Wednesday, December 15, 2010

Lembaran Tarbiyat 14



MENGINGINKAN ANAK HENDAKLAH BERASASKAN KEBAIKAN

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Ramai orang yang menginginkan anak-anak dan ada yang telah dikurniakan anak-anak di sisi mereka. Tetapi mereka tidak pernah memikirkan tentang tarbiyat anak-anak, dan tidak memandu mereka ke arah jalan yang baik dan tidak berusaha menjadikan anak-anak mereka patuh kepada perintah Tuhan. Mereka juga tidak mendoakan anak-anak dan tidak memikirkan tentang tingkat tarbiyat anak-anak.

Keadaan saya ialah tidak pernah terjadi bahawa saya tidak mendoakan sahabat-sahabat, anak-anak dan isteri saya dalam setiap solat. Ramai ibu bapa sekarang ini yang mengajarkan keburukan kepada anak-anak mereka. Pada peringkat permulaan, apabila anak-anak sudah melakukan adat yang buruk, ibu bapa tidak menegur atau memberi amaran. Kesannya, setiap hari anak-anak semakin berani membuat keburukan. Ada satu hikayat yang diceritakan, disebabkan suatu kesalahan, seorang anak muda telah dijatuhkan hukuman gantung. Buat kali terakhir dia meminta izin bertemu dengan ibunya. Apabila ibunya sampai, dia pergi kepada ibunya dan berkata; ‘saya mahu merasa lidah ibu’. Sebaik sahaja ibunya mengeluarkan lidahnya, anak muda itu terus menggigit sehingga putus dan menelannya. Apabila dia ditanya kenapa berbuat demikian, dia menjawab; ‘ibu inilah yang menyebabkan saya dihukum gantung. Jika dia larang saya melakukan perkara ini sejak dahulu lagi, sudah pasti keadaan saya tidak begini sekarang’.

Ringkasnya, ramai orang yang menginginkan anak tetapi bukan untuk menjadi pengkhidmat agama, malah bertujuan agar anaka-anak dapat mewarisi harta benda mereka. Apabila anak lahir, mereka tidak memikirkan tarbiyatnya, tidak membetulkan akidahnya, dan tidak meluruskan akhlaknya.

Allah Ta’ala mengajarkan doa di dalam Al-Qur’an, ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WA ZURRIYYAATINAA QURRATA A’YUNIN WAJ’ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMA. (Al-Furqan:75) yakni, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan anak-anak yang menyejukkan mata kami. Keadaan ini hanya akan terjadi sekiranya mereka tidak menjalani kehidupan yang fasik dan keji, malah hidup mereka seperti hamba-hamba Tuhan yang Rahman, dan mereka mengutamakan Tuhan dari segala benda.” (Malfoozaat Jilid 1, halaman 562)

JAUHI PERBUATAN SYIRIK

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Syirik adalah suatu perkara yang boleh menggelincirkan seseorang insan dari tujuan sebenar dan menjadikan mereka pewaris jahannam. Syirik ada berbagai jenis. Satu daripadanya syirik yang besar di mana kita melihat Hindu, Kristian, Yahudi dan golongan lain yang menyembah patung terjerat di dalamnya. Mereka menjadikan insan, batu, benda yang tidak bernyawa, kekuatan dewa dan dewi sebagai sembahan atau tuhan. Walaupun syirik ini masih lagi wujud di dunia sekarang ini, tetapi melalui penjelasan dan pendidikan zaman ini telah menjadikan sedikit sebanyak akal mula membenci perbuatan ini. Ini adalah perkara yang lain sekiranya suatu kaum mengatakannya dari sudut agama, tetapi sebenarnya orang yang mempunyai fitrat pun sudah mulai membencinya. Tetapi, ada satu lagi jenis syirik yang memberi pengaruh seperti racun, dan pada zaman ini ia semakin bertambah sehinggalah ke tahap keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan semakin hilang.” (Malfoozaat Jilid 2, halaman 56)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Bolehkah tuan terjemahkan Filsafat ajaran Agama Islam. Jzklh

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...