Thursday, December 6, 2012

KHULASA KHUTBAH 30.11.2012

Huzur menerangkan tentang rufaqa (sahabat-sahabat) Hazrat Maseeh Mau’ud (as) mengenai keyakinan mereka terhadap Hazrat Maseeh Mau’ud (as), pengaruh kitab-kitab beliau atas mereka, iaitu dengan membacanya, hati para sahabat-sahabat beliau terpancar sumber kebenaran dan dengan itu dapat diketahui bahawa Allah Ta’ala memberi mereka petunjuk melalui mimpi-mimpi.
Hazrat Syeikh Zainal Abidin Sahib meriwayatkan: Kakak ipar saya sakit kuat, Hazrat Maseeh Mau’ud (as) mengarahkan agar saya mengambil ubat daripada Hakim Nuruddin Sahib, Khalifah Awwal. Tetapi, pesakit berkeras untuk meminta resepi daripada beliau sehingga beliau memberikan satu resepi. Apabila resepi itu ditanyakan kepada Khalifa Awwal, beliau menyatakan bahawa resepi ubat ini sangat berbahaya untuk pesakit. Jika ubat ini saya berikan kepada pesakit, maka dia akan segera meninggal dunia. Tetapi, oleh kerana resepi ini dari Huzur, maka wanita ini akan sembuh. Selang tiga hari kemudian, wanita itu telah sembuh.
Hazrat Miya Muhammad Syarif Sahib Kasymiri menerangkan bahawa: Seluruh ahli keluarga saya menderita penyakit taun, tuan tolong doakan kami. Hazrat Maseeh Mau’ud (as) berkata: Tuan banyakkan membaca Istighfar. Maka kami pun banyak membaca Istighfar dan dengan kurnia Allah Ta’ala semua menjadi pulih.
Hazrat Miya Syarif Sahib berkata: Jamaluddin Sahib Sikhwani mempunyai penyakit mata berair. Dengan berpandukan ilham Hazrat Maseeh Mau’ud (as) iaitu ‘Raja akan mengambil berkat dari pakaian engkau’, maka dia menyapukan bahagian pagri (serban) beliau pada matanya sehingga penyakit matanya sembuh. Kemudian, saya juga ada penyakit mata, saya juga ada menyapukan bahagian itu pada mata saya menyebabkan penyakit itu sembuh.
Hazrat Miya Muhammadin Sahib anak kepada Nuruddin Sahib berkata: Buku Barahin Ahmadiyah telah menciptakan satu revolusi dalam diri saya dan Hazrat Maseeh Mau’ud (as) telah membawa iman dari bintang Tsuraiya lalu memasukkan ke dalam hati saya. Dalam tahun 1895, saya telah bai’at pada tangan Hazrat Maseeh Mau’ud (as) di atas Masjid Mubarak.
Hazrat Miya Muhammadin Sahib berkata: Pernah sekali saya memicit Hazrat Maseeh Mau’ud (as) di atas Masjid Mubarak berdekatan dengan mihrab. Terlintas dalam hati saya fikiran bahawa saya seorang yang tidak tahu agama dan para maulvi (ulama) akan mengganggu saya, apa yang perlu saya lakukan. Saya juga malu untuk bertanya kepada Hazrat Maseeh Mau’ud (as). Hazrat Maseeh Mau’ud (as) berkata dengan begitu lantang sambil memandang muka saya sehingga saya menggeletar. Beliau berkata: Orang yang selalu membaca buku-buku kita tidak akan dapat dikalahkan.
Hazrat Choudry Fatah Muhammad Sahib menerangkan: Saudara saya Nawab Din bermimpi bahawa Huzur meminta kepada saya wang sebanyak lapan sen. Kemudian saya dan Nawab Din pergi memberikan wang kepada beliau dan memperdengarkan mimpi berkenaan. Huzur berkata: Dari mimpi itu menjelaskan bahawa kamu akan belajar ilmu. Jadi, apabila Maulvi Sikandar Ali datang ke kampung kami, maka kami belajar Al-Qur’an dan beberapa buku lain daripadanya. Dengan itu, mimpi dan sabda Huzur menjadi sempurna.
Peristiwa bai’at Hazrat Fazal Din Sahib telah dijelaskan dengan terperinci oleh Huzur. Melalui berbagai mimpi, kebenaran Hazrat Maseeh Mau’ud (as) menjadi jelas atas beliau. Dia berkata: Buku-buku Hazrat Maseeh Mau’ud (as), perjumpaan Mazhab Mahutsu dan membaca Empat Jilid buku Barahin Ahmadiyah menjadikan timbul dalam hati saya bahawa buku seperti ini tidak pernah ditulis sebelumnya.
Akhir sekali Huzur menceritakan kisah pengorbanan Mukarram Choudry Nusrat Mahmud Sahib bin Mukarram Choudry Manzoor Ahmad Sahib dari Amerika yang meninggal dunia di Karachi, solat jenazah ghaib juga dilakukan selepas solat Jumaat.
Doa terakhir: Semoga Allah Ta’ala memberikan perlindungan terus menerus kepada setiap Ahmadi di Pakistan dari kejahatan para penentang. Kuatkan berdoa pada masa sekarang ini.
(Daily Al-Fazl 4 Disember 2012)

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...