Friday, July 30, 2010

Larangan Membunuh Tanpa Asas

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Larangan membunuh tanpa asas




Tindakan membunuh sesama Islam tanpa alasan yang benar adalah peristiwa hitam yang terjadi dalam sejarah Islam dari zaman ke zaman. Dewasa ini ia muncul dengan tajuk keganasan, terorisme atau militanisme yang dikaitkan dengan agama Islam.
Ia menjadi suatu isu besar yang turut mempengaruhi imej dan hubungan Islam dan agama-agama lain. Walaupun kita faham tidak semua label pengganas benar tetapi kita juga tidak dapat menafikan memang ada dalam kalangan penganut Islam, mereka yang bertindak ganas di luar kerangka hukum Islam.
Dalam memperjuangkan apa yang mereka rasa benar, mereka boleh sampai menghalalkan darah sesama Islam dan mengisytiharkan jihad perang tanpa hak terhadap mereka yang tidak sealiran.
Menyedari bahaya ini, Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki dalam kitab Mafahim Yajib An Tusohhah menyambung perbahasan isu takfir dengan larangan mencaci dan membunuh sesama Islam.
Beliau menegaskan bahawa membenci, memutuskan hubungan dan memusuhi kaum Muslimin itu adalah haram. Mencaci seseorang Muslim adalah suatu kefasikan dan membunuhnya tanpa alasan yang benar, adalah suatu kekufuran apabila dia menghalalkan perbuatan tersebut.
Sebagai bukti tegahan dalam permasalahan ini, memadailah diingat hadis melibatkan Khalid ibn al Walid r.a ketika diutuskan kepada kaum Bani Jazimah untuk mengajak mereka kepada Islam. Apabila beliau sampai, mereka pun menemuinya.
Lalu Khalid r.a berkata kepada mereka: "Masuklah kalian ke dalam Islam!" Mereka menjawab: "Kami adalah kaum Muslimin". Khalid ibn Walid berkata, "(Jika begitu) letakkanlah senjata kalian dan turunlah (dari bukit itu)". Mereka menjawab, "Tidak! Demi Allah, tidak ada sesuatu yang terjadi setelah meletakkan pedang, melainkan pembunuhan. Kami masih belum berasa aman denganmu dan orang-orang yang bersamamu."
Khalid berkata dengan tegas: "Tidak ada keamanan bagi kalian kecuali jika kalian turun (dari bukit itu)."
Setelah mendengar ancaman itu, sebahagian mereka pun turun manakala sebahagian yang lain berpecah.
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa, ketika Khalid sampai kepada kaum Jazimah, mereka menyambutnya dengan baik.
Lalu Khalid r.a berkata: "Siapakah kalian? Sudah Muslim, atau masih kafir?"
Mereka menjawab: "Kami adalah Muslimin. Kami telah mendirikan solat, kami juga membenarkan kenabian Nabi Muhammad SAW, kami telah membangunkan beberapa buah masjid di halaman rumah kami, dan melaungkan azan di dalamnya."
Dalam satu lafaz, mereka tidak mengatakan, Aslamna (kami telah masuk Islam), tetapi menyebut Soba'naa! Soba'naa! (Kami telah meninggalkan agama kami dahulu, kami telah meninggalkannya)".
Kemudian Khalid berkata kepada mereka: "Mengapa kalian masih menyandang pedang?"
Mereka menjawab: "Sesungguhnya di antara kami dan sebahagian orang-orang Arab ada permusuhan. Kami takut, jikalau kalian adalah mereka. Maka kami pun tetap menyandang pedang."
Khalid r.a berkata: "(Sekarang) letaklah pedang kalian." Mereka akhirnya meletakkan senjata.
Kemudian Khalid berkata kepada angkatan tenteranya: "Tawanlah mereka". Maka sebahagiannya ditawan, sebahagian lagi diikat dan kemudian dibahagi-bahagikan di antara sahabat-sahabatnya.

Wednesday, July 28, 2010

Pardah Dalam Islam

Islami Pardah

Kebelakangan ini ada tentangan terhadap sistem pardah. Tetapi mereka itu tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Pardah dalam Islam. Pardah bukan hanya bermaksud tudung, malah ia merupakan suatu penghalang di mana seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim terpisah antara satu sama lain. Sekiranya diamalkan sistem pardah yang betul, maka keburukan akan dapat dihindari. Dikatakan bahawa, bagaimana seorang lelaki dan wanita boleh terhindar dari keburukan dengan menahan gejolak nafsu sedangkan mereka berjumpa dengan rasa seronok dan gembira?

Banyak yang kita dengar dan lihat bahawa seorang lelaki dan wanita yang bertemu di suatu rumah yang sunyi, dan pada waktu itu pintu rumah tertutup, mereka tidak kenal lagi erti MALU. Seolah-olah bagi mereka itu satu kebaikan.

Bagi menghalang akibat buruknya, sebab itulah Islam sama sekali tidak mengizinkan perbuatan seperti itu yang boleh membawa ke arah keburukan. Dikatakan bahawa jika ada wanita dan lelaki bukan muhrim duduk di tempat yang sunyi, maka yang ketiga di antara mereka adalah syaitan.

Perhatikanlah akibat buruknya dengan betul, mereka yang terpengaruh dengan budaya Eropah, di beberapa tempat kehidupan mereka telah dilanda taufan yang amat memalukan ini. Jika ingin suatu benda tidak mahu dikhianati, maka peliharalah benda itu, jika tidak dijaga, malah menganggapnya satu amalan yang mulia, benda itu akan musnah.
Ajaran Islam itu begitu indah, lelaki dan wanita yang bukan muhrim itu dipisahkan agar terhindar dari keburukan. Dan juga kehidupan insan tidak menjadi musnah yang mana di Eropah, saban hari kita melihat ada pergaduhan dan bunuh diri.

(Dipetik dan diterjemahkan dari Malfoozaat Jilid 1, halaman 21)

Dana Saiyidina Bilal

Dana Saiyidina Bilal untuk Para Syuhada

Saya hendak sampaikan satu perkara yang penting. Saya ditanya beberapa kali, bagaimana seharusnya membayar untuk DANA SYUHADA ini? Ada beberapa saudara menyarankan agar diwujudkan satu dana khas untuk para syuhada ini.

Itu adalah disebabkan ketidaktahuan mereka. Sebenarnya dana untuk para syuhada telah bermula pada zaman khalifah keempat atas nama “Saiyidina Bilal Fund”. Dan saya sudah jelaskan hal ini dalam Khutbah Hari Raya dan juga Khutbah Jumaat.

Dengan dana ini, kehidupan keluarga para syuhada dapat diambil berat. Mereka yang memerlukan akan dibantu dengan sebaik mungkin. Dan, sekiranya dana ini tidak wujud pun, adalah menjadi kewajipan bagi Jemaat untuk mengambil berat atas keluarga-keluarga para syuhada ini. Dan dengan kurnia Allah Ta’ala juga, kita sentiasa mengambil berat akan mereka semua. Jadi, “Dana Saiyidina Bilal” memang ada, dan anggota Jemaat boleh menyalurkan bantuan melalui dana ini.

(Petikan dari Khutbah Imam Jemaat Ahmadiyah, Hazrat Mirza Masroor Ahmad, 11 Jun 2010)

Wednesday, July 14, 2010

Kesabaran & Doa Untuk Ahmadi di Lahore


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ha Mim Sajadah:31-33)
>Inilah terjemahan ayat yang telah saya tilawatkan tadi.
Setiap minggu, ribuan surat yang saya terima dan baca dalam pelbagai bentuk surat. Ada yang mohon doa untuk penyakit, ada yang mohon doa untuk saudaranya agar termasuk dalam kegembiraan perkahwinan, ada juga yang menzahirkan rasa risau dalam pencarian ahli keluarga, juga pelbagai jenis pekerjaan dan perkhidmatan agar diberikan berkat, para pelajar mohon kejayaan dalam peperiksaan mereka, juga untuk ibu bapa mereka, dan ada banyak lagi jenis surat yang saya baca.
>Tetapi, dalam minggu yang lepas, saya menerima surat-surat yang lebih banyak yang mengandungi isi yang hampir sama iaitu menzahirkan rasa sedih atas peristiwa yang berlaku di Lahore. Sedih, duka, marah, tetapi ayat mereka diakhiri dengan sabar dan doa-doa. Semua orang lupa tentang masalah mereka. Surat-surat itu juga datang dari Pakistan, negara-negara Arab, India, Australia dan juga dari pulau-pulau. Dari Eropah juga ada, Amerika, Afrika, yang mana semangat yang dizahirkan itu bukan kerana keluarga mereka ada tinggal di Pakistan, atau kerana bangsa mereka dizalimi, tetapi semuanya adalah kerana mereka bai’at kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s. Penzahiran emosi mereka seolah-olah ada ahli keluarga mereka yang telah ditindas. Kemudian, mereka yang mempunyai ahli keluarga yang turut terkorban samada adik, abang, ayah, atau suami yang syahid, mereka menyampaikan kepada saya bahawa mereka akan bersabar dan istiqomah semata-mata kerana Allah.
>Ketika saya membuat panggilan telefon ke setiap rumah yang mempunyai ahli keluarga yang syahid untuk mengucapkan takziah, saya mendapati ahli keluarga mereka yang syahid, anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa, isteri-isteri dan saudara mereka, sudah redha atas takdir Ilahi. Jika ada rumah tertinggal, sila maklumkan kepada saya.
>Walaupun dalam surat, mungkin emosi boleh disembunyikan, namun dari suara mereka jelas kedengaran bahawa “kami mengutamakan firman Allah Ta’ala, orang Mukmin, sebagai ganti melakukan tindak balas, kami hanya menguncapkan Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’uun. Kami mengucapkan ini dengan penuh kesedaran bahawa kami pasrah atas keredhaan Allah. Apa yang ada pada satu-satu atau dua-dua korban, kami ini sanggup korbankan segala-galanya dan kami sedia mengorbankan setiap titisan darah kami semata-mata untuk Jemaat Hazrat Masih Mau’ud a.s ini.
>Sebab itu bersedialah, hari ini darah kita dan pengorbanan kitalah yang akan menzahirkan dan melaungkan kepada dunia bahawa Rasulullah s.a.w itu adalah rasul yang terbaik dan khatamul anbiya. Kita inilah yang akan mengekalkan contoh golongan yang awwalin. Kita inilah yang akan mempamerkan contoh para sahabat Rasulullah s.a.w.
>Dengan membaca semua surat dan mendengar semangat dari mereka, untuk menzahirkan perasaan sendiri berada di luar kemampuan. Tetapi Allah Ta’ala telah menetapkan atas keyakinan itu dan memberi kekuatan bahawa orang-orang ini dikasihi oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s, mereka semua ini telah dikurniakan oleh Allah kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s untuk mencapai matlamat yang besar.
>Sabar dan istiqomah ini mereka miliki, dan orang-orang yang telah pergi pun menunjukkan keteguhan hati mereka lalu hadir di hadapan Allah Ta’ala, dan sesuai dengan janji Allah Ta’ala iaitu (ayat dari Surah Al-Baqarah :155), golongan ini membenarkan ayat ini, dan mereka juga memberitahu kepada dunia bahawa jangan katakan kami ini mati, malah kami ini hidup. Di mana kami telah mendapat kehidupan yang kekal dari Allah Ta’ala, itu akan menjadi penyubur kepada agama Allah. Setiap titisan darah kami ini akan menjadikan ribuan buah-buah dan pohon akan menjadi indah. Malaikat telah meletakkan kami di pangkuan mereka. Kami sendiri pun tidak tahu di mana-mana dan berapa banyak butir peluru yang terkena pada tubuh kami. Kami juga tidak tahu jika kami cedera oleh bom.
>Orang-orang yang telah menyerahkan jiwa mereka kerana Allah Ta’ala telah menunjukkan satu kesabaran yang agung, berjam-jam lamanya mereka menahan kesakitan dan terus-menerus melihat darah yang mengalir dari tubuh saudaranya, mereka terus-menerus berdoa dan membaca salawat tanpa mengeluarkan kata-kata rungutan. Jika ada yang merungut, maka orang yang ada di hadapannya berkata; orang sanggup mengorbankan nyawa tanpa ada suatu maksud yang khas, tetapi kamu sedang berkorban untuk suatu maksud yang agung, maka orang yang merungut tadi hanya berdoa dan bersalawat sehingga ke titisan darah yang terakhir. Orang yang bersalawat ke atas nabi Muhammad s.a.w, mereka itu berusaha meyakinkan Allah dan Rasulullah s.a.w bahawa mereka sedang menyempurnakan janji yang dibuat kepada Masih Muhammadi.
>Saya telah melihat video yang menyayat hati yang telah dirakam oleh orang yang cedera. Jadi, mereka inilah, yang memang pengorbanan mereka diambil oleh Allah, tetapi malaikat telah memberikan ketenangan kepada mereka. Berjam-jam lamanya mereka hanya berdoa dan bersabar.
>Melalui telafon, seorang lelaki memberitahu saya bahawa abangnya berumur 19 tahun terkena empat lima das tembakan, tetapi berjam-jam lamanya dia berdoa dalam keadaan cedera dan tidak berganjak dari tempatnya. Jika polis sampai pada masanya, ramai nyawa yang boleh diselamatkan. Tetapi jika semua pentadbiran dalam masalah, apa yang boleh diharapkan dari mereka? Seorang pemuda telah menahan hand grenade dengan tangannya sehingga meletupkan dirinya untuk menyelamatkan yang lain. Ada seorang tua yang menjadikan dirinya perisai melindungi pemuda dan anak-anak ketika penyerang cuba menembak, sehingga semua peluru terkena dadanya.
>Hari ini, Inspector General police memberitahu dengan bangganya bahawa dua orang pengganas telah ditangkap. Apabila dari atasan sehingga bawahan sudah tidak peduli dengan kebenaran atau kepalsuan, sebab itu mereka memperkatakan seperti itu. Sebenarnya, dua pengganas itu telah ditangkap oleh dua anak muda kita. Penangkap itu memberitahu saya bahawa dia seorang anak yang lemah dari segi jasmani, tetapi penuh dengan keimanan. Dia telah menangkap leher pengganas itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menangkap tangan pengganas sehingga tidak dapat melepaskan diri.
>Pengganas yang malang itu masih muda, dalam umur 18-19 tahun atau 20-22 tahun. Dia anak orang miskin. Disebabkan kemiskinan, mereka menjadi zalim kerana diajar untuk bertindak ganas atas nama agama, dan mereka dibrainwash sehingga dijanjikan dengan syurga jika mereka sanggup membuat serangan berani mati. Sedangkan ini adalah bentuk kematian yang tidak disukai Allah. Tetapi hal ini jarang diketahui oleh manusia. Tidak pernah ada orang yang melihat pemimpin-pemimpin pengganas yang datang bersemuka, tidak pernah mereka mengorbankan anak-anak mereka, tetapi mereka hanya membrainwash anak-anak miskin untuk berani berkorban. Apapun, kedua-dua pengganas itu telah ditangkap oleh anak muda kita.
>Jadi, turunnya malaikat yang memberi ketenangan seperti yang kita lihat atas orang-orang yang cedera itu, ia juga memberi ketenangan kepada orang yang masih hidup. Keimanan yang kuat ke atas imam zaman telah menyebabkan Allah memerintahkan para malaikat; pergilah, jadilah penenang kepada hamba-hamba-Ku, jadilah sarana ketenangan dan kesabaran ke atas orang-orang yang berdoa. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa keadaan ini kelihatan dalam setiap rumah yang saya hubungi.
>Kita menjadi hairan apabila melihat pemandangan ini, bagaimana Allah Ta’ala mengurniakan kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s orang-orang seperti ini. Setiap dari mereka memperlihatkan gambaran (ayat dari surah Yusuf:87) sesungguhnya hanya kepada Allah sahaja aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan inilah ciri seorang Mukmin di mana mereka telah diperintahkan oleh Allah untuk bersabar atas kesedihan yang menimpa. Firman Allah Ta’ala (ayat dari surah Al-Baqarah:154) yakni hai orang-orang yang beriman! Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.
>Jadi, seorang hamba harus mempersembahkan segala-galanya di hadapan Tuhan. Seorang hamba Allah yang hakiki, iaitu abdurrahman, sebagai ganti dia melakukan keluh-kesah, membuat bising, mengadakan tunjuk perasaan, dan meninggalkan undang-undang, jika mereka menahan emosi dengan sabar dan doa, maka Allah akan memberikan mereka hak untuk mendapat khabar gembira. Jemaat orang-orang Mukmin telah diberitahu oleh Allah tentang ujian yang akan mereka hadapi dan pasti akan datang. Allah telah berfirman   (ayat dari surah Al-Baqarah:156) dan sungguh akan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
>Jadi, Allah Ta’ala memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar dan berdoa. Mereka juga diberikan khabar tentang syurga. Orang-orang yang syahid di jalan Allah juga diberikan khabar gembira tentang syurga. Orang-orang yang menjalani kehidupan menurut keredhaan Allah juga mendapat khabar syurga. Keinginan orang-orang seperti itu ialah mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala.
>Ayat yang saya tilawatkan tadi, Allah Ta’ala menceritakan tentang ciri-ciri keistimewaan orang Mukmin. Orang yang memperlihatkan istiqomah dalam ujian, malaikat menjadi sarana ketenangan bagi mereka. Apabila orang Mukmin ditimpa ujian dari pelbagai arah, banyak jiwa yang terkorban, harta benda dirampas, maruah juga dijatuhkan, kadang-kadang ujian datang dari pelbagai arah manakala pertolongan Allah seolah-olah tidak muncul, pada waktu itu, apabila seorang Mukmin yang memahami Bassyiris Shoobiriin memperlihatkan istiqomah, maka mereka akan mendapat kurnia Allah Ta’ala dan bernaung di bawah perlindungan Allah. Dengan segera kemenangan, kejayaan dan pertolongan akan datang mendadak sehingga tidak terfikir pun oleh seorang Mukmin.
>Allah Ta’ala juga akan memperlihatkan keajaiban-keajaiban yang tidak tergambar. Jadi, syaratnya ialah istiqomah, dan mubarak atas orang-orang Ahmadi Lahore, sama ada yang telah pergi atau yang masih tinggal, kerana telah memperlihatkan istiqomah. Allah Ta’ala akan menyempurnakan janji-Nya. Janji untuk memberi ketenangan hati yang kita dapat lihat, ini merupakan penyempurnaan janji Allah.
>Dalam hal ini Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Orang-orang yang berkata bahawa Tuhan kami adalah Allah dan terpisah dari tuhan-tuhan palsu, kemudian mereka istiqomah, yakni teguh ketika ada ujian dan musibat yang datang, malaikat-malaikat datang kepada mereka dan menyampaikan berita jangan takut dan jangan bersedih, bergembiralah kerana kamu akan menjadi pewaris kegembiraan seperti yang telah dijanjikan kepada kamu. Kami ini kawan bagi kamu di dunia dan juga di akhirat. Dari sini dapat kelihatan bahawa melalui istiqomah, keredhaan Allah Ta’ala itu dapat diperolehi. Ini adalah perkara yang benar bahawa istiqomat fauqul karamat (istiqomah itu mengatasi keajaiban). Istiqomah yang sempurna ialah ketika melihat musibat datang mengelilingi dari empat penjuru, dan mendapati bahawa nyawa, kehormatan dan maruah sedang dalam bahaya, dan tidak ada orang yang memberi ketenangan, sehingga Tuhan pun menutup kasyaf, mimpi dan ilham dan meninggalkan mereka dalam keadaan yang begitu menakutkan. Pada waktu itu pun mereka tidak memperlihatkan sikap pengecut dan tidak mundur ke belakang seperti orang penakut, juga tidak ada gangguan dalam sikap kesetiaan mereka, tidak tergelincir dalam hal kebenaran dan keteguhan, gembira atas kehinaan, redha atas kematian, tidak menunggu kawan untuk keteguhan bagi memberi sokongan, tidak juga mengharapkan khabar gembira daripada Allah bahawa waktu itu amat menakutkan, dan walaupun tidak ada sesiapa atau dalam keadaan lemah, dan tidak mempunyai orang yang memberi ketenangan, mereka tetap berdiri tegak, dan tanpa berkeluh-kesah menyerahkan leher ke hadapan, dan tidak menyalahkan qada’ dan qadar, dan tidak memperlihatkan ketidaksabaran sehinggalah ujian itu mencapai tahap sempurna. Inilah istiqomah yang melaluinya boleh berjumpa dengan Tuhan. Inilah bendanya yang sehingga sekarang ini datang wangian dari tanah para rasul, para nabi, para siddiq dan para syuhada. (Islam Usul Ki Filosofi, Rohani Khazain, Jilid nombor 10, halaman 419-420)
>Hari ini, dari tanah para syuhada kita juga akan keluar wangian yang akan menyegarkan otak kita. Istiqomah yang mereka telah tunjukkan menyeru kepada kita bahawa lapangan istiqomah dan sabar yang sedang kamu pegang ini, jangan pernah tinggalkan. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Ujian yang panjang, jangan biarkan ia menggoyangkan keteguhan kamu. Jangan sampai ada kalimah tidak bersyukur yang keluar dari mulut kamu.
>Berkenaan dengan para syuhada ini, banyak orang yang telah melihat keadaan mereka dalam mimpi yang indah-indah. Mereka berjalan-jalan di syurga dengan penuh kegembiraan. Malah atas mereka dihiasi dengan bintang kehormatan. Bintang kehormatan di dunia ini hanya diberikan setelah lama berkhidmat. Dalam Jemaat ini, ada anak muda yang telah menerima bintang kehormatan dalam zaman mudanya lagi.
>Jadi, tangisan dan kesedihan kita adalah untuk Allah. Ia tidak seharusnya mengurangkan keimanan kita. Kalian adalah orang-orang Lahore di mana Hazrat Masih Mau’ud a.s menerima ilham “di Lahore ada anggota Jemaat kita yang suci”. (Ilham 13 Disember 1900) dan “di Lahore ada anggota yang mempunyai kecintaan suci”, (Ilham 13 Disember 1900). Inilah kemulian kalian yang harus dikekalkan. Berusahalah untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui sabar dan berdoa. Dan, dalam perkara ini banyak lagi khabar gembira yang diberitahu oleh Allah kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s. Jadi, beruntunglah kalian yang khabar gembira ini diberikan kepada Masih a.s yang suci dengan menyebut nama bandar tempat tinggal kalian.
>Pada pendapat saya, musuh menyerang bukan hanya kerana untuk membunuh, malah ada maksud lain. Salah satunya ialah cuba memberi ketakutan dengan berfikiran bahawa orang-orang Ahmadi yang lemah akan menjauhi Ahmadiyah, juga menanamkan rasa tidak senang di kalangan anak muda. Tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka itu adalah ibu kepada anak-anak yang dalam darah dan susu mereka mengalir janji untuk mengorbankan jiwa, harta, waktu dan kehormatan.
>Perkara kedua ialah, musuh beranggapan bahawa disebabkan ramai orang yang terkorban, orang Ahmadi tidak akan dapat bertahan dan akan pergi ke jalan-jalan. Akan melakukan kekacauan, membuat tunjuk perasaan, kemudian, kerajaan akan bertindak terhadap orang-orang Ahmadi. Dan dengan itu mereka akan memberi gambaran yang buruk mengenai Ahmadiyah di seluruh dunia.
>Tetapi, mereka tidak tahu bahawa orang Ahmadi dikurniakan kesabaran oleh Allah, dan meminta perlindungan daripada Allah. Orang-orang Ahmadi ini berkumpul di bawah bendera khilafat, dan tidak pernah akan menunjukkan tindak balas seperti itu. Apabila tindak balas yang diinginkan oleh para penentang tidak kelihatan, dan juga seluruh dunia riuh mengenai tindakan zalim ini, dan juga media telah menelanjangkan mereka, maka kerajaan pun berfikir agar perlu untuk mengasihani golongan tertindas ini, dan perasaan malu mereka dapat dipadamkan.
>Bermacam-macam hal yang mereka cuba perkatakan, berperikemanusiaan dan sebagainya. Yang menghairankan, kenapa sehingga sekarang ini mereka tidak tahu apa sebenarnya Ahmadiyah? Adakah setiap saat amalan orang-orang Ahmadi sejak 120 tahun yang lalu tidak membuka mata mereka? Ahmadi ini duduk bangun atas satu perintah daripada imam mereka. Ahmadi ini adalah golongan yang telah beriman kepada Masih Mau’ud yang datang ke dunia ini untuk membawa ajaran Rasulullah s.a.w, yang telah menjadikan orang-orang berperangai binatang menjadi insan dan dari insan menjadi insan yang bertuhan.
>Jadi, apabila sudah keluar dari kehidupan binatang untuk menjadi insan yang bertuhan, bagaimana mungkin boleh membuat huru-hara? Bagaimana kami boleh memperlihatkan pembunuhan dan tunjuk perasaan dan sebagainya? Kami ini lebih mengutamakan keredhaan Allah dan hanya mengucapkan Innaa Lilaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’un dan menyerahkan urusan itu kepada Allah Ta’ala. Kami hanya menyerahkan kesedihan dan kedukaan kami kepada Allah Ta’ala dan pasrah atas kehendak-Nya serta hanya menunggu keputusan daripada-Nya.
>Tahniah atas kebuasan dan kezaliman kamu kerana berpesta menggunakan darah makhluk Tuhan atas nama Tuhan. Atas nama agama, kamu telah membawa kembali kehidupan 14 atau 15 tahun yang lepas. Mereka ini mengatakan bahawa tidak perlu mana-mana Muslih. Tidak perlu datang mana-mana Masih Mau’ud. Sekarang ini pun tetap ingkar. Cukuplah bagi kami Qur’an dan syariat yang ada.
>Jadi, adakah amalan kamu ini berada di atas ajaran syariat atau Qur’an seperti yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w? Sama sekali tidak. Rasul yang berlaku ihsan atas manusia, dan sehingga kiamat tidak akan lahir seorang Rasul yang seperti itu, tetapi kamu tidak akan dapat memburukkan nama Rasulullah s.a.w ini. Pada hari kiamat kamu akan memegang kalimah Laa Ilaaha Illallaahu Muhammadur Rasuulullah tetapi ia akan membawa kamu ke arah akibat yang tidak baik. Kami hanya bersabar dan berdoa, insyaAllah, setiap Ahmadi akan berpegang pada ajaran ini.
>Apabila dunia melihat contoh kesabaran ini, mereka menjadi hairan. Apabila dunia melihat kebuasan dan kezaliman ini, mereka bukan sahaja menzahirkan rasa simpati malah mereka cenderung ke arah Ahmadiyah, sehinggakan ada yang menzahirkan rasa untuk bai’at. Jadi, kezaliman yang kamu lakukan atas kami ini, balasannya akan kami terima dalam bentuk kurnia.
>Dalam fikiran saya hendak memberikan beberapa kisah, tetapi saya takut saya tidak dapat mengawal perasaan kerana ia begitu menyayat hati. Saya hanya berikan sedikit daripadanya.
Naib Nazir  Islah-o-Irshad menulis bahawa apabila ada seseorang pergi melawat jenazah, dia berkata kepada seseorang, dapat lagi satu kurnia, saya anak kepada ayah yang telah syahid. Dia berkata kepada saya kuatkan azam dan semangat. Di Model Town, abang kepada Tuan I’jaz Sahib telah syahid dan dia mendapat tahu ketika di dalam masjid dan dikatakan kepadanya pergilah ke hospital. Dia berkata, orang yang pergi telah hadir di hadapan Tuhan, mungkin sekarang ini ada saudaraku Ahmadi yang memerlukan darah, sebab itu aku akan berada di sini. Seorang ibu berkata; saya telah meletakkan anak kecil dari pangkuanku di atas pangkuan Tuhan. Amanat yang dia telah berikan, saya serahkan kembali.
>Seorang Murabbi Jemaat Mahmud Ahmad Syad Sahib di Model Town telah memberikan semangat kepada anggota Jemaat, dalam khutbah beliau menyeru agar banyak membaca doa, istighfar, sabar dan salawat. Beliau juga mengulang-ulang ayat Al-Qur’an. Beliau berdoa dan membaca salawat dengan nada yang kuat, laungan takbir bergema, beliau juga telah turut disyahidkan. Sardar Abdus Sami’ Sahib memberitahu bahawa ketika solat Subuh beliau menceritakan tentang peristiwa kesyahidan di Chak Sikandar, kerana beliau waktu itu ada di sana.
>Ada seseorang menulis, di bawah tangga di beranda ada lebih kurang 150 orang berdiri. Ketika itu pengganas berdiri menembak dari penjuru dewan. Ada seseorang yang pergi betul-betul di penjuru beranda. Jika dia keluar, kemungkinan besar 150 orang yang berdiri di luar itu tidak wujud lagi. Tetapi, di depan mata saya seorang anshar dalam umur 65 tahun atau mungkin lebih, dia keluar dari belakang tiang berlari menuju ke arahnya sehingga semua peluru terkena di dadanya yang menyebabkan beliau syahid. Tetapi, disebabkan keberaniannya, pengganas itu mengambil masa untuk keluar dan orang Ahmadi yang lain dapat sampai  ke tempat yang selamat. Selepas itu barulah pengganas itu membaling bom tangan. Apabila kami keluar, ramai orang yang syahid berada di tangga.
>Ada seorang dari Jepun menulis kepada saya, kebetulan dia datang ke sana dan termasuk dalam acara pengkebumian. Dia menulis para syuhada golongan akhirin telah menyegarkan kembali ingatan ke zaman Rasulullah s.a.w. Suasana di bukit Rabwah di mana orang-orang syahid ini dikebumikan, beberapa kali terasa seperti bukan pada zaman ini. Kesabaran dan keredhaan yang mereka tunjukkan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ketika menunggu jenazah sampai, saya bertanya kepada seorang Ansharullah di sebelah kanan saya, “Pakcik, siapa keluarga pakcik yang meninggal?” Dia menjawab; “Anak saya telah syahid.” Penulis menceritakan bahawa dia tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian orang itu menyambung lagi; “Alhamdulillah, ini kehendak Allah.” Penulis menceritakan bahawa dia begitu sedih sehingga terpaksa menahan kesedihan. Dia mengatakan “saya mendapati setiap orang, lain keadaan yang saya lihat. Saya berdiri di samping seorang syahid yang bermandikan darah, ada suara datang, “lihatlah pada orang syahid ini”. Begitu banyak penzahiran emosi yang seperti itu.
>Seorang wanita menulis “anak kecil saya juga pergi menunaikan solat Jumaat, namun dengan kurnia Tuhan dia telah terselamat. Apabila pertumpahan darah terjadi di masjid, jiran kami yang melihat di TV terus ke rumah kerana rumah saya berdekatan dengan masjid. Saya mengatakan kepadanya bahawa urusan kami adalah dengan Allah Ta’ala. Saya tidak perlu risau tentang anak-anak saya. Di sana semuanya anggota kami. Jika anak saya syahid, dia akan dekat dengan Allah, jika dia selamat, dia merupakan pejuang. Mendengar ucapan itu, wanita tersebut kehairanan dan terus balik ke rumah. Mungkin dalam fikirannya orang saya ini tidak betul. Kemudian wanita itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas orang-orang Rabwah yang siang dan malam berkhidmat di sana.
>Ada seorang ibu yang mempunyai anak tunggal lelaki, yang lain perempuan. Masih belajar di Medical College. Dia telah syahid dan ibu bapanya menzahirkan rasa sedih dengan penuh kesabaran dan redha atas ketentuan Ilahi. Mereka berkata; “kami juga sedia untuk berkorban demi Jemaat”.
>Muslimud Darobi Sahib dari Syria, dia juga ke sana dalam beberapa hari itu. Dia telah cedera sedikit di kaki. Dia merupakan Ahmadi dari Syam. Di mengatakan bahawa pemandangan seperti itu tidak pernah saya lihat. Tidak ada tanda-tanda kerisauan, tidak ada ketakutan. Semuanya menjalankan tugas dengan tenang. Sewaktu tembakan dilepaskan oleh pengganas, semua arahan dari pihak pengurusan tetap diamalkan. Dia mengatakan bagi saya, ini satu pemandangan yang ajaib yang tidak pernah saya lihat.
>Jadi, inilah orangnya, ini ibu-ibu yang telah dilahirkan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s dalam Jemaat. Mereka menunjukkan contoh pengorbanan yang agung. Mereka tidak risau apa yang akan terjadi kepada anak-anak mereka. Mereka hanya berdoa untuk Jemaat.
>Jadi, wahai ibu-ibu Ahmadi! Jangan pernah matikan semangat dan fikiran yang baik dan suci ini. Selagi semangat ini kekal, selagi cara berfikir seperti ini wujud, tidak ada musuh yang akan dapat membengkokkan walaupun rambut anggota Jemaat.
>Seorang Ahmadi menulis, saya telah pergi ke Rabwah, waktu itu saya bersama-sama anak muda mengangkat mayat. Akhir sekali, saya bersamanya mengangkat satu mayat sehingga ke ambulance, lalu dia berkata ini adalah ayah saya. Kemudian, dia tidak pergi bersama ambulance, malah kembali ke tempatnya untuk meneruskan kerja yang telah diperintahkan.
>Inilah orang-orang yang hanya mempersembahkan semangat mereka kepada Allah Ta’ala. Banyak peristiwa seperti ini, insyaAllah akan dikumpulkan menjadi satu.
>Satu perkara yang semua orang menceritakan bahawa orang-orang yang melihat kejadian itu, setelah pengganas menyelesaikan semuanya, tidak ada yang panik. Atas petunjuk Amir Sahib dan Murabbi Sahib serta pegawai-pegawai yang lain, selagi pegawai-pegawai ini masih hidup, mereka beramal dengan tenang. Dan selepas itupun, tidak ada yang riuh menjerit untuk melarikan diri, malah mereka dengan begitu teratur duduk di tepi tembok untuk menyelamatkan diri dari peluru sambil berdoa. Ada seorang tua yang terus-menerus sujud dan tidak peduli tentang peluru di kiri dan kanannya. Inilah pemandangan orang-orang yang beriman.
>Ada juga surat-surat yang berkaitan dengan firman Allah dalam surah Ahzab:24 yakni dari kalangan orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.
>Jadi, para musuh beranggapan bahawa dengan perbuatan mereka itu menyebabkan Ahmadi menjadi lemah dan menghapuskan kekuatan Jemaat. Mungkin orang-orang yang tinggal di sana tidak mempunyai keimanan seperti itu, dan juga mereka tidak tahu bahawa ada penduduk di situ yang penuh dengan kepanasan iman terhadap Masih Mau’ud a.s, yang sanggup melakukan sebesar-besar pengorbanan demi agama. Memang mereka juga mencari rezeki di dunia, tetapi bukan itu tujuan mereka yang sebenar. Sebaik sahaja mereka dipanggil untuk agama, mereka pasti datang dengan mengatakan labbaik. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa mereka ini jauh daripada sikap kebinatangan tetapi sarat dengan insaniat. Sedangkan orang-orang Ahmadi ini juga adalah dari bangsa yang sama, kabilah yang sama, kaum yang sama dengan orang-orang yang menggunakan agama untuk melakukan keganasan.
>Saya telah nyatakan bahawa media termasuk di Pakistan telah memuatkan peristiwa itu, semoga Allah memberi taufik untuk menulis apa yang benar. Jangan sampai, setelah mereka menulis apa yang benar, disebabkan takut kepada mullah, mereka kembali kepada adat yang lama. Demikian juga media dari pelbagai negara, kerajaan dan sebagainya, meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah. Dari kerajaan di sini pun, anggota Parlimen di sini juga menyampaikan ucapan takziah. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kepada mereka.
>Dan dari Khataman Nubuat juga ada akhbar yang menyatakan bahawa itu satu perbuatan yang salah, satu perbuatan yang bersikap binatang, itu tidak sepatutnya berlaku.
>Jadi, banner dan poster yang dilekat di dinding bangunan, di jalan raya, malah di bawah Name Plates peguam-peguam mahkamah tinggi, banyak digunakan kata-kata kesat, ucapan murtad, wajib dibunuh, siapa yang telah membuat itu semua? Kamu semua jugalah yang berbuat seperti itu yang menghasut orang-orang yang tidak berakal. Apabila kamu melihat perhatian dunia ke arah ini, kamu pun pura-pura menanamkan rasa simpati agar tidak termasuk dalam kezaliman ini. Sebab itu kamu menyatakan hal ini.
>Dalam penentangan terhadap Ahmadi, kedengkian seperti inilah yang diperlihatkan oleh orang yang bergelar ulama. Inilah punca segala-galanya, Chief Justice Sahib di Pakistan. Dia menulis kenyataan sendiri. Hal ini terdapat dalam akhbar. Kezaliman yang begitu besar ini seperti yang tertulis dalam banner dan poster, tidakkah timbul di fikirannya bahawa harus membuat penyelesaian dengan ulama-ulama? Adakah keadilan itu hanya berdasarkan kepada apa yang dia tulis sendiri?
>Sebagaimana yang telah saya katakan bahawa tangisan dan kesedihan kita dipersembahkan hanya di hadapan Tuhan. Kita tidak mengambil apa-apa tindakan. Saya hanya memberitahu tentang penilaian mereka atas kita. Bagi Ahmadi, selepas setiap ujian, maka pengorbanan demi Allah dan untuk mencapai keredhaan-Nya akan bertambah. Musuh tidak akan dapat menghapuskan kita dan tidak juga memberi apa-apa kepada kita.
>Memang dunia banyak berhadapan dengan keganasan, Pakistan juga tidak terlepas daripadanya. Tetapi, pengganas terhadap orang Ahmadi mendapat perlindungan daripada undang-undang. Sebab itu, apapun yang timbul di fikiran, mereka akan lakukan. Peristiwa di Mong Rasool juga pernah berlaku keganasan. Pengganas di situ telah ditangkap. Tetapi, apa yang diperlakukan terhadap pengganas itu? Adakah dia telah dihukum? Sehingga hari ini dia masih bebas di lorong-lorong Pakistan. Sebab itu, tidak ada Ahmadi yang mengharap apa-apa dari pemerintah seperti itu. Kita hanya bertawakkal kepada Allah. Dia adalah Penolong dan Pelindung kita sampai bila-bila, insyaAllah.
>Pada masa akan datang pun, kita tidak akan mengharapkan apa-apa kebaikan dari mereka. Sebab itu Ahmadi harus berhati-hati dan amat perlu untuk berdoa. Banyak berdoa Allahumma Innaa Naj Aluka Fii Nuhuu Rihim, Wana’uuzubika Min Syuruu Rihim. Perlu juga membaca doa ini Rabbi Kullu Syai’in Khoodimuka Rabbi Fah Faznii Wansurnii Warhamnii. Doa-doa selain itu juga harus dibaca.
>Doakan juga agar terus teguh pendirian. Doakan juga untuk anggota kita yang telah cedera di dua masjid itu. Dan hari ini di kalangan mereka yang cedera iaitu Doktor Imran Sahib telah syahid. Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’un.  Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada anggota yang masih cedera dan Ahmadi di sana terhindar dari segala keburukan. Dalam pembentukan Pakistan, orang-orang Ahmadi inilah yang lebih banyak berjuang daripada mereka yang mengatakan Pakistan adalah kepunyaan mereka, sebab itu kita juga perlu berdoa untuk Pakistan. Berdoalah supaya terhindar dari kejahatan orang-orang yang telah memburukkan nama Pakistan.  
>Seperkara lagi yang hendak saya nyatakan di sini. Ada seorang Ahmadi yang menulis surat dengan penuh perasaan, dia seorang terpelajar dan juga seorang pengkhidmat Jemaat, namun saya kehairanan dan berfikir kenapa dia boleh menulis “musuh telah menggiling mutiara-mutiara di dalam tanah”. Ini  salah sama sekali. Mutiara ini tidak digiling di dalam tanah. Memang musuh telah melakukan usaha jahat untuk menggiling mutiara ini, tetapi Tuhan telah lebih awal mengangkat mereka ke sisi-Nya, dan memberikan kehidupan yang kekal. Setiap mutiara yang pergi telah menjadikan mutiara yang masih ada lebih bersinar lagi. Mereka telah menghiasi langit Islam dan Ahmadiyah, dan juga telah memberikan jalan-jalan yang baru untuk kita. Setiap bintang yang terasing menjadi panduan bagi kita.
>Jadi, musuh tidak pernah akan berjaya dalam usaha jahat mereka. Orang-orang yang syahid itu akan memberikan buah-buah yang lebih baik lagi.
>Semoga Allah memberikan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang syahid, dan kita juga termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersedia memberikan pengorbanan.
Lebih kurang 85 orang telah syahid, untuk menceritakan kisah mereka memakan masa yang lama, insyaAllah, pada masa akan datang pasti diceritakan. Selepas Jumaat nanti insyaAllah, saya akan pimpin solat Jenazah.
>Berkaitan dengan ini, dua atau tiga hari selepas kejadian itu, di Narrow Wall, seorang Ahmadi telah disyahidkan. Nama beliau ialah Ni’matullah Sahib. Dia telah ditikan di rumahnya. Anaknya yang sulung cuba menyelamatkannya tetapi cedera. Sehingga kini masih di hospital. Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepadanya. Beliau meninggalkan seorang isteri, tiga anak perempuan dan tiga anak lelaki. Dua orang ahli keluarganya yang terdekat juga telah syahid semasa di Lahore. Dan pembunuh itu ada kaitan dengan Tahaffuz Khataman Nubuat.
>Di satu arah mereka ini mengumumkan bahawa itu satu kejahatan, tetapi pada arah yang lain mereka juga menggalakkan anggotanya untuk bertindak ganas dan mendapat ganjaran syurga. Dia telah ditangkap dan menyatakan bahawa kami tidak akan membiarkan orang-orang Ahmadi hidup.
>Jadi, mudah-mudahan semua Ahmadi terhindar dari kejahatan mereka. Doakan orang-orang yang cedera agar diberikan kesembuhan yang sempurna oleh Allah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Khutbah Jumaat Imam Jemaat Ahmadiyah

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASIH AL-KHAMISaba
04 JUN 2010 / 04 IHSAN 1389HS
22 JamadiS Tsani 1431HQ
Masjid Baitul Futuh, London
Untuk teks penuh barahin.ahmadi@gmail.com

Tuesday, July 6, 2010

FIRST AHMADI MOSQUE OPENED IN BERLIN


PRESS RELEASE   16 October 2008

FIRST AHMADI MOSQUE OPENED IN BERLIN

Head of Ahmadiyya Muslim Jamaat promises locals that there is ‘no
need to fear Ahmadiyya Mosque’

Hadhrat Mirza Masroor Ahmad today officially opened the Khadija Mosque in
Berlin. The opening took place with great success as hundreds of local officials
and neighbours came to attend the function. The entire event was broadcast
live via MTA International throughout the world.

The opening of the Khadija Mosque marked the fulfilment of a desire of the
Ahmadiyya Muslim Jamaat stretching back to the early 1920s when it was first
proposed that an Ahmadi Mosque be built in the city of Berlin. The advent of
the First World War put paid to the plans and thereafter until now the Jamaat
was unable to build a Mosque in the city.

The building of the Khadija Mosque was not without incident. Since plans to
build it were announced a number of groups had voiced their dissent fearing
that its building would be a precursor to acts of terror or violence. In his
address to the gathered audience, His Holiness, Hadhrat Mirza Masroor Ahmad
reassured the German people of the loyalty of the Ahmadiyya Muslim Jamaat
and explained the true purposes for erecting the Khadija Mosque. He said:
“This Mosque we have built has not been made for any Jihadi organisation or
any terrorist activity but simply it has been built for the worship of Allah…
From this Mosque of ours there will be no other call apart from love for
humanity, affection, reconciliation, justice and peace. And you will observe
that what I have said were not mere words but were acted upon. And time
will, God willing, prove it to be so.”

His Holiness further used the occasion to thank the German Government for
providing a haven for persecuted Ahmadis who had been forced to flee
Pakistan in fear of their lives. In this respect he applauded the Government for
not only allowing such immigrants to live freely but for positively embracing
them as part and parcel of the local society. He said that this warmth had been
accepted by the Ahmadis who now took great pride in being German and who
were all completely loyal to the State.

Developing his theme further, His Holiness rejected the fear voiced by segments
of society that the building of the Mosque could lead to division between
Muslims and non‐Muslims. He said that in fact the opposite would be true. A
prime example of the Jamaat’s integration was that the President of the
Ahmadiyya Muslim Jamaat was an indigenous German. He said:
“His appointment is not based upon any political motive such as that a
German should be made our President (Amir) or that we wish to receive any
benefit from the German Government. It is merely due to his extreme
sincerity, devotion and goodness that he has merited this status within the
Community.”

His Holiness concluded his address by stating that the protection and sanctity
of all places of worship was a basic part of the Islamic faith. In this respect he
told the audience of the extent to which all Ahmadis would go to observe this
principle. Their loyalty did not end with the four walls of their Mosques. He
said:
“If a Christian Church requires protection and an Ahmadi is called to help
then he must help. If a Jewish Synagogue requires protection and an Ahmadi
is called to help then he should be there. If a believer of any faith requires the
help of an Ahmadi to establish justice then the Ahmadi should be there by his
side.”

The opening also included short speeches by Wolfgang Thierse, Vice Speaker of
the German Parliament, Matthias Kohne, the local Mayor and Dr Heidi Knake‐
Werner, the State Minister for Integration. All three congratulated the Jamaat
upon the opening of the Mosque and expressed their hope that it would
become a beacon illustrating the peaceful co‐existence of different segments
of society in Berlin.

End of Release

Some News Links

First eastern German mosque opens in Berlin
Published: 17 Oct 08 07:59 CET Online
http://www.thelocal.de/14953/20081017/

Members of the Ahmadiya Muslim minority have inaugurated eastern Germany's
first mosque after years of controversy over its construction in a Berlin
neighbourhood. http://www.thelocal.de/14953/20081017/

Some 200 people slam the "Islamization of Europe" ‐
Mosque opening sparks protests in Germany
http://www.alarabiya.net/articles/2008/10/16/58385.html

First mosque opens in Germany's ex‐communist east
http://www.guardian.co.uk/world/feedarticle/7883692

Masjid Ahmadiyah Di Berlin, Jerman

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Masjid Ahmaddiya Berlin



Masjid ahmadiyya berlin, jerman yang terpaksa ditutup pada 2007.



BERLIN yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ibu negara Jerman Timur dan berada di bawah pemerintahan komunis. Tetapi ia tidak terlepas daripada kehadiran pengaruh Islam.
Selepas Jerman Timur dan Jerman Barat bersatu menjadi Jerman yang tunggal, Berlin tetap kekal sebagai salah sebuah ibu kota terkenal di Eropah.
Penyatuan itu turut membantu kepada perkembangan masyarakat Islamnya.
Dianggarkan terdapat 220,000 penduduk Islam di Berlin. Majoriti mereka ialah keturunan Turki (73 peratus). Malah penduduk Islam mewakili kira-kira sembilan peratus daripada keseluruhan penduduk Berlin.
Apabila ada masyarakat Islam maka sudah tentu akan wujud masjid.
Antara masjid yang terawal dibina di Berlin ialah Masjid Berlin yang juga di kenali sebagai Masjid Ahmadiyya.
Ia juga dikatakan masjid yang tertua di Jerman. Terletak di Berlin-Wilmersdorf, dibina antara tahun 1923 dan 1925.
Direka oleh K.A. Kermann ia yang mempunyai menara setinggi 30 meter menjadi lambang kelangsungan hidup masyarakat Islam di kota raya itu.
Batu asas masjid itu diletakkan pada 6 Ogos 1923 dan dirasmikan pada 26 April 1925.
Ketika Perang Dunia Kedua, Masjid Ahmadiyya mengalami kerosakan teruk kesan pengeboman tentera bersekutu.
Penyerang hendap Jerman telah diletakkan di menara masjid untuk menyerang tentera Russia. Ekoran itu menara tersebut telah dibom oleh tentera bersekutu.
Selepas perang ia dibangunkan semula untuk kegunaan masyarakat Islam di Berlin.
Pada peringkat awal, masjid itu diurus dan diselenggara oleh Pergerakan Lahore Ahmadiyya.
Disebabkan terpaksa diurus dan diselenggara secara persendirian, ia sering berhadapan dengan masalah kewangan.
Majid Ahmadiyya telah ditutup pada 2007 kerana masalah kewangan dan kekurangan tenaga kerja.
Sembahyang Jumaat terakhir di masjid itu ialah pada 13 Julai 2007.
Namun bangunan masjid itu kekal sebagai antara monumen bersejarah di kota raya Berlin.
Biarpun ia telah ditutup, namun terdapat beberapa masjid lain di Berlin untuk kegunaan umat Islam.
Antaranya Masjid Khadija yang terletak di timur Berlin.
Yang terbaru ialah Masjid Omar Ibnu Kattab yang dibuka kepada masyarakat Islam Mei lalu.
Masjid itu terletak di Pusat Mascari Berlin yang turut menempatkan sekolah dan kedai untuk orang Islam.
Berbeza dengan Masjid Ahmadiyya yang kini menjadi sejarah, masjid baru itu lebih moden.
Dengan keluasan 5,000 meter persegi, ia setinggi tiga tingkat dan mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa di ruang sembahyangnya.