Sunday, March 4, 2012

Tanda-Tanda kedatangan Mahdi Dan Maseeh Dalam Umat Muhammad


TANDA-TANDA KEDATANGAN MAHDI DAN MASEEH DALAM UMAT MUHAMMAD

Dalam akhir zaman, ketika banyak firkah-firkah, fitnah dan kerosakan, kemunculan dajjal dan pendusta, khabar ghaib mengenai malapetaka yang akan terjadi melalui semua kejadian ini telah diberikan. Namun, khabar gembira mengenai keselamatan umat ini dari kemusnahan juga ada dinyatakan iaitu melalui kemunculan Isa bin Maryam, yang juga mendapat gelaran Imam Mahdi sebagaimana sabda Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam LAA ALMAHDIYA ILLAA ‘IISAA BIN MARYAM (Ibnu Majah, Kitabul Fitin, Baab Syiddatuz Zamaan) yakni Isa adalah Mahdi. Berkenaan dengan orang yang dijanjikan kedatangannya ini akan dijelaskan tentang tanda-tanda, tempat kemunculan dan negaranya.

TANDA-TANDA PERIBADI MASEEH MAU’UD DAN MAHDI MA’HUD

KELUARGA

Berdasarkan hadis dapat diketahui bahawa yang akan datang itu adalah dari keturunan Farsi. Apabila turun ayat WA AAKHORIINA MINHUM LAMMAA YALHAQUU BIHIM (Al-Jumu’ah:4), Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam ditanya siapa yang dimaksudkan dengan golongan akhirin? Baginda menjawab dalam majlis itu dan meletakkan tangannya di atas bahu Salman Farsi lalu bersabda:- Jika iman terbang ke bintang Suraiya maka dari keturunan Farsi ini seorang atau beberapa orang akan membawanya kembali (Bukhari Kitabut Tafsir, ayat Wa Aakhariina Minhum)

Salasila keluarga Pendiri Jemaat Ahmadiyah adalah sesuai dengan khabar ghaib tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Farsi, dan penentang keras beliau Maulvi Muhammad Hussin Batalwi Sahib mengakui bahawa beliau berketurunan Farsi. (Isyaa’atus Sunnah, No 7, halaman 193)

NAMA ORANG YANG AKAN DATANG

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala akan menghantar seorang dari ahlul bait yang namanya adalah namaku dan nama ayahnya adalah nama ayahku (Abu Daud, Kitabul Mahdi)

Dalam hadis ini menjelaskan bahawa orang yang akan datang itu sangat rapat hubungannya dengan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, maksudnya sifat-sifat Mahdi itu sama seperti Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam dan akan memberi petunjuk kepada orang ramai mengikut cara Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. (Mirqaatul Mafaatih, Misykatul Mashaabih Kitabul Fitin Jilid 9, hadis 5452)

Dapat diketahui dari Al-Qur’an dan Hadis bahawa salah satu nama Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam ialah Ahmad. Jadi, nama pendiri Jemaat Ahmadiyah juga adalah Ahmad, lebih-lebih lagi dalam berbagai ilham Allah Ta’ala menyebut beliau dengan panggilan Ahmad. Misalnya YAA AHMADU, BAARAKALLAAHU FIIKA (Ainah Kamalat Islam Rohani Khazain Jilid 5, halaman 550)

CIRI-CIRI TUBUH ORANG YANG DIJANJIKAN

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menjelaskan ciri-ciri Al-Maseeh yang dijanjikan untuk Bani Israil dengan bersabda:-
“Rambutnya berwarna Merah keperangan dan dadanya lebar” (Bukhari Kitabul Anbiya, Baab Wazkur Fil Kitaabi Maryam)

Tetapi, baginda menjelaskan ciri-ciri Al-Maseeh di kalangan Umat Muhammad yang akan menghadapi dajjal dengan bersabda:-
“Rambutnya panjang dan warnanya seperti gandum” (Bukhari Kitabul Libaas)

Dengan menerangkan perbezaan ciri-ciri Al-Maseeh ini jelas kepada kita bahawa Al-Maseeh yang dijanjikan dan Maseeh Nasri alaihissalam adalah wujud yang berlainan. Berkenaan dengan orang yang dijanjikan akan datang ada dinyatakan:-
“Dahinya Mahdi agak lebar dan hidungnya mancung” (Abu Dawud, Kitabul Mahdi Hadis 7)

Dan Pendiri Jemaat Ahmadiyah sama dengan apa yang dinyatakan.

PERKAHWINAN DAN KETURUNAN

Salah satu ciri Maseeh Mau’ud yang dijelaskan ialah “dia akan berkahwin dan ramai keturunannya”. (Misykat Kitabul Fitin, Baab Nuzul Maseeh)

Sejauh yang berkenaan dengan ciri Maseeh Mau’ud ini iaitu dia akan berkahwin dan akan mempunyai ramai anak, maksudnya ialah Maseeh Mau’ud tidak akan membujang malah akan berkahwin dan akan mendapat keturunan yang akan meneruskan perjuangannya. Jadi, Hazrat Mirza Ghulam Ahmad, Maseeh Mau’ud telah berkahwin dan mempunyai anak yang dijanjikan untuk meneruskan misinya.

UMUR ORANG YANG DIJANJIKAN

Kebanyakan riwayat yang siqqah, tempoh masa bagi Maseeh Mau’ud ialah 40 tahun, maka dari sudut tahun Qamari, Hazrat Mirza Sahib mendapat umur 76 tahun, dan beliau mula menerima ilham ketika umur 40 tahun dan selepas itu lebih kurang 40 tahun juga beliau berkhidmat.

TEMPAT KEMUNCULAN

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa Maseeh Mau’ud akan muncul di Damsyiq arah Timur (Muslim Kitabul Fitin, Zikrud Dajjal).

Demikian juga perjalanan jemaat Mahdi adalah dari Timur (Ibnu Majah, Kitabul Fitin, Baab Khurujul Mahdi)

Menurut hadis di atas, orang yang akan datang itu adalah dari Timur Damsyiq (yakni India) dan tempat muncul Pendiri Jemaat Ahmadiyah sebagai orang yang mendakwakan diri sebagai Maseeh dan Mahdi, adalah dari Qadian India iaitu Timur Damsyiq.

TANDA-TANDA ZAMAN MASEEH MAU’UD

1.      Dabbatul Ardh
Satu tanda zaman Imam Mahdi yang dijelaskan ialah Dabbatul Ardh (Muslim Kitabul Fitin, Baab Fil Aayaat Al Latii Takuunu Qoblas Saa’ah) Maksud Dabbat ialah binatang atau ulat, Allamah Turbasyti wafat 630H menyatakan ia sebagai ulat taun.

Pada zaman ini, Hazrat Mirza Sahib mendapat ilmu daripada Allah memberi khabar tentang taun yang mana disebabkan taun itu, dalam setiap minggu 30 ribu orang mati dan ratusan ribu orang terkorban akibat taun tersebut.

2.      Muncul Yajuj Majuj
Dalam zaman Maseeh Mau’ud, salah satu tanda ialah keluar Yajuj Majuj (Muslim Kitabul Fitin, Baab Zikir Dajjal)
Yajuj Majuj adalah kuasa politik dajjal yang bermaksud satu kekuatan yang menggunakan api. Hari ini, bangsa Barat yang kuat dan maju itu adalah Yajuj Majuj.

3.      Gempa Bumi yang Luar Biasa
Di dalam hadis juga ada dikatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah akan berlaku gerhana di Timur, Barat dan Arab (Muslim Kitabul Fitin, Baab Fil Aayaati Al Latii Takuunu Qoblas Saa’at)

Gerhana yang dimaksudkan di sini ialah gempa bumi yang sangat dahsyat dan pada zaman Hazrat Pendiri Jemaat Ahmadiyah hal ini telah sempurna dan sesuai dengan khabar ghaib yang beliau kemukakan, banyak gempa yang berlaku dan ribuan orang yang terkorban.

4.      Penemuan Sarana Pengangkutan Baru
Di dalam Al-Qur’an dijelaskan tentang tanda akhir zaman bahawa unta-unta akan ditinggalkan (At-Takwir:5) demikian juga di dalam hadis, satu alamat zaman Maseeh Mau’ud ialah penggunaan unta-unta akan diberhentikan (Muslim Kitabul Iman, Baab Nuzul Isa bin Maryam)

Tanda ini juga telah sempurna pada zaman Hazrat Maseeh Mau’ud dan sejak satu abad banyak penemuan kenderaan baru yang bermotor, kapal dan sebagainya. Dan keldai yang dimaksudkan akan muncul sebagai kenderaan dajjal juga telah muncul sebagaimana dijelaskan dalam hadis.

PEKERJAAN MASEEH MAU’UD DAN MAHDI MA’HUD

Di dalam hadis-hadis dijelaskan berkenaan dengan tugas atau pekerjaan Maseeh dan Mahdi yang menyatakan bahawa Maseeh dan Mahdi itu orang yang sama, cuma dua gelaran.

1.      Hakim yang Adil
Dalam Bukhari Kitabul Anbiya Baab Nuzul Isa ada riwayat Maseeh Mau’ud sebagai Hakam dan Adal. Maksudnya ialah dia akan menyelesaikan masalah umat dengan penuh keadilan. Justeru itu, Pendiri Jemaat Ahmadiyah telah menubuhkan satu jemaat yang sekarang ini sudah berdiri di 200 buah negara, di dalamnya masalah umat muslimin diselesaikan secara adil sehingga ikatan mereka begitu kuat.

2.      Mematahkan Salib
Dia akan mematahkan Salib. Maksudnya akan menzahirkan kesalahan yang berlaku dalam ajaran Kristian. Dari situ juga dapat diketahui bahawa dalam takdir Ilahi zaman kedatangan Maseeh Mau’ud adalah ketika Kristian sudah berjaya di dunia, kedatangannya adalah untuk meninggikan syiar Islam dengan dalil-dalil. Justeru itu, Mirza Ghulam Ahmad telah menunjukkan khidmatnya dalam mempertahankan Islam dari serangan Kristian, bermula dari India sehingga paderi-paderi dari benua yang lain dapat ditewaskan.

3.      Membunuh Khinzir (Babi)
Dia akan membunuh babi, yakni akan mengalahkan para musuh dalam medan ilmu. Ini kerana di dalam hadis ada diriwayatkan bahawa pada akhir zaman, Ulama Su’ digelar monyet dan babi disebabkan perbuaatan jahat mereka, sikap suka meniru dan pendustaan mereka. (Kanzul Ummal Jilid 7, halaman 280)

4.      Menghentikan Perang
Salah satu pekerjaan Maseeh Mau’ud ialah menghentikan perang (Bukhari Kitabul Anbiya) yakni Maseeh Mau’ud tidak akan berperang atas nama agama. Pendiri Jemaat Ahmadiyah pada zamannya, oleh kerana Islam ditentang dengan menggunakan pen/tulisan dan dalil-dalil, sebab itu untuk mempertahankan Islam juga harus menjawab serangan mereka dengan pen/tulisan sebagai bentuk jihad. Jihad dengan menggunakan pedang, syaratnya tidak sempurna jika dilakukan.

5.      Membahagikan Harta
Dia akan membahagi-bahagikan harta, tetapi dunia tidak yang mahu menerimanya (Bukhari Kitabul Anbiya, Baab Nuzul Isa)
Maksudnya ialah dia akan menjelaskan tentang makrifat Al-Qur’an dan hakikat agama, tetapi dunia tidak mahu menerimanya. Pendiri Jemaat Ahmadiyah telah menulis lebih dari 84 buah kitab yang menjelaskan tentang makrifat dan hakikat Al-Qur’an yang sekarang ini dalam bentuk Rohani Khazain lalu menyebarkan kepada dunia, namun dunia berusaha untuk jauh daripadanya.

6.      Membunuh Dajjal
Salah satu tugas Maseeh Mau’u juga ialah menghadapi dan menghancurkan dajjal (Muslim Kitabul Fitin, Baab Zikrud Dajjal)
Dajjal bermaksud orang yang paling kuat berdusta dan bangsa yang paling banyak tersebar ke seluruh dunia dan kelompok yang banyak melakukan perniagaan ke seluruh dunia juga dikatakan sebagai dajjal. (Lisaanul Arab)

Sifat ini ada dalam ulama bangsa Kristian kerana mereka telah menjadikan Hazrat Isa sebagai Tuhan yang menempatkan mereka pendusta paling besar. Dan mereka menyebarkan perangkap dajjal mereka ke seluruh dunia. Namun, Pendiri Jemaat Ahmadiyah telah menghadapi bangsa dajjal ini dan telah menewaskan mereka.

7.      Haji Maseeh Mau’ud
Di dalam hadis juga ada disebut mengenai haji Maseeh Mau’ud (Bukhari Kitabul Anbiya, Baab Wazkur Fil Kitaabi Maryam.
Maksudnya, mendirikan kembali keagungan Kaabah dan memelihara Islam. Ini seperti yang dilihat oleh Rasulullah dalam rukya iaitu Maseeh tawaf di Kaabah bersama dengan dajjal yang ta’birnya ialah tujuan kebangkitan Maseeh Mau’ud adalah untuk keagungan Kaabah dan memelihara Islam. (Mazaahirul Haq, Syarah Misykatul Masyabih)

Dengan kurnia Allah, Pendiri Jemaat Ahmadiyah juga mendapat taufik untuk khidmat ini.

DUA TANDA KEBENARAN MAHDI

Di dalam hadis ada dinyatakan berkenaan dengan dua tanda kebenaran Mahdi iaitu gerhana bulan dan matahari dalam bulan Ramadhan pada tarikh yang khas. (Daru Qutni)

Jadi, tanda ini telah sempurna sesuai dengan hadis, bulan Ramadhan 1311, bersamaan 1894, dan Hazrat Mirza Sahib dengan lantang menyatakan:-
“Dalam abad ke-13 ini ramai orang yang mendakwakan diri sebagai Mahdi, tetapi tidak seorang pun yang dilengkapi dengan tanda langit ini. ..... demi Tuhan yang nyawaku ada pada-Nya, untuk membenarkan saya, Dia telah menzahirkan tanda ini di atas langit”. (Tohfah Golerwiyah, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 142-143)

1 comment:

  1. Salam Saladdin sahib. Insyaallah mae bhi khutbaat huzur ke tarjuma karungga aap ki madad ke liye, na keh aap ke muqabalah karnie ke liye.

    ReplyDelete