Sunday, June 5, 2011

Qadian di Pakistan ke?

http://www.mummynemo.com/2011/06/tiga-kumpulan-disyaki-amal-ajaran-sesat-di-tawau-sabah/

Tiga kumpulan disyaki amal ajaran sesat di Tawau, Sabah

No of View :194
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) kini memantau pergerakan tiga kumpulan yang disyaki mengamalkan ajaran sesat di sini sejak beberapa tahun lepas.
Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau Abdul Imam Basirun berkata kumpulan terbabit masing-masing dipercayai mengamalkan ajaran Islam Jamaah, Qadiani dan Al-Mansur (Rufaqa) serta aktif di Kampung Jawa Kongsi 8, Kampung Titingan dan sekitar Bandar Sabindo.
Ajaran Islam Jamaah yang berasal dari Indonesia mengkehendaki pengikutnya berbai’ah (sumpah setia) dan menganggap hanya pengikut mereka sebagai Islam sebenar, manakala yang lain adalah kafir, katanya kepada Bernama, di sini Khamis.
Ajaran Qadiani yang telah diharamkan mendakwa pemimpinnya mempunyai mukjizat selain percaya ibadah haji boleh dilakukan di Qadian, Pakistan, tanpa perlu ke Mekah, kata beliau.
Abdul Imam berkata Al-Mansur (Rufaqa) pula cuba menghidupkan semula ajaran kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan, termasuk mengamalkan Aurad Muhammadiah.
JHEAINS juga sedang mengumpul maklumat mengenai satu lagi ajaran sesat yang dikatakan tersebar luas di sini iaitu Naqsyabandiah, katanya.
Justeru beliau menasihatkan umat Islam di sini yang berhasrat mendalami ajaran agama agar mendapatkan bimbingan daripada pegawai agama Islam yang bertauliah atau berhubung terus dengan jabatan itu.
“Perkara ini perlu diberi perhatian oleh masyarakat agar mereka tidak terpedaya atau terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” kata Abdul Imam.
Beliau turut meminta kerjasama daripada semua masyarakat Islam bagi membendung penyebaran ajaran kumpulan terbabit, serta melaporkan kepada JHEAINS jika mengesyaki wujud ajaran sesat di kawasan mereka. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...