Wednesday, July 25, 2012

Memenangi Persahabatan Dengan Hazrat Maseeh Mau'ud



TERJEMAHAN
KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
04 MEI 2012 / 04 HIJRAT 1391HS
12 Jamadil Akhir 1433HQ
Masjid Baitul Futuh, Morden, London

----------------------------<<<>>>----------------------------

Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur menyampaikan khutbah seperti berikut:-

Hari ini saya akan mengambil kisah-kisah para sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tentang semangat dan perasaan mereka terhadap Hazrat Maseeh Mau’udas. Kisah-kisah yang ingin disampaikan ini adalah kisah-kisah keinginan yang kuat oleh para sahabat untuk menziarahi tempat Hazrat Maseeh Mau’udas tinggal.

Hazrat Mian Muhammad Zahuruddin Sahibra menceritakan: Sambil duduk bersantai, terdetik dalam diriku hasrat untuk pergi ke kota Qadian. Aku menyampaikan iradahku ini kepada Mukarram Munsyi Sirajuddin Sahib. Ketika itu aku tidak memiliki wang sama sekali, Mukarram Munsyi Sirajuddin Sahib memberikan kepadaku wang sebanyak 1 Rupees sahaja lalu berkata: Aku pun pada ketika ini tidak memiliki wang sama sekali, jika aku mempunyai wang pasti aku akan memberikan kepadamu. Lalu aku memberitahu kepada Qazi Manzoor Ahmad Sahib bahawa aku ingin berkunjung ke Qadian, lalu beliau berkata, aku pun ingin pergi juga.

Dan pada hari berikutnya kami berdua tiba di Qadian, dari Batala kami berjalan kaki dan tiba di Qadian pada waktu Zuhur, dan apabila dapat berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas, fikiran mendapat ketenangan. Alhamdulillah atas perkara itu. [Daftar riwayat para sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar Nombor 11, Halaman 363-364, Riwayat Hazrat Mian Muhammad Zahuruddin Sahib Dolira]

Kemudian menulis lagi: Zaman Hazrat Maseeh Mau’udas adalah zaman yang amat menyeronokkan, dalam mengkhidmati beliauas tidak ada peristiwa yang boleh dilupakan. Hati menginginkan supaya jangan hendaknya berpisah dengan beliauas. Ketika kami tiba di Qadian, aku melihat bapa mertuaku iaitu Qazi Zainal Abidin sudah pun tiba di Qadian. Kami amat gembira berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas. Ketika itu kami tinggal di Qadian kira-kira 4 - 5 hari lamanya. Allah Ta’ala telah memberikan kesempatan untuk tinggal bersama Hazrat Maseeh Mau’udas dan dapat menunaikan solat bersama-sama dengan beliauas. Semua ini adalah kurnia Allah Ta’ala, kerana kami yang lemah ini telah mendapat kesempatan berjumpa dengan wujud suci yang telah dibangkitkan pada zaman ini. Walhamdulillaahi ‘Alaa Zaalik.

Kemudian, Haji Muhammad Musa Sahib menerangkan: Pada masa dahulu telah menjadi kebiasaanku beberapa tahun lamanya aku menaiki basikal dengan menggunakan tayar mati dan ditumpangkan basikal itu dengan pegawai di sebuah stesen [yang namanya Naya Stesen] kereta api di Batala. Setiap Jumaat beliau akan menaiki kereta api dari Lahore ke Batala dan dari Batala beliau akan menunggang basikal pergi ke Qadian. Selepas menunaikan solat Jumaat beliau akan mengayuh basikal semula menuju ke Batala dan dari Batala beliau menaiki kereta api untuk balik semula ke Lahore. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No. 11, Halaman 11-12, Riwayat Hazrat Haji Muhammad Musa Sahib]

Menjadi kebiasaan beliau, dari Lahore beliau akan pergi ke Qadian untuk menunaikan solat Jumaat dan perjalanan tersebut dari Batala ke Qadian adalah kira-kira 11-12 batu jauhnya. Dan jika diambil kira, perjalanan beliau dengan menggunakan basikal pulang dan pergi kira-kira 22 batu jauhnya.

Kemudian Hazrat Dr. Sayyid Ghulam Ghous Sahibra menerangkan: Pertama kali ketika berkunjung ke Qadian pada bulan Febuari 1901 dan bai’at di tangan Huzur, kerana pada bulan Ogos 1900 beliau hanya baiat melalui surat. Aku bertanya kepada Hazrat Maulvi Abdul Karim Sahib bahawa wazifa [amalan] apa yang tuan selalu amalkan? Maulvi Abdul Karim Sahib berkata; selalulah mengunjungi ke kota Qadian, maka sejurus itu juga fikiranku untuk mendirikan rumah di Qadian terdetik, supaya ibubapa, anak-anak dan isteriku dapat tinggal di Qadian.

[Ingin mendirikan rumah di Qadian dan apabila mendapat cuti aku boleh pergi ke Qadian] Tetapi selepas itu aku telah ditugaskan untuk pergi ke Afrika Timur dan ketika aku di sana, aku mengirimkan wang sebanyak 600 Rupees kepada Hazrat Maulvi Abdul Karim Sahib supaya dapat membina rumah di Qadian. Tetapi tiga tahun kemudian, setelah aku pulang dari Afrika Maulvi Abdul Karim Sahib mengembalikan wang yang aku berikan dahulu dan meminta maaf, kerana tidak ada kesempatan untuk urusan tersebut. Maulvi Sahib tinggal di bahagian atas di rumah Hazrat Maseeh Mau’udas. Semasa Maulvi Abdul Karim mengembalikan wang itu beliau berkata, semua rumah-rumah di sini adalah milik orang-orang Ahmadi [Yakni, semua rumah sama ada rumah orang-orang ghair atau rumah orang Hindu, semuanya milik orang-orang Ahmadi]

Sambil beliau mengisyarahkan jarinya ke arah rumah Deputy orang Hindu yang pada masa ini telah dijadikan pejabat oleh kita. Beliau menulis; begitulah kearifan yang di miliki oleh Hazrat Maulvi Abdul Karim Sahib, hal-hal yang kecil pun beliau bijak menanganinya. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No. 11, Halaman No 79-80, Riwayat Hazrat Dr. Sayyid Ghulam Ghous Sahib]

Apa yang beliau ucapkan, Tuhan memenuhinya, apa yang Allah Ta’ala perlihatkan kepadaku, semuanya adalah disebabkan keyakinanku kepada Hazrat Maseeh Mau’udas.

Hazrat Mian Zahuruddin Sahibra menerangkan: Terfikir dalam diriku, jika Mirza Sahib memang seorang yang suci dan jika kita tidak beriman kepadanya, apa kesannya pada diri kita? Suatu kali aku berkata dengan makcik sebelah bapaku Munsyi Abdul Ghafoor Sahib bahawa aku akan pergi ke Qadian. [Kisah ini adalah sebelum beliau bai’at] Dia berkata; jangan beritahu kepada sesiapa bahawa aku akan pergi bersamamu. Mendengar perkara itu hatiku sangat senang sekali dan pada hari berikutnya kami berangkat ke Qadian]

Pada waktu itu adalah musim gandum. [Yakni, musim menuai gandum] Apabila kami sampai di stesen kereta api kami menaiki pedati dan di bahagian hadapan yang duduk ialah Mian Nur Ahmad Sahib. Dan kami sampai di Qadian pada waktu Zohor. Setelah berwudhu kami masuk ke masjid Mubarak, masjid Mubarak ketika itu sangat kecil. Sebelum kami tiba di masjid sudah ada 5-6 orang yang sedang duduk di dalam masjid. Dan aku memperhatikan dengan penuh teliti orang-orang yang berada di situ. [Yakni, melihat dengan penuh perhatian] Tetapi tidak kelihatan wajah orang yang aku ingin melihatnya. [Yakni, beliau ingin melihat wajah Hazrat Maseeh Mau’udas. Tetapi orang-orang yang duduk di situ tidak seperti wajah yang aku ingin melihatnya]

Beliau menceritakan lagi; kira-kira setelah 10-15 minit kemudian Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal datang dari pintu tangga kecil dan sedang berdiri. Sejurus melihat beliau aku pun berdiri. Dalam benakku menyatakan, jika melihat dari raut wajahnya, inilah orang yang dimaksudkan. Hazrat Khalifatul Awwalra bersabda; anda duduklah dahulu, Hazrat Sahib sebentar lagi akan datang. [Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal mempunyai firasat bahawa beliau tersilap sangka]

Lalu beliau menyuruh aku duduk lalu berkata; duduklah dahulu sebentar lagi Hazrat Sahib akan tiba]. Mendengar ucapan beliau itu aku terus duduk. Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal lalu bersabda; seorang khadim Hazrat Maseeh Mau’udas memberitahu bahawa Hazrat Aqdas akan datang sebentar lagi. Tidak beberapa lama kemudian Hazrat Maseeh Mau’udas masuk ke masjid Mubarak. Apabila aku melihat, wajah beliau seumpama matahari yang terbit di tengah hari. [Yakni, seperti matahari yang sedang naik di waktu di tengah hari]

Ketika melihat wajah beliau, hati merasa ketenangan dan membuatkan wajah-wajah orang lain yang berada di situ menjadi kabur disebabkan pantulan cahaya yang terpancar di wajah Hazrat Maseeh Mau’udas] [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No. 11, Halaman 360-362, Riwayat Hazrat Mian Muhammad Zahuruddin Sahib Dolira]
Hazrat Syeikh Abdul Karim memberitahu bahawa pada tahun 1903 aku bai’at melalui Hakim Ahmad Hussin Sahib Laipuri. Hakim Sahib berasal dari Laipuri kerana beliau bekerja di Laipuri dan wafat di situ, kerana itu beliau lebih dikenali sebagai Laipuri. Beliau pernah ditugaskan di Karachi, melalui tabligh beliau, aku menjadi Ahmadi. Pada tahun 1904 ketika di Lahore, aku menginap di rumah beliau. Ketika aku sedang menunaikan solat di kubah kecil masjid, aku mendengar pengumuman bahawa Huzur akan datang dan akan memberikan pidato. Mendengar pengumuman itu aku pun duduk menunggu. Apabila Huzur tiba, beliauas lebih selesa menginap di rumah Mian Mirajuddin Sahib dan di dalam rumah itu juga telah diadakan solat Jumaat, ketika itu yang membaca khutbah dan menjadi imam ialah Maulvi Abdul Karim Sahib. Aku begitu asyiknya dan berkeinginan bagaimana caranya dapat berjumpa dengan Huzur.

Tidak berapa lama kemudian Dr. Ya’kub Beg Sahib datang dan memegang tanganku dan membawa aku di bahagian saf hadapan dan aku berdiri bersama-sama dengan Huzur di sebelah kanan beliau. Ketika aku duduk tahiyyat, bahuku bersentuhan dengan bahu Huzur, lalu badanku pun terasa menggeletar. Ketika beliauas melihat keadaan diriku, beliauas langsung memegang tanganku dengan memberi salam dan menenangkan diriku. [keadaan itu berlaku ketika setelah aku duduk tahiyyat dan memberikan salam, bukan semasa dalam solat]

Selanjutnya beliau menulis, ketika Huzur tiba di Qadian bersama denganku, setelah itu aku bersama Huzur berangkat ke Gurdaspur. Selepas solat Asar Huzur ada bersabda; orang-orang beranggapan setelah melihat Hazrat Maseeh Mau’udas dan bai’at di tanganku, hal itu sudah memadai [Yakni, orang-orang mempunyai anggapan bahawa setelah bai’at semua urusan sudah selesai]

Huzur bersabda: Hal yang paling utama ialah IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAAKA NASTA’IN, dengan ini seorang insan itu dapat dijauhi daripada musibah. Kami datang hanya mununjuki jalan, oleh itu kami menunjuki jalan-Nya. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1, Halaman 1-2, Riwayat Hazrat Shiekh Abdul Karim Sahib]

[Oleh itu, bagi mendapatkan ibadah dan pertolongan, perlu seseorang itu mencari-Nya dan berusaha gigih mendapatkan-Nya dan itulah yang paling utama, yang membawa ke tahap tertinggi dan dapat menyempurnakan maksud tersebut setelah seseorang itu bai’at di tangan Hazrat Maseeh Mau’udas]

Hazrat Sahib Deen Sahib meriwayatkan: Kira-kira pada tahun 1904, Jemaat Lahore menerima berita bahawa Huzur akan menaiki kereta api dan akan tiba di Lahore. Maka kami pun menyambut kedatangan beliauas di stesen kereta api. Ketika itu kebiasaan orang ramai ialah menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan, maka kami pun menyediakan untuk beliauas sebuah kereta kuda. Waktu itu kami masih remaja, semasa Huzur menaiki kereta kuda itu, kami membiarkan kuda itu berjalan sendiri. [Selalunya jika kuda itu ditarik talinya perlahan-lahan ia akan berjalan dengan sendirinya]

Ketika Huzur melihat gelagat kami beliau bersabda: Kita sebagai seorang insan diberikan akal yang membolehkan akal manusia mencapai ke tahap yang tertinggi dan bukan yang sebaliknya, iaitu rendah kedudukannya seperti haiwan. Tugas manusia adalah untuk menunggangnya. [Lebih kurang itulah mafhum yang beliau maksudkan] Sejurus itu juga kami memberhentikan perbuatan itu dan menaiki kereta kuda tersebut dengan betul. Aku secepatnya berdiri di belakang dan memayungi Huzur sepanjang perjalanan. Aku merasa amat bangga dapat kesempatan memayungi beliauas ketika itu. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1, Halaman 10 Riwayat Hazrat Sahib Deen Sahib]

Hazrat Choudry Ghulam Rasul Sahib Bashra meriwayatkan pada tahun 1907 kejadian itu berlaku pada waktu Jalsa Salana, bahawa Huzur akan keluar pada hari Khamis pagi untuk bersiar-siar. Menjadi kebiasaan pada waktu itu apabila ramai orang berkumpul, maka sahabat-sahabat akan mengelilingi beliau dengan berantai memegang tangan. [Kisah ini pernah diceritakan di salah satu tempat sebelum ini tetapi walau bagaimana pun, ketika itu orang-orang merasa asyik dan ingin berkhidmat dan ingin melihat beliauas dari dekat. Orang-orang mulai mengelilingi beliauas. Beliauas akan berjalan di tengah-tengahnya dan para sahabat akan membuat lingkaran sambil memegang tangan berantai supaya beliau tidak ditolak oleh orang-orang yang ingin melihat beliauas yang sedang berjalan.

Jadi aku bersama-sama Amir Jemaat Ahmadiyyah Chok No 99 dari Utara, Chaudry Mian Khan Sahib dari Gundal dan Choudry Muhammad Khan Sahib Gundal marhum mencadangkan jika Huzur pergi bersiar-siar maka kita akan membuat lingkaran mengelilingi beliauas supaya kita dapat melihat Huzur dengan lebih jelas. Tujuan membuat lingkaran itu supaya dapat menjaga keselamatan beliauas dan kedua, dapat melihat beliauas dari jarak dekat. Setelah kami menunaikan solat Subuh maka orang-orang sudah mulai berkumpul di bazar menunggu kedatangan beliauas, tapi pada waktu itu kami tidak mengetahui dari arah mana beliau akan lalu untuk bersiar-siar, orang-orang berlari-lari ke arah beliauas dengan perasaan gembira.

Dan pada akhirnya diketahui bahawa beliauas berjalan ke arah utara, sedangkan kami yang sudah sedia menunggu kedatangan Huzur di mana beliauas sudah dikelilingi oleh para sahabat yang menjaganya. Ketika itu ramai orang berkerumun, iradah kami untuk melihat beliauas tidak kesampaian kerana keadaan pada waktu itu begitu sibuknya hinggakan niat kami mahu mendekati Huzur pun tidak tercapai. Setelah beliauas melimpasi orang ramai di situ, beliauas berehat di bawah sebuah pohon buah-buahan di sebelah Barat dan beliauas berdiri, lalu di situlah orang-orang mulai bersalaman dengan beliauas. Ada seseorang berkata; bawakan sebuah kerusi untuk beliauas lalu beliauas bersabda, aku telah diberitahu oleh Allah Ta’ala sebelum ini bahawa orang-orang akan datang kepadaku berbondong-bondong, tetapi [Ini adalah ilham dalam bahasa Punjabi Tu akken na aor thakken na. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1 Halaman 71 Hazrat Chaudry Ghulam Rasul Sahib Bashra]

Yakni, jangan merasa risau dan meluat orang-orang akan berkerumun untuk berjumpa denganmu, jangan merasa lelah, maka pada waktu itulah mereka dapat kesempatan berjumpa dengan beliauas.

Kemudian Hazrat Dr. Umar Deen Sahib menerangkan bahawa aku amat berhasrat untuk bersalaman dengan Hazrat Maseeh Mau’udas sungguhpun sudah berkali-kali aku bersalaman dengan beliauas. Ketika orang-orang berkerumun bersalaman dengan beliauas, aku masih lagi belum merasa puas untuk bersalaman dengan beliauas. [Kadang-kadang terpaksa bertolak-tolakan, walaupun dalam keadaan yang bersusah payah tetapi berusaha juga untuk bersalaman dengannya] [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 1, Halaman 184 Riwayat Hazrat Dr Umar Deen Sahib]

Hazrat Dr. Abdullah Sahib menerangkan ketika aku ingin pergi ke Qadian dari Batala, ada seorang yang sudah tua dan buta, dia juga ingin pergi ke Qadian. Dia berkata, adakah lagi tempat yang boleh aku duduk di dalam kereta kuda ini? Aku menyatakan, tuan duduklah bersama kami di dalam kereta kuda ini. Lalu dia berkata, aku hanya memiliki setengah Rupees sahaja dan aku akan membayar tambangku sendiri untuk ke Qadian. Yakni, sebetulnya dia tidak perlu membayar tambang dan ada tempat duduk untuknya tetapi dia tidak mahu dibayarkan tambangnya kerana dia mempunyai wang dan mahu membayarnya sendiri. Dia dengan kerendahan hati dan keteguhan iman, dan dari gaya dia bercakap dapat diketahui bahawa sungguh pun orang-orang yang seperti ini sepanjang hidupnya berperjalanan jauh, mereka tetap ingin datang ke Qadian. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit , Daftar No 2, Halaman 109-110 Riwayat Hazrat Dr. Abdullah Sahib]

Inilah keteguhan hati seorang yang buta, tidak menimbulkan banyak persoalan, dia tidak suka persoalkan perkara tersebut. Kedua pula, dia sanggup mengumpul wang untuk datang berkali-kali ke Qadian supaya dapat mengambil faedah berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas.

Hazrat Mian Ciragh Deen Sahib menerangkan ketika Hakim Ahmad Deen Sahib ingin ke Lahore untuk berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas, aku membuat lawak dengannya, yakni sambil berjenaka. Hakim Sahib lalu berkata, engkau sesama kita pun engkau mahu membuat lawak. Mendengar kata-kata itu aku merasa malu dan hatiku mulai lembut. Setelah aku mengucapkan kata-kata itu aku berjalan bersama-sama Huzur. [Ketika kejadian itu dia belum lagi menjadi Ahmadi, semasa dia membuat jenaka Hakim Sahib sedang mahu pergi melihat Hazrat Maseeh Mau’udas. Walau apapun, setelah dia melakukan perkara itu dia merasa malu. Dia menyatakan ketika itu aku pun berjalan bersama]

Ketika itu aku tiada keinginan untuk bai’at [memang aku ikut bersama-sama tetapi tiada iradah untuk bai’at] Apabila tiba di rumah Khawaja Kamaluddin Sahib, diketahui bahawa Hazrat Maseeh Mau’udas tidak sihat. Pada waktu itu orang sangat ramai, ada seseorang menyuruh aku berkunjung menemui Huzur, tetapi pada waktu itu orang sangat ramai mahu menemui beliauas. Huzur memalingkan wajahnya dari tingkap dan apabila aku melihat wajah Huzur, aku sudah menyangka bahawa wajah orang seperti ini bukanlah wajah seorang pendusta, lalu setelah itu aku pun bai’at. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 9 Halaman 336, Riwayat Hazrat Mian Ciragh Sahib]

Malik Barakatullah Sahib anak kepada Hazrat Malik Niaz Sahib menerangkan: Pada tahun 1905, pada waktu Asar kami yang berada di Rahoon daerah Jalandhar [Yakni, tempat yang dia tinggal iaitu di Rahhu daerah Jalandhar] di situ dia menerima poskad bahawa Huzur akan datang ke Delhi dan kira-kira jam 8-9 pagi beliauas akan lalu di stesen Paguara. Haji Rahmatullah Sahib dan Coudhry Feroz Khan Sahib telah menugaskan diriku, kerana aku masih remaja supaya sampaikan amanat ini kepada Jemaat Karyam. Walau bagaimanapun aku sampai juga di Karyam selepas Maghrib, dan menyampaikan amanat itu kepada Jemaat tersebut.

Ada beberapa sahabat yang ikut bersama lalu kami semua menuju ke Paguara yang kira-kira 3 batu jauhnya. Setelah tiba di Paguara kami menunaikan solat Subuh. Di stesen keretapi, Munsyi Habibur Rahman Sahib mengarahkan orang-orang Jemaat di Haji Pur menyediakan tempat tinggal dan pada siang harinya telah disediakan makanan. Kami semua menunggu kedatangan Huzur yang akan menaiki kereta api, tetapi kereta api yang lalu di stesen tersebut tidak berhenti. Dan dimaklumi bahawa tarikh kedatangan Huzur telah diubah kepada tarikh yang lain, disebabkan kedatangan Huzur telah ditunda, kami merasa amat sedih kerana perjalanan kami yang sangat panjang semata-mata kecintaan kami kepada Huzur.

Begitu panjangnya perjalanan kami hinggakan perjalanan itu sudah menjadi biasa bagi kami. Semua ini disebabkan hasrat ingin berjumpa dan keasyikan serta kecintaan kepada Huzur. Tetapi apabila diketahui Huzur tidak jadi datang, maka kaki kami yang melecit itu menjadi ingatan bagi kami semua, lalu dengan perasaan sedih kami balik dengan menaiki kereta kuda. [Di ambil dari Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 3, Halaman 227-228 Riwayat Hazrat Malik Niaz Ahmad Sahib diketahui oleh Malik Barakatullah Sahib]

Hazrat Munsyi Qazi Mahbub Alam Sahib menerangkan bahawa peristiwa ini adalah sebelum menerima Ahmadiyah. Ketika aku masih belajar di kelas lapan. Orang-orang Hanafi dan Wahabi selalu mengadakan perbahasan di Lahore. Aku sebenarnya dari mahzab Hanafi. Aku mulai timbul minat dengan ajaran Wahabi lalu aku pergi ke masjid Chinia, ketika aku sedang duduk di masjidnya, tiada yang mereka lakukan melainkan perkataan Allah dan Rasul-Nya sahaja. Lalu perhatianku tertarik pula kepada Ahli Hadis. Kadang-kadang di dalam majlis Wahabi mereka ada menyebut bahawa Hazrat Sahib adalah kafir dan pendakwaannya sebagai Al-Maseeh bertentangan dengan ajaran Islam.

Kemudian aku mulai condong dengan seorang Ahmadi yang bernama Hazrat Waliullah Sahib anak kepada Baba Hidayatullah, seorang Ahmadi yang mahir dalam menunggang kuda dan aku mendapat maklumat serba sedikit mengenai Hazrat Sahib melaluinya. Dia menyuruh supaya aku mengadakan solat Istikharah dan aku pun mulai belajar cara-cara bagaimana berdoa solat Istikharah daripadanya.

Setelah itu, malam berikutnya pada jam 2 pagi, setelah solat Istikharah aku terus tidur, dalam keadaan tertidur tadi aku melihat rukya, ada seseorang berkata kepadaku; bangunlah dan melutut, kerana Hazrat Rasul Karimsaw akan datang, dan aku mendengar suara seorang yang rupawan, dan dalam rukya itu aku sedang melutut dan tidak lama kemudian aku melihat seorang yang berpakaian putih datang dan memegang bahu Hazrat Sahib lalu berdiri di hadapanku lalu berkata; Haazar Rajulu Khalifatullahi Wasma’uu Wa Athii’uu. Lalu orang itu pergi dan Hazrat Sahib berdiri di sisiku dan beliauas meletakkan jari di dadanya lalu mengucapkan kata-kata dalam bahasa Punjabi. Ehu Rabb Khalifah Keta Es Nou Mahdi Jaano. Kemudian ada juga bait Nazam yang dibaca tetapi aku tidak ingat yang maksudnya ialah; akulah Maseeh Mau’ud, lalu aku terjaga.

Pada paginya, seharusnya aku ke sekolah tetapi aku pergi menuju ke Qadian. Kereta api cuma sampai ke Batala sahaja dan pada sebelah petangnya baru aku sampai. Di Batala aku sempat menunaikan solat di sebuah masjid yang sangat kecil, setelah aku menunaikan solat Maghrib, orang-orang di situ bertanya kepadaku, anda dari mana dan berhajat untuk ke mana? Lalu aku berkata bahawa aku dari Lahore dan berhajat untuk pergi ke Qadian. Dan mereka mulai mencaci maki Hazrat Maseeh Mau’udas dan menghalangku untuk pergi ke Qadian.

Apabila aku masih lagi dengan pendirianku maka aku telah dihalau keluar dari masjid itu. Lalu aku keluar dari masjid itu dan sebahagian orang-orang mengikuti aku daripada belakang dan mereka berusaha supaya aku jangan diberikan peluang untuk pergi ke Qadian. Lalu mereka berkata, jika anda seorang pelajar maka kami akan berikan anda seorang guru, tempat tinggal dan juga pakaian. Aku memberitahu bahawa aku belajar di Lahore dan aku tidak memerlukan semua itu. [Kerana itu aku tidak perlu belajar di sini] Tujuan aku hanya untuk menziarahi Hazrat Maseeh Mau’udas di Qadian.

Apabila mendengar apa yang aku katakan, maka mereka bertambah lagi menentang, tetapi aku tidak memperdulikan dan aku berangkat pada sebelah petang menuju ke Qadian. Keadaan ketika itu sangat gelap, kerana sebahagian malam sudah aku lalui dan jalan yang aku tempuh pula belum pernah aku lalui sebelum ini. Dengan tidak sengaja ketika aku melihat dari jauh ada cahaya lampu, jalan yang aku lalui itu adalah tempat pembakaran mayat. [Jalan menuju ke Qadian adalah di jurusan lain] Pada waktu itu solat Isyak sudah pun berlalu. Di dalam sebuah masjid ada seorang yang sedang duduk berzikir, dia bertanya kepadaku; anda hendak ke mana dan dari mana? Aku menjawab bahawa aku dari Lahore dan ingin berjumpa dengan Hazrat Mirza Sahib, lalu orang itu berkata tempat yang anda lalui ini adalah tempat pembakaran mayat orang-orang Hindu, bukan di Qadian. Qadian dari sini jauh lagi oleh itu anda tidur sahaja di sini, esok barulah pergi, kerana keadaan jalan tidak baik.

Oleh itu aku tidur di masjid dan pada jam 4 pagi ketika bulan sudah terang. [Apabila sudah lewat malam selalunya bulan sudah mulai terang] Aku meminta kepada orang itu untuk menunjukkan jalan keluar. Lalu aku sempat menunaikan solat Subuh di tebing sungai dan kira-kira 1 jam kemudian aku sampai di Qadian.

Ketika aku tiba di simpang Qadian, aku bertanya kepada seseorang, di mana Mirza Sahib tinggal? Orang itu berkata, dia baru sahaja mandi dan sedang duduk di kerusi kayu sedang menghisap Huqqah. [Sejenis hisapan rokok tradisi di India] [Orang itu mengisyarahkan kepada Mirza Nizamuddin] ketika aku melihat seorang yang sudah berumur, sedang duduk di kerusi kayu dan tubuhnya masih lagi basah dan sedang menghisap Huqqah, aku merasa sangat benci melihat keadaan itu dan merasa amat menyesal untuk pergi ke Qadian. [Sedangkan aku datang, dengan penuh pertimbangan dan penuh minat untuk melihat orang yang ingin aku jumpa] Aku merasa menyesal dan ingin pulang kembali.

[Semoga Allah Ta’ala memberi bimbingan, dia berkata] ketika aku mahu pulang, aku berjumpa dengan seorang yang bernama Syeikh Hameed Ali Sahib, dia bertanya kepadaku anda dari mana dan siapa yang hendak anda jumpa? Aku berkata, orang yang ingin aku jumpa sudah pun aku jumpai dan sekarang aku mahu balik semula ke Lahore. Mendengar kata-kata dariku itu, dia berkata apakah anda datang untuk berjumpa dengan Mirza Sahib, orang yang anda jumpa tadi dia bukan Mirza Sahib. Dia bukan orang yang anda maksudkan, aku akan jumpakan orang yang anda ingin temui itu. Setelah mendengar kata-kata orang itu hatiku mulai merasa tenang.

Hameed Ali Sahib berkata kepadaku, anda ambil sehelai kertas dan tulislah apa yang anda ingin tanyakan, nanti aku akan sampaikan kepada Mirza Sahib, lalu aku pun menulis secara ringkas bahawa aku seorang pelajar yang datang dari Lahore, ingin menziarahi tuan dan pada hari ini juga akan pulang kembali. Lalu aku disuruh duduk di ruang tamu dan makan terlebih dahulu. Setelah solat Zohor baru dapat berjumpa, kerana pada masa itu Huzur sedang menulis buku [Hazrat Maseeh Mau’udas bersabda, pada masa ini saya sedang menulis buku] dan isi kandungan buku yang ditulis masih dalam ingatan, jika anda ingin berjumpa sekarang kemungkinan isi kandungan yang mahu ditulis akan lupa.

Dengan itu aku menunggu beliauas sehinggalah solat Zohor, tetapi jawapan yang beliauas berikan masih belum memuaskan hatiku. Aku sekali lagi menulis kepada Huzur memberitahu bahawa aku sepanjang malam melalui perjalanan yang penuh dengan musibah untuk sampai ke sini, tetapi hasrat di hati ingin juga menziarahi tuan, oleh itu dengan penuh kemuliaan izinkan aku untuk berjumpa dengan tuan sekarang. Lalu Huzur menyuruh seseorang sampaikan pesan kepadaku supaya aku duduk dahulu di masjid Mubarak dan beliauas akan datang berjumpa denganku. Setelah aku berada di masjid kira-kira 15 minit, Huzur memanggilku, Huzur datang dari sebatang lorong dari rumah beliauas dan aku pun melalui lorong tersebut. Apabila aku melihat wajah Hazrat Sahib dari jauh, wajah inilah yang aku lihat dalam mimpiku dan inilah wajah yang di dalam rukya itu. Di tangan beliauas sedang memegang tongkat dan memakai Pagri [serban] Inilah wajah yang sebenar. Pakaian yang beliauas pakai, itulah yang aku lihat dalam mimpiku.

Lalu aku berjalan ke arah Hazrat Sahib dan Hazrat Sahib pula berjalan menuju ke arahku. Aku berjumpa dengan Hazrat Sahib di sebuah bilik bulat yang berdekatan dengan pintu. Apabila aku melihat Hazrat Sahib aku sudah mengenali wajahnya. Inilah orang suci yang aku lihat dalam mimpi dan dia seorang yang benar. Lalu aku berpelukan dengan Huzur sambil menangis dalam beberapa minit. Lalu Huzur bersabda kepadaku; bersabarlah, bersabarlah. Apabila aku sudah mulai reda menangis, Huzur bertanya kepadaku; anda dari mana? Lalu aku menjawab, dari Lahore. Huzur bersabda lagi; untuk apa anda datang ke sini? Aku berkata untuk menziarahi tuan, Huzur bertanya lagi, atas urusan khas apa anda datang ke sini? Lalu aku berkata, tujuan aku hanya untuk menziarahi tuan. Huzur bersabda; sebahagian orang yang datang ke sini minta di doakan untuk sesuatu tujuan, apakah anda juga dengan tujuan yang sama? Aku menyatakan, aku tidak mempunyai apa-apa tujuan.

Sejurus itu juga Huzur berkata; Mubarak, orang-orang yang datang seperti ini selalunya membawa banyak faedah. [Huzur mengucapkan kata-kata ini kepadaku, kerana Huzur ada mengisytiharkan bahawa sebahagian orang yang datang kepadaku dengan tujuan untuk didoakan] [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 9 Halaman 120-126, Riwayat Hazrat Munsyi Qazi Mahbub Alam Sahib]

Di atas perkara ini aku merasa gembira, aku mendapat ucapan Mubarak dari Huzur, di mana tujuan aku datang hanya dan hanya untuk berjumpa dan menziarahi beliauas]

Hazrat Malik Ghulam Hussin Sahib Muhajir berkata, ketika kami tiba di negara asal, setelah 2 bulan berlalu, timbul dalam hati fikiran untuk ke Qadian. Kami tidak mempunyai wang,  namun terfikir di hati untuk berjalan kaki sahaja. Di tangan hanya ada 2 Rupees. Seharusnya aku menaiki kereta api dari Rehtas ke Jhelum tetapi aku berjalan kaki dan muncul dalam fikiranku bahawa untuk perjalanan seterusnya terpaksa berjalan kaki juga. Ketika aku hendak berangkat ke Jhelum, ada 4-5 orang pasukan tentera yang setiap seorang mempunyai 2 ekor kuda. Aku berkata, kepada tentera tersebut, berikanlah seekor kuda itu kepadaku. Mereka berkata; apakah anda dari daerah Gujrat? Kami takut yang kuda kami akan di bawa lari. Lalu aku berkata, bahawa aku dari daerah Jhelum bukan dari Gujrat. Aku baru sahaja datang dari Rehtas. Tetapi tentera itu tidak percaya, walau bagaimanapun aku tetap tinggal bersama mereka, kerana mereka juga melakukan perjalanan pada malam hari. Dua orang tentera yang ada di situ ketika turun dari pelana kuda, mereka membentangkan peralatan tidur di atas tanah. Seorang yang berbangsa Sikh berkata kepadaku; anda jangan tinggalkan kami di belakang. [Di antara mereka ada yang berbangsa Sikh]

Ketika hari sudah lewat malam mereka masih lagi melakukan perjalanan, aku pun ikut bersama mereka. Kemudian orang Sikh itu berkata, kami merasa takut jika anda mengambil kuda kami. Aku berkata, sebenarnya aku mahu cepat sampai ke tempat tujuan, tetapi dikeranakan untuk menemani anda semua maka aku mengambil keputusan untuk berjalan bersama-samamu. Salah seorang yang berbangsa Sikh tadi berkata kepada tentera yang lain bahawa orang ini adalah orang yang beragama, berikanlah seekor kuda kepadanya. Kira-kira 3 batu aku melakukan perjalanan dengan menunggang kuda. Pada malamnya aku tiba di Wazirabad. Untuk melintasi jambatan dikenakan bayaran dan bayaran itu pun mereka yang bayarkan dan makan malam juga mereka yang sediakan untuk aku [Yakni, ada toll yang perlu dibayar, bayaran toll itu pun mereka yang bayarkan dan makan malam mereka yang sediakan]

Jam 1 pagi apabila semua sudah bersiap, aku telah diberikan seekor kuda pada malam berikutnya aku tinggal bersama-sama dengan mereka dan mereka juga menyediakan makanan untuk aku. Kami berangkat pada malam hari dan kira-kira 7-8 pagi kami baru sampai di Lahore. [Perjalanan ini jauhnya kira-kira 100-150 batu] untuk sampai ke Lahore. Kerana perjalanan kami tidak sama jurusan, maka di tengah jalan kami berpisah. Dari Lahore aku ambil kereta api jam 8 pagi dan aku sampai kira-kira jam 11 pagi. Aku terfikir juga siapa yang boleh menunggu sampai 3 jam di stesen kereta api! [Aku begitu semangat untuk sampai ke Qadian, menunggu 3 jam terlalu lama tidak ada apa-apa yang boleh dibuat] maka aku berjalan kaki sahaja. Satu jam setengah kemudian aku tiba di Jallu, tiba di stesen aku bertanya perjalanan kereta api bila akan berangkat.

Dia menyatakan kereta api akan berangkat jam 12.15 tengah hari. Lalu aku berjalan kaki lagi dan sampai di Attari. Setibanya di stesen, aku bertanya lagi bila keretapi akan sampai, dia berkata satu suku jam lagi. Lalu aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki lagi dan tidak perlu menunggu. Kira-kira 2 batu lagi sampai di stesen Khassah. Tiba sahaja di Khassah aku bertanya lagi bila keretapi akan tiba, mereka berkata jam 7 malam baru keretapi akan tiba. Lalu aku berjalan kaki lagi dan tiba di Amritsar waktu sudah melewati petang. Di situ aku berjumpa dengan seorang Sheikh dan tinggal bermalam dengannya. Pada paginya, aku menaiki kereta api dan jam 6 pagi aku tiba di Batala, kemudian dari Batala aku berjalan kaki dan tiba di Qadian kira-kira jam 4 - 5 petang. Dan pada pagi berikutnya aku berjumpa dengan Hazrat Sahib, kira-kira 4 - 5 hari aku tinggal di Qadian dengan keizinan dari beliauas. Lalu aku teringat semasa kami masih kecil, kami berkata, Ya Allah, berikanlah kami taufik menjadi tentera untuk menunggu kedatangan Imam Mahdi. Seluruh perjalananku, aku ceritakan kepada Hazrat Maseeh Mau’udas bagaimana seluruh masaku dihabiskan di perjalanan dengan berjalan kaki, dan hanya sedikit sahaja masa yang aku perolehi dengan menunggang kuda. Mendengar kisah perjalananku itu Hazrat Maseeh Mau’udas bersabda; anda telah banyak berkorban. Lalu Huzur berkata kepadaku; apakah anda mahir dalam apa-apa pekerjaan. Aku menjawab; selain membuat roti aku tidak memiliki apa-apa kemahiran, jika memiliki kemahiran pun hanya sedikit. Huzur bersabda; tuliskan namamu, apabila perlu nanti kami akan memanggil anda. Dengan itu aku pun menulis namaku. Ghulam Hussain dari Rehtas daerah Jhelum. [Daftar riwayat sahabat, Tanpa Penerbit, Daftar No 10 Halaman No 319-321, Riwayat Hazrat Malik Ghulam Hussain Sahib Muhajir]

Inilah riwayat-riwayat orang-orang yang sangat tinggi keinginan mereka untuk berjumpa dan menziarahi Hazrat Maseeh Mau’udas. Untuk berjumpa dengan beliauas mereka sanggup bersusah payah dan menanggung kesulitan yang mereka hadapi itu. Bagi mereka itu suatu hal yang biasa sahaja dibandingkan limpahan kurnia untuk dapat berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas dan keteguhan keimanan mereka yang sangat tebal. Semoga kisah-kisah yang disampaikan ini bukanlah kisah-kisah penglipur lara tetapi setiap kisah yang disampaikan menjadikan keimanan kita akan bertambah teguh dan kuat.

----------------------------<<<>>>----------------------------

Diterjemahkan oleh

Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah.
24.07.2012

Wednesday, July 18, 2012

Kisah Sahabat Maseeh Mau'ud Yang Patut Dicontohi


TERJEMAHAN
KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
30 DISEMBER 2011 / 30 FATAH 1390HS
Masjid Baitul Futuh, Morden, London

Selepas membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur meneruskan khutbah seperti berikut:-

----------------------------<<<>>>----------------------------

Hazrat Maseeh Mau’udas bersabda:-
“Jangan menyangka bahawa jemaat para sahabatra hanyalah golongan yang terdahulu sahaja, malah terdapat satu golongan yang difirmankan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Qur’an, mereka itu juga termasuk dalam golongan para sahabatra yang bersama dengan buruz (bayangan) Ahmadsaw. (salah satu nama Rasulullahsaw juga adalah Ahmad dan buruz bagindasaw terdapat dalam diri Hazrat Maseeh Mau’udas)

Beliauas bersabda: “Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Qur’an WA AAKHORIINA MINHUM LAMMAA YALHAQUU BIHIM (Al-Jum’ah:4) Yakni, jangan menyangka jemaat para sahabatra hanya setakat itu sahaja, malah jemaat pada zaman Hazrat Maseeh Mau’udas juga adalah sahabatra. (yakni, mereka yang telah melihat Hazrat Maseeh Mau’udas, mereka yang bai’at kepada beliau, yang mendapat faedah daripada persahabatan dengan beliau, kemudian meningkat dalam soal keimanan dan keyakinan, beliau bersabda bahawa mereka ini juga termasuk dalam kategori sahabat).

Kemudian beliauas berkata lagi: “Ayat ini juga disokong oleh para mufassirin bahawa jemaat itu adalah Jemaat Maseeh Mau’udas. Dari perkataan MINHUM dapat diketahui bahawa perhatian dan keadaan batin mereka adalah sama seperti para sahabat terdahulu memperolehinya”. [Malfoozaat Jilid 1 halaman 431 Edisi 2003 Cetakan Rabwah]

Mereka inilah yang mendapat kurnia bersama-sama dengan Hazrat Maseeh Mau’udas. Sesungguhnya mereka mendapat status ketakwaan, kebaikan dan perubahan suci yang menjadi ikutan bagi setiap orang di antara kita. Ini suatu yang tidak ternilai harganya di mana seluruh kehidupan dan riwayat para sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas telah sampai kepada kita. Begitu juga semua peristiwa dan kaifiyyat (perilaku) para sahabat yang bersama dalam majlis-majlis Hazrat Maseeh Mau’udas telah sampai kepada kita.

Hari ini juga saya akan menyampaikan beberapa riwayat para sahabat. Hasil tarbiyat Hazrat Maseeh Mau’udas, berkat daripada cahaya yang telah diperolehi daripada Hazrat Muhammad Mustafa Khatamul Anbiyasaw, banyak persamaan yang terdapat dalam diri mereka yang Allah Ta’ala jadikan sebagai suatu tanda yang amat mengkagumkan. Sama ada mereka itu dari golongan yang miskin, kaya, berpelajaran mahupun buta huruf, semuanya memperlihatkan warna (perwatakan) yang amat luar biasa. Mereka memiliki ketawakkalan yang tersendiri, memiliki semangat tinggi dalam pengkhidmatan agama yang membuatkan mereka betul-betul ikhlas dan sangat mengkagumkan. Mereka mempunyai ikatan yang mendalam terhadap Al-Qur’an, suatu hubungan yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Inilah tarbiyat yang dimiliki oleh para sahabat, dan melalui tarbiyat inilah, Allah Ta’ala sendiri yang mengajarkan Al-Qur’an kepada mereka serta menganugerahkan irfan (pengetahuan) ke dalam hati mereka. Allah Ta’ala memberikan kemuliaan kepada mereka untuk mendekatkan diri kepada-Nya sesuai dengan kehendak-Nya. Para sahabat yang bersama dalam majlis-majlis Hazrat Maseeh Mau’udas mengajarkan kepada kita bagaimana untuk menangani sesuatu masalah, bagaimana untuk menjawab kritikan pihak lawan dengan menggunakan dalil-dalil yang konkrit.

Betapa beruntungnya mereka yang dapat bersama dengan Ghulam Sadiq (hamba sejati) dan Asyiq Sadiq (pencinta sejati) Nabi Muhammadsaw setelah 1400 tahun berlalu. Seperti yang telah saya sebutkan tadi bahawa pada hari ini saya akan menyampaikan sebahagian riwayat-riwayat para sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas.

Hazrat Maulvi Atha Muhammad Sahibra menerangkan: “Aku ada membaca di dalam akhbar bahawa Hazrat Maseeh Mau’udas akan berkunjung ke Jhelum, tetapi aku belum mendapat keizinan untuk ke sana, kerana aku bekerja sebagai pembantu sahaja. Keadaan aku amat gelisah, aku berpesan kepada orang rumah supaya jangan memberitahu kepada sesiapa pun, esok adalah hari Ahad di mana Hazrat Aqdas akan berkunjung ke Jhelum, jadi aku akan pergi ke sana. Waktu sudah semakin suntuk dan jarak untuk pergi ke stesen keretapi kira-kira tiga batu. Perjalanan berbukit-bukit dan waktu pula sudah mulai malam. Pada siang hari sahaja untuk ke sana adalah amat sulit”.

[Tetapi hajat di hati tetap akan pergi, maka pada malam itu juga beliau bertolak] “Aku bertawakkal kepada Tuhan, pada akhirnya aku berangkat juga. Dengan tidak disangka-sangka seluruh lampu di jalanan menyala dan sangkaan aku pula mungkin ada orang yang lalu di situ dan aku dengan nekad melalui bukit di situ sambil berlari”.

[Beliau berkata, lampu di jalanan menyala, mungkin ada orang yang lalu di kawasan tersebut tetapi aku bertawakkal kepada Allah dengan mengharungi juga bukit itu. Semata-mata ingin berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas, maka Allah Ta’ala sendiri yang mengatur semua itu, aku terus berjalan sambil berlari dan akhirnya sampai juga aku ke tempat yang dituju] “Apabila aku sampai di stesen, keretapi sudah sedia menunggu, lalu aku terus membeli tiket dan sampailah aku ke Jhelum. Kunjungan Huzur mendapat perhatian. Ada seorang yang kaya namanya Ahmad Deen. Beliau berkata kepadaku, hari ini anda akan membaca nazam”.

Orang ini ketika dia bai’at, dia ada menulis sebuah nazam dan dalam nazam tersebut ada tercatat doa-doa dan dalam surat bai’at itu juga terdapat nazam yang dimaksudkan. Nazam yang dia tulis itu sangat panjang lalu Ahmad Deen meminta untuk membacakan nazam tersebut.

Dan aku berkata: “Baiklah, jika Hazrat Sahib mengizinkan, maka aku akan membacanya, lalu Hazrat Maseeh Mau’udas mengizinkannya, maka aku pun berdiri dan dengan penuh semangat membaca nazam itu, orang-orang yang mendengar nazam itu amat tersentuh lalu ada seseorang berkata, berikanlah senikata nazam itu kepadaku, lalu aku berkata bahawa nazam itu aku hanya hafal rangkapnya sahaja. Setelah aku membaca nazam tersebut Huzur menyatakan bahawa doa-doa yang ada di dalam nazam itu ada dalam surat bai’at yang diberikan dahulu kepadaku. Aku merasa amat hairan, daya ingatan Huzur sangat tajam, apabila ditanyakan tentang doa yang aku minta dituliskan itu, Huzur langsung menghafalnya secara lisan”. [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 11 halaman 209-210, Riwayat Hazrat Maulvi Sufi Atha Muhammad Sahib]

Doa yang Hazrat Maseeh Mau’udas tulis untuknya dan doa itulah yang beliauas hafal secara lisan. Huzur berkata anda menyatakan tentang doa-doa maka tidak ada doa yang lebih afzal selain anda banyak membaca Durud Syarif (Salawat), Alhamdulillah, Istighfar dan membaca Al-Qur’an. Inilah rahsia kejayaan doa-doa. [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 11 halaman 209-210 Riwayat Hazrat Maulvi Sufi Atha Muhammad Sahib]

Banyak orang menulis surat kepadaku. Umumnya mereka meminta petunjuk, dan di suatu tempat Hazrat Maseeh Mau’udas ada menulis kepada seseorang supaya selalu membaca doa ini. LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL AZIIM [Maktoobat Ahmad Jilid 2 halaman 291, Maktoob atas nama Hazrat Nawab Muhammad Ali Khan Sahib, Maktoob nombor 80, Cetakan Rabwah]

Jadi, inilah cara seseorang insan mendekatkan diri kepada Allah.
Kemudian ada sebuah riwayat Hazrat Khalifah Nuruddin Sahib yang bermastautin di Jammu. Ini adalah Khalifah Nuruddin Sahib Jammuni (dari Jammu). Jangan ada yang salah anggap bahawa itu adalah nama Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal. Beliau adalah salah seorang lagi di antara sahabi Hazrat Maseeh Masu’udas. Beliau berkata, suatu kali aku berjalan kaki dari Jammu melalui jalan Gujrat menuju ke Kashmir. Dalam perjalanan, aku mendirikan solat di sebuah hutan berdekatan dengan Gujrat dan membaca doa ALLAAHUMMA INNII A’UUZUBIKA MINAL HAMMI WAL HUZNIYa Allah Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari pada kesusahan hati dan kesengsaraan fikiran” sambil menangis. Setelah itu Allah Ta’ala telah membuat perubahan dalam kehidupanku sehingga tidak lagi merasa kesempitan, sungguhpun aku tidak memiliki perniagaan yang khusus tetapi ribuan Rupees datang kepadaku tanpa disedari. [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas, tanpa penerbit Jilid 12 halaman 68, riwayat Hazrat Khalifah Nuruddin Sahib Jammuni]

Setelah baiat kepada Hazrat Maseeh Mau’udas, disebabkan Quwwat Qudsiah beliau, timbul dalam diri orang-orang ini suatu revolusi sehingga begitu giat dalam berdoa, lalu Allah Ta’ala juga memperlihatkan pengabulan doa-doa mereka dengan begitu ajaib. Ini memberikan keyakinan atas mereka untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah lagi meminta kepada sesiapa, saya tidak pernah lagi merasa bersedih dan kewangan juga sudah tidak lagi sempit.

Kemudian Mian Syarafat Ahmad Sahib menerangkan secara bertulis berkenaan dengan bapanya iaitu Maulvi Jalaluddin Sahib Marhumra bahawa Maulvi Sahib seorang yang tawakkal. Beliau menceritakan, apa sahaja yang kami inginkan maka Tuhan sendiri yang menyediakannya. [Suatu tawakal yang luar biasa] Kami tidak perlu menyatakan kepada sesiapa pun tentang apa yang kami inginkan. Selalu menceritakan bahawa pada tahun 1918-1919 aku telah bekerja di sebuah Anjuman dan gajiku cuma 20-25 Rupees sahaja. [Anjuman telah menetapkan elaunku sebanyak 20-25 Rupees ketika itu] Pada masa itu barang-barang sangat mahal. [Yakni, gandum dan barang-barang lain sangat mahal] Ketika itu Nazir Baitul Maal di Ferozpur iaitu Munsyi Farzan Ali Khan Sahib. Suatu hari Farzan Ali berkata kepada Maulvi Jalaluddin bahawa tuan diberikan elaun, sebab itu tuan harus bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana diberikan elaun itu. Ayahnya berkata; perkara itu tidak menyenangkan saya lalu berkata kepadanya: Adakah saya meminta suatu elaun dari tuan? (Saya telah mewakafkan diri untuk berkhidmat kepada agama. Elaun yang telah ditetapkan itu adalah dari Jemaat sendiri, saya tidak meminta atau menuntutnya.

Beliau berkata kepada Nazir Baitul Mal bahawa mulai sekarang saya tidak akan mengambil elaun dari jemaat. Farzan Ali Sahib berkata kepadanya; tuan bekerjalah seperti biasa. Yakni, tuan tidak mau ambil elaun tidak apa, tetapi haruslah bekerja seperti biasa dan bekerjalah dengan semangat. Lalu Maulvi Jalaluddin Sahib berkata, bekerja dan itaat tidak ada hubungannya dengan elaun. Sama ada aku menerima elaun atau tidak, aku tetap akan berkhidmat pada agama. Setelah aku mengucapkan perkara itu aku terus keluar dari pejabat untuk mengadakan lawatan bertabligh dengan berjalan kaki. Khan Sahib (Nazir Baitul Mal) berkata bahawa; adakah kamu akan membuat kerja seperti dahulu atau mengikut kemahuan kamu sendiri? Yakni, kamu memang tidak mengambil gaji, tetapi adakah kamu sekarang ini membuat kerja dalam kualiti yang sama seperti dahulu kamu buat, iaitu dengan penuh kesungguhan? Maka, Maulvi Jalaluddin Sahib berkata; saya akan melakukan kerja saya dengan penuh perhatian dan sempurna. Saya juga akan lakukan lebih baik berbanding sebelumnya dengan penuh itaat. Kerja dan itaat tidak ada hubungan dengan gaji. Dapat gaji atau tidak, khidmat agama harus diteruskan. Dikatakan bahawa: dengan mengatakan hal itu saya pergi membuat satu kunjungan tabligh dengan berjalan kaki.

[Ketika itu tidak ada sebarang pengangkutan, umumnya para muballigh berjalan kaki untuk bertabligh]. Dalam perjalanan, pelbagai khayalan mulai bermain dalam fikiranku, bahawa dengan elaun itu sekurang-kurangnya dapat memenuhi suatu keperluan kerana pada masa itu keadaan amat sulit. [Gandum dan barang-barang lain sangat mahal] Sekarang bagaimana harus aku lalui kesulitan tanpa elaun.

[Khayalan ini tiba-tiba muncul dalam fikiran dan lihatlah bagaimana Allah Ta’ala memberi jalan keluar kepadanya] Bapanya menerangkan, dia pergi keluar untuk lawatan tabligh dengan fikiran seperti itu. Tiba-tiba ada suara laungan yang datang, tidak tahu dari mana suara itu. [Suatu laungan yang menakutkan telah datang] yang membuatkan hatiku menderum. (Suara apakah itu? Suara yang kuat itu membawa satu pesanan) di hadapan nanti ada yang akan membawakan gaji untuk suatu tempoh masa. Adakah engkau telah mencapai umur yang seperti sekarang ini disebabkan mengambil elaun? Beliau berkata; suara dan ancaman itu masuk dalam telingaku menyebabkan kesedihan dan kerisauan aku semakin hilang. Dan dengan merendahkan diri memohon: Ya Tuhan! Aku tidak memerlukan gaji itu, kehidupan apa yang boleh menandingi Engkau. Sejak itu aku lalui kehidupan ini dengan baik. (Berkata lagi; setelah itu Tuhan telah menjaga diriku sehingga keadaanku lebih baik daripada sebelumnya. Berkata lagi) Maulvi Sahib menerangkan bahawa Khan Sahib adalah teman lama saya. Kata-kata itu terkeluar sebegitu sahaja dari mulutnya sebagai gurauan, di mana setelah itu beliau menganggap dengan bergantung kepada elaun boleh menyebabkan syirik. (Oleh sebab itu, syirik telah keluar dari dalam diriku) [Diambil dari Daftar Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit, Jilid 12 halaman 276-277, Riwayat Hazrat Maulvi Jalaluddin Sahib disampaikan oleh Mian Syarafat Ahmad Sahib]
           
Kemudian, apa yang diterangkan sebelum ini berkenaan Hazrat Maulvi Jalaluddin Sahib marhum, anaknya menulis; saya melihat dalam mimpi bahawa Hazrat Maulvi Nuruddin Sahib bermain judi. Maulvi Jalaluddin Sahib telah menceritakan mimpi itu kepada Hazrat Maseeh Mau’udas. Lalu Huzur bersabda; Maulvi Sahib! Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal, Hazrat Maulana Nuruddin juga bermain judi, tetapi dengan Tuhan. Ini juga sama seperti pemain judi yang meletakkan segala-galanya atas suatu nilai, dia tidak menyimpan apa-apa untuknya. Demikian juga Maulvi Sahib meletakkan segala-galanya di dalam jalan Allah Ta’ala atau di atas jalan Allah Ta’ala. Di antara kedua-dua ucapan ini, salah satunya memang ada beliau ucapkan. [Diambil dari Register Riwayat sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 12 halaman 280-281 Riwayat Hazrat Maulvi Jalaluddin Sahib disampaikan oleh Mian Syarafat Ahmad Sahib]

Yakni, ini suatu perniagaan yang dilakukan oleh Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal dan orang-orang duniawi mendapat faedah duniawi mereka melalui judi. Berkenaan dengan Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal, dikatakan bahawa untuk memperbaiki dunia dan akhirat, beliau membelanjakan hartanya pada jalan Allah Ta’ala. Dan sebagaimana yang kita ketahui bahawa banyak kisah kehidupan Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal tentang bagaimana Allah Ta’ala telah memenuhi setiap keperluan duniawinya. Dan begitu juga dalam mengkhidmati agama, kedudukan beliau dimaklumi oleh semua orang.

Kemudian Hazrat Sufi Ghulam Muhammad Sahib bapa kepada Mian Wali Muhammad Sahib berkata “pada tahun 1912 saya telah lulus ujian B.A di Punjab Universiti. Selepas itu aku bertanya kepada Hazrat Khalifah Awwal, apakah aku harus menghafal Al-Qur’an atau mengambil ujian M.A. Beliau berkata: Hafal Al-Quran, apa ertinya M.A itu. Lalu aku pun dapat menghafal Al-Quran dalam masa enam bulan dan apabila aku khabarkan kepada Hazrat Khalifah Awwal, beliau terus sujud syukur. [Diambil dari Register Riwayat Hazrat Maseeh Mau’udas, tanpa penerbit,  Jilid 7 halaman 285, Riwayat Sufi Ghulam Muhammad Sahib]

Inilah tarbiyyat para sahabat. Inilah keitaatan mereka. Inilah kecintaan mereka terhadap Al-Quran. Dunia ditinggalkan lalu mengutamakan hafalan terhadap Al-Qur’an, selepas itu baru meneruskan pelajaran.
Kemudian riwayat daripada Hazrat Sayyid Akhtaruddin Ahmad Sahibra. Beliau menulis, rindu kepada kekasih tidak kurang pedihnya dari putus dengan kekasih. Hati seorang kekasih dalam merindui kekasihnya begitu gelisah. Justeru itu, mengenang bayangan sempurna kepada Rasulullahsaw, iaitu Hazrat Maseeh Mau’udas, yang merupakan penzahiran kecantikan, habiibinaa wa mutaa’inaa wa nabiina, bukannya tidak menjadikan gelisah atau tidak mengalami kelazatan, tetapi apa yang saya takuti ialah daya ingatan hamba ini sangat lemah dan saya telah menjalani kehidupan yang rapat dengan Huzuras bermula hujung tahun 1902 sehingga hujung tahun 1903, maknanya lebih kurang setahun, dan pada waktu itu umur saya 24 tahun. Pada masa itu aku dan pakcikku Maulvi Sayyid Ahmad Hussain Sahib yang datang dari Kutaki sebagai tetamu Hazrat Maseeh Mau’udas. Mungkin ia datang dari Kutaki untuk kami makan nasi beberapa bulan lamanya, kerana biasanya di Orissa kebanyakan orang memakan nasi. Oleh itu Huzuras menyuruh Mian Najmuddin melayani tetamu dengan sebaik mungkin sebagaimana jelas dari apa yang Mian Najmuddin katakan bahawa berkenaan dengan kamu, Huzur sangat memberi perhatian.

Kemudian Sayyid Akhtaruddin Sahib sekali lagi meriwayatkan bahawa ketika saya masih seorang pelajar dan selalu mengikuti daras-daras Hazrat Khalifatul Maseeh Awwalra, beliau sangat menyayangi saya. Apabila ibu bapa saya ROBBIR HAMHUMAA KAMAA ROBBAYAANI SOGHIIRA [Bani Israil:25] memerintahkan saya pulang, saya agak susah untuk pulang kerana perbelanjaan agak besar tetapi Khalifatul Masih Awwalra telah berjanji bahawa jika tiba masa untuk pulang, harus beritahu kepadanya. Dan apabila tiba masanya untuk pulang, aku berjumpa dengan Khalifatul Maseeh Awwalra dan ketika itu beliau sedang menunaikan solat di masjid Mubarak, lalu beliau datang dari arah Barat dan memegang bahuku sambil berkata, saya dengar anda ada belajar Al-Qur’an daripada pelbagai guru [Beliau berkata memang dahulu aku banyak belajar Al-Qur'an dari guru-guru] Khalifatul Maseeh Awwal lalu berkata dengan firman Allah Ta’ala WATTAQUL LAAHA WA YU’ALLIMU KUMULLAAHU (Dipetik dari Register Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit, Jilid 7 halaman 212-213 Riwayat Hazrat Sayyid Akhtaruddin Sahib)

Maksudnya, bertakwalah kepada Allah, maka Allah akan mengajarkan kamu. Jadi, inilah syarat asas dalam mempelajari Al-Qur’an Karim. Di kalangan para sahabat, belajar Al-Qur’an Karim satu keseronokan. Mereka juga belajar dari Khalifah Awwalra. Di usia yang muda, mereka selalu mengikuti daras dan juga mempelajari dari guru-guru lain untuk menambah pengetahuan. Bagi orang-orang yang muttaqi, Allah Ta’ala sendiri yang mengajarkan Al-Qur’an Karim atas mereka, membimbing mereka dan begitu juga kita melihat dalam kehidupan para sahabat, mereka memiliki banyak ilmu mengenai Al-Qur’an Karim.

Kemudian ada satu riwayat dari Hazrat Khairuddin Sahibra anak kepada Mustaqim Sahib, beliau bai’at pada tahun 1906 dan pada tahun itu juga beliau mendapat taufik berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas. Beliau menceritakan suatu kali setelah solat Maghrib, Huzur sambil duduk-duduk dan kebetulan di masjid tidak ada lampu, aku dan beberapa orang duduk bersama-sama Huzur. Ada seorang bertanya: Huzur! Maulvi ghair jemaat mengatakan Hazrat Nabi Isaas mencipta binatang. Huzur menjawab: Syeikh Sahib! Tuhan adalah Khaliq dan adakah Nabi Isaas juga Khaliq?

Hanya satu ayat sahaja yang Huzur sebutkan. Orang yang menulis riwayat ini tidak mengetahui siapa Sheikh itu kerana keadaan pada ketika itu agak gelap. Tetapi Sheikh Sahib itu tidak bertanya lagi. Huzur sekali lagi bersabda, “maulvi kita hendaklah menggunakan ayat-ayat pendek seperti ini dalam perbahasan”. Yakni, suatu yang melucukan bahawa Nabi Isaas mencipta dan membuat burung. Hazrat Maseeh Mau’udas bersabda, Tuhan juga Pencipta (mencipta adalah sifat Tuhan) dan Nabi Isa juga pencipta. Kamu sebagai seorang Muslim pun boleh terlibat dengan syirik seperti ini. Beliau bersabda lagi: Dengan ayat yang ringkas ini kadang-kadang berfaedah juga untuk pertablighan. “Ini kerana jika suatu pembahasan berpanjangan hanya membuatkan perkara ini menjadi kacau-bilau”.

Selepas itu Hazrat Khairuddin Sahib menulis: “Aku telah balik ke kampung, aku sangat suka membaca Al-Qur’an. Suatu kali aku melihat dalam mimpi bahawa Hazrat Maseeh Mau’udas bersabda: datanglah ke Qadian, kami akan mengajarkan Al-Qur’an kepadamu. Ketika beliau melihat dalam mimpi itu Hazrat Maseeh Mau’udas telah wafat. Beliau berkata, setelah itu aku melihat lagi satu mimpi bahawa aku telah berhijrah ke Qadian, (tempat itu sekarang telah dijadikan Mohallah Nasir Abad). Di lapangan itulah aku menurunkan barang-barangku lalu bertanya, apakah nama tempat ini? Maka ada suatu suara yang datang dari langit yang berbentuk suatu benda yang padat, bentuknya seperti bola sepak, dari situ keluar suara menyatakan bahawa nama tempat itu adalah hutan Ibrahim. Maksudnya Allah Ta’ala memberitahu kepadaku bahawa nama Hazrat Sahib adalah Ibrahim. Pada waktu itu aku tidak tahu bahawa Hazrat Sahib pernah bersabda:

Mein Kabhi Adam, Kabhi Musa, Kabhi Ya’kub
Niz Ibrahim Hoon Naslein Hein Be Tsumar

Yakni Aku kadang-kadang Adam, kadang-kadang Musa, kadang-kadang Ya’kub, begitu juga sebagai Ibrahim, dan keturunanku banyak tidak terkira” (Di ambil dari Register Riwayat Sahabatra Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 7 halaman 154 Riwayat Hazrat Khairuddin Sahib)

Maka beliau berkata: Allah Ta’ala telah memberikan amanat ini melalui suara dan barulah aku mengerti bahawa nama tersebut adalah nama Hazrat Maseeh Mau’udas.

Allah Ta’ala selalu memperlihatkan gambaran sokongan terhadap ucapan, nama-nama dan ilham-ilham Hazrat Maseeh Mau’udas kepada para sahabat.

Kemudian Hazrat Khairuddin Sahib menerangkan; aku mengatakan hal ini bukan kerana merendah diri tetapi hakikatnya bahawa aku seorang yang berdosa. Apa yang ingin aku sampaikan sekarang ini sesungguhnya adalah dari Nur Nubuwwat dan bukan dari diriku. Sebabnya beliau ada bersabda:

Mein Woh Hoon Nuure Khuda Jisse Hua Din Aasyekaar

Akulah Nur Tuhan yang jelas kelihatan seperti di siang hari.

Jadi, ini adalah perkara yang pasti bahawa mereka yang melahirkan hubungan dari nur akan mendapat bahagian dari nur itu. Hal ini juga sangat jelas bahawa nur itu adalah sesuai dengan kebolehan masing-masing. (Maulvi Sahib, Hazrat Khairuddin Sahib berkata) kami tidak pernah tahu bahawa apa yang dikatakan sebagai ilham, apa itu kasyaf, apa itu rukya yang benar. Sekarang, dengan kurnia Allah Ta’ala, melalui persahabatan dengan orang pilihan Tuhan ini, bukan sahaja mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ilham, bukan sahaja mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kasyaf, dan bukan sahaja dapat mengetahui rukya yang benar, malah ketiga-tiga perkara itu telah terjadi atas diri sendiri. (Dipetik dari Register Riwayat Sahabahra Hazrat Maseeh Mau’udas, tanpa penerbit, Jilid 7 halaman 154-155, Riwayat Hazrat Khairuddin Sahibra)

Inilah suatu revolusi yang dibuat oleh Hazrat Maseeh Mau’udas. Tentang Hazrat Khalifatul Maseeh Awwal kita telah beberapa kali mendengarnya. Ada seseorang bertanya kepada Hazrat Maulvi Nuruddin Sahib: Tuan sebelumnya adalah seorang yang suci, tetapi apa yang tuan dapat faedahnya setelah tuan bai’at? Hazrat Maulvi Nuruddin Sahib menjawab: Lihat, banyak faedah yang aku perolehi, salah satu faedah yang aku dapat ialah, sebelumnya aku melihat Nabi Muhammadsaw dalam mimpi tetapi sekarang ini, dengan mataku sendiri dalam keadaan berjaga dan kasyaf aku dapat melihat bagindasaw. Jadi, inilah revolusi yang telah diciptakan oleh Mirza Sahib dalam diri saya. [Diambil dari Hayate Nur oleh Abdul Qadir (bekas Saudagar Mul) Halaman 194, Cetakan Rabwah]

Maka, Hazrat Khairuddin Sahib menulis: Sekarang kami boleh menerangkan perkara ini dengan haqqul yaqin (keyakinan yang hakiki). Contohnya, ketika aku sedang duduk di Masjid Mubarak pada waktu Zuhur, aku mendapat satu ilham ULAA’IKA HUMUL MUFLIHUUN. Di dalamnya memberitahu bahawa orang-orang Jemaat akan memperoleh kemenangan. Dari sini dapat kita perhatikan bahawa orang-orang biasa pun mendapat kesudahan yang baik, pekerjaannya juga baik dan doa-doa mereka mendapat pengabulan yang khusus dari Allah.

Kemudian, satu kali saya berdoa: Ya Allah! Jalan manakah yang boleh mendekatkan diri kepada Engkau? (Lihatlah bagaimana keinginan mereka untuk menjalinkan hubungan dengan Allah Ta’ala. Mereka berdoa bagaimana caranya untuk dapat berhubung dengan-Nya) Maka Allah Ta’ala memberi jawapan kepadaku bahawa untuk mendekatkan diri kepada Kami ada dua cara. Sama ada kamu bayar candah atau bertabligh. Inilah dua cara yang Kami sukai. Lalu aku memohon: Ya Allah! Aku bukanlah orang pandai. Bagaimana aku boleh bertabligh? Lalu Allah Ta’ala menjawab: Bukankah Kami telah mengajarkan kepadamu Al-Qur’an? Apabila ayat ini difirmankan oleh Allah Ta’ala, ketika itu juga persoalan ayat ini telah selesai WAMAA RAMAITA IZ RAMAITA WALAAKINNALLAAHA RAMAA, Ini kerana ketika aku di kampung, aku ada bermimpi berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas dalam mimpi.

Beliau berkata: Kamu datanglah ke Qadian, kami akan mengajarkan kepada kamu Al-Qur’an. Cuba lihat sekarang, janji ini telah dibuat oleh Hazrat Maseeh Mau’udas tetapi jawapan telah diberikan oleh Allah Ta’ala bahawa Kami telah mengajarkan engkau Al-Qur’an. Aku melihat bahawa sesuai dengan kemampuan sendiri, dengan kurnia Allah Ta’ala jika ada yang hendak mempelajari Al-Qur’an, maka saya boleh mengajarkannya. Malah ketika ini pun di ruang tetamu selepas Subuh, satu hingga satu jam setengah aku mengajarkan Al-Qur’an dengan terjemahannya sekali. Apabila Allah Ta’ala telah berfirman bahawa Kami akan mengajarkan Al-Quran, di samping itu juga Dia berfirman, tidakkah kamu membaca kisah kaum Ad dan Tsamud di dalam Qur’an Syarif? Membaca satu ruku’ dan memperdengarkan kepada orang ramai bahawa bagaimana kesudahan orang-orang yang tidak beriman kepada para Anbiya? Begitu juga tentang doa, Allah Ta’ala berfirman kepadanya, banyakkanlah makan Ghee. Lalu aku bertanya apa yang dimaksudkan dengan makan Ghee? Maka Allah Ta’ala pada hari yang ketiga memberikan jawapannya, maksud makan Ghee adalah memperbanyakkan doa. Kata-kata ini adalah kebaikan dalam bahasa Punjabi bahawa di dalam rumah yang banyak doa, rumah itu akan memperoleh banyak ketenangan. Kemudian suara ini juga didengari bahawa kepada siapa Tuhan tidak berkata-kata maka dia bukanlah orang Muslim”. [Oleh itu, jika kita mahu memperoleh ketenangan maka perbanyakkan berdoa di dalam rumah masing-masing] Lalu beliau berkata, adakah orang seperti aku boleh mendakwakan bahawa ini semua adalah dari kekuatanku? Malah jelas diketahui bahawa semua ini adalah berkat dari Nur Nubuwat. Sekali lagi aku mengulangi ayat Hazrat Maseeh Mau’udas

Mein Woh Pani Hoon Jo Aaya Aasma Se Waqt Par
Mein Woh Hoon Nuure Khuda Jis Se Hua Din Aasykar

Aku adalah air yang datang dari langit tepat pada masanya,
Akulah Nur Allah yang menjadikan siang menjelang tiba.
[Di ambil dari Register Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 7 halaman 155-156, Riwayat Hazrat Khairuddin Sahib]

Kemudian Hazrat Hafiz Nabi Bakhsy Sahib anak kepada Hafiz Karim Bakhsy Sahib yang tinggal di Faizullah Chok. Beliau telah datang berjumpa Hazrat Maseeh Mau’udas sebelum beliauas mendakwakan diri sebagai Maseeh Mau’ud dan beliau juga bai’at pada peringkat awal. Hakim Fazlur Rahman Sahib Muballigh Afrika yang merupakan anak kepada Hafiz Sahib, beliau menulis: “Dalam dirinya wujud kecintaan kepada Hazrat Maseeh Mau’udas dan beliau mempunyai tabiat yang sangat berhati-hati, jika ada orang yang meminta beliau memperdengarkan suatu kisah Hazrat Maseeh Mau’udas, beliau akan menjawab: saya tidak yakin dengan ingatanku, aku takut jika tersalah cakap sesuatu yang berhubungan dengan Huzur.

Pekerjaan beliau memang sangat memenatkan dan itu diketahui semua orang terutama sekali bulan Mei dan Jun iaitu bulan yang sangat panas, beliau terpaksa juga berjalan pada siang hari. Namun, beliau tetap akan bangun untuk mendirikan Tahajjud dan juga menegaskan kepada kami untuk mengerjakannya. Apabila tiba Ramadhan, walaupun keadaan cuaca yang sangat panas, kami tetap dawam berpuasa. Pada musim sejuk, biasanya beliau mengajak anak-anak untuk sama mendirikan Tahajjud berjemaah.
[Beliau dengan kurnia Allah Ta’ala adalah hafiz Al-Qur’an] Beliau sangat menekankan kepada kami soal solat dan puasa. [Dan sepatutnya inilah tugas ibu bapa] Jika kami malas beliau sangat marah. Beliau sendiri yang mengajar Al-Qur’an kepada kami. Jika beliau sibuk dengan pekerjaan pada siang hari, maka pada malamnya beliau akan mengajar. Kami ada tiga bersaudara. Paling tua adalah Abdul Rahmanra, beliau telah meninggal dunia ketika masih belajar di Qadian lebih kurang pada tahun 1907, usianya ketika itu 12-13 tahun. Tinggallah kami berdua, aku dan Habibur Rahman Sahib B.A.

Bersama dengan Hafiz Nur Muhammad Sahib dari Faizullah Chok dan Hafiz Hamid Ali Sahib marhumra, pertama kali kami berjumpa dengan Huzur ketika Huzur menulis buku Barahin Ahmadiyah dan juga segera bai’at kerana Hafiz Sahib ayah kepada Hakim Fazlur Rahman selalu memohon untuk bai’at semenjak Huzur belum lagi membuat pendakwaan. Sebenarnya aku tidak ingat tahun bai’at dan mulaqat, tetapi ketika pertama kali beliau datang, beliau berjumpa dengan Huzur”. Kemudian menulis lagi: “Beliau mencadangkan agar aku belajar di Qadian (yakni, anaknya Hakim Fazlur Rahman dicadangkan agar belajar di Qadian).

Semasa melalui kehidupan yang susah beliau menunjukkan contoh yang sangat mulia. (Hakim Sahib menulis) Apabila saudaranya yang tua meninggal dunia pada tahun 1907, waktu itu perkhwinan dua orang kakaknya yang tua sudah dekat. Dan untuk tujuan itu kami telah berpindah dari tempat ayah bertugas menuju ke Faizullah Chok. Rombongan mempelai seorang kakak datang dari wilayah Jalandhar. Apabila hari ketibaan rombongan itu tinggal tiga hari sahaja lagi, abangnya Abdul Rahman Sahib pula menghidapi sakit ginjal dan meninggal dunia di Qadian. Maka dari pihak lelaki sendiri menyatakan bahawa disebabkan kewafatan abangnya, tarikh perkahwinan ditangguhkan ke tarikh yang lain. Ayah kepada Hakim Sahib berkata bahawa kewafatan anaknya itu adalah takdir Ilahi dan dia telah pergi, suruhlah rombongan mempelai datang dan bawalah anak perempuan kami. Setelah tiga hari kewafatan anaknya, dua anak perempuan dikahwinkan, hal seperti ini suatu ujian yang amat pahit bagi orang-orang duniawi.”

Kemudian menulis lagi: “Semasa zaman Khilafat Pertama dan Kedua, dengan kurnia Allah Ta’ala tidak ada ujian yang menimpa. Dan tidak juga teragak-agak untuk bai’at kepada dua khalifah itu. Beliau menunjukkan contoh yang agung dalam keimanan terhadap Khilafat. Aku telah dua kali pergi ke Afrika Barat untuk bertabligh (Hazrat Hakim Fazlur Rahman menjadi muballigh dalam tempoh masa yang lama di Afrika Barat) Kali pertama di sana selama lapan tahun dan sekarang sudah berlalu tujuh tahun. Pelbagai keadaan yang dilalui, bagi memenuhi keperluan duniawi, aku selalu menolongnya. Beliau selalu menasihatiku supaya jangan sekali-kali menunjukkan ketidaksabaran.

Apabila Hazrat Khalifatul Maseeh memanggilnya pulang, barulah dia pulang. (yakni, beliau langsung tidak berkata apa-apa, tidak menuntut apa-apa) Selama bekerja, beliau selalu membeli surat khabar dan dawam dalam membayar candah, selalu menolong orang miskin, melayani tetamu tanpa memandang kedudukan seseorang itu. Beliau seorang Musi dan selama bekerja, beliau membayar candah Hissah Amad. Sebanyak mana pun tanah yang beliau miliki Faizullah Chok, beliau wasiyatkan atas nama Anjuman”. (Diambil dari Register Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 12 halaman 1-3 Riwayat Hazrat Hafiz Nabi Bakhsy Sahib)

Sahabat yang saya ceritakan ini adalah cicit kepada Umair Ibnu Malik Abdul Rahim Sahib, di mana pada 28 Mei lepas telah disyahidkan di masjid Model Town. Beliau mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Semoga Allah Ta’ala memelihara dan menolong mereka. Doakan kepada semua anak-anak, balu-balu  dan ibu bapa semua orang yang telah disyahidkan. Semoga Allah Ta’ala memberi pertolongan dan kesabaran kepada mereka. Dan kepada isteri-isteri para syuhada yang masih muda, semoga Allah Ta’ala menemukan jodoh mereka.

Hazrat Muhammad Ya’kub Sahib anak kepada Mian Sirajuddin Sahib yang bai’at pada 1900 dan pada 1904 beliau berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas. Beliau menulis: “Hazrat Maseeh Mau’udas selalu memberikan kasih sayang yang lebih kepada anak-anak. Anak-anak kadang-kadang melompat bermain-main di pangkuan Huzur. Wajah Huzur hanyalah NUURUN ‘ALAA NUURIN (cahaya di atas cahaya). Ketika kami masih muda, Huzur menunjukkan kecintaan kepada kami lebih daripada ibu bapa kami. Apabila Huzur berkunjung ke Lahore, maka Huzur akan datang ke pondok kami yang membuatkan kami merasa bangga dan terharu.

Suatu kali Huzur pergi berjalan dalam kenderaan yang tertutup, apabila balik dari bersiar-siar, keluarga kami seperti Mian Sirajuddin Sahib, pakcik kami Mikrajuddin Sahib Umar, Mian Tajuddin Sahib dan ahli keluarga lain menunggu kedatangan Huzur. Di hadapan rumah kami terdapat sebuah kebun kerajaan. Di atas jalan kebun yang bersambung dengan kediaman-kediaman kami, orang-orang jahat berkumpul dengan sombongnya. Apabila Huzur tiba dan masuk ke dalam rumah melalui tangga, maka orang-orang jahat mulai melemparkan batu ke arah kami.

Dalam keadaan itu, bapa dan pakcikku berbincang apa yang harus dibuat. Lalu bapaku mengarahkan kepada seorang pembantuku agar mengangkat seorang anak kecil dari situ dan waktu itu juga sedang sakit. Selepas itu, mereka menghadapi kumpulan itu dengan penuh keberanian. Setelah itu, kumpulan itu berpecah-belah, maka Hazrat Maseeh Mau’udas bersabda, biarkanlah mereka pergi.”

Beliau menulis lagi: “Suatu kali hamba bersama bapa pergi keluar. Huzur tinggal di rumah. Sebelum berangkat, di atas suatu tempat, ada kertas dan dakwat, di atasnya ditulis sesuatu, ayah saya meminta nama anak perempuan, beliau mengatakan Imanah Begum.”

Kemudian sebuah lagi riwayat beliau: “Setiap kali saya datangke Qadian bersama ayah, disebabkan kebiasaan masa kecil saya selalu terus masuk ke bilik perubatan Hazrat Khalifatul Maseeh Awwalra. Hazrat Khalifatul Maseehra pula akan mendukungnya dan menunjukkan kasih sayangnya. Beliau selalunya membaca Al-Qur’an dan mengajar anak-anak mengaji. Kemudian, dari situ akan berjumpa dengan Hazrat Maseeh Mau’udas di masjid Mubarak, lalu Huzur mengumpulkan anak-anak di sekelilingnya dan bertanya beberapa perkara. Dan kebetulan di masjid Mubarak ada beberapa tetamu duduk berkumpul.

Qadian hanya sebuah desa yang kecil, dan tidak dapat diyakini bahawa ilham Huzur akan menjadi kenyataan. Bapaku sangat mencintai Hazrat Maseeh Mau’udas. Bapaku berkata kepadaku bahawa berkenaan dengan kemenangan dan pertolongan kepada Hazrat Khalifatul Maseeh Tsanira, kebenarannya dapat disaksikan. Beliau sangat yakin atas Hazrat Maseeh Mau’udas dan disebabkan keyakinan atas ilham-ilham itu, beliau berani memperkatakan bahawa hal ini pasti akan sempurna. Dan beliau mengatakan bahawa kita telah melihat hal ini menjadi sempurna. [Diambil dari Register Riwayat Sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas tanpa penerbit Jilid 7 halaman 128-129 Riwayat Hazrat Muhammad Ya’kub Sahib]

Inilah sahabat-sahabat yang bai’at sehingga mereka telah membuat perubahan suci dalam diri mereka dan mengadakan hubungan dengan Allah Ta’ala, dan apabila keimanan mereka telah teguh terhadap Hazrat Maseeh Mau’udas maka tiada sesiapa lagi yang dapat menggugat keimanan mereka. Inilah yang boleh menyegarkan kembali ingatan terhadap kurun yang terbaik. Mereka telah  memegang erat ajaran Hazrat Maseeh Mau’udas dan juga telah berhasil memahaminya “Apabila Allah Ta’ala telah mendirikan silsilah ini dan telah banyak memperlihatkan tanda-tanda untuk menyokongnya, tujuannya ialah bahawa jemaat ini adalah jemaat para sahabat dan kemudian muncul semula kurun yang terbaik. Oleh kerana orang-orang yang masuk ke dalam silsilah ini termasuk dalam WA AAKHORIINA MINHUM, sebab itu pakaian pekerjaan dusta hendaklah ditanggalkan dan seluruh perhatian handaklah ditujukan kepada Allah Ta’ala. (Malfoozaat Jilid 2 halaman 67 Edisi 2003 Cetakan Rabwah)

Para sahabat Hazrat Maseeh Mau’udas sebagaimana yang telah saya katakan: Mereka telah memperlihatkan bahawa mereka telah menyempurnakan ajaran dan keinginan beliau. Semoga Allah Ta’ala menganugerahkan taufik kepada kita semua untuk melakukan perubahan suci dan sentiasa berdiri teguh.

InsyaAllah, lusa, malah esok jam 12 tengah malam akan bermula tahun baru. Semoga Allah Ta’ala memberkati Jemaat ini lebih daripada tahun sebelumnya. Semoga Allah Ta’ala menghentikan tangan para penentang dan semoga mereka mendapat taufik untuk menerima kebenaran. Semoga Allah Ta’ala menurunkan berkat yang tidak terhingga kepada Jemaat. Amin.

Selepas solat Jumaat saya akan memimpin solat jenazah bagi jenazah Mukarram Jamaluddin Sahib Auditor Sadar Anjuman Ahmadiyah Pakistan. Mukkaram Jamaluddin Sahib dilahirkan pada 15 Disember 1938 di Qadian. Beliau kelahiran Ahmadi. Pada usia 18 tahun lagi beliau telah mulai berkhidmat dalam jemaat. Pada 27 Disember 2011, dalam usia 73 tahun beliau telah wafat. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN.

Dengan kurnia Allah Ta’ala beliau seorang Musi, dikebumikan di Bahisyti Maqbarah Rabwah. Beliau mendapat taufik berkhidmat dalam silsilah ini selama 55 tahun. Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam jemaat seperti Nizamat Jaidad, Daftar Wasiyat, Daruz Ziafat, Daftar Private Secretary, dan Nazarat Khidmat Darwishan. Kemudian, pada Julai 2003 beliau telah memegang jawatan Auditor Sadar Anjuman Ahmadiyah sehingga kewafatan beliau. Pada April 2008 sehingga Jun 2009 beliau sebagai Naib Officer Muhasib dan Provident Fund. Beliau seorang yang pendiam, seorang yang sederhana dan insan yang sangat mulia. Beliau juga sangat menghormati orang bawahannya. Sangat pengasih kepada setiap orang. Sangat cinta kepada saudara terdekat, isteri dan anak-anak. Beliau juga seorang yang sangat berani. Disiplin dalam solat, puasa dan giat dalam tahajjud. Beliau sangat cinta kepada khilafat. Dengan kurnia Allah Ta’ala beliau seorang yang kuat bekerja dan tidak pernah menunjukkan sikap malas. Beliau selalu mengutamakan pekerjaan Jemaat daripada urusan peribadi. Dan beliau sentiasa menjalankan tugas mengikut roh wakaf dan beliau menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Siapa sahaja ketua beliau, beliau akan mentaatinya. Semoga Allah Ta’ala meninggikan darjat beliau, memberikan makrifat dan rahmat kepadanya. Isteri beliau sebelum ini telah wafat. Semoga Allah Ta’ala memberi kesabaran dan semangat kepada mereka dan memberikan taufik untuk terus melakukan kebaikan-kebaikan.

----------------------------<<<>>>----------------------------

Diterjemahkan oleh

Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah.
29.06.2012