Wednesday, May 25, 2011

Malfoozaat 02_2011


22 FEBRUARI 1903

REHAT PADA WAKTU MALAM PERLU ADA

Dengan menyentuh satu mimpi buruk seorang yang mukhlis, beliau a.s berkata:-

“Cuba perhatikan di dalam Surah Muzammil, di sana ditegaskan agar seorang insan harus ada masa rehat pada waktu malam. Dengan itu, segala kepenatan yang dirasai pada siang hari dapat dipulihkan kembali. Amalan Rasulullah s.a.w yang juga merupakan satu sunnah, ia terbukti selari dengan hal itu, ada sabdanya USALLII WA ANUUMU.

Sebenarnya, misal seorang insan ialah seperti kuda. Jika kita memaksa seekor kuda melakukan suatu tugas melebihi had kemampuannya sepanjang hari dan tidak memberi peluang kepadanya untuk berehat, maka amat dekat waktunya kuda itu akan menjadi sia-sia dengan hanya kebaikan yang sedikit. Maknanya, jiwa juga ada persamaannya dengan kuda.

AMALAN HARIAN YANG TERBAIK

Di daerah Sialkot ada seorang yang terkenal. Selepas bai’at, dia bertanya bahawa “Huzur, beritahulah suatu wirid dari perkataan tuan sendiri.”

Beliau berkata:-
“Dirikan solat dengan penuh perhatian kerana ia adalah kunci segala kesulitan dan di dalamnya mengandungi segala kelazatan dan khazanah. Jalankan ibadat puasa dengan hati yang suci, berikan sedekah, banyakkan membaca salawat dan istighfar. Berlaku baiklah kepada keluarga kamu. Berlaku baik dengan jiran tetangga. Bersikap belas kasihan terhadap manusia dan haiwan, dan jangan sampai berlaku zalim atas mereka. Mohonlah sentiasa perlindungan setiap waktu dari Tuhan kerana kekotoran dan yang tidak bermanfaat akan menjadikan hati yang tidak rebah di istana Ilahi setiap masa akan semakin ketinggalan. Cuba bayangkan jika Tuhan tidak memberi perlindungan, maka insan tidak boleh hidup walau sesaat. Dari bawah bumi dan sehinggalah atas langit, setiap benda mempunyai lawannya masing-masing. Jika perlindungan Tuhan tidak bersama-sama, maka apa yang akan terjadi? Banyakkan berdoa dan teguhkan langkah atas hidayat Allah Ta’ala kerana hanya ada dua iradah-Nya, menyesatkan atau memberi hidayat sebagaimana yang difirmankan YUDHILLU BIHII KATSIIRAU WA YAHDII BIHII KATSIIRA. Jadi, jika iradah-Nya juga atas kesesatan, maka seharusnya setiap waktu hendaklah banyak berdoa untuk diselamatkan dari kesesatan dan diberi hidayat. Jadilah seorang yang lemah-lembut kerana orang yang bersifat lemah-lembut akan diperlakukan oleh Allah dengan kelembutan. Sebenarnya, insan yang baik ialah mereka yang melangkah di atas muka bumi ini dengan penuh berhati-hati jangan sampai ada serangga yang akan mendapat kesusahan. Ringkasnya, jangan pernah menyakiti sesiapa sama ada dengan tangan, kaki, mata dan anggota badan yang lain dan banyakkanlah berdoa.

POLIGAMI

Mirza Khuda Bakhsy Sahib datang dari Malerkotla dan beliau ditanya mengenai perjumpaan di sana. Beliau berkata bahawa ada seseorang yang telah mengkritik Islam bahawa perintah boleh meletakkan sehingga empat orang isteri itu adalah sangat buruk dan sumber segala kejahatan.

Hazrat Aqdas berkata:-
“Tidak ada perintah untuk menyimpan isteri sehingga empat orang, malah ia hanyalah izin sehingga batas empat orang. Ia bukanlah satu kewajipan untuk menyimpan keempat-empatnya. Tujuan Al-Qur’an ialah, oleh kerana tuntutan seorang insan adalah berlainan, sebab itu ada keizinan untuk menyimpan satu sehingga empat orang isteri. Orang yang cuba mengkritik hal ini dan pada masa yang sama juga mendakwakan diri sebagai orang Islam, saya tidak yakin imannya boleh kekal? Dia adalah pengkritik Islam, dia tidak melihat seorang penggubal undang-undang akan memperhatikan segala segi semasa membuat undang-undang. Seandainya isteri seseorang menghidap penyakit kusta atau kulit, atau menjadi buta, atau mempunyai kelemahan tidak mendapat zuriat dan sebagainya, dalam keadaan itu, apa yang harus dibuat oleh seorang suami? Adakah dia harus berserah sahaja? Dalam keadaan sulit seperti itu, apa yang dia boleh lakukan? Atau sekiranya dia terjerat dalam keburukan seperti zina dan sebagainya, adakah sekarang suami itu dituntut untuk patuh kepada syarahan isterinya? Tuhan saja yang tahu kenapa mereka terus menjadi buta apabila mengkritik ajaran Islam? Kita sendiri tidak faham, bahawa adakah ia dikatakan sebagai satu mazhab sedangkan tidak dapat memenuhi keperluan seorang insan. Sekarang, dalam keadaan seperti yang dijelaskan di atas, bagaimana orang Kristian bertindak? Keagungan Al-Qur’an Syarif terbukti apabila tidak ada suatu undang-undang yang dibuat lebih dahulu oleh-Nya jika tidak diperlukan oleh manusia. Sekarang ini di England, disebabkan kesulitan seperti di atas telah menyebabkan berkahwin banyak dan pemulaan perceraian. Tadi, berkenaan dengan seorang Lord ada tertulis bahawa dia telah berkahwin kali kedua, kemudian dijatuhkan hukuman, tetapi dia pergi melarikan diri ke Amerika.

Perhatikanlah sedalam-dalamnya, adakah keadaan ini perlu bagi seorang insan atau tidak? Yakni menyimpan isteri lebih daripada seorang. Jika memang diperlukan lalu tidak dirawat, maka inilah kelemahannya sehingga Al-Qur’an yang sangat sempurna dan menyeluruh itu dikirimkan.

MUDARAT  ARAK

Dalam waktu itu juga timbul persoalan mengenai arak. Ada yang berkata: “Huzur! Sekarang ini sudah dicipta biskut daripada arak”.

Beliau berkata:-
“Arak adalah musuh ketat bagi malu, iffat dan ketakwaan. Kemuliaan seorang insan boleh hilang sebagaimana anjing, kucing dan keldai yakni dengan meminumnya, keadaan hampir sama. Sekarang, jika musibah biskut ini tersebar ke seluruh dunia, maka ribuan orang yang tidak berdosa juga terlibat di dalamnya. Mula-mula sekali, beberapa orang akan menjauhi perbuatan yang memalukan, tetapi sekarang mereka mengambil biskut dan memasukkan ke dalam poket. Sebenarnya, dajjal tidak pernah mengurangkan usahanya untuk menyebarkan kefasikan dan keburukan di dunia, tetapi yang akan berlaku adalah di tangan Tuhan. Siapa yang mahu, silakan buat. Berkenaan dengan keagungan Islam ada dalam sebuah hadis bahawa ada seseorang telah mengkritik Islam, daripadanya keluar bau busuk minuman keras. Dia diperintahkan untuk dipukul kerana mengkritik Islam sedangkan dalam keadaan mabuk. Tetapi, sekarang ini tidak ada lagi had dan perkiraan. Mereka minum arak, berzina, ringkasnya tidak ada keburukan yang tidak mereka lakukan, tetapi dalam masa yang sama mereka juga tetap sedia mengkritik Islam. (Al-Hakam Jilid 7, nombor 8, halaman 14-15, tarikh 28 Februari 1903)

(Malfoozaat Jilid 3, halaman 105-107)


Diterjemahkan oleh

Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(25.05.2011)

Monday, May 16, 2011

Malfoozaat 01_2011


15 FEBRUARI 1903

(Waktu sebelum Zuhur)
Ada seorang lelaki datang dari kampung Gor dan bai’at kepada Hazrat Aqdas, selepas itu Hazrat Aqdas berkata kepadanya:-

CARILAH KURNIA TUHAN MENGIKUT SUNNAH

Nasihat daripada kami ialah carilah kurnia Tuhan mengikut sunnah. Allah Ta’ala telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Qur’an dan juga membangkitkan Rasul Karim s.a.w bahawa selain dari cara itu, tidak ada jalan lain yang diredhai. Mereka yang menginginkan kurnia Tuhan dan mengetuk pintu kurnia itu, maka pintu itu akan dibukakan kepadanya. Pintu-pintu selain daripada pintu itu akan tertutup. Nubuat telah berakhir pada Nabi s.a.w kami. Selepas syariat Al-Qur’an Karim, tidak ada lagi syariat yang akan datang. Insan tidak seharusnya meminta kusyuf dan wahyu dan ilham, malah ini semua adalah hasil daripada ketakwaan. Jika akar itu baik, maka yang lain akan muncul dengan sendirinya. Cuba lihat, apabila matahari terbit, maka sinaran dan kepanasan yang merupakan cirinya akan turut muncul. Demikian juga apabila muncul ketakwaan dalam diri seorang insan, maka yang berhubungan dengan ketakwaan itu juga akan muncul. Cuba lihat, apabila seseorang pergi menemui kawannya, tidak seharusnya timbul di fikiran bahawa saya akan dihidangkan palau, zarde dan qurma dan akan melayan saya dengan baik. Jangan seperti itu, malah seorang kawan yang benar yang ingin berjumpa, dia tidak akan peduli atau memikirkan tentang suatu makanan atau tempat atau layanan, tetapi apabila dia pergi berjumpa dengan kawannya yang sudah lama terpisah, adakah dia tidak akan diberi layanan yang baik? Tidak sama sekali, malah semampu yang ada, kawannya itu akan memberi layanan secukupnya dan memberikan apa-apa sarana yang ada.

Justeru itu, inilah juga keadaan rohani dan mulaqat dengan kawannya yang Tinggi. Keimanan yang bergantung kepada Ilham-ilham atau kasyaf-kasyaf dan sebagainya, itu bukanlah keimanan yang sempurna. Itu adalah iman yang lemah dan memerlukan suatu tempat bergantung. Asas dan tujuan seorang insan seharusnya mendapatkan keredhaan Ilahi. Apabila keredhaan Ilahi sudah diperolehi, apa yang Tuhan tidak akan berikan kepadanya? Memohon segala perkara ini dengan sendiri adalah kurang sopan.

Cuba lihat, Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an QUL INKUNTUM TUHIBBUUNAL LAAHA FAT TABI’UUNII YUHBIB KUMULLAAHU, yakni untuk menjadi kecintaan Tuhan, hanya satu-satunya sahaja jalan yang ada iaitu mengikuti jalan Rasulullah s.a.w dan tidak ada jalan lain yang boleh mempertemukan kita dengan Tuhan selain jalan itu. Tumpuan seorang insan hendaklah mencari satu-satunya Tuhan yang Tunggal dan yang tidak ada sekutu-Nya. Juga perlu menjauhi syirik dan bid’ah, jangan menjadi pengikut adat resam dan jangan patuh kepada kehendak nafsu. Sekali lagi saya nyatakan bahawa selain cara Rasulullah s.a.w, tidak ada jalan lain yang boleh membawa kepada kejayaan.

KITA HANYA ADA SATU RASUL DAN SATU KITAB

Kita hanya ada satu Rasul dan hanya ada satu Qur’an Syarif yang diturunkan ke atas Rasul itu, yang mana dengan mengikutinya kita telah berhasil mendapat Tuhan. Cara-cara yang telah diterbitkan oleh golongan fuqara hari ini serta senjata-senjata, doa-doa, wirid-wirid dan bacaan-bacaan yang telah dicipta oleh pengganti-pengganti mereka, semua ini menjadi sarana bagi insan semakin jauh dari jalan yang lurus. Jadi, kamu seharusnya menjauhi semua perkara itu. Orang-orang itu hendak mematahkan mohor Rasulullah s.a.w sebagai Khatamul Anbiya, seolah-olah hendak mengasaskan satu bentuk syariat terpisah yang baru. Kamu hendaklah ingat bahawa mengikuti Qur’an Syarif dan sabda Rasulullah s.a.w serta sunnah yang telah ditinggalkan seperti solat, puasa dan sebagainya, selain daripada itu tidak ada lagi kunci yang boleh membuka pintu berkat-berkat dan kurnia Tuhan. Mereka itu terlupa sekiranya meninggalkan jalan-jalan ini dan mencari jalan-jalan yang lain. Mereka akan mati dalam kegagalan kerana tidak mengikuti firman Allah dan sabda Rasul-Nya, malah mereka mencari jalan-jalan yang lain.

HINDARI SEGALA JENIS-JENIS DOSA

Ada juga yang dikatakan sebagai dosa besar dan setiap orang tahu mengenainya, dan seorang insan yang baik akan berusaha semampu yang mungkin untuk menjauhinya. Namun kamu hendaklah menjauhi kedua-duanya sekali tidak kira sama ada dosa besar atau dosa kecil. Ini kerana dosa merupakan racun yang boleh merosakkan kehidupan. Dosa juga adalah api yang boleh membakar kekuatan rohani sehingga menjadi arang dan hitam. Jadi, tidak kira kecil atau besar, hindari dosa itu dari dalaman dan juga luaran. Jauhi juga dosa-dosa dari mata, dari tangan, telinga, hidung, lidah dan kemaluan. Ringkasnya, hindari setiap anggota dari racun dosa dan sentiasalah dalam keadaan awas.

SOLAT ADALAH SENJATA MENGHINDARI DOSA

Solat adalah senjata yang boleh menghindari diri dari dosa. Solat mempunyai satu sifat yang boleh mengelakkan insan dari melakukan suatu dosa atau keburukan. Jadi, carilah solat seperti itu dan berusahalah menjadikan solat kamu seperti itu. Solat adalah nyawa bagi nikmat-nikmat, kurnia Tuhan juga datang melalui solat, jadi dirikanlah solat dengan penuh perhatian supaya kamu menjadi pewaris nikmat-nikmat Allah.

CARA KITA ADALAH SEDERHANA

Satu perkara yang harus diingat juga ialah cara kita adalah sederhana. Anggota jemaat kita hendaklah bersikap sederhana dalam menghadapi para penentang yakni jangan sampai suara kita lebih tinggi dari suara para penentang. Jadikan suara dan nada kita tidak menyakiti sesiapa. Kita bukan datang untuk membunuh dan berjihad, malah kita datang untuk menghidupkan orang-orang terbunuh dan hati-hati yang telah mati lalu meniupkan ruh kehidupan ke dalamnya. Tugas kita bukan dengan pedang dan ini tidak akan memberikan kemajuan, matlamat kita bertabligh hendaklah disampaikan dengan lemah-lembut. Seorang hamba harus melakukan apa yang telah diperintahkan oleh tuannya. Apabila Tuhan memerintahkan kita untuk berlemah-lembut, kenapa kita harus memperlihatkan kekerasan? Pahala itu terletak pada kepatuhan kita, agama itu dinamakan sebagai ketaatan yang sebenar, dan bukannya memperlihatkan emosi kerana mengikut perasaan.

BEREMOSI MENJAUHKAN KEMENANGAN DAN PERTOLONGAN

Ingatlah bahawa orang yang melakukan kekerasan dan emosi, dari lidahnya tidak akan keluar makrifat dan hikmah. Orang yang segera menunjukkan panas baran dalam menghadapi lawannya akan menyebabkan hatinya jauh dari perkara-perkara hikmah. Mulut berbau dan bibir yang pecah tidak mendapat nasib dalam perkara yang baik dan akan dihindari. Marah dan hikmah tidak boleh bersama. Orang yang tenggelam dalam kemarahan, akalnya tebal tetapi pemahamannya tumpul. Dalam mana-mana medan pun, dia tidak akan diberikan kemenangan dan pertolongan. Marah adalah separuh dari kegilaan, jika dia melebihi had, kemungkinan dia boleh menjadi gila sepenuhnya.

Anggota jemaat hendaklah menjauhi perbuatan yang tidak senonoh. Dahan yang tidak berpaut pada batang pokok dengan baik, ia tidak akan mengeluarkan buah. Jadi, lihatlah bahawa jika kamu tidak memahami asal tujuan kita yang sebenar dan tidak melaksananakan syarat-syarat itu, bagaimana kamu boleh menjadi pewaris janji-janji yang telah diberitahu oleh Allah kepada kita.

CARA MEMBERI NASIHAT

Jika ada yang hendak dinasihatkan, lakukanlah dengan lidah. Perkara yang pasti ialah dengan satu nasihat yang dibuat, seseorang boleh menjadi musuh dan seseorang yang lain boleh menjadi kawan. Jadi, amalkanlah selali JAADILHUM BIL LATII HIYA AHSAN (An-Nahal:126) ini. Allah Ta’ala menamakan hal ini sebagai hikmah sebagaimana firman-Nya YU’TIL HIKMATA MAIYASYAA’U (Al-Baqarah:270) tetapi ingatlah bahawa sebagaimana perkara ini adalah haram demikian juga munafik adalah haram. Hal ini juga hendaklah diambil kira jangan sampai nasihat yang dilakukan sama keadaannya dengan munafik. Buat satu keputusan sesuai dengan keadaan yang boleh mendatangkan kebaikan. Jangan pula kelembutan itu merupakan satu perbuatan munafik dan jangan pula kemarahan kamu sama seperti unggun api yang apabila telah menyala, maka ia sukar sekali terpadam. Ada sesetengah orang, apabila marah, mereka seperti hilang akal dan boleh sahaja menghentak batu di kepala sendiri. Jika ada yang menghina kita, tunjukkan kesabaran. Saya tahu bagaimana emosi apabila guru atau mursyid seseorang dihina atau rasul mereka dipermainkan dengan kata-kata yang buruk, tetapi kamu harus tunjukkan kesabaran dan tenang dalam berkata-kata.

MENGAWAL KEMARAHAN

Jangan sampai kemarahan kamu waktu itu akan mendatangkan keburukan sehingga memburukkan seluruh jemaat atau menjadi satu isu yang merisaukan semua. Semua nabi-nabi telah dihina, ini adalah warisan para nabi, bagaimana mungkin kita akan terhindar daripadanya? Jadilah kamu orang yang manahan kemarahan seolah-olah kamu itu tidak ada kekuatan untuk marah.

Lihat, jika ada bahagian yang gelap walaupun sedikit, cahaya pasti tidak akan datang. Cahaya dan kegelapan tidak boleh tinggal bersama. Apabila nur tiba, maka kegelapan akan menghilang. Gunakan segala kekuatan yang ada pada kamu untuk mengamalkan segala perintah Tuhan, dan apa-apa kekurangan dalam kekuatan itu, buatlah seperti orang yang makan pan, mereka mencari pan yang kotor untuk dibuang. Demikian juga adat buruk yang ada itu hendaklah dibuang dan bersihkan segala anggota dari kekotoran. Jangan sampai kamu membuat suatu kebaikan tetapi dalam kebaikan itu kamu campurkan kejahatan. Teruskan bertaubat, banyakkan istighfar dan berdoalah setiap masa.

WALI ALLAH

Apa itu wali Allah? Sifat ini dimiliki oleh para aulia yakni mata mereka, tangan mereka, kaki dan anggota badan mereka yang lain tidak akan berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Allah. Keagungan Tuhan yang mereka pikul diumpakan seperti ini iaitu tanpa ziarah daripada Tuhan, maka mereka tidak boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jadi, berusahalah untuk itu, Tuhan tidak kedekut.

(Malfoozaat Jilid 3, halaman 101)