Tuesday, October 16, 2012

2012 KEDATANGAN NABI ISA / SECOND COMING JESUS CHRIST


Yang jelas kedatangan Imam Mahdi bukan membawa syariat baru tetapi adalah untuk menyempurnakan wasiat suci Nabi Muhammad saw dan meneruskan syariat Baginda saw. Apa yang perlu diperhatikan ialah berdasarkan sabda Rasulullah saw bahawa Imam Mahdi akan berdepan dengan umat Islam yang akan bersikap seperti umat Yahudi dan Nasrani kerana mereka akan memperolok-olokkan, memfitnah dan menentangnya.

Baginda saw juga mengetahui Imam Mahdi akan menerima penentangan daripada umat Islam sendiri yang akan diketuai oleh para ulama ortodoks. Atas dasar itu demi menyelamatkan umat Islam, Nabi Muhammad saw telah banyak meninggalkan pesanan dan memberi peringatan serta bimbingan kepada umat Islam untuk mengenal kebenaran Imam Mahdi. Sejarah berulang kembali sepertimana yang banyak digambarkan dalam Al Quran, manusia sering menolak utusan Allah swt kerana takut kepada cemuhan masyarakat, terlalu percaya kepada fitnah dan sudah selesa dengan kepercayaan yang mereka warisi secara turun temurun. Kajilah sejarah Islam hanya mereka yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran akan diberi petunjuk oleh Allah swt. Pada peringkat awal para sahabat ra mengalami penderitaan tetapi akhirnya mereka menikmati kelazatan keimanan yang sangat luar biasa.

Carilah Jemaat Yang Ada Imam

Oleh itu, kajilah rahsia hadis berikut untuk menyelamatkan umat Islam pada hari ini. Riwayat Hazrat Hudzaifah yang bertanyakan kepada Nabi Muhammad saw selepas masyarakat Jahiliyah menerima kebaikan daripada Allah swt dengan kedatangan Baginda saw dan menjadi umat Islam apakah akan datang keburukan lagi, Rasulullah saw bersabda: Ya! Akan ada orang--orang yang memanggil ke arah pintu neraka. Maka barangsiapa mengikut panggilan itu maka mereka akan menjadi ahli neraka. Aku berkata, Ya Rasulullah jelaskan kepada kami berkenaan dengan mereka itu. Rasulullah saw bersabda: Bahawa mereka adalah dari golongan kita (umat Islam sendiri). Mereka akan bertutur seperti kita katakan. Aku bertanya, Ya Rasulullah! Perintahkan kepadaku, seandainya perkara-perkara ini terjadi di dalam kehidupanku. Baginda saw bersabda: Bergabunglah engkau dengan orang-orang Islam yang mempunyai JEMAAT dan mempunyai IMAM". (Misykat Bab Fitnah dan Bukhari Bab Tanda-Tanda Kenabian Dalam Islam).

2012 - IMAM MAHDI & NABI ISA (JESUS CHRIST)


Jangan Jadi Yahudi dan Nasrani

Oleh itu, perhatikan dan lakukanlah sedikit kajian terhadap firman-firman Allah swt. Sebagai contoh, kita sering membaca surah Al Fatihah dalam solat lima waktu sehari semalam. Antara rahsia suci dalam Surah tersebut ialah berdoa agar Allah swt menyelamatkan kita agar jangan menjadi golongan yang sesat dan ingkar. Siapakah golongan yang sesat itu? Mereka ialah pemganut agama Kristian yang mempercayai Tuhan memiliki anak dan anak itu masih hidup di atas langit. Ini merupakan syirik kerana mempersekutukan Allah swt dan memperakui seolah-olah Allah swt memiliki anak. Kita berdoa agar jangan menjadi golongan yang ingkar seperti golongan orang Yahudi. Apakah dosa terbesar umat Yahudi? Mereka sering memperolok-olokkan dan menentang utusan Allah swt. Kedua-dua umat ini juga tidak menerima kenabian Rasulullah saw kerana bangsa Arab dianggap lebih rendah martabatnya. Perhatikan sabda suci Rasulullah saw ini: "Kamu (umat Islam) akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawakpun kamu akan mengikutinya" Sahabat bertanya "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan"?. Nabi Muhammad saw menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka" (H.R Muslim).

Sememangnya pintu wahyu syariat telah tertutup dengan kesempurnaan Al Quran dan begitu juga Kenabian yang membawa syariat telah tertutup dengan kewujudan Nabi Muhammad saw sebagai Khataman Nabiyyin tetapi sifat Allah swt Yang Maha Berkata-kata tidak akan padam sampai bila-bila.


Kini sempurnalah nubuwatan Nabi Muhammad saw yang bersabda bahawa "Sesungguhnya Islam itu mula-mula asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya maka dari itu berbahagialah bagi orang-orang yang asing" (Muslim,Ibnu Majah, An-Nasa'i dan Kanzul Umal,JuzI/1192). Kajilah sejarah permulaan Islam ketika Nabi Muhammad saw menyebarkan agama suci ini yang dianggap asing kerana ajarannya bertentangan atau berlainan dengan kebiasaan pada waktu itu. Rasulullah saw juga telah menubuwatankan bahawa masyarakat Islam akan mengalami kerosakan sehingga mereka tidak dapat membezakan ajaran Islam yang sebenar kerana mereka mewarisi fahaman Islam secara turun temurun tanpa mereka sedari bahawa ada sebahagian kefahaman dan penafsiran mereka bertentangan dengan sama sekali dengan Al Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw yang sebenar.

Friday, October 12, 2012

Kecintaan Hakiki Terhadap Rasulullah (saw)



TERJEMAHAN
KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
21 SEPTEMBER 2012 / 21 TABUK 1391HS
Masjid Baitul Futuh, Morden, London

----------------------------<<<>>>----------------------------

Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan surah Al-Fatihah Huzur menilawatkan ayat berikut:


Terjemahan ayat ini ialah “sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang mukmin, ucapkanlah salawat untuknya dan mintalah selalu doa keselamatan baginya. Sesungguhnya, orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah mengutuk mereka di dunia dan di akhirat, dan Dia menyediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”

Dunia Islam kebelakangan ini, di negara-negara Islam dan di negara-negara dunia yang ada penduduk Islam, musuh-musuh Islam telah melakukan unsur-unsur yang sangat zalim dan menyakitkan hati sehingga mengundang kemarahan. Memang orang Islam wajar menjadi marah atas tindakan ini. Orang-orang Islam, tidak kira sama ada mereka mengetahui kedudukan Rasulullah (saw) dengan sebenarnya atau pun tidak, mereka semua sanggup untuk mati demi mempertahankan kemuliaan Rasulullah (saw). Musuh-musuh Islam telah membuat satu filem menghujat berkenaan dengan Rasulullah (saw) yang menzahirkan penghinaan terhadap Rasulullah (saw), dan memang sifat semulajadi bahawa setiap umat Islam akan menjadi sedih dan marah.

Insan yang sangat baik, yang merupakan rahmat bagi seluruh alam dan merupakan kekasih Allah Ta’ala, insan yang berjaga malam memikirkan keadaan makhluk di sekelilingnya, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan makhluk dari kebinasaan, dan disebabkan kesedihan yang teramat sangat, Tuhan telah berfirman kepadanya kenapa engkau meletakkan diri sendiri dalam kesusahan hanya disebabkan orang-orang itu tidak mengenal Pencipta mereka?

Untuk orang yang sangat berhati mulia, pembikinan filem yang mengandungi unsur penghinaan yang sangat dalam seperti itu sememangnya menjadikan hati seorang Muslim berdarah, terutama sekali kepada setiap Ahmadi Muslim, ia sangat menyakitkan kerana kita adalah pengikut setia kepada pencinta sejati Rasulullah (saw), beliau telah memberikan kita pengetahuan yang mendalam mengenai kedudukan Rasulullah (saw) yang sangat agung. Jadi, hati kita seharusnya terbakar disebabkan perkara ini, jantung kita juga seharusnya bagaikan disiat-siat. Kita banyakkan sujud kepada Allah Ta’ala dengan harapan orang zalim ini diberikan hukuman yang menjadi pengajaran untuk sepanjang zaman. Kita telah diberi pengetahuan oleh imam zaman mengenai kecintaan kepada Rasulullah (saw) bahawa kita boleh berdamai dengan ular-ular dan binatang buas di hutan, namun kita tidak akan berdamai dengan orang yang menghina junjungan kita Rasulullah (saw) dan mereka yang tidak mahu berpaling dari perbuatannya.

Hazrat Maseeh Mau’ud (as) bersabda:-
            Orang Islam adalah kaum yang sanggup memberikan nyawa demi kehormatan Nabi yang mulia (saw). Dan dia merasa adalah lebih baik mati daripada berbaik hati atau bersahabat dengan orang yang pekerjaannya siang dan malam hanya mengeluarkan caci maki ke atas Rasulullah (saw) dan menyebut nama baginda yang mulia dalam risalah, isytihar dan buku-buku mereka dengan panggilan yang begitu hina, juga yang menyebut nama baginda dengan ucapan yang sangat buruk”.

Beliau (as) bersabda lagi:-
            Ingatlah bahawa orang-orang seperti itu tidak memberi manfaat kepada kaum mereka sendiri, kerana jalannya penuh dengan duri. Dan saya mengatakan dengan sebenar-benarnya bahawa mungkin saja kita boleh berdamai dengan ular-ular di hutan dan binatang buas di padang pasir, tetapi kita tidak boleh berdamai dengan orang-orang yang tidak berpaling dari terus memburuk-burukkan nabi Allah yang suci. Mereka menyangka caci maki dan kata-kata kotor itu satu kemenangan, tetapi sebenarnya setiap kemenangan itu datang dari langit”.

Beliau (as) bersabda lagi:-
            Berkat ucapan seseorang yang menggunakan bahasa yang suci boleh memenangi hati orang lain. Tetapi fitrat seorang yang kotor, dia tidak mempunyai apa-apa kemahiran selain daripada melahirkan huru hara, kerosakan dan perpecahan ...........

Bersabda lagi:-
            Pengalaman juga memberi kesaksian bahawa akibat buruk dari orang yang berkata buruk adalah tidak baik. Kemegahan Tuhan akhirnya akan memperlihatkan suatu pekerjaan kepada orang-orang yang dikasihinya”. (Chasymae Ma’rifat Rohani Khazain Jilid 23, halaman 385-387)

Dalam zaman ini, seiring dengan akhbar-akhbar dan isytihar, banyak lagi media-media lain yang digunakan pada jalan yang tidak betul. Jadi, orang-orang yang sangat degil ini sedang berperang dengan Tuhan sendiri. InsyaAllah mereka akan tertangkap. Disebabkan kedegilan dan perasaan tidak malu, mereka terus melakukan perbuatan zalim mereka.

Pada tahun 2006, ada orang yang berfitrat jahat di Denmark telah membuat gambar Rasulullah (saw) dengan sangat buruk. Waktu itu, selain memberitahu tindakan yang seharusnya kita perlihatkan, saya juga mengatakan bahawa orang-orang zalim ini tidak akan berhenti. Mereka tidak akan berubah walau dengan apa cara sekalipun, walaupun dengan cara seperti umat Islam lain lakukan terhadap mereka sekarang ini, malah pada masa akan datang juga golongan seperti ini akan muncul berterusan. Dan kita dapat melihat bahawa kezaliman mereka tidak akan berhenti, malah akan perlahan-lahan melakukan sesuatu yang lebih teruk lagi.

Jadi, inilah kekalahan mereka dalam menghadapi Islam dan melakukan keburukan atas nama kebebasan. Sebagaimana Hazrat Maseeh Mau’ud (as) katakan bahawa ingatlah bahawa orang seperti itu tidak memberi manfaat kepada kaum mereka sendiri. Suatu hari nanti akan terbuka, akan jelas kepada mereka bahawa keburukan yang mereka buat hari ini menjadi kerugian kepada kaum mereka, akan jelas mereka ini mementingkan diri sendiri dan zalim. Mereka hanya mengikut hawa nafsu sendiri sahaja.

Sekarang ini ahli politik dan golongan lain menzahirkan amalan kebebasan, dan kadang-kadang bercakap atas pihak sendiri dan kadang-kadang bercakap atas pihak orang Islam. Tetapi ingatlah bahawa sekarang ini dunia telah menjadi global village, jika suatu kejahatan tidak dikatakan sebagai kejahatan, maka keamanan akan musnah di negara berkenaan, azab Allah Ta’ala pun berada pada sudut yang lain lagi.

Ingatlah kata-kata imam zaman ini bahawa setiap kemenangan itu datang dari langit dan langit telah memutuskan bahawa Rasul yang sedang kamu persendakan itu, dia yang akan membawa dunia ke arah keunggulan. Dan kemenangan seperti yang Hazrat Maseeh Mau’ud (as) katakan; menakluk hati manusia. Ini kerana ada kesan daripada ucapan yang suci. Ucapan yang suci tidak memerlukan kekerasan, ataupun keburukan dijawab dengan keburukan. Kata-kata dan ucapan buruk yang telah dimulai oleh mereka, insyaAllah akan hilang dengan segera. Kemudian, selepas kehidupan ini mereka akan berhadapan dengan Tuhan.

Ayat yang telah saya tilawatkan tadi, Allah Ta’ala menyeru kepada tanggungjawab setiap mukmin bahawa kewajipan kamu ialah bersalawat dan mendoakan keselamatan atas rasul itu. Segala caci maki dan persendaan dari musuh-musuh Islam tidak akan mengurangkan kemuliaan dan keagungan Rasulullah (saw). Nabi ini begitu agung sehingga Allah Ta’ala dan para malaikat turut bersalawat ke atasnya. Pekerjaan orang mukmin ialah membasahkan bibir masing-masing dengan salawat. Dan apabila musuh-musuh melakukan lebih banyak keburukan, maka kita juga hendaklah bersalawat lebih banyak berbanding sebelumnya.

ALLAAHUMMA SHOLLI ‘ALAA MUHAMMADIN WA ‘ALAA AALI MUHAMMADIN KAMAA SHOLLAITA ‘ALAA IBROOHIIMA WA ‘ALAA AALI IBROOHIIMA INNAKA HAMIIDUM MAJIID. ALLAAHUMMA BAARIK ‘ALAA MUHAMMADIN WA ‘ALAA AALI MUHAM MADIN KAMAA BAAROKTAA ‘ALAA IBROOHIIMA INNAKA HAMIIDUM MAJIID.

Inilah salawat dan inilah nabi yang dijanjikan akan kemenangan di dunia.

Jadi, sejauh mana seorang Ahmadi Muslim menzahirkan kesedihan dan kemarahan terhadap perbuatan jahat mereka, di sana juga mereka hendaklah memberi perhatian dalam usaha menghentikan orang-orang berkenaan di negara masing-masing. Dari sudut dunia, seorang Ahmadi hendaklah berusaha memberi kefahaman kepada dunia akan perkara yang sebenarnya. Perlihatkan juga keindahan sirah Rasulullah (saw). Zahirkan kecantikan contoh Rasulullah (saw) melalui amalan kamu masing-masing dan ajaran Islam dan contoh teladan dari Rasulullah (saw) hendaklah dipersembahkan kepada dunia dalam bentuk amalan. Tetapi, pada masa yang sama juga hendaklah memberi perhatian dalam salawat terhadap Rasulullah (saw). Lelaki, wanita, anak muda dan tua, masing-masing hendaklah memperbanyakkan salawat ini. Jadikan amalan kamu sebagai contoh dari ajaran Islam. Inilah tindakbalas yang seharusnya kita persembahkan kepada dunia.

Selebihnya, berkenaan dengan nasib orang-orang zalim ini, Allah Ta’ala telah memberitahu dalam ayat kedua bahawa orang yang memberi kesusahan kepada Rasul Allah, atau pada zaman ini mereka menyakiti hati orang-orang mukmin yang hakiki dengan menyerang peribadi Rasulullah (saw), mereka itu akan berdepan sendiri dengan Allah Ta’ala. Di dunia ini Allah Ta’ala melaknat mereka dan disebabkan laknat itu, mereka akan terus melakukan perbuatan-perbuatan yang kotor. Dan selepas mereka mati, Allah Ta’ala telah menetapkan azab yang pedih kepada mereka. Dalam menjelaskan perkara ini, Hazrat Maseeh Mau’ud (as) bersabda bahawa nasib orang yang bermulut jahat ini adalah tidak baik. Jadi, orang ini dilaknat oleh Allah di dunia ini, dan selepas mati akan mendapat azab yang sangat pedih.

Kepada umat Islam yang lain, mereka juga seharusnya memperlihatkan tindakbalas yang sepatutnya sesuai dengan ajaran Allah Ta’ala, iaitu penuhkan negara, daerah dan persekitaran masing-masing dengan salawat.

Tindakbalas yang tidak memberi manfaat ialah seperti membakar harta benda negara atau membunuh rakyat negara sendiri, atau pun membuat rusuhan dan tunjuk perasaan sehingga memaksa pihak polis untuk melepaskan tembakan ke atas rakyat senegara dengan mereka.

Berita dan media yang sampai ke luar, dari situ dapat diketahui bahawa kebanyakan orang-orang yang berfitrat baik di Barat menzahirkan perasaan tidak suka akan tindakan seperti ini. Orang yang bukan Muslim tetapi ada perasaan kemanusiaan dalam diri mereka, di Amerika dan di sini juga membenci perbuatan itu. Tetapi, mereka yang ada leadership, pada satu arah mengatakan bahawa hal itu tidak betul, dan pada arah yang lain mereka bersetuju atas dasar kebebasan. Hal ini tidak seharusnya berlaku. Undang-undang berkenaan dengan kebebasan bukan satu kitab langit. Saya juga telah menjelaskan di Amerika dalam satu ceramah bahawa, undang-undang yang dibuat oleh orang-orang dunia boleh mengandungi kesalahan. Satu undang-undang digubal disebabkan suatu perkara kerana manusia tidak mengetahui perkara ghaib. Tetapi Tuhan itu adalah ‘AALIMUL GHAIB (mengetahui perkara ghaib), dalam undang-undang yang dibuat oleh-Nya tidak mengandungi sebarang kelemahan. Jadi, jangan menganggap undang-undang kamu itu sempurna, bahawa tidak ada bantahan di dalamnya dan tidak ada perubahan di dalamnya. Ada undang-undang kebebasan, tetapi tidak terdapat dalam undang-undang mana-mana negara, tidak ada pada charter (piagam) UNO bahawa seseorang tidak boleh sesuka hati (bebas) mempersendakan agama lain. Tidak ada tertulis bahawa tidak dibenarkan untuk mencemuh orang yang dimuliakan dalam agama lain sehingga merosakkan keamanan dunia, menimbulkan perasaan benci, dan menjadikan jurang perpecahan di antara kaum dan agama semakin luas.

Jadi, jika hendak membuat undang-undang kebebasan, maka silakan buat undang-undang kebebasan untuk seseorang tetapi jangan membuat undang-undang yang mempermainkan perasaan orang lain.

Antara punca UNO tidak berjaya ialah mereka menganggap telah membuat sesuatu yang sangat besar walaupun undang-undang yang mereka buat tidak berhasil. Cuba lihat undang-undang Tuhan, Allah Ta’ala berfirman: Jangan mencemuh sembahan-sembahan orang lain kerana boleh merosakkan keamanan dalam masyarakat. Jika kamu cemuh sembahan mereka, maka disebabkan ketidaktahuan, mereka akan menggunakan kata-kata yang tidak betul mengenai Tuhan kamu yang Maha Kuat sehingga menjadikan kamu sedih, kebencian akan bertambah, pertengkaran dan pergaduhan akan terjadi, huru-hara akan berlaku dalam negara.

Jadi, inilah ajaran cantik yang dipersembahkan oleh Tuhan Islam, Tuhan bagi dunia dan alam ini. Tuhan itu juga yang memberikan pelajaran ini, iaitu bersama dengan ajaran yang sempurna, Dia juga menghantar Rasulullah (saw) ke dunia ini untuk memperbaiki orang dunia dengan penuh kecintaan dan kasih sayang, Tuhan yang memberi gelaran kepada baginda (saw) RAHMATUL LIL ‘AALAMIIN (rahmat atas sekalian alam) sehingga menjadi rahmat atas semua makhluk.

Jadi, orang-orang terpelajar di dunia, golongan pemerintah dan ahli politik hendaklah berfikir: Adakah dengan tidak menekan beberapa orang jahat ini kamu semua tidak terlibat dalam perbuatan ini? Orang-orang awam dunia juga fikirkan: Tidakkah kamu terlibat dalam menghancurkan keamanan dunia dengan memberikan sokongan kepada beberapa ulat yang mempermainkan perasaan pengikut agama lain dan yang tenggelam dalam kekotoran dunia ini?

Kami sebagai Ahmadi Muslim tidak akan melepaskan sekecil-kecil peluang untuk mengkhidmati dunia. Ketika Amerika memerlukan darah, tahun lepas kami Ahmadi telah memberikan 12,000 pain darah. Dan sekarang ini kami sedang berusaha mengumpulkannya. Kebelakangan ini sedang berjalan. Saya katakan kepada mereka bahawa kami Ahmadi Muslim sanggup memberikan darah untuk memberi kehidupan kepada orang lain dan kamu pula, disebabkan perbuatan kamu dan sokongan kamu ke atas perbuatan orang yang menghujat, kamu telah menjadikan hati kami berdarah.

Jadi, inilah amalan kami sebagai Ahmadi Muslim dan amalan sebagai Muslim yang hakiki. Dan orang-orang yang menganggap mereka mengekalkan keadilan, di antara mereka juga ini yang diamalkan.

Orang-orang Islam pula dituduh melakukan kesalahan. Dari satu sudut mungkin betul, orang Islam melakukan tindakbalas yang salah kerana membuat kehancuran, membakar, membunuh orang yang tidak berdosa, memukul dan sebagainya, semuanya adalah salah. Tetapi, menghina dan mempersendakan nabi-nabi Allah Ta’ala juga satu kesalahan dan dosa besar.

Beberapa hari yang lepas dalam risalah France, muncul lagi kartun yang sangat buruk berbanding sebelumnya. Orang-orang dunia ini tahu segala-galanya tentang dunia tetapi mereka tidak tahu bahawa dunia ini adalah sarana kehancuran bagi mereka.

Saya juga hendak mengatakan di sini bahawa di dunia ini ada banyak kerajaan Islam. Dan banyak juga kawasan yang di bawah pemerintahan Islam. Banyak juga negara-negara Islam yang diberikan oleh Allah kurnia semulajadi dan pelbagai sarana kekayaan. Negara-negara Islam juga bahagian daripada UNO. Al-Qur’an yang merupakan kitab kehidupan yang sempurna untuk orang yang mempercayainya dan juga untuk orang yang sekadar membacanya. Tetapi, kenapa kerajaan Islam tidak berusaha untuk menzahirkan keindahan ajarannya kepada dunia? Kenapa tidak dilaksanakan? Kenapa tidak persembahkan kepada dunia bahawa menurut ajaran Al-Qur’an, mempersendakan dan mempermainkan perasaan penganut agama lain dan menghina nabi-nabi Allah juga adalah satu kesalahan dan dosa yang besar? Dan untuk keamanan dunia ini, ia harus dimasukkan dalam piagam keamanan UNO bahawa tidak dibenarkan mana-mana penduduk suatu negara anggota mempermainkan perasaan penganut agama lain. Tidak boleh menggunakan dasar kebebasan yang diberikan untuk merosakkan keamanan dunia.

Tetapi, sangat sedih sekali kerana ini yang terjadi sejak dahulu lagi bahawa mana-mana negara Islam tidak pernah berusaha bahawa semua nabi-nabi, Rasulullah (saw) dan setiap nabi yang ada, kemuliaan mereka hendaklah dijelaskan kepada dunia dan setiap penduduk dunia di berbagai negara harus mengakuinya. Namun, mereka juga sama seperti UNO yang tidak dapat membuat keputusan dalam setiap perkara. Apa piagam keamanan yang telah mereka laksanakan sebelumnya?

Tetapi, sekurang-kurangnya satu perkara akan dapat direkodkan. OIC, Organisation of Islamic Countries telah wujud, tetapi melalui pertubuhan ini juga belum ada usaha keras yang menjadikan Islam dipandang hormat di dunia. Ahli politik di negara-negara Islam berusaha untuk memenuhi kehendak mereka sendiri. Jika ada usaha keras dari pemimpin-pemimpin kita, maka sudah pasti tindakbalas yang salah seperti yang berlaku sekarang ini tidak akan terjadi sebagaimana yang sedang berlaku di Pakistan dan negara-negara lain. Orang awam juga pasti tahu bahawa pemimpin kita yang akan menyelesaikan perkara ini, mereka akan berusaha untuk itu. Untuk mengekalkan kemuliaan dan kehormatan Rasulullah (saw) dan untuk mengekalkan kemuliaan dan kehormatan semua para nabi, mereka akan bangkit dalam perbahasan-perbahasan dunia sehingga dunia harus menerima bahawa apa yang mereka katakan itu benar dan yang hakiki.

Kemudian di negara-negara Barat dan berbagai sudut dunia juga ramai orang Islam yang tinggal menetap, dari sudut agama dan jumlah, Islam di tempat yang kedua. Jika mereka berjalan sesuai dengan perintah Allah Ta’ala, maka mereka akan menjadi terkuat dalam segala segi. Selepas itu, musuh-musuh Islam tidak akan berani menyakiti hati umat Islam lagi.

Selain di negara-negara Islam, dalam setiap negara juga umat Islam dalam kuantiti yang ramai. Di Eropah, terdapat jutaan umat Islam penduduk Turki. Bukan hanya di seluruh Eropah malah di setiap negara-negara Eropah ada jutaan penduduk. Demikian juga bangsa Islam lain ada yang tinggal di sini. Umat Islam datang dari Asia. Mereka juga tinggal di UK, di Amerika, dan Kanada. Ada juga yang tinggal di setiap bahagian Eropah. Jika mereka semua ini membuat keputusan bahawa undi mereka hanya diberikan kepada pemerintah yang mengambil berat soal agama, yang penzahiran mereka bukan hanya di mulut sahaja malah mereka harus menzahirkannya dalam bentuk amalan, dan mereka juga akan melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan menghujat, membuat filem-filem dan sebagainya, maka dalam pemerintahan dunia ini akan muncul golongan yang menzahirkan penentangan terhadap perbuatan yang tidak betul.

Sebenarnya, jika umat Islam memahami kedudukan mereka, di dunia ini boleh terjadi satu revolusi yang besar. Mereka boleh menyuarakan agar dibuat satu undang-undang untuk memelihara kehormatan agama di dalam negara masing-masing. Tetapi, malang sekali mereka tidak cenderung ke arah ini. Jemaat Ahmadiyah yang cuba bersuara, mereka pula bersatu menentangnya dan mereka telah memperkuatkan tangan musuh-musuh. Mudah-mudahan Allah Ta’ala memberi akal kepada pemimpin-pemimpin Islam, ahli politik dan para ulama agar mereka membina kekuatan diri, mengenal kedudukan mereka, dan cenderung kepada ajaran sendiri.

Orang-orang yang mengkritik Rasulullah (saw) dengan kritikan kotor, dengan tuduhan dan membuat filem, atau mereka yang bekerja di dalamnya, akhlak mereka yang sebenar ada dalam media, maklumat mengenai mereka boleh diperolehi dari media berkenaan. Dikatakan bahawa orang yang paling berperanan ialah Qibti Kristian yang tinggal di Amerika, namanya Nakula Basseley Nakoula yang digelar sebagai Sam Bacile. Apa yang dikatakan mengenainya ialah dia mempunyai latar belakang jenayah, dia seorang pesalah. Dia pernah dipenjarakan pada tahun 2010.

Orang kedua yang mengarah filem ini ialah pengarah filem pornografi. Pelakon-pelakonnya pula ada yang diambil dari pelakon filem pornografi. Jadi, inilah keadaan perangai mereka. Dan batasan filem pornografi tidak dapat dijangkau oleh manusia. Begitu kotornya mereka, ada pula keinginan untuk mengkritik wujud yang keagungan akhlaknya diakui sendiri oleh Allah Ta’ala.

Sesungguhnya mereka telah membuat sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan Allah Ta’ala. Demikian juga sponsor filem itu tidak akan terlepas dari mendapat azab Allah Ta’ala. Di kalangan mereka ada seorang Paderi Kristian yang telah membuat usaha untuk membakar Al-Qur’an bagi mengejar kemasyhuran yang murah. ALLAAHUMMA MAZZIQHUM KULLA MUMAZZAQ WASHHIQHUM TASHIIQA

Ada juga media yang cuba mengkritik mereka dan juga turut mengkritik tindakan umat Islam. Memang patut, cara yang tidak betul harus dikritik, tetapi lihat juga siapa yang memulakan perkara ini.

Apapun, sebagaimana yang telah saya katakan bahawa nasib malang umat Islam berlaku kerana tidak ada kepemimpinan di kalangan umat Islam. Walaupun mereka mendakwakan diri mencintai rasul, namun mereka semakin jauh. Memang dakwaan itu ada, tetapi pengetahuan agama tidak ada. Dari segi keduniaan pun semakin lemah, satu negara Islam tidak menegur sepenuhnya kepada negara Islam yang lain. Jika menegur pun, media tidak memberi perhatian kepadanya kerana sangat tidak menarik. Dan jika memang ada pun khabar mengenai negara Islam yang memberi kritikan maka yang tertulis ialah lapan billion umat Islam berbuat tindakan seperti anak kecil. Selagi tidak ada yang mengawal mereka, maka tindakan mereka ke sana dan ke mari, yakni mereka bertindak seperti anak kecil. Dengan perkara ini pun ada kutukan, tetapi hakikat yang sebenar juga telah menjadi jelas. Sekarang pun seharusnya umat Islam merasa malu.

Orang yang mata agamanya buta, yang tidak tahu akan kedudukan para nabi, yang hanya diam walaupun melihat kedudukan nabi Isa dijatuhkan, akan kelihatan atas mereka penzahiran umat Islam untuk Rasulullah (saw) disamakan seperti tindakan anak kecil. Tetapi, sebagaimana yang telah saya katakan bahawa dalam tahun 2006, saya telah menegaskan bahawa beri perhatian atas perkara ini dan jadikan satu usaha keras bahawa pada masa akan datang tidak akan wujud lagi keberanian untuk membuat perkara menghujat seperti ini.

Alangkah baiknya negara Islam dapat mendengar dan kepada mereka yang boleh sampai perkara ini, setiap Ahmadi berkewajipan untuk menyampaikannya. Duduk setelah membuat sokongan selama beberapa hari tidak akan menyelesaikan perkara ini.

Kemudian, ada juga cadangan dari suatu tempat, ramai orang memberikan cadangan demi cadangan. Cadangan itu ialah supaya setiap wakil dari umat Islam di seluruh dunia bersatu membuat petition. Alangkah baiknya kalau wakil-wakil umat Islam yang mempunyai kedudukan antarabangsa memikirkan perkara ini, fikirkan kemungkinan yang boleh berlaku, mungkin ia berhasil, paling tidak akan terfikir jalan keluar yang lain. Sampai bila hendak melihat perbuatan jahat ini, dan sampai bila hendak melakukan kerosakan dan kehancuran atas perkara ini? Ia tidak akan memberi pengaruh ke atas negara-negara Barat atau tidak juga memberi kesan ke atas orang yang membuatnya.

Jika di negara-negara ini ada terjadi serangan ke atas orang yang tidak bersalah atau memberi ancaman atau berusaha untuk membunuh, atau menyerang kedutaan, itu adalah cara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Islam sama sekali tidak mengizinkan perbuatan tersebut. Malah, cara ini hanya akan memberi kritikan ke atas diri Rasulullah (saw) yang tidak pada tempatnya.

Jadi, kekerasan bukanlah cara yang sepatutnya. Cara untuk menjawabnya ialah seperti yang saya telah sampaikan iaitu memperbaiki amalan dan mengirimkan salawat dan doa keselamatan ke atas nabi yang memberi jalan keselamatan ke atas manusia. Dan untuk usaha dunia, negara-negara Islam hendaklah bersatu. Di negara-negara Barat, orang-orang Islam hendaklah menggunakan kuasa undi mereka. Jadi, setiap Ahmadi di mana pun berada hendaklah berjalan atas landasan ini dan usahakan kawan-kawan ghair turut beramal atas perkara ini. Gunakan kekuatan dan kuasa undi masing-masing. Kemudian, persembahkan kepada dunia kemuliaan Rasulullah (saw).

Hari ini mereka sibuk dengan slogan kebebasan. Mereka bising bahawa di dalam Islam tidak ada amalan kebebasan dan contohnya di negara-negara Islam, penduduknya tidak mendapat kebebasan. Jika tidak dapat, maknanya itu nasib malang negara berkenaan kerana tidak mengamalkan  ajaran Islam. Islam tidak ada kaitan dengan perkara itu. Dari Sejarah kita mendapat tahu bahawa ada orang yang bercakap keterlaluan dan kurang sopan dengan Rasulullah (saw), walaupun begitu Rasulullah (saw) hanya memperlihatkan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kejadian-kejadian seperti itu, dan tidak ada bandingannya di dunia ini. Saya berikan beberapa contoh di sini.

Hazrat Jabir bin Mut’am meriwayatkan; dia berkata bahawa pernah sekali dia bersama Rasulullah (saw) dan ada juga teman-teman yang lain. Baginda balik dari Hunain, orang Badwi mengikut baginda, mereka meminta-minta dari baginda sehingga menjadikan baginda terpaksa pergi ke arah satu pokok Babul untuk mengelakkan mereka hingga menyebabkan duri-duri pokok itu terkena selimut baginda. Rasulullah (saw) berhenti dan bersabda; berikan selimut saya, jika pada saya ada unta sebanyak pokok-pokok yang ada di hutan ini, saya akan bahagi-bahagikan di antara kamu sehingga kamu tidak mengatakan saya seorang kedekut, pembohong dan keras hati. (Sahih Bukhari, Kitabul Fardhul Khamsa bab Maa Kaanan Nabiyyu (saw) Yut’a Mu’allafatu Quluubuhum Waghairuhum, hadis no. 3148)

Ada satu lagi riwayat Hazrat Anas (ra) meriwayatkan; saya bersama Rasulullah (saw) dan baginda memakai selimut yang mempunyai tepi yang tebal. Seorang badwi menarik selimut baginda dengan begitu kuat sehingga leher baginda ada bekas selimut itu. Kemudian dia berkata; Hei Muhammad! (saw) dari harta yang telah dikurniakan Allah kepada engkau, muatkan ke atas dua ekor untaku ini kerana engkau tidak memberikan harta dari kepunyaanmu dan bukan juga dari kepunyaan ayahmu. Pada mulanya baginda hanya berdiam diri, kemudian bersabda: ALMAALU MAALUL LAAHI WA ANAA ‘ABDUHU, yakni harta ini adalah milik Allah dan aku hanya hamba-Nya. Mahukah kesulitan yang menimpa aku akan ditimpakan kepada engkau. Orang badwi itu berkata: Jangan. Rasulullah (saw) bersabda: kenapa tidak boleh titimpakan kepada engkau? Orang badwi itu berkata: Ini kerana tuan tidak akan memberikan balasan yang buruk atas keburukan yang menimpa engkau. Mendengar itu, Rasulullah (saw) tersenyum. Kemudian Rasulullah (saw) mengarahkan agar untanya yang satu diletakkan air dan unta kedua diletakkan buah kurma. (As-Syifa Li Qazi Abbas juz Awal halaman 74, bab Tsani Fii Takmiilul Laahi Ta’ala. .... Darul Kutubul Ilmiah Beirut 2002)

Inilah kesabaran dan ketabahan Rasulullah (saw) bukan hanya kepada orang sendiri, malah juga terhadap para musuh. Inilah ketinggian akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah (saw), pemurah, penyabar dan lapang dada. Kritikan yang ditimbulkan itu sebenarnya atas sebab kejahilan dan tanpa ilmu. Mereka cuba mengkritik atas insan yang bertaraf Rahmatul Lil Alamin, rahmat bagi sekalian alam dengan mengatakan baginda sebagai keras dan seumpamanya.

Kemudian, ada juga kritikan terhadap Al-Qur’an. Saya juga mendengar ada di dalam filem berkenaan. Saya tidak melihatnya, tetapi saya mendengar dari ucapan orang bahawa berkenaan dengan Al-Qur’an itu juga, sepupu Hazrat Khadijah iaitu Waraqah bin Nuafal, tempat Hazrat Khadijah membawa Rasulullah (saw) waktu pertama kali mendapat wahyu, dia menulis dan memberikannya. Orang-orang kuffar juga pada masa kehidupan Rasulullah (saw) mengkritik bahawa Al-Qur’an yang kamu turunkan sedikit demi sedikit, jika ini adalah Kalam Allah, kenapa tidak diturunkan sekaligus? Orang ini langsung tidak tahu malah dia juga buta Sejarah.

Apapun, orang yang membuatnya memang jahil, tetapi dua paderi yang terlibat, yang menganggap diri mereka orang berilmu, itu menzahirkan kejahilan mereka sendiri. Waraqah mengatakan bahawa alangkah beruntungnya kalau saya masih hidup ketika kaum engkau menghalau engkau dari negara ini, dan tidak berapa lama kemudian dia meninggal dunia. (Sahih Bukhari Kitabul Bada’al Wahi baab 3, hadis no. 3)

Kemudian, paderi yang saya katakan sebagai buta Sejarah dan kebenaran, yang terlibat pula sentiasa membahaskan Al-Qur’an terus menerus bahawa surah ini di mana diturunkan dan surah itu di mana diturunkan. Di Mekah atau Madinah. Mereka juga terus membahaskan dan berkata: surah ini ditulis dan diberikan olehnya. Dan Al-Qur’an mempunyai cabaran bahawa jika kamu anggap dia tulis dan berikan, maka tulislah satu surah yang sama sepertinya.

Kemudian, timbul soal menjaga emosi, maka dalam hal ini juga tidak ada tandingan bagi Rasulullah (saw). Walaupun baginda (saw) tahu baginda adalah nabi yang paling unggul dari semua para nabi-nabi, demi untuk menjaga emosi kaum Yahudi, baginda bersabda: jangan lebih-lebihkan saya di atas nabi Musa. (Sahih Bukhari Kitab Fil Khushuumat baab Maa Yuzkara Fil Asykhaas wal Khushuumaat..... hadis no. 2411)

Dalam soal menjaga perasaan orang miskin dan memuliakan kedudukan mereka, pernah sekali seorang sahabat baginda yang kaya menzahirkan kedudukannya mengatasi yang lain. Mendengar hal itu, baginda bersabda: adakah kamu menganggap kekuatan dan kekayaan yang kamu miliki sekarang ini datangnya dari kekuatan tangan atau bahu kamu? Sudah tentu tidak. Kekuatan kamu dalam kaum dan kekuatan harta kamu datangnya dari orang-orang miskin ini juga. (Sahih Bukhari, Kitabul Jihad ..... hadis no. 2896)

Pengamal kebebasan hari ini mereka menegakkan hak orang-orang miskin. Mereka berusaha untuk melindungi hak-hak mereka dan mengumumkannya. Tetapi Rasulullah (saw) telah menyatakan hal ini sejak 1400 tahun dahulu lagi, bahawa berikan upah kepada buruh sebelum peluh mereka menjadi kering. (Sunan Ibnu Majah, ..... hadis no. 2443)

Jadi, siapa yang boleh menandingi baginda dalam soal kemanusiaan. Banyak peristiwa seperti ini. Ambillah dari sudut mana pun akhlak yang ada, semuanya akan nampak pada diri Rasulullah (saw).

Kemudian, baginda (saw) juga dituduh na’uzubillah sebagai orang yang suka kepada wanita-wanita.

Perkahwinan baginda (saw) juga dikritik, maka Allah Ta’ala telah menjawabnya. Dia tahu bahawa akan terjadi hal seperti itu, sebab itu kejadian itu telah ditimbulkan dan jawapannya juga telah tersedia.

Asma binti Nu’man bin Abi Jun terkenal sebagai antara wanita tercantik di Arab. Apabila dia datang ke Madinah, para wanita telah datang kepadanya untuk melihat, semua memuji kecantikannya dengan mengatakan: Kami tidak pernah melihat wanita yang cantik seperti ini. Atas kehendak ayah perempuan tersebut, baginda telah menikahinya dengan mahar sebanyak 500 Dirham. Apabila baginda pergi kepadanya, dia mengatakan: Saya memohon perlindungan Allah dari tuan. Mendengar hal itu baginda (saw) bersabda: engkau telah meminta perlindungan dari Wujud yang Agung. Baginda (saw) keluar dan berkata kepada seorang sahabat bernama Abu Usaid: bawa dia kepada keluarganya. Kemudian ada juga dalam Sejarah bahawa keluarganya sangat gembira kerana anak perempuan mereka telah berkahwin dengan Rasulullah (saw), tetapi selepas dihantar balik mereka sangat marah kepada anak mereka. (Dipetik daripada Tabqatul Kubra Li Ibni Sa’ad, Juz 8, halaman 318-319, Zukira Man Tazauwaju  Rasulillaahi (saw) .... Asma binti Nu’man, Daru Ahba’ul ... Beirut 1996)

Inilah wujud yang agung yang dituduh gila dengan wanita. Sedangkan perkahwinannya itu adalah kehendak Allah. Hazrat Maseeh Mau’ud (as) menulis bahawa jika baginda (saw) tidak berkahwin, jika tidak ada anak-anak, dan ujian yang datang disebabkan oleh anak-anak dan bagaimana cara baginda (saw) menangani hal itu, dan kemudian sebagaimana baginda (saw) berbuat baik terhadap isteri-isteri, jika itu tidak ada maka bagaimana kita boleh mengikuti contoh dalam perkara ini. (dipetik daripada Chasymae makrifat Rohani Khazain jilid 23 halaman 300)
Ada juga tuduhan berkenaan dengan Hazrat Aisyah bahawa dia sangat dicintai Rasulullah (saw) dan kemudian berkenaan dengan umurnya pun banyak pertikaian yang tidak betul. Tetapi Aisyah (ra) selalu berkata kepada baginda (saw) bahawa dalam beberapa malam saya hendak beribadat sepenuhnya kepada Allah yang bagiku sangat aku cintai.

Jadi, mereka yang mempunyai otak yang kotor akan terus membuat kritikan seperti ini. Pada masa akan datang juga akan berbuat seperti ini. Tetapi, Allah Ta’ala telah menetapkan bahawa Allah Ta’ala akan melemparkan mereka ke dalam jahannam. Jadi, mereka dan penolong-penolong mereka harus takut atas azab Allah Ta’ala. Sebagaimana yang Hazrat Maseeh Mau’ud (as) katakan bahawa Allah Ta’ala sangat tinggi emosinya terhadap orang-orang yang dikasihi. (dipetik dari Tiryaqul Quluub Rohani Khazain jilid 15 halaman 378)

Dalam zaman ini Dia telah menghantar Maseeh dan Mahdi untuk mengislahkan dunia. Tetapi jika mereka tidak sedar, maka sesungguhnya azab Allah sangat keras. Dunia sekarang ini banyak menghadapi kejadian alam semulajadi, di setiap arah kerosakan yang terjadi. Di Amerika juga telah terjadi taufan yang lebih dahsyat dari sebelumnya. Maksiat juga semakin teruk. Global Warming (pemanasan global) menjadikan penduduk takut akan dibanjiri air. Dengan semua ini, mereka itu sepatutnya menjadi sedar agar jangan lagi cenderung untuk melakukan perbuatan yang menghujat seperti ini. Tetapi, malang sungguh kerana apa yang kita lihat adalah sebaliknya. Mereka semakin melangkau batasan. Imam Zaman telah memberi amaran dengan lantang bahawa jika dunia tidak peduli akan suaranya, maka setiap langkah mereka itu akan membawa ke arah kehancuran.

Amanat yang selalu diulang-ulang oleh Hazrat Maseeh Mau’ud (as), hari ini saya akan nyatakan sekali lagi. Beliau (as) berkata:-
            “Ingatlah bahawa Tuhan memberi khabar kepadaku berkenaan dengan gempa bumi. Jadi, ingatlah bahawa sebagaimana sesuai dengan khabar ghaib di Amerika berlaku gempa bumi, demikian juga yang akan berlaku di Eropah. Kemudian ia juga akan berlaku di berbagai negara-negara Asia. Di antaranya ada yang menjadi gambaran kiamat bagi mereka dan kematian itu akan terjadi begitu banyak sehingga darah mengalir di sungai-sungai. Dari kematian ini, burung dan binatang juga tidak terkecuali. Dan di bumi akan terjadi musibat yang sangat teruk sehingga mungkin tidak pernah terjadi sejak manusia dilahirkan. Kebanyakan tempat akan diterbalikkan seolah-olah tidak ada yang pernah tinggal di sana. Dan seiring dengannya juga ada lagi musibat di bumi dan langit yang begitu dahsyat sehingga pada pandangan orang yang bijak ia suatu perkara yang mustahil dan mereka tidak pernah jumpa tanda-tandanya dalam lembaran Sains dan Falsafah. Lalu, dalam diri manusia timbul gangguan fikiran; apa yang terjadi sekarang ini? Dan banyak yang selamat dan banyak juga yang mengalami kehancuran. Hari itu begitu dekat dan saya melihat ia sudah di luar pintu bahawa dunia akan melihat gambaran kiamat, yang bukan sahaja gempa bumi malah malapetaka besar yang lain juga turut kelihatan, ada yang dari langit dan ada juga dari bumi. Puncanya ialah manusia sudah lupa untuk beribadat kepada Tuhan, semua tumpuan hati, semua keberanian dan semua fikiran cenderung ke arah dunia. Jika saya tidak datang, sudah pasti azab ini dilewatkan, kedatangan saya diiringi dengan kemurkaan Tuhan yang akan muncul yang telah tersembunyi sejak sekian lama. Ini bertepatan dengan firman Allah WAMAA KUNNAA MU’AZZIBIINA HATTAA NAB’ASA RASUULA (Bani Israil:16) orang yang bertaubat akan mendapat keamanan. Orang yang takut sebelum kedatangan azab itu akan dikasihani. Adakah kamu dapat berfikir bahawa kamu akan selamat dari gempa bumi ini atau adakah rencana kamu boleh menyelamatkan diri kamu dari bahayanya? Sudah tentu tidak. Peranan manusia berakhir pada waktu itu. Jangan berfikiran bahawa hanya di Amerika dan tempat lain terjadi gempa bumi dan tempat kamu terpelihara. .... Wahai Eropah! Kamu juga tidak akan aman. Dan wahai Asia! Kamu pun tidak akan terpelihara. Dan wahai penduduk pulau-pulau! Tuhan buatan kamu tidak akan dapat membantu. Saya melihat bandar-bandar mengalami kehancuran dan penduduknya mati. Tuhan yang Esa itu diam untuk beberapa lama dan di hadapan-Nya telah dilakukan perbuatan yang dibenci, namun tetap sahaja diam. Tetapi sekarang ini Dia telah memperlihatkan wajah-Nya yang hebat. Jadi, siapa yang mempunyai telinga, dengarlah bahawa waktu itu sudah semakin dekat. Saya telah berusaha mengumpulkan semua untuk bernaung di bawah perlindungan Allah, tetapi memang takdir yang telah tertulis itu harus sempurna. .... Zaman nabi Nuh akan kelihatan di hadapan kamu dan peristiwa bumi di zaman nabi Luth juga kamu akan saksikan. Tetapi, dalam kemurkaan Tuhan ada keringanan. Bertaubatlah supaya kamu dikasihani. Mereka yang meninggalkan Tuhan, itu adalah ulat dan bukannya manusia. Dan mereka yang tidak takut kepada-Nya adalah orang mati dan bukannya hidup.” (Haqiqatul Wahi Rohani Khazain jilid 22, halaman 268-269)

Semoga Allah Ta’ala juga memberi akal kepada dunia supaya menghindari perbuatan yang dibenci dan zalim seperti ini. Dan juga kita semua diberikan taufik untuk memahami tanggungjawab kita dengan sepenuhnya.

Selepas sholat Jumaat ini saya akan memimpin dua solat jenazah ghaib iaitu jenazah dua orang syahid. Pertama sekali Azizam Naweed Ahmad Sahib ibnu Mukarram Tsanaullah Sahib yang telah disyahidkan pada 14 September yang lepas. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN.

Dalam keluarga Naveed Ahmad Sahib ibnu Tsanaullah Sahib, datuknya Abdul Karim Sahib telah bai’at di tangan Hazrat Khalifatul Maseeh Tsani. Sebelum bai’at, beliau tinggal di Amritsar, tetapi selepas bai’at beliau banyak menghabiskan masa di Qadian. Selepas perpecahan, keluarga beliau di Pakistan tinggal di Mahmud Abad Sindh. Kemudian dalam tahun 1985 beliau berpindah ke Karachi. Ayah Azizam Naveed Ahmad iaitu Tsanaullah Sahib pernah menjadi tahanan pada jalan Allah Ta’ala dalam tahun 1984. Kejadian syahid itu ialah seperti ini.

14 September 2012, hari Jumaat, Azizam Naveed Ahmad bin Tsanaullah Sahib yang umurnya 22 tahun sedang duduk di hadapan Halqah Gulsyen Jaami di Hamira Town bersama dua orang kawan Pathan ghair Ahmadi. Tiba-tiba dua orang yang tidak dikenali dengan menaiki motosikal datang kepada mereka lalu menembak ketiga-tiga orang berkenaan. Azizam Naveed Ahmad Sahib terkena tembakan dua butir peluru di perut dan kawannya juga kena sehingga mereka cedera. Mereka bertiga dibawa ke hospital dengan segera, namun Naveed Ahmad tidak dapat diselamatkan kerana wafat sebelum tiba di hospital. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN.

Beliau seorang yang sederhana, lemah lembut, berperikemanusiaan, seorang yang taat, dan beradab sopan. Beliau minat belajar, tetapi faktor kemiskinan memaksa beliau berhenti setakat middle class sahaja. Beliau bekerja bersama ayahnya, dalam tempoh bekerja itu dia telah mengambil peperiksaan Matrikulasi Swasta dan lulus.

Dalam bulan Ramadhan, beliau telah mempersembahkan dirinya sebagai petugas di bahagian Khuddamul Ahmadiyah dan bertugas dengan penuh dedikasi. Di mana sahaja beliau bekerja, orang-orang di sekeliling termasuk pegawai hairan dengan akhlaknya yang begitu baik. Dalam solat jenazah beliau juga turut dihadiri oleh beberapa orang dari pejabatnya. Ibu bapanya masih hidup dan meninggalkan dua saudara lelaki dan dua saudara perempuan.
Jenazah yang kedua ialah Mukarram Muhammad Ahmad Siddique Sahib ibnu Mukarram Riyaz Ahmad Sahib Siddique syahid, beliau juga disyahidkan pada keesokan harinya iaitu 15 September di Karachi. Sasaran di Karachi sangat tinggi untuk disyahidkan, doakan untuk mereka semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka semua. Kebelakangan ini Karachi banyak menjadi sasaran serangan dan dari pihak kerajaan pula banyak memberi tekanan di Punjab. Semoga Allah memberi perlindungan kepada setiap anggota di mana pun berada.

Keluarga Muhammad Ahmad Siddique Sahib syahid berasal dari Karachi. Keluarganya mula menerima Jemaat setelah saudaranya Imran Siddique Sahib bai’at di Amerika pada tahun 2001. kemudian, melalui tabligh Imran Siddique Sahib, dua saudaranya juga turut bai’at iaitu Amir Siddique dan Rizwan Siddique. Selepas itu, ibu bapanya dan seterusnya seluruh ahli keluarganya yang lain.

Kejadian syahid itu ialah beliau bersama iparnya Mukarram Malik Syams Fakhri Sahib keluar dengan menaiki motosikal. Tidak lama selepas itu mereka telah ditembak dengan begitu ganas sehingga dua butir peluru masuk dalam tubuh Azizam Muhammad Ahmad Siddique, satu di bahagian hati. Kemudian, iparnya pula terkena lima das tembakan dan tepat ke arah lima anggota badan yang berlainan, bahu kanan, perut, dan kaki. Sehingga sekarang ini masih dirawat di Aga Khan Hospital. Doakan untuk kesembuhan beliau.

Pada masa kesyahidan itu usianya baru 23 tahun, beliau baru seminggu bernikah. Tahun lepas beliau lulus ujian MBA. Anak yang sangat baik, maksum, taat dan lemah lembut. Dikatakan bahawa dalam umur 23 tahun itu, beliau bukan sahaja kacak malah akhlaknya juga sangat baik. Setiap masa dia selalu membawa doa-doa yang telah ditulisnya dan selalu membacanya. Abangnya berkata bahawa dia seorang yang sangat berkebolehan di kalangan kami adik beradik. Pada 7 September lepas, dia telah menghantar SMS kepada kawan-kawannya, keadaan di Karachi sangat teruk, jika saya syahid, maka doakanlah saya.

Selepas kejadian itu, ibunya berkata; keluarga ghair Ahmadi yang datang mengatakan: kamu sudah lihat akibatnya! Ibunya menjawab; kami telah beriman kepada Maseeh atas perintah Rasulullah (saw), kami tidak pernah takut kepada sesiapa. Saya sanggup mengorbankan sembilan ke sembilan orang anak saya semata-mata untuk jemaat. Dengan kurnia Allah, adik-beradiknya sangat tabah menghadapi kejadian itu. Ayahnya telah meninggal dunia sebelumnya. Beliau meninggalkan seorang ibu yang sudah tua dan lapan orang saudara lelaki dan dua saudara perempuan. Beliau adalah yang paling bongsu di kalangan adik beradiknya.

Semoga Allah meninggikan darjat beliau, semoga Allah memberi kemapunan kepada semua para syuhada. Dan orang yang ditinggalkan mendapat kesabaran, ketabahan dan semoga orang-orang Jemaat di Pakistan diselamatkan oleh Allah Ta’ala.

----------------------------<<<>>>----------------------------

Diterjemahkan oleh

Salahuddin Syed Ali
Batu Caves, Selangor.
12 Oktober 2012


Friday, October 5, 2012

KHULASAH KHUTBAH - 28 SEPTEMBER 2012

KHULASAH KHUTBAH IMAM JEMAAT AHMADIYAH – 28 SEPTEMBER 2012

Hazrat Khalifatul Maseeh Al-Khamis (atba) pada 28 September 2012 di Baitul Futuh Morden London telah menyampaikan khutbah yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa melalui MTA. Huzur menerangkan kembali dalam Khutbah itu berkenaan temubual beliau dengan pelbagai wartawan yang bertanya mengenai respon atau tindakbalas terhadap filem anti Islam.

Antaranya beliau mengatakan seperti berikut:-

Dengan pembikinan filem seperti ini memang wajar setiap orang Islam akan menjadi marah, namun penzahiran kemarahan mereka itu kadang-kadang dilakukan dengan cara yang tidak betul. Kami sebagai orang Ahmadi sama sekali tidak suka melakukan sebarang jenis kekerasan, kehancuran dan seumpamanya. Dan juga sama sekali tidak akan mengambil bahagian dalam tindakbalas yang berbentuk kerosakan.

Respon Jemaat Ahmadiyah terhadap para penentang dalam perbuatan jahat seperti ini ialah memperbanyakkan salawat ke atas Nabi Muhammad (saw) lebih banyak berbanding sebelumnya. Kami juga mengadakan seminar dan pertemuan yang diisikan dengan sirah Rasulullah (saw) yang sangat suci, kemudian menyebarkan ajaran baginda yang sangat cantik ini ke seluruh pelusuk dunia, dan seterusnya mempersembahkan amalan baginda yang cantik kepada dunia supaya dunia mendapat petunjuk jalan yang benar.

Setelah itu, banyak surat khabar, pelbagai siaran TV dan sebagainya yang memuatkan amanat daripada Huzur untuk keamanan dunia. Selanjutnya Huzur berkata:-

Dengan itu juga pengetahuan mengenai jemaat dan ajaran agama yang sejati akan tersebar ke setiap pelusuk dunia, ia juga akan sampai ke Negara-negara yang mana kita sukar sekali masuk ke Negara tersebut. Jadi, sekarang ini setiap Ahmadi di mana sahaja berada harus mengambil manfaat daripada media tersebut dan mengembangkan lagi jemaat ke merata tempat. Persembahkan amalan kamu kepada dunia agar dunia tahu mengenai ajaran yang cantik.

Pejabat Markaz yang berkenaan dan juga jemaat-jemaat yang lain hendaklah mengambil perhatian akan hal ini supaya menterjemahkan khutbah saya minggu lepas dalam bahasa masing-masing berserta dengan rujukannya. Begitu juga jelaskan mana-mana website jemaat yang telah menyiarkan artikel mengenai perkara ini. Sirah Rasulullah (saw) hendaklah disebarkan sebanyak-banyaknya.

Huzur juga mengutuk tentang satu surat khabar di Spain yang memuatkan bahan yang sangat menghinakan dan berkata: Orang-orang yang berbuat seperti ini hanya akan merosakkan kedamaian dunia dan dengan amalan kotor itu, mereka sendiri sedang memanggil akan azab Allah Ta’ala.

Huzur berkata: Dalam buku Hazrat Maseeh Mau’ud (as) bertajuk Tohfah Qaisariyah ada terdapat amanat ini, itu juga sangat perlu diisytiharkan, iaitu menyentuh tentang bagaimana mengekalkan keamanan dan saling menghormati antara agama-agama.

Huzur juga berkata: Kita sebagai Ahmadi yang telah bai’at kepada Hazrat Maseeh Mau’ud (as), tanggungjawab kita ialah memberi petunjuk kepada dunia, memberitahu jalan keamanan dan keselamatan.

Huzur membaca syair Hazrat Hassan bin Tsabit yang menyentuh tentang keasyikan dan kecintaan kepada Rasulullah (saw), kemudian mempersembahkan penzahiran kecintaan Hazrat Maseeh Mau’ud (as) melalui beberapa Qasidah Arab yang beliau bacakan.

Huzur juga sangat menegaskan kepada setiap Ahmadi agar membaca buku Life of Muhammad, Pengantar Mempelajari Al-Qur’an dan pelbagai buku-buku yang mengandungi Sirat Rasulullah (saw) supaya kita dapat memberitahu kepada dunia kebaikan dan kemuliaan Rasulullah (saw).

Huzur berkata lagi: Mudah-mudahan Allah Ta’ala memberi kemudahan dan taufik kepada setiap Ahmadi agar dapat melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan ini.

Pada akhirnya, Huzur menceritakan tentang Muhtaram Maulana Nasrullah Khan Nasir Sahib, Murabbi Silsilah (Jemaat) yang telah wafat berkenaan dengan pengkhidmatan beliau terhadap Jemaat, dan Huzur menyatakan selepas solat Jumaat, ada solat Jenazah hadir.

(Diterjemahkan dari Roznamah Al-Fazal, Khutbah No. 40, 2 October 2012)