Tuesday, September 21, 2010

Lembaran Tabligh 03



PERBEZAAN AKIDAH TENTANG HIDUP DAN MATI NABI ISA

4.      Jemaat Ahmadiyah: Kelahiran beliau a.s adalah satu mukjizat, ibunya seorang yang suci. Sejarah dan Bible memberitahu kepada kita bahawa orang Yahudi telah membuat perancangan untuk memastikan beliau a.s disalib, namun perancangan Allah mengatasi mereka, beliau diturunkan dari atas salib selepas beberapa jam dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dua hawari beliau a.s iaitu Nicodemus dan Joseph telah mengubati beliau a.s. Ini terbukti dengan adanya istilah ‘Marham Isa’. Selepas beransur pulih, beliau a.s pergi berjumpa dengan hawari-hawari yang lain. Kemudian, untuk menyempurnakan misinya mencari kabilah-kabilah Yahudi yang hilang, beliau a.s berhijrah ke Timur sehingga sampai di Kashmir, di mana beliau a.s wafat. Dan kubur beliau ada di Srinagar. Tidak ada yang akan datang dari langit. Sesuai dengan janji Allah, Hazrat Mirza Ghulam Ahmad, pengasas Jemaat Ahmadiyah adalah Masih Mau’ud, dan Masih Ibnu Maryam adalah nama kiasan baginya.

5.      Darimana datangnya akidah naik ke atas langit?
Di dalam Al-Qur’an tidak ada menyentuh tentang jisim/tubuh atau tentang langit.
  1. Ini adalah kisah sebelum kedatangan Islam di mana para mufassir telah memasukkan dalam tafsir-tafsir mereka sehingga dijadikan sebagai akidah oleh umat Islam.
  2. Akidah Firqah Basilidan menyatakan bahawa Tuhan telah menyerupakan wajah Simon of Cyrene menjadi Al-Masih. (Ency. Of Religion & Ethics p-428)

MISI NABI ISA

1.      Bible
  1. I am not sent but unto the lost sheep of the house of Israel (Matt. 15:24) Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel (Matius 15:24)
  1. And other sheep I have, which are not of this fold .... (John 10:16) Ada lagi padaku domba-domba lain, yang bukan dari kandang ini (Yohanes 10:16)

2.      Al-Qur’an
  1. WARASUULAN ILAA BANII ISRAA’IIL, Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil. (Ali Imran:50)
  2. WAQOOLAL MASIIHU YAA BANII ISRAA’IILA’ BUDULLAAHA RABBII WARABBUKUM, Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. (Al-Maidah:73)
  3. IN HUWA ILLAA ‘ABDUN AN’AMNAA ‘ALAIHI WA JA’ALNAAHU MATSALAL LIBANII ISRAA’IIL, Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan Kami jadikan dia sebagai tanda kekuasaan Allah untuk Bani Israil. (Az-Zukhruf:60)
  4. WA IZQOOLA ‘IISABNU MARYAMA YAA BANII ISRAA’IILA INNII RASUULULLAAHI ILAIKUM MUSHADDIQAL LIMAA BAINA YADAIYA MINAT TAURAT, Dan ingatlah ketika Isa Ibnu Maryam berkata: Hai Bani Israil! Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku yakni Taurat. (As-Shaff:7)

Dalam ayat ini tidak ada menyentuh tentang Umat Islam, hanya berkisar mengenai Bani Israil. Sekiranya dia turun semula, adakah ayat-ayat ini akan dimasukhkan

Saturday, September 11, 2010

Lembaran Tarbiyat 03


NASIHAT TENTANG TAKWA

“Nasihat yang perlu bagi anggota Jemaat ialah tentang ketakwaan. Ini kerana, menurut orang-orang yang bijak, Tuhan tidak suka kepada benda-benda selain ketakwaan. Allah Ta’ala berfirman: INNAL LAAHA MA’AL LAZIINAT TAQAU WAL LAZIINA HUM MUHSINUUN (An-Nahal:129). Jemaat kita benar-benar memerlukan ketakwaan, terutama sekali dengan fikiran bahawa dia harus berhubungan dengan orang yang mendakwakan diri sebagai utusan dan bai’at dalam Jemaatnya, supaya orang-orang yang menderita penyakit benci, dengki, dan syirik, atau bagaimana bentuk sekalipun, mendapat keselamatan dari musibah ini.  

Kita tahu bahawa jika ada yang jatuh sakit, sama ada penyakit berat atau ringan, jika penyakit itu tidak dirawat, atau tidak bersusah payah dalam mengubatinya, penyakit itu tidak akan sembuh. Satu bintik hitam yang muncul di muka melahirkan kerisauan yang begitu besar, jangan-jangan bintik hitam ini akan merebak dan menghitamkan seluruh wajah. Begitu juga dengan maksiat, ia adalah bintik hitam di atas hati.

Tuhan kita Rahiim dan Kariim, Dia juga Kahhaar dan Muntaqiim. Dia melihat satu jemaat di mana banyak kata-kata yang hebat sedangkan amalan mereka tidak seperti yang mereka ucapkan. Jadi, untuk menghukum jemaat seperti itu, orang-orang kuffar yang akan muncul. Mereka yang belajar Sejarah akan dapat mengetahui bahawa telah beberapa kali orang Islam tewas di tangan orang kafir. Misalnya Cangghez Khan dan Hulaku Khan telah menghancurkan orang Islam, padahal Allah berjanji akan membantu dan menolong orang Islam. Namun, orang Islam tetap kalah. Peristiwa seperti ini kadangkala terjadi. Asasnya ialah apabila Allah Ta’ala melihat bahawa Laa Ilaaha Illallah dilaungkan, tetapi hati mereka ke arah lain, perbuatannya pula memperlihatkan kecenderungan ke arah dunia, maka Dia akan memperlihatkan sifat Kahhar-Nya.” (Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 7)

QOUL DAN FI’IL HARUS SEJALAN

“Rasa takut kepada Tuhan berlaku apabila insan melihat sejauh mana hubungan antara ucapan dan amalannya. Apabila dia melihat bahawa qoul dan fi’ilnya tidak sejalan, maka ingatlah hal itu boleh menarik kemurkaan Ilahi. Jika hati tidak bersih, walau berapa pun ucapan itu nampak bersih, dalam pandangan Tuhan, hatinya tidak mendapat apa-apa nilai. Sebaliknya kemurkaan Ilahi yang menyala.”

“Jadi, setiap orang harus melihat bagaimana keadaan dalaman diri sendiri, bagaimana keadaan batin? Jika dalam Jemaat kita ada yang begitu, yakni ucapannya lain dan amalannya memperlihatkan sesuatu yang lain, ingatlah bahawa kesudahannya tidak akan baik.”

“Apabila Allah melihat satu Jemaat itu kosong hatinya sedangkan lidahnya mengucapkan banyak perkara, Allah Ta’ala itu Ghani, Dia tidak akan ambil peduli tentang Jemaat itu. Khabar ghaib tentang kemenangan Badar, kemenangan kelihatan cerah dalam segala segi, namun Rasulullah s.a.w berdoa sambil merintih. Hazrat Abu Bakar bertanya kenapa begitu, sedangkan janji kemenangan sudah ada? Jadi, Rasulullah s.a.w menjawab: Zat Allah itu Ghani, mungkin dalam janji Tuhan itu menuntut suatu syarat yang tersembunyi.” (Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 8)

Friday, September 10, 2010

Khutbah Aidil Fitri September 2010


KHUTBAH AIDIL FITRI

(Al-Baqarah 207-208)

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kita mendapat taufik untuk menyambut Aidil Fitri. Kita merayakan Aidil Fitri ini adalah kerana kita telah berpuasa selama sebulan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah Ta’ala, dan sesuai dengan perintah-Nya, kita juga menahan diri daripada pekerjaan-pekerjaan yang tidak dilarang untuk mengerjakannya pada hari-hari biasa, maksudnya kita boleh melakukan pekerjaan-pekerjaan itu. Kemudian, untuk kemajuan dan kebaikan rohani, untuk kemajuan dan kebaikan akhlak, setiap dari kita telah berusaha menurut kemampuan masing-masing memahami Al-Qur’an dan mendapatkan berkat dengan menilawatkannya selama 29 atau 30 hari dalam bulan Ramadhan. Jika Allah Ta’ala telah memberikan suatu perintah, iaitu dalam hari-hari tersebut, cenderung untuk menunaikan solat Fardu, dan sedapat mungkin berusaha untuk solat berjemaah, dan berusaha menghayati solat-solat untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana bulan Ramadhan ini amat rapat hubungannya dengan fa innii qariib (sesungguhnya Aku dekat), kemudian berusaha untuk meninggikan tingkat kerohanian, di mana Allah Ta’ala berfirman bahawa Aku akan menjawab seruan orang yang menyeru kepada-Ku. Khasnya dalam hari-hari tersebut, solat yang telah difardukan ke atas setiap Muslim yang baligh dan berakal, tetapi mereka yang malas dalam hari-hari tersebut, seharusnya mereka memberi tumpuan ke arah ini. Banyak orang yang telah menyempurnakan hukum atau perintah Allah atas pengumuman iaitu, Aku akan menjawab seruan orang yang menyeru kepada-Ku, kemudian, perintah Allah ini juga diletakkan di hadapan, iaitu berusaha mencapai tingkat akhlak yang tinggi dalam bulan ini, yakni lebih baik berbanding yang sebelumnya.

Misalnya dalam bulan Ramadhan, perasaan marah dengan orang lain dan perkelahian, itu semua diselesaikan hanya dengan mengatakan Inni Saa’imuun (Aku ini berpuasa) dan bukannya pergi kepada orang yang mahu berkelahi dengannya. Dalam bulan ini, setiap orang hendaklah berusaha memperlihatkan akhlak yang tinggi dengan cara bersabar terutama sekali dalam keadaan yang sukar. Dan mereka mengikuti firman Allah wallaziina sabarub tigaa wajhi rabbihim, yakni orang-orang yang telah bersabar semata-mata kerana Allah Ta’ala dan mengamalkannya dengan sempurna.

Jadi, ini semua dilakukan oleh seorang mukmin, oleh seorang Ahmadi dan seorang Muslim, iaitu mengekalkan nilai ketaatan dalam diri, kerana Ramadhan itu datang untuk mengajarkan semangat ketaatan yang tinggi. Jadi, sebagaimana yang telah saya katakan, bahawa insan juga menghalang dirinya dari perkara yang dibolehkan untuknya dalam bulan Ramadhan. Semangat inilah yang cuba ditimbulkan kembali. Oleh sebab itu, tingkat inilah yang hendak kita capai dalam kemajuan kerohanian, kemajuan akhlak, dan kemajuan dalam ketaatan. Dari latihan yang telah kita tinggalkan, kita hendaklah kekalkan, barulah kita dapat mengatakan bahawa kita telah mengambil manfaat dari bulan Ramadhan Mubarak itu. Apabila Ramadhan bermula, kebiasaan kita ialah saling mengucapkan Ramadhan Mubarak, atau selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa, memang itu sesuatu yang baik. Tetapi, sepatutnya kita katakan bahawa Ramadhan sudah bermula, kamu berdoa, saya juga berdoa mudah-mudahan Ramadhan ini membawa berkat untuk saya dan juga kamu, dan kita akan mendapat kurnia dari setiap segi. Jangan beranggapan bahawa dengan mengucapkan Ramadhan Mubarak, seolah-olah tuntutan Ramadhan sudah dipenuhi, ini ada di kalangan sesetengah orang, kerana mereka belum memahami ruh Ramadhan ini. Apabila ruh Ramadhan ini sudah difahami, maka barulah kita dapat berkata bahawa kita telah mengambil manfaat dari bulan ini. Dan juga barulah kita dapat mengatakan bahawa kita menyambut kegembiraan hari Raya pada hari ini, iaitu berjanji akan berusaha memastikan perubahan suci yang telah dibuat sepanjang bulan Ramadhan itu berkekalan. Dan hasil daripada janji ini, kita semua insyaAllah Ta’ala akan menjadi pewaris syurga Allah. Dan apabila kita mendapat khabar gembira untuk menjadi pewaris syurga Allah, maka kenapa kita tidak mengadakan hari Raya? Allah Ta’ala sudah memberi perintah agar sambutlah hari raya. Jadi, orang-orang yang beruntung ialah mereka yang pada hari ini berkumpul untuk merayakan hari raya. Kita hendaklah selalu ingat bahawa dalam bulan Ramadhan kita telah menunjukkan semangat itaat bahawa benda yang dibolehkan pun kita sanggup tinggalkan. Dan atas dasar ketaatan inilah kita merayakan hari raya ini. Sebagaimana yang telah saya katakan semua ini, kesabaran ini, semangat ini, contoh akhlak ini, perubahan suci ini, dan kecenderungan untuk membaca kitabullah, dan kita merayakan Hari Raya pada hari ini adalah kerana taat dan mematuhi perintah Allah Ta’ala. Kemudian, Allah Ta’ala memberi khabar gembira kepada kita. Firman Allah, wamaiyu ti’illaha wa rasuulahu yudkhilhu jannatin tajri mintah tihal anharu khoolidina fiihaa, yakni, barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga, yang di dalamnya ada sungai mengalir, dan dia akan selama-lamanya di sana. Jadi, apabila Allah Ta’ala memberi khabar gembira bahawa kita akan tinggal di situ untuk selama-lamanya, ia bukanlah kerana selepas beramal selama 29 hari. Ia juga bukanlah kerana berpuasa sebulan dalam setahun. Malah, ia adalah satu khabar gembira kepada orang-orang yang telah menetapkan keitaatan dalam diri mereka.  Ia juga sebagai ganjaran kepada orang-orang yang sentiasa memperlihatkan ketaatan. Dan tujuan diperlihatkan itu, orang yang melaksanakan perintah Allah Ta’ala, orang yang mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala, ganjarannya adalah syurga. Di dunia ini, orang yang berhasil mendapat syurga adalah dalam bentuk ketenangan yang mereka perolehi. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman alaa bizikrillahi tatmainnal qulub. Dan ingatkan bahawa dengan berzikir kepada Allah akan memperolehi ketenangan. Dengan berzikir kepada Allah, di dunia ini juga akan mendapat ketenangan.

Jadi, tingkat yang kita sedang usahakan di dalam bulan Ramadhan ini, dan kita dapat mencapai tingkat ibadat-ibadat kita kepada Allah, sebabnya ialah kita telah banyak melakukan zikir Ilahi di dunia ini. Dan sesiapa yang bernasib baik mendapat ketenangan atau kepuasan hati, untuk mereka itu, syurga apa lagi yang mereka perlukan.

Orang dunia mempunyai segala-galanya, tetapi mereka tidak tenang. Di dunia ini banyak orang-orang kaya dan orang-orang besar, tetapi, mereka memerlukan pil untuk tidur pada waktu malam. Kerisauan dan ketidaktenangan juga berlaku pada waktu siang. Kalau wang ringgit boleh menjauhkan kegelisahan mereka, dapat memberikan ketenangan kepada mereka, sudah pasti orang-orang kaya dan orang-orang besar tidak akan mengalami kegelisahan dan kerisauan.

Tetapi, cubalah berfikir dan buat ukuran, kebanyakan orang-orang kaya dan orang-orang besar mempunyai penyakit hati terutama sekali orang-orang yang tidak ada hubungan dengan Allah Ta’ala. Orang-orang yang soleh, jika kegelisahan menimpa mereka, apa yang difikirkan ialah; jangan-jangan ada sesuatu hak Tuhan yang tidak saya sempurnakan? Mereka tidak ada rasa risau tentang duniawi. Jadi, peluang yang telah diberikan oleh Allah dalam bulan Ramadhan, dan dengan mengikut perintah Allah kita berpuasa untuk beberapa hari, dan cenderung untuk meningkatkan kerohanian dan akhlak. Dan kita juga harus berusaha mengekalkan semangat untuk menuju ke arah kebaikan, maju dalam ibadat, walaupun selepas Ramadhan.

Kemudian, kecenderungan ke arah memperbaiki akhlak dalam bulan Ramadhan, dan akhlak yang dipamerkan melalui ucapan innii soo’imuun, walaupun sudah tidak berpuasa, akhlak ini harus tetap dikekalkan dan diamalkan. Ihsan Allah Ta’ala, jika Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk mendirikan akhlak yang tinggi, maka setiap tahun, selama 29 atau 30 hari, Allah Ta’ala memberi kita peluang untuk meninggikan tingkatan akhlak ke arah yang lebih baik berbanding sebelumnya, agar tidak ada rungutan bahawa ‘saya tidak dapat memperbaiki akhlak saya kerana terdorong untuk mengejar keduniaan sehingga terlupa untuk itu.’ Jadi, dengan puasa yang hanya beberapa hari ini telah ditetapkan sebagai masa untuk memperbaiki akhlak, jadi, tidak ada lagi alasan untuk terlupa. Sekiranya dalam masa berpuasa kamu boleh menzahirkan akhlak dengan berkata innii soo’imuun, ini bermakna dalam diri kamu itu ada kekuatan untuk mengawal emosi kamu. Oleh kerana kamu boleh melakukannya dalam bulan Ramadhan, maka kamu hendaklah jadikan ia sebagai satu bahagian dalam hidup kamu, kemudian kamu akan menjadi pewaris syurga-Ku. Seandainya kamu dapat merasai kahidupan pemandangan syurga di dunia ini, maka di akhirat kamu juga akan mendapat nikmat ini.

Orang yang memperbaiki dirinya, yang meninggikan nilai ibadatnya, meninggikan nilai akhlaknya, yang menunjukkan ketaatan yang sempurna semata-mata kerana Allah Ta’ala. Kemudian, dengan sendirinya mereka akan keluar dari persekitaran dunia yang di dalamnya ibadat semakin lama semakin dilupakan, yang di dalamnya akhlak buruk yang semakin berleluasa, sehingga menyebabkan mereka dengan berani menunjukkan bantahan terhadap ibu bapa, ketua, dan pegawai Jemaat. Selepas keluar dari persekitaran itu, mereka akan mencari satu persekitaran yang lebih baik atau mereka berusaha membuat perubahan dalam persekitarannya. Apabila keadaan ini telah tercipta, maka mereka inilah yang akan merayakan Hari Raya secara hakiki. Jika tidak, orang yang berkumpul pada hari ini untuk merayakan ID, memakai pakaian yang cantik, lalu tidak peduli tentang solat, mereka tidak dikatakan orang yang merayakan hari Raya. Mereka itu dalam pandangan Allah Ta’ala dan Rasulullah s.a.w adalah manusia yang patut dikasihani.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda; jadikanlah Id kamu kelihatan cantik dengan takbir-takbir. Jika fikiran ini ada pada hari Raya, saya telah menjalankan kehidupan sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya, maka akan timbul kecenderungan ke arah melaungkan takbir-takbir, akan timbul fikiran bahawa kebaikan yang telah saya usahakan sepanjang bulan Ramadhan, saya akan syukuri dalam bentuk doa, zikir Ilahi. Hari ini, dengan merenungkan sedalam-dalamnya ke arah takbir-takbir ini, saya berusaha untuk mengetahui kebesaran dan keagungan Allah Ta’ala. Dan apabila pengetahuan itu muncul, maka secara semulajadinya, setiap saat yang datang, menjadikannya taat dan patuh kepada Allah, dan berusaha melaksanakan segala perintah-Nya. Dan apabila mereka menjadi orang taat kepada Allah, maka untuk mereka, setiap hari menjadi hari raya bagi mereka.
Jadi, kita harus berusaha untuk mencapai Id yang seperti ini. Orang yang dalam kehidupannya sentiasa berusaha untuk mencapai keredhaan Allah Ta’ala, mereka itulah orang-orang yang benar-benar merayakan Id yang hakiki. Pada hari di mana Allah Ta’ala memberikan keredhaan atas mereka, dan berjanji untuk menjauhkan keburukan. Pada hari di mana insan berjanji untuk membuat perubahan suci dalam diri mereka, dan mula beramal padanya, maka itulah yang dinamakan Id yang hakiki.

Jadi, hari ini kita jangan lupa tentang Ramadhan kita, malah kita hendaklah berjanji untuk mengingatinya. Maka Id kita akan dianggap sebagai Id yang berberkat dan Ramadhan kita dianggap Ramadhan yang amat berberkat.  

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata;
Hari itu, hari apakah yang lebih baik dari hari Jumaat dan Hari Raya? hari yang berberkat, aku beritahu kepada kamu bahawa hari itu ialah hari dimana seorang insan bertaubat, yang lebih baik dari semua itu, dan lebih baik dari setiap Id, kenapa? Sebabnya ialah pada hari itu catatan amalan buruk yang boleh mendekatkan insan kepada neraka jahannam, yang boleh membawanya ke arah kemurkaan Ilahi, dibersihkan, dan dosanya diampunkan. Hakikatnya, hari apakah yang lebih baik daripada hari itu bagi seorang insan? Yang mana dia terselamat daripada azab jahannam dan kemurkaan Ilahi, orang yang bertaubat, yang sebelumnya jauh daripada Allah Ta’ala, dan menjadi sasaran kemurkaan lahi, sekarang ini, dengan kurnia-Nya, dia semakin dekat kepada Allah dan semakin jauh dari jahannam dan kemurkaan Allah. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, innallaaha yuhibbut tauwabinna wahibbul mutatahhirriin, memang sudah pasti bahawa Allah Ta’ala menjadi kawan kepada orang yang bertaubat, dan dengan mereka yang melakukan penyucian, berkasih sayang, dengan ayat ini, bukan sahaja orang yang bertaubat yang akan dicintai Allah, malah dapat juga diketahui bahawa di samping taubat yang hakiki, kesucian dan taharah yang hakiki juga menjadi syarat di situ. Dan jauh setiap jenis kekotoran juga merupakan satu syarat yang perlu. Jika tidak, taubat dan kata-kata tidak memberi faedah apa-apa.

Jadi, hari yang berberkat, bahawa insan bertaubat dari segala keburukan yang dilakukan, dan membuat ikatan perjanjian dengan Allah sebaik-baiknya, dan menyerahkan kepalanya untuk menjunjung tinggi perintah-perintah-Nya, maka tidak diragukan lagi bahawa dia akan diselamatkan daripada azab-azab. Ringkasnya, Id yang hakiki ialah perubahan suci dapat diciptakan. Jadi, sekiranya Ramadhan telah dilalui dengan cara bertaubat dengan sebenar-benarnya, dan juga telah berusaha sedaya upaya, maka untuk kamu, setiap hari adalah Hari Raya sekiranya kita dapat menciptakan perubahan suci dalam bulan Ramadhan, Cuma penzahirannya kita lakukan pada hari ini atas perintah Allah Ta’ala.

Ayat yang telah saya tilawatkan tadi, terjemahannya ialah “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.

Di dalamnya Allah Ta’ala juga menyeru kepada beberapa hak, iaitu bagaimana hendak membuat perubahan suci? Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa kita telah berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala. maiyasyri nafsahub tighaa’a mardhaatil laahi, Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata. Orang seperti itu yang bertaubat dengan cara yang sebenar, kemudian menginginkan keredhaan Allah Ta’ala, dan semata-mata kerana Allah mereka tidak pedulikan nyawa mereka. Dan mereka bersedia mempersembahkan jiwa mereka pada jalan Allah Ta’ala. Bagaimana diharapkan dari mereka bahawa mereka akan jauh dari perintah Allah Ta’ala.

Ketika penuh dengan semangat, dalam keadaan marah dan kerana kebijaksanaan, orang yang tidak ada hubungan dengan Allah Ta’ala pun sanggup mengorbankan jiwa mereka. Tetapi, pengorbanan mereka adalah demi diri sendiri, atau seorang pejuang negara, pengorbanan mereka adalah kerana mendapat upah, dan latihan mereka hanya berpandukan arahan. Dan tujuan mereka bukan kerana Allah Ta’ala, tetapi, orang yang membuat perubahan suci, itu dilakukan setelah berfikir panjang tanpa ada perasaan tamak terhadap harta dunia, mereka mempersembahkan nyawa mereka atas kerelaan mereka sendiri demi kerana Allah Ta’ala. Mereka bukan sekadar mengorbankan jiwa, tetapi untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala secara berterusan, mereka juga menunaikan huququl ibad dan juga huququllah. Dalam beberapa kejadian, dengan menunaikan huququl ibad akan membawa ke arah melaksanakan huququllah. Jadi, orang-orang yang sentiasa menunaikan huququllah dan huququl ibad, Allah Ta’ala berfirman bahawa Dia amat mengasihi orang-orang seperti itu. Oleh itu, menzahirkan Id yang hakiki berlaku pada seorang mukmin apabila dia menunaikan huququllah dan juga huququl ibad.

Setiap hari, mereka menjual kehidupan mereka semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Di dalam Jemaat, dengan kurnia Allah Ta’ala, ada ribuan orang yang lengkap dengan semangat seperti ini dan sedia melakukannya. Apa yang Allah Ta’ala perintahkan, mereka akan laksanakan. Selain daripada meninggikan nilai kerohanian, mereka juga sedia berkorban untuk orang lain, dan pengorbanan itu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Pandangan mereka bukan hanya pada keperluan isteri dan anak-anak atau keperluan sendiri, malah mereka juga memikirkan orang miskin dan anak-anak yatim.

Jadi, dalam hari raya, menzahirkan perubahan suci dari seorang Ahmadi juga boleh dilakukan melalui pengorbanan terhadap orang miskin dan anak-anak yatim, sebabnya ialah, ia merupakan perintah Tuhan untuk mengambil berat orang miskin dan orang yang meminta-minta. Perintah Allah juga ialah memelihara anak-anak yatim. Di dunia, di setiap tempat, orang Ahmadi harus memastikan hati mereka lebih terbuka dalam mengambil berat terhadap anak-anak yatim dan orang-orang miskin ini berbanding yang dahulu. Seperti yang ada di UK dan di Eropah, perancangan mereka begitu baik dalam usaha yang murni ini. Mudah-mudahan Allah memberi berkat ke atas harta-harta mereka.

Dan orang-orang yang berkemampuan dalam mana-mana negara, selain daripada candah-candah yang wajib, mereka hendaklah mengambil bahagian dalam pekerjaan yang murni ini, dalam candah-candah yang lazim, banyak bahagian yang menuju ke arah Huququllah, seperti membina masjid, membina sekolah, menyebarkan risalah-risalah, dan berbagai cara pertablighan. Jadi, orang-orang yang seperti ini juga harus mengambil bahagian dalam memastikan hak-hak orang-orang miskin dapat dipenuhi.

Hazrat Masih Mau’ud a.s menjelaskan ra ufum bil ibad dengan berkata:-
“Hamba Allah yang lebih mengutamakan agama daripada dunia, Allah Ta’ala mencintai mereka, Dia sendiri berfirman; wallaahu ra’ufum bil ibad, inilah orang-orang yang telah menyerahkan hidup mereka untuk Allah Ta’ala. Mereka mewakafkan hidup mereka di jalan Allah Ta’ala, dan mereka juga sanggup menyerahkan nyawa mereka dan membelanjakan harta mereka pada jalan Allah Ta’ala. Itu semua dianggap sebagai satu kurnia dan kebaikan Allah Ta’ala atas mereka. Tetapi orang yang menganggap bahawa harta benda dan kekayaan adalah tujuan hidup mereka, maka mereka akan memandang sinis terhadap agama. Tetapi itu bukanlah pekerjaan orang-orang Muslim yang benar dan hakiki. Islam yang sejati ialah seluruh kekuatan dan kemampuan mereka diwakafkan pada jalan Allah Ta’ala agar dapat mewarisi hidup yang suci. Yakni akan mewarisi hidup yang suci disebabkan pengorbanan yang mereka lakukan, di dunia ini juga mereka akan dapat menyaksikan kasih sayang Allah Ta’ala. Semua kehidupan mereka diwakafkan. Memang benar bahawa insan mempunyai hak masing-masing, ada hak saudara-saudara mereka, mereka juga hendaklah memberi perhatian dalam menunaikan hak-hak mereka itu.

Kemudian, ayat selanjutnya, Allah Ta’ala menarik perhatian orang-orang mukmin, bahawa untuk menyempurnakan keimanan harus mempunyai ketaatan yang sempurna, namun, ketaatan tidak akan sempurna jika hanya menyempurnakan huququllah, demikian juga ketaatan tidak akan sempurna jika hanya menyempurnakan huququl ibad, ketaatan tidak akan sempurna jika hanya beribadat dan berkorban selama sebulan, ketaatan tidak akan sempurna jika hanya mengamalkan sebahagian daripada perintah-perintah Al-Qur’an, ketaatan kepada Nizam Jemaat tidak akan sempurna jika hanya menerima keputusan yang disukai sendiri, tetapi, apa yang dikatakan ialah, seluruh kewujudan kamu, seluruh fikiran kamu, semua perasaan dan emosi kamu, bersedia untuk melakukan pengorbanan dalam mencari keredhaan Allah Ta’ala, barulah dengan itu ketaatan boleh mencapai tahap yang sempurna.

Ada orang yang mendakwakan diri bahawa mereka sangat taat kepada Nizam Jemaat. Tetapi, apabila suatu keputusan disampaikan oleh Jemaat, mereka terus mengatakan bahawa “kami akan membawa perkara ini ke mahkamah negara untuk diselesaikan.” Dan selepas mendengar keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka, maka mereka akan pergi lagi kepada Jemaat untuk minta diadili.

Udkhulu Fissilmi, masuklah kamu dengan penuh ketaatan, maksudnya, ketaatan itu sempurna, yakin sepenuhnya ke atas Nizam Jemaat, dan jika keputusan itu tidak memihak kepada mereka, mereka harus memperlihatkan contoh ketaatan yang sempurna. Jangan beranggapan bahawa di mana ada syariat yang boleh diambil manfaat, itu yang dicari. Atau jika undang-undang negara yang lebih menguntungkan, itu yang dikejar.

Selepas memberi perintah tentang itaat, Allah Ta’ala berfirman, jangan mengikut jejak langkah syaitan, itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Jika hal ini diperhatikan setiap masa, bahawa saya mahu keredhaan Allah Ta’ala, maka mereka akan berusaha mendapatkan perlindungan Allah daripada syaitan.

Ada orang mohon di doakan agar sentiasa berada dalam perubahan yang suci dan serangan syaitan tidak akan berlaku lagi, maka, jika kita sentiasa bersedia melakukan sekecil-kecil pengorbanan dan juga pengorbanan yang besar, maka kita akan jauh daripada syaitan. Kerana orang yang berkorban itu tidak mudah digoda oleh syaitan, akan terus-menerus memohon pertolongan Allah, agar perubahan suci yang diperolehi akan berterusan.

Hendaklah sentiasa ingat bahawa syaitan itu menyerang dengan menggunakan pelbagai cara, kadang-kadang kita terdorong untuk melakukan kebaikan sedangkan hal itu boleh menghalang kita dari kebaikan-kebaikan. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa fikir, bahawa keredhaan Allah Ta’ala itu di mana? Dan setiap Ahmadi juga hendaklah ingat selalu, bahawa Jemaat kita ada Nizam, hanya dengan cara mendekatkan diri kepada Nizam Jemaat sahaja kita boleh dikatakan melakukan kebaikan. Ini kerana Rasulullah s.a.w telah memberi khabar gembira kepada kelompok yang dikatakan satu Jemaat. Jadi, berhubungan dengan Jemaat dan taat kepada Jemaat juga menjadi punca kebaikan terhadap Jemaat, boleh menarik kecintaan Allah Ta’ala atas kita. Jadi, dalam bulan Ramadhan, segala perkara yang dijelaskan mengenai ketaatan hendaklah diperhatikan dan ia harus diletakkan di hadapan. Inilah hari raya bagi kita.

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata di suatu tempat, di kalangan insan, orang yang dianggap mulia adalah mereka yang hanya dalam keredhaan Tuhan. Mereka menjual diri mereka, dan mendapatkan keredhaan Allah, inilah orang-orang yang akan dirahmati Allah, orang yang mencapai tahap kerohanian seperti itu, akan tenggelam dalam jalan Tuhan.

(dipetik dan diterjemahkan dari Khutbah Aidil Fitri Huzur 2009)











Sunday, September 5, 2010

Lembaran Tabligh 02


KEWAFATAN NABI ISA

PENGENALAN RINGKAS NABI ISA

Nabi Isa a.s dilahirkan oleh Maryam binti Imran tanpa seorang ayah secara mukjizat dalam musim panas di sebuah kampung bernama Bait Lehem, Kanaan, dan sejak hari ini, peristiwa itu sudah 2000 tahun berlalu. Pada waktu itu, Kanaan di bawah kekuasaan Kaisar Rom sebagaimana India di bawah kekuasaan Inggeris.

Nabi Isa a.s telah dibaptis oleh Yahya a.s. Apabila beliau a.s diutus oleh Allah sebagai rasul, rasuulan ilaa banii israil (3:49) iaitu rasul untuk Bani Israil, maka orang-orang Yahudi membuat penghinaan atas peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s, dan oleh kerana sebelum kedatangan Al-Masih, mereka menunggu Nabi Elia, sebab itu mereka mengingkari kerasulan beliau a.s. Orang-orang Yahudi membuat perancangan sehingga atas perintah Gabenor Rom, Pilatus, Nabi Isa a.s dinaikkan ke atas Salib. Oleh kerana keputusan ini dibuat pada hari Jumaat, dan hari Sabbat orang Yahudi bermula pada petang hari Jumaat, oleh sebab itu beliau a.s hanya beberapa jam sahaja di atas Salib. Dan beliau a.s diturunkan dari tiang Salib dalam keadaan tidak sedar. Dua pengikut beliau a.s, Nicodemus dan Joseph membawa tubuh beliau bersembunyi di sebuah gua, tempat di mana kecederaan beliau a.s diubati. Beberapa hari kemudian, setelah beransur sihat, beliau a.s berjumpa dengan hawari-hawarinya, dan untuk menyempurnakan misinya, beliau a.s keluar  mencari kabilah-kabilah Bani Israil yang hilang sehinggalah tiba di Kashmir. Di sana beliau a.s wafat dan kuburnya ada di Srinagar.

[Pontius Pilate, Nicodemus, Joseph of Arimathea]   

PERBEZAAN AKIDAH TENTANG HIDUP DAN MATI NABI ISA

1.      Yahudi: Berdasarkan akidah mereka, Nabi Elia bersama tubuhnya akan turun dari langit sebelum Al-Masih, syarat ini menurut mereka belum lagi sempurna. Disebabkan itulah, mereka membuat tuduhan jahat atas kelahiran Nabi Isa a.s dan menganggapnya berdusta dan terlaknat, lalu membawa perkara itu kepada Gabenor Pilatus untuk dibicarakan agar dapat disalib. Dalam fikiran mereka, kelahiran dan kematian beliau a.s itu terlaknat, dan sehingga sekarang, mereka terus berdoa menunggu kedatangan Elia dan Al-Masih.
2.      Kristian: Beliau a.s adalah anak tunggal Tuhan dari perut seorang gadis. Untuk menyelamatkan manusia dari dosa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam a.s dan diwarisi oleh anak keturunannya, Al-Masih yang tidak berdosa itu dinaikkan ke atas Salib sebagai Kafarah. Selepas tiga hari, Tuhan menghidupkannya kembali lalu mengangkatnya ke langit. Beliau a.s ada bahagian dalam ketuhanan, dan akan turun ke dunia untuk menegakkan hukum Tuhan. Mereka berpendapat bahawa najat (keselamatan) anak manusia itu hanya melalui kematian di atas Salib.
3.      Muslim: “Yahudi tidak membunuh Nabi Isa a.s dan tidak juga menyalibnya ... ... . Sebenarnya Allah telah mengangkat Nabi Isa a.s ke atas langit dan Allah berkuasa atas segala sesuatu... ... . Kisah yang terjadi ialah, apabila Yahudi telah berazam untuk membunuh Nabi Isa a.s, ada seseorang telah masuk ke dalam rumah beliau a.s dan Allah mengangkat Nabi Isa a.s ke atas langit, lalu wajah orang yang pertama masuk itu disamakan dengan wajah Nabi Isa a.s, apabila orang lain masuk, mereka menganggap itulah Nabi Isa lalu dibunuh... ... . (Tafsir Syeikhul Islam, Maulana Syabir Ahmad Uthmani, Syah Fahad Press, Madinah Munawwarah 1409).
      Apabila hampir kiamat, Nabi Isa a.s akan turun untuk mematahkan Salib dan membunuh babi.