahmadiyah tidak mendapat taufik untuk keluar menghadapi mereka. Mereka hanya duduk di dalam benteng yang selamat sambil mengeluarkan ucapan-ucapan penentangan terhadap Ahmadiyah. Mereka tidak mendapat taufik mencabar penentang-penentang Islam untuk bersemuka. Tentang mereka yang mendapat taufik akan dijelaskan kemudian.

Kemudian dikatakan bahawa "kamu kira mereka itu bersatu sedangkan hati mereka berpecah-belah". Kenapa kita menganggap mereka bersatu? Ini menandakan ada falsafah mendalam dijelaskan di sini, yakni mereka bersatu hanya untuk menentang Jemaat Ahmadiyah. Dari segi zat ataupun dasar mereka adalah berbeza-beza atau tidak ada kaitan langsung, sesama mereka ada permusuhan yang keras, tetapi kerana untuk menentang Jemaat Ahmadiyah, mereka melupakan permusuhan mereka. 
Kebersatuan jenis apa yang seperti ini? Mereka bersatu hanya di luar sahaja, tetapi dalaman mereka banyak pertentangan, namun dilupakan untuk sementara waktu. Sebenarnya mereka itu kaum yang tidak mengerti. Kebersatuan seperti ini tidak ada makna apa-apa. Jika bersatu disebabkan suatu faktor atau sebab tertentu samada terdapat musuh yang menakutkan, itu biasa berlaku sebab haiwan pun akan berkumpul beramai-ramai jika ada yang menakutkan mereka. Kadang-kadang singa dan kambing pun boleh bersama, mereka bersama itu mungkin disebabkan ada ribut yang melanda, taufan yang mendatang dan apa-apa sahaja yang memberi ketakutan kepada mereka. Walaupun pada hakikatnya mereka itu ada permusuhan yang besar, dalam masa-masa seperti ini, mereka psati akan berkumpul, harimau, lembu, babi, singa dan sebagainya demi menyelamatkan diri masing-masing.

Jadi, kebersatuan yang sebenar ialah seperti yang digambarkan oleh Al-Qur'an RUHAMAA'U BAINAHUM, mereka saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain. Jadi, nasib mereka akan sama seperti umat-umat terdahulu iaitu WALAHUM AZAABUN ALIIIM. Mereka akan mendapat azab yang pedih, dan mereka tidak akan terlepas dari hal ini.

Keadaan Jemaat Ahmadiyah sekarang ini sama seperti yang dijelaskan di dalam ayat ini. Jemaat Ahmadiyah ditentang melalui lidah, pen, penderaan dan dipenjarakan. Dan yang paling dahsyat ialah dibunuh seolah-olah nyawa itu tidak ada nilai langsung bagi penentang.


bersambung.......

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...