Monday, February 18, 2013

Berkat Dan Kejayaan Kunjungan Ke Eropah


Terjemahan Khutbah Jumaat

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
21 DISEMBER 2012 / 21 FATAH 1391HS
Masjid Baitul Futuh, Morden, London

----------------------------<<<>>>----------------------------

Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur berkata:-

Berkenaan dengan kesyukuran, apabila Jemaat Ahmadiyah menyentuhnya atau sejauh mana Jemaat Ahmadiyah mengetahuinya, kita boleh katakan bahawa ia tidak ada pada orang lain, kerana syukur yang sebenar ialah syukur kepada Allah, yang dilakukan untuk menarik keredhaan Allah Ta’ala, kemajuan agama Allah Ta’ala dan sebagai ru’ub atas orang lain.

Jadi, pada hari ini secara jujur dikatakan bahawa jika ada jemaat yang benar-benar menginginkan kemajuan Islam, yang berusaha untuk menyebarkan ajaran Islam di setiap sudut dunia, dan setiap kaum tanpa mempedulikan segala halangan yang ada, maka hanya Jemaat Ahmadiyah yang giat melaksanakannya. Dan hal ini tidak kelihatan dalam mana-mana pertubuhan, jemaat atau kelompok yang lain. Dan, jika mereka berusaha pun, kejayaan mereka sangat sedikit jika dibandingkan dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Jemaat Ahmadiyah. Orang bukan Islam, apabila mereka mengeluarkan fikiran kotor mengenai Islam dari dalam hati mereka atau mereka menzahirkan bahawa hari ini hati dan fikiran kami sudah bersih mengenai Islam, itu hanyalah disebabkan mereka hadir dalam mana-mana majlis jemaat atau program-program yang dianjurkan oleh jemaat.

Jadi, pembaharuan Islam yang telah dimulakan oleh Hazrat Maseeh Mau’ud as sejak 124 tahun yang lepas terus berlangsung sehingga hari ini. Dan ia bukan hanya berlangsung, malah kita juga terus melihat penyempurnaan janji dan pertolongan Allah Ta’ala. Tidak kira sama ada pemandangan ini kelihatan di hutan-hutan dan bandar-bandar Afrika atau di pulau-pulau yang jauh, di Tanah Arab atau di Asia. Dengan menyampaikan ajaran Islam yang cantik kepada orang-orang di Amerika atau Eropah, keraguan mereka mengenai Islam menjadi jauh, di sana juga kita dapat melihat pertolongan Allah Ta’ala.

Orang lain tidak dapat mengukur sebanyak mana kurnia Allah yang kita dapat dan kita syukuri. Hanya orang Ahmadi yang benar-benar memahami ayat Al-Qur’an (Ibrahim:8) yakni jika kamu bersyukur kepada-Ku, maka Aku akan berikan yang lebih banyak. Pekerjaan yang sedang kita lakukan sekarang ini bukan bertujuan supaya kita dikenal orang, bukan juga supaya kita menjadi orang besar (terhormat), malah kita hanya meneruskan misi yang telah dibawa oleh Hazrat Maseeh Mau’ud as. Dan pekerjaan kita juga ialah mempersembahkan ajaran suci Rasulullah saw ke dunia ini supaya dunia mengetahui bahawa baginda saw merupakan rasul terakhir yang diutus ke dunia ini dan menegakkan ketauhidan. Jadi, pekerjaan yang dibuat untuk Tuhan dan di dalamnya tidak ada unsur kepentingan peribadi, kemudian hasilnya yang baik bersyukur kepada Allah, maka pertolongan dan sokongan Allah Ta’ala akan lebih baik berbanding sebelumnya. Jadi, ingatlah hal ini dengan sebaik-baiknya.

Beberapa hari yang lepas, saya berkunjung ke Eropah dengan pelbagai program, pertama sekali program di Parlimen Eropah yang dibuat dalam Auditorium mereka. Antara yang terlibat ialah ahli Parlimen Eropah dan ahli parlimen dari negara-negara lain yang jumlahnya melebihi 200 orang. Ada juga ahli politik, wakil-wakil, dan golongan cendekiawan, dengan mereka juga dibuat program di sana. Demikian juga dengan wakil-wakil agensi pemberita, ajaran Islam yang cantik dapat dipersembahkan kepada mereka. Melalui Press Conference, hal ini telah dapat disebarkan di seluruh dunia. Jemaat UK telah mengatur program ini dengan sangat baik sekali walaupun pengurusan sebenar adalah sahabat-sahabat kita di Parlimen Eropah. Program ini telah berjalan dengan sangat baik sekali.

Jemaat UK mungkin risau, sebab itu mereka membuat permohonan doa, dan pengabulan doa-doa orang Ahmadi kita dapat lihat seperti selalu, dan juga dapat merasakan kesannya dalam program ini. Dalam fikiran saya, apa yang saya katakan di sana kita anggap sebagai biasa sahaja, tetapi jika difikirkan kembali jika ia dirujuk kepada Islam, maka ia bukan lagi perkara biasa. Allah Ta’ala yang telah menyempurnakan agama ini, setiap perkara adalah penting, sebab itu ia memberi pengaruh kepada orang-orang yang hadir. Mereka juga telah menzahirkannya dengan terbuka. Keraguan dan buruk sangka mereka mengenai Islam telah terhapus. Alhamdulillah.
Selepas itu saya pergi ke Jerman, di sana juga ada dua program besar yang dilaksanakan. Satu program di Hamburg, di masjid yang telah mereka perbaiki. Tempat baru yang mereka beli, di dalamnya ada masjid yang tersedia yakni bangunan yang ditukar (convert), namun tidak ada menara dan lain-lain. Sekarang ini sudah dibina menara dan lain-lain tambahan. Dan, sempena pembinaan ini juga ada program khas untuk menjemput para tetamu. Tetamu yang hadir terdiri daripada golongan terhormat dan mereka balik dengan membawa sedikit pemahaman mengenai ajaran Islam yang indah.

Di sana juga ada dibina bangunan Jamiah Ahmadiyah Jerman yang baru. Oleh kerana pembinaan ini dibuat dengan teratur, maka di dalamnya ada bilk darjah, dewan perhimpunan, asrama, dapur, dewan makan, dan sebagainya. Ia diatur dengan sangat baik sekali dan kelihatan satu bangunan yang cantik. Di sini pun ada juga datang orang-orang terpelajar, press, ahli politik dan sebagainya. Di sini juga, bukan hanya di hadapan mereka, malah ketika saya memberi nasihat kepada para pelajar, ajaran Islam yang cantik juga dapat disampaikan sehingga mereka faham dan menyukainya.

Kemudian, ada dua masjid yang dibuka di sana. Local Mayor di sini dan beberapa orang terpelajar juga ada berkunjung, dan mereka menzahirkan semangat persaudaraan.

Di satu tempat, ketika acara pembukaan, ada jiran sepasang suami isteri yang datang. Selepas beberapa lama mereka datang kepada saya dan berkata: Kami hendak memberi hadiah kepada tuan. Mereka memberi hadiah dan berkata: kami ingin menzahirkan perasaan senang hati kami. Mereka juga memberi ucapan tahniah. Pada masa itu mayor juga ada di sana dan berbual dengan saya. Dia berkata: Di daerah ini, ketika masjid sedang dibuat, penentang pertama adalah keluarga ini dengan mengatakan bahawa jika ada masjid di sini, maka fitnah dan kerosakan akan bermula, sebabnya ialah orang Islam adalah seperti itu. Tetapi counsel, jiran-jiran telah memberi kefahaman kepadanya sehinggalah masjid terbina. Dalam pada itu juga, orang-orang Ahmadi turut melakukan hubungan dan memberitahu ajaran Islam, ajaran Ahmadiyah yang sebenar sehinggalah perasaanya mula berubah. Dan pada acara pembukaan, saya telah menjelaskan tanggungjawab setiap Ahmadi bahawa selepas masjid dibina, apa tanggungjawab seorang Ahmadi dan juga menjelaskan ajaran Islam yang cantik, maka perasaan mereka semakin berubah, mula ada rasa hormat dan beradab. Orang yang menentang pun, hati mereka sudah mula cair.

Banyak program yang telah dibuat di sana. Saya akan sampaikan kesan-kesan daripada orang ghair yang datang berkunjung. Ada yang menzahirkan sesuatu mengenai saya. Saya telah berusaha bahawa sejauh mana saya boleh keluarkan kenyataan, saya akan keluarkan tetapi dibeberapa tempat akan disentuh mengenainya. Tetapi, saya tahu bahawa perkara yang telah saya katakan, itu semua adalah amanat Islam. Jika ada pengaruh, itu adalah kerana ia amanat Islam dan bukan kerana peribadi saya. Apapun, sebagai wakil dari Hazrat Maseeh Mau’ud as, apa yang saya katakan saya pasti memang ada pengaruhnya kerana ini adalah janji daripada Allah Ta’ala kepada Hazrat Maseeh Mau’ud as.

Satu perkara ialah di sana datang seorang Bishop, dia juga datang di press conference, dan dia juga mengemukakan pertanyaan. Beliau dikenali sebagai Bishop Dr Amen Howard dari Geneva, Switzerland. Beliau sebagai wakil Interfaith International. Beliau pengasas persatuan Feed a Family. Beliau diberi kad jemputan. Sehari sebelumnya beliau tergelincir di atas salji dan matanya juga bengkak. Walaupun cedera, beliau mengatakan dengan pasti akan datang ke acara ini. Dia menulis bahawa ceramah yang disampaikan ibarat sihir. Kemudian dia menulis berkenaan dengan saya: Intonasi sederhana, tetapi kata-kata yang keluar dari mulut mempunyai kekuatan dan keagungan yang hebat. Saya juga tidak pernah melihat insan yang begitu berani. Inilah yang beliau tulis.

Seorang wakil Budhism Jepun dari Switzerland, Jorge Koho Mello, dia juga seorang Rahib menurut kawannya. Dia berkata: Tuan telah menjemput saya untuk hadir dalam ceramah ini, dan untuk hadir serta berjumpa dengan khalifah satu peluang yang sangat bagus untuk saya. Ia satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak mungkin dapat dilupakan. Di sini juga saya berkesempatan untuk berjumpa dengan orang-orang terpelajar dari negara-negara lain.

Fouad Ahidar, seorang ahli parlimen Belgium juga ada. Beliau ini adalah kenalan lama, malah sehari sebelum acara kami ada berjumpa dan saya berkata kepadanya: Sekarang ini sudah banyak pengetahuan, seharusnya tuan sudah bai’at. Apapun, beliau seorang muslim berasal dari Morocco atau tempat lain. Begitu lama tinggal di sana atau mungkin ibu bapanya yang datang ke sini. Dan pada waktu itu beliau seorang ahli politik yang baik dan juga seorang ahli parlimen. Dia berkata: Ceramah tuan di parlimen bukan hanya untuk saya tetapi seharusnya menjadi kebanggaan seluruh umat Islam kerana khalifah telah mengangkat kedudukan kita. Sebelumnya, jika mereka berkata mengenai Islam, kita terpaksa menundukkan kepala kerana tidak tahu ajaran sebenar. Hari ini kita sudah mengetahui ajaran Islam yang sebenar.

Kemudian Jona Than Debeer, kementerian dalam negeri Belgium berkata: Ceramah daripada khalifah telah menggoyangkan kepala kita, banyak yang kita boleh belajar daripadanya. Semua yang beliau sampaikan menjadi inspiring untuk kita semua.

Kemudian ahli parlimen Mr Mass berkata: Amanat keamanan yang diberikan oleh khalifah untuk dunia dan untuk panduan kita semua harus benar-benar dipuji.

Kemudian seorang ahli parlimen Mr Godfrey Bloom berkata: Ceramah daripada khalifah telah memberi penyuluh kepada kita. Saya mewakili sahabat-sahabat saya sangat berterimah kasih kepada beliau.

Kemudian seorang ahli parlimen Norway, Secretary Wilayah Christian Democratic Party juga ada datang dan menzahirkan perkara yang sama.

Kemudian dari pihak kerajaan Perancis, wakil kementerian dalam dan luar negeri Mr Eric juga ada datang. Dia telah menulis nota-nota penting daripada ceramah saya dan berkata ia sangat berguna untuk Perancis. Jika saya balik, saya akan sampaikan kepada kementerian saya.

Perancis di Eropah merupakan satu negara yang mana banyak suara-suara yang menentang Islam. Jadi, dengan adanya ajaran yang betul mengenai Islam, sekurang-kurangnya ada manfaat untuk mereka.

Kemudian Rocio Lopez Sahibah yang merupakan ahli parlimen Sepanyol, dia datang ke acara ini, dia dari wilayah Toledo. Dia berkata: Acara ini telah memberikan semangat persaudaraan. Dari Brussels memberi pengetahuan mengenai jemaat bahawa jemaat ini terus menerus membuat pembangunan. Dalam zaman Mirza Masroor “cinta pada semua dan tidak benci pada sesiapa” yang merupakan moto telah menjadikan Ahmadi menjalin persudaraan dengan pelbagai kaum. Dunia yang menuju ke arah kemabukan mereka, dan sejauh mana pentingnya amanat keamanan dan kasih sayang, dalam dunia seperti itu, mengenali anda semua adalah satu kemuliaan. Kemudian berkata: Saya sangat menyokong gambaran yang tuan berikan. Apa yang sedang berlaku di dunia ini membenarkan kata-kata tuan mengenai pentingnya mewujudkan suasana keamanan dalam dunia. Saya sentiasa sangat membenci kezaliman yang dibuat atas nama agama.

Dari Sepanyol, Jose Maria Alonso wakil dari Popular Parti dari Madrid. Beliau berasal dari Cantabria Sepanyol. Selepas berjumpa dengan saya, beliau sangat terkesan. Beliau berkata: Berjumpa dengan orang Ahmadi yang lain juga saya mempunyai perasaan yang sama seperti berjumpa dengan khalifah. Semua anggota Jemaat sangat menghormati tetamu. Dan menurut khalifah, untuk berhadapan dengan agama atau mazhab ini harus dengan kasih sayang.

Santiago Catala Sahib seorang Professro undang-undang di Cuenca University. Beliau banyak menulis buku-buku termasuklah Islam In Valencia dan Islamic Jurisprudence. Dia berkata: Sampaikan ucapan saya kepada khalifah dan juga kepada semua orang yang hadir, dan orang-orang dari Spain yang ada bersama dengan kita. Sampaikan rasa syukur daripada saya. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan dan berharap semoga Tuhan memberikan lebih banyak peluang untuk berjumpa. Kemudian berkata lagi: Tuhan sangat kasih kepada tuan, dan saya juga atas nama Tuhan menginginkan kebaikan untuk tuan, dan juga saya berdoa semoga Tuhan memberi harta dan keamanan kepada tuan. Dia berkata lagi: Saya seorang yang kuat agama, saya juga mempunyai beberapa pengalaman rohani. Sejak dahulu, saya tidak pernah melihat suasana agama yang seperti ini. Kami tahu bahawa orang rohani itu ialah mereka yang berada di atas landasan yang lurus, dia bersama Tuhan dan Tuhan bersama dengannya.

Kemudian, dari Spain ada seorang wakil wanita turut hadir. Apabila balik, dia telah menghantar satu amanat yang berbunyi: Dari Spain, seorang teman Ahmadi iaitu Qamar Sahib (yang bersama rombongannya) berkata bahawa hari ini akan menjadi sangat gemilang, dan sesungguhnya dia tidak salah. Saya berharap bahawa jika Tuhan berkehendak, pekerjaan yang jemaat tuan telah lakukan pada hari itu pasti akan membuat perubahan yang besar.

Spain juga satu negara yang pada satu masa dahulu ada agama Islam, dan di sana Islam sangat dimusuhi, dibenci pada tahap yang sangat teruk. Di beberapa tempat, penentangan ini sangat keras.

Kemudian dari negara Malta, Prof. Arnold Cassola sahib juga turut hadir. Beliau bekerja sebagai seorang Professor di University of Malta. Beliau mengajar Malti Literature. Dia telah menulis lebih dari 30 buah buku. Beliau seorang Co-Founder satu kelompok politik ketiga iaitu Malta Grand Party. Beberapa tahun, beliau sebagai ketua. Beliau juga menyandang Member of Parliament dalam Italian Parliament. Dalam memberi pendapatnya dia menulis: Pengurusan konferens itu sangat bagus. Saya tidak melihat ada kekurangan di dalamnya. Gambaran persaudaraan yang dipersembahkan oleh Jemaat Ahmadiyah atas moto ‘sayang kepada semua tidak benci kepada sesiapa’ sangat indah. Ia boleh menjadikan umat manusia bersatu, dan ia juga memberi jaminan bahawa tidak ada pembezaan antara kaum dan agama. Ucapan khalifah mengenai usaha untuk mengamankan dunia sangat memberangsangkan. Sebenarnya Jemaat Ahmadiyah sedang meletakkan platform untuk semua orang yang mencari keamanan dalam dunia, dan hal itu mencakupi peringkat pentadbiran.

Kemudian, tetamu kedua yang datang dari Malta, Ivan Bartolo Sahib, dia ada hubungan dengan media, juga sebagai penerbit program TV. Dia mempunyai pengetahuan yang baik tentang jemaat. Skim Leaflet yang dimulakan, apabila pengagihan dijalankan, maka sebaik sahaja mendapat leaflet itu beliau sangat terpengaruh dan dia sendiri berhubung dengan jemaat. Dia berkata: Untuk mewujudkan suasana keamanan, ini satu usaha keras tuan yang sangat saya sanjung. Dan berkenaan dengan saya dia berkata: Amanat tuan bersifat kekal, saya sangat gembira kerana amanat tuan sampai kepada orang yang sepatutnya. Usaha-usaha tuan untuk mewujudkan semangat persaudaraan sangat saya sokong. Kemudian dia memberitahu kejadian seorang temannya yang berada di Belgium, yang dia jumpa di Brussels, apabila diberitahu bahawa saya datang kerana di sini ada program di Parliament Eropah, temannya mengatakan bahawa program di Parliament Eropah selalunya tidak diatur dengan baik. Beliau jelaskan bahawa: Ini program Jemaat Ahmadiyah. Wanita yang merupakan temannya itu menjawab: Ya, kalau itu saya yakin program mereka selalu teratur.

Kemudian Mr Christian Mirre anggota dari Church of Scientology Europe meluahkan fikirannya bahawa: Satu perjumpaan yang sangat memberangsangkan. Syarahan Khalifah memberi amanat kepada kita semua bahawa kita semua harus bekerjasama mewujudkan keamanan dan menjauhkan perasaan benci di kalangan masyarakat. Amanat beliau penuh dengan kebijaksanaan dan masa depan untuk kebaikan manusia bergantung kepada amanat tersebut.

Kemudian seorang Naib Mayor satu daerah di Perancis, Mont Le Jolie juga hadir sama. Dia berkata: Saya sangat suka syarahan ini. Beliau telah memberikan satu syarahan yang sangat bagus dan semua perkara disampaikan dengan begitu jelas.

Seorang professor dari Universiti Perancis, Mr Marco Tiani juga hadir dalam majlis ini. Dia berkata: Saya sangat beruntung kerana dapat hadir dalam program khalifah di Parlimen Eropah. Ia menjadi satu keberkatan bagi saya kerana saya ada bersama-sama dengan seorang pemimpin yang memperjuangkan hak keamanan manusia yang sebenar dan seorang yang memiliki pengetahuan sebenar dalam kebebasan beragama. Ini satu kebanggaan bagi saya kerana berjumpa dengan seorang pemimpin yang agung dalam hubungan keamanan masyarakat. Slogan ‘Sayang kepada semua, tidak benci kepada sesiapa’ memberi jaminan kemanan yang sangat kuat. Saya sangat terpengaruh dengan slogan ini. Semua yang hadir mendapat kemuliaan. Orang yang hadir begitu ramai sehingga ada yang berdiri di luar.

Kemudian, kesan-kesan daripada bekas mayor Nan Speth: pertama sekali dia bersyukur kerana dijemput untuk datang. (Mereka suami isteri datang dan kedua-duanya menyampaikan kesan-kesan). Saya sangat terpengaruh, program seperti ini menjadi jawapan kepada kejadian dan kezaliman yang sedang berlaku di mana-mana sudut dunia sekarang ini. Tajuk program ini iaitu AMAN merupakan bahagian agenda Parlimen Eropah. Dan saya sangat berharap perkara ini akan mendapat perhatian pada masa-masa akan datang. Apapun, program ini telah menaikkan semangat kepada mereka yang hadir, pendengar dan juga para pembaca.

MEP, Mr Charles Tannock berkata: Jemaat Ahmadiyah sedang menyebarkan amanat keamanan dan sedang menentang kekejaman dan kezaliman. Sebelum datang ke sini, satu Press Conferens yang sangat berjaya juga telah diadakan. Soal jawab yang dibuat dalam program itu sangat bagus. Petunjuk seperti ini sangat berguna untuk umat Islam. Sebenarnya keamanan ini adalah laungan hati kita semua yang bukan hanya Islam tetapi semua penganut agama yang lain.

Dia berkata: Jemaat Ahmadiyah Muslim sedang menuju kemajuan saban hari. Cawangannya ada di setiap negara. Ajaran Jemaat Ahmadiyah ini sangat kurang diketahui oleh kebanyakan orang tetapi menjadi satu kewajipan kita untuk menyebarkan amanat jemaat ini di Eropah termasuklah memperkenalkan moto ‘Love For All Hatred For None’. Ini bukan hanya di kalangan umat Islam, malah untuk seluruh umat beragama.

Kemudian berkata: Jemaat Ahmadiyah memberikan misal yang terbaik dalam keamanan dan toleransi. Sedangkan pada segi yang lain, agama mengamalkan keganasan dan suka kekerasan, keamanan dan hak manusia menjadi berbahaya. Amalan keganasan dalam agama ini telah menyuburkan keganasan dalam dunia.

Kemudian berkata: Orang-orang Islam sendiri yang harus memberi jawapan atas keganasan yang sedang berlaku sekarang ini sebagaimana yang sedang dilakukan oleh Jemaat Ahmadiyah. Kemudian beliau memberi respon atas syarahan saya dengan berkata: Saya mengucapkan terima kasih atas ceramah yang diberikan. Ceramah itu menyentuh pelbagai segi. Beliau telah memberikan pelajaran yang sebenar dalam keamanan dan toleransi. Beliau juga menyentuh bahawa negara-negara maju seharusnya memberi bantuan kepada negara-negara miskin dan mundur. Beliau juga menyetuh tentang tanggungjawab mereka terutama sekali mereka yang berada di Kesatuan Eropah, mereka harus melaksanakan kewajipan mereka dengan penuh dedikasi. Saya juga hairan kerana beliau begitu berani menyentuh permasalahan yang merujuk kepada imigresen dalam ceramahnya. Sebagai seorang ahli politik, saya tahu bahawa ini masalah yang sangat penting. Beliau berkata: Pada fikiran saya kita semua harus berganding bahu, saling bertoleransi di antara satu dengan yang lain, dan amanat ini sangat penting yang perlu dikerjakan segera.

Seorang ahli Parlimen Eropah dari Estonia, Mr Tunne Kelam menzahirkan bahawa: Jemaat tuan menolak sama sekali keganasan dan kezaliman yang sedang berkembang di dunia sekarang ini. Untuk menyatukan pelbagai agama dan akidah, tuan tidak hanya memberi contoh dalam ucapan malah turut melakukan apa yang dikatakan. Dia berkata: Hari ini satu peluang yang sangat baik untuk kami di mana kami boleh menyebarkan amanat ini. Saya turut merasa gembira kerana parlimen Eropah menjadi bahagian dalam amanat ini.

Kemudian Claude Moraes (MEP) Ahli Parlimen Eropah berkata: Umumnya orang yang hadir dalam mesyuarat Parlimen Eropah tidaklah begitu ramai berbanding hari ini. Dia berkata: Keadaan dunia hari ini sedang menuju ke arah apa yang digambarkan oleh Jemaat Ahmadiyah dan kewajipan kita ialah menyahut seruan Jemaat Ahmadiyah untuk mewujudkan keamanan. Di antara satu dengan lain harus ada perasaan saling menghormati dan bertoleransi. Perkara ini bukan hanya sekadar di dalam kitab malah untuk mengamalkannya pada waktu ini adalah sangat perlu. Dia berkata mengenai saya: Kedatangannya ke sini menjadi tanda bahawa setiap orang hendak saling mengenali antara satu dengan yang lain. Dalam fikiran saya kita semua harus mendalami pengetahuan mengenai Jemaat Ahmadiyah. Dan satu daripada ciri Jemaat Ahmadiyah ini ialah mengkhidmati manusia tanpa mengira perbezaan agama dan mazhab. Kita juga harus mendalami perkara ini dengan mendalam.

Press yang datang ke sana terdiri daripada BBC News Faith Matters, Spains Media Aqui Europa, dan Channel Malta. Juga hadir Jev TV Deli Jang. Juga ada wakil dari Lee Magazine, Paris. Alminar Radio Belgium juga ada. Turkish Media Abhaber juga ada. France Academic Research juga ada, Honour of Justice First of the World, Pukar News UK, dan juga Associated Press Pakistan juga ada. Selain itu juga hadir Official Photographer dari European Parliament, wakil-wakil dari TV dan Radio Belgium, dan juga media dari pelbagai negara. CNN juga menulis dalam website atas tajuk Quote of the day mengenai perkara ini.

Ahli Parlimen Nasional Jerman mengatakan: Ceramah itu sangat berpengaruh. Ia memberi kesan yang mendalam untuk kita. Dalam fikiran saya dia berkata seperti itu di Hamburg. Beliau berkata mengenai saya: Sebagaimana beliau telah berucap di British Parlimen dan American Capital Hill, saya juga akan berusaha supaya Khalifah juga berucap dalam Parlimen Jerman di Berlin.

Hakan Temirel ahli Assembly Hamburg berkata: Petunjuk yang diberikan kepada kita pada hari ini memang itu yang diperlukan oleh dunia Islam.

Selepas menyentuh tentang European Parliament, saya ceritkan sedikit mengenai acara di Hamburg yang dilaksanakan pada keesokan harinya. Hari Selasa di European Parliament dan Rabu di Hamburg. Integration Officer Hamburg memberitahu kepada seorang kawan Ahmadi dengan berkata: Khalifah tuan menjelaskan ajaran Islam dengan begitu cantik sekali sehingga salah faham dapat dijauhi. Saya sangat gembira kerana dapat hadir dalam program ini dan dapat mengetahui ajaran Islam yang sebenar. Sekarang ini kami akan mengundang wakil dari Jemaat Ahmadiyah dalam program kami supaya tuan-tuan dapat menjelaskan ajaran Islam.

Wakil seorang counsel dari Harburg, Hamburg berkata: Sebagaimana dia mengeluarkan ucapan dari mulutnya, ia jatuh ke atas hati, dan tidak ada seorang wakil pun dari agama kita yang berbuat seperti itu. Sebagaimana khalifah memberi gambaran mengenai Islam yang cantik, beliau turut menyatakan bahawa di mana sahaja seseorang itu tinggal, dia harus mencintai negara berkenaan. Ini satu gambaran baru bagi saya mengenai Islam.

Ada dua orang professor wanita dari kementerian integrasi berkata: Semua ketakutan kami telah hilang. Semasa khalifah berucap lagi, perasaan takut kami telah hilang. Fikiran terhadap umat Islam hendaklah seperti itu. Ajaran Islam sangat mencintai keamanan, ketakutan yang kita lihat dalam masyarakat sekarang ini telah lenyap.

Di sana juga datang beberapa orang dari Press yang mana tidak ada program sebelum ucapan dimulakan. Mereka hanya menemubual Amir Sahib Jerman. Tetapi, kemudian mereka mengatakan: Kami juga mahu menemubual dan bertanya kepada beliau. Saya mengatakan: Baiklah, tetapi selepas acara berlangsung.

Selepas sahaja berlangsung, saya mengarahkan supaya mereka datang. Sejurus datang, mereka terus berkata: Perkara yang hendak kami tanyakan telah terjawab melalui ucapan tuan. Sekarang kami sudah mengetahui tentang ajaran Islam yang sebenar. Mata kami sudah terbuka apa yang dimaksudkan dengan Islam.

Ada seorang wanita dari Islamic Community Board, mungkin orang Arab. Dia bekerja di Universiti dalam bidang Islamic Research. Sebelumnya beliau sangat menentang Ahmadiyah dan banyak memperkatakan sesuatu yang menentang Ahmadiyah. Tidak beberapa lama, pandangannya telah berubah. Di Universiti itu ada juga Profesor Jemaat dari Mesir. Dia begitu dekat dengan Jemaat. Mungkin juga perubahan wanita itu adalah melalui beliau ini. Apapun dia berkata: Segala kerisauan kami telah hilang, khalifah kamu bukan orang biasa malah mempunyai kerohanian yang sangat tinggi. Saya telah melihat cara beliau berjalan, bercakap, mendirikaan solat. Saya sudah lama berfikir, adakah pemimpin Islam yang seperti itu. Hari ini saya telah melihat dalam kehidupan saya.

Jadi, ini adalah berkat daripada Khilafat Hazrat Maseeh Mau’ud as.

Presiden Polis bandar Hamburg juga turut hadir. Dia incharge wilayah itu. Dia berkata: Penjelasan beliau mengenai keamanan dalam ajaran Islam, jika kita semua amalkan, maka kita tidak lagi memerlukan anggota polis.

Program di Hamburg satu program yang mendapat liputan yang luas. Satu akhbar di Hamburg, Hamburger Abendblatt, pembacanya seramai 557,000 orang telah membuat liputan itu. Satu lagi akhbar Bild, pembacanya 721,000 orang juga turut membuat liputan. Kemudian satu lagi akhbar dengan jumlah pembaca  dalam lingkungan 100,000 orang. Selanjutnya akhbar Welt Kompakt, kemudian akhbar NDR Actuell yang liputannya 400,000 orang pembaca. Banyak lagi akhbar yang memuatkan tentang renovation dan pembukaan masjid di Hamburg.

Parlimen di Wilayah Hissen, pemimpin pembangkang juga turut diundang ke Parlimen. Dia mengatakan: Perubahan yang sedang berlaku di dunia Islam sekarang ini terutama sekali di negara-negara Arab, apa pandangan tuan mengenainya? Hal ini sangat banyak diperkatakan di mana-mana. Mereka juga sering dibantu. Jadi, saya mengatakan kepadanya: Keadaan yang berlaku di dunia Arab sekarang ini bukan perkara baru. Inilah kepimpinan dunia Arab sejak 10-20 tahun lalu. Kuasa-kuasa besar waktu itu tidak memberi perhatian terhadap perkara ini kerana untuk kebaikan dan manfaat mereka sendiri. Tidak juga orang awam di sana terfikir kerana orang luar yang mengatur mereka. Inilah kepimpinan mereka yang sebelumnya memang corrupt atau mereka tidak berbuat baik kepada rakyatnya. Tetapi mereka menjalin hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa Barat atau agensi mereka yang memberi bantuan untuk negara-negara ini. Perkara yang sebenarnya, selagi kuasa-kuasa besar berpengaruh atas kepimpinan mereka, pemimpin tunduk kepada arahan mereka, maka selagi itu tidak ada kekacauan di negara itu. Tetapi, apabila kepimpinan sudah tidak lagi layak menurut mereka, maka mereka akan membuat revolusi di sana. Saya telah mengatakan kepada mereka bahawa jika kerajaan-kerajaan Barat mahu mewujudkan keamanan di dalam negara-negara itu, maka minta mereka membawa hanya sistem demokrasi. Ini kerana kamu semua riuh mengenai demokrasi bahawa demokrasi harus berdiri. Sepatutnya tidak terjadi bahawa seseorang pemimpin diberikan sokongan dalam tempoh yang lama, kemudian apabila dia telah melampaui batas atau menjadi diktator, maka dia akan ditentang. Padahal, kamu juga sendiri yang menjadikannya diktator. Kemudian, sejauh mana kemajuan yang dicapai oleh negara berkenaan, jika tidak suka maka ia akan ditentang sehingga jatuh. Sebab itu, sekarang ini hendaklah diusahakan supaya di mana sahaja negara-negara yang bergolak, negara itu harus dibantu dengan cara yang benar, dan jika hendak mewujudkan demokrasi, silakan.

Di sana juga ada pembukaan Jamiah Ahmadiyah. Werner Amend seorang mayor di tempat mana Jamiah dibuka berkata: Ucapan daripada khalifah bukan satu ucapan yang tertulis malah ia keluar dari hati. Beliau menyeru kepada pelajar supaya mengamalkan apa yang dipelajari dan perlihatkan contoh yang baik di hadapan orang ramai. Ini satu perkara yang perlu. Walaupun beliau sebagai seorang pemimpin satu organisasi agama, beliau seorang insan yang praktikal.

Saya tidak faham apa maksud beliau mengatakan ‘walaupun’? Mungkin dalam fikirannya pemimpin-pemimpin agama tidak praktikal atau lain yang dikatakan lain yang dibuat.

Wolf Walther Sahib seorang Secretary German Islam Conference. Dia juga hadir dalam pembukaan Jamiah itu. Dia berkata: Nasihat daripada khalifah amat perlu diperhatikan. Beliau memberi petunjuk kepada para pelajar bahawa oleh kerana pelajar kelihatan berlainan disebabkan perbezaan tempat asal, dan juga berbeza cara pemakaian, sebab itu amat perlu mempereratkan hubungan persaudaraan dengan hati yang terbuka. Dengan itu, perasaan takut berkurangan dan seharusnya semangat perkauman tidak timbul. Mereka hendaklah saling bantu membantu dalam sesuatu maklumat.

Seorang Jurnalist Hanack mengatakan: Pada pendapat saya majlis itu bersifat persaudaraan. Ceramah daripada pemimpin itu menurut saya sangat sesuai untuk diamalkan. Kata-katanya bukan sahaja pada persoalan moral, ia sangat berpengaruh kerana beliau telah menyentuh kelakuan seorang pelajar yang sepatutnya.

Pembukaan Jami’ah Ahmadiyah mendapat liputan media cetak dan elektronik. Lebih daripada 10 berita yang disampaikan di mana ia termasuk TV dan Radio daerah berkenaan. Gambar jamiah juga turut dimuatkan. Akhbar menulis bahawa Mirza Masroor Ahmad telah memberi ceramah di hadapan anak-anak jamiah. Beliau berkali-kali menegaskan bahawa mereka semua perlu menyebarkan keindahan Islam di dunia. Beliau menasihatkan anak-anak muda supaya ukur diri sendiri. Jadikan ajaran itu dapat diamalkan dan menunjukkan akhlak yang mulia sesama manusia. Syarat utama dalam Jemaat Ahmadiyah ialah mewujudkan suasana keamanan dalam masyarakat.

Satu akhbar menulis: Jemaat Islam Ahmadiyah pada masa mendatang akan menyediakan imam dan kemudian menarik perhatian dengan memberitahu apa sahaja yang ada di sana. Ketuanya Mirza Masroor Ahmad menyatakan kepada imam-imam yang akan datang dan menyeru bahawa di tempat ini, ketakutan orang ramai terhadap Islam harus disingkirkan. Islam tidak berperang menentang agama dan masyarakat. Demikian juga akhbar-akhbar yang lain turut menyentuh tentang perkara ini.

Program yang telah dilaksanakan, pasti Allah Ta’ala akan memberikan hasilnya dan langkah kita adalah langkah kejayaan. Kita perlu memajukan diri dalam kesyukuran dan ketakwaan. Hazrat Maseeh Mau’ud as bersabda:-
            Asal kesyukuran kamu yang sebenar ialah takwa dan kesucian. Mengucapkan Alhamdulillah atas pertanyaan tentang keIslaman bukanlah kesyukuran yang sebenar. Jika kamu benar-benar seorang yang bersyukur yakni telah mengikuti jalan kesucian dan ketakwaan, maka saya memberikan khabar gembira kepada kamu bahawa kamu berdiri paling atas. Tidak ada yang dapat mengatasi kamu. Perkara yang sebenarnya ru’ub daripada ketakwaan itu berkesan atas orang lain dan Allah Ta’ala tidak mensia-siakan orang-orang yang bertakwa. Memang perlu bagi manusia agar jangan membiarkan ketakwaan terlepas dari tangan dan memegang erat jalan-jalan ketakwaan kerana kesan seorang muttaqi pasti berkesan dan ru’ubnya juga boleh lahir dalam hati para penentang”. (Malfoozaaat Jilid 1, halaman 49-50, Edisi 2003, terbitan Rabwah)

Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita terus berjalan atas landasan takwa.

----------------------------<<<>>>----------------------------

Diterjemahkan oleh

Salahuddin Syed Ali
Batu Caves, Selangor.

18 FEBRUARI 2013

Friday, February 15, 2013

Janji Allah SWT



Abad Kebangkitan Islam

Abad ini dikatakan abad kebangkitan Islam yang boleh ditafsirkan bahawa akan telepaslah ummat Islam dari belenggu pelbagai masalah merangkumi kemunduran ekonomi dan sosial, dan Islam sebagai agama yang akan menjadi pilihan dan anutan majoriti umat manusia, umat Islam bakal menjadi model dan dihormati. Namun, bercerita tentang kebangkitan Islam seolah-olah ingin diketengahkan satu kisah dongeng yang melucukan untuk hiburan bangsa-bangsa dunia. Dari zaman ke zaman seolah-olah tanpa penghujung kisah kebangkitan Islam terus menerus dikumandangkan sehingga orang yang mendengarnya menjadi bosan dan muak. Islam dan umatnya terus terperosok di bawah timbunan herdikan dan gurauan umat lain sebab dianggap sebagai umat yang lemah dan jahil. Irama kebangkitan terus dimainkan tetapi tiada tanda-tanda yang jelas untuk membuktikan bahawa umat Islam mampu kembali ke zaman kegemilangannya. Buktinya, pada hari ini umat Islam terpaksa tunduk kepada kekuatan kuasa-kuasa besar yang diketuai oleh Amerika Syarikat yang menjadi kuasa raksasa dalam bidang militari. Manakala dari sudut ekonomi, politik dan sosial pula, mereka seolah-olah menjadi “Tuhan” kerana sebahagian besar masyarakat dunia berkiblat kepadanya dan mendewa-dewakannya. Kekuasaan mereka seolah-olah tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun. Apakah Allah swt akan terus mendiamkan diri terhadap semua kedajjalan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya?

Sebenarnya Islam dengan kekuatan RAHMAT ajaran Nabi Muhammad saw, akan menundukkan mereka dan memimpin dunia ke arah kedamaian dan kemakmuran bagi menggantikan dunia yang penuh kezaliman dan keganasan. Tiada sesiapa yang boleh menahan zaman kebangkitan Islam sesuai dengan janji Allah swt,  Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (Al Anbiyaa’ : 108) dan “Dialah yang mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya Dia memenangkanNya atas sekalian agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi” (Al Fath : 29). Ayat-ayat suci Al Quran ini mengandungi satu rahsia agung bahawa Allah swt sedang mempersiapkan dunia dan zaman baru yang akan dipimpin oleh Islam. Dengan kata lain, abad ini adalah akhir zaman atau penghujung kepada zaman kegelapan Islam. Pemilik alam ini akan mendatangkan kiamat rohani bagi membasmi segala kerosakan agama dan moral manusia, kemudian mewujudkan zaman kebangkitan semula Islam yang akan menghidupkan kembali rohani manusia yang telah mati melalui cahaya Rahmat ajaran Nabi Muhammad saw. Proses kebangkitan Islam akan menyempurnakan janji Allah swt bahawa umat Islam adalah khaira ummah (umat terbaik) kepada masyarakat dunia, sepertimana firman Allah swt, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia” (Ali ‘Imran : 111). Namun begitu, zaman kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terbantut disebabkan oleh umat Islam sendiri melakukan kesalahan dan kelalaian yang menimbulkan kemurkaan Allah swt. Justeru itu, umat Islam tiada pilihan lain jika ingin melihat zaman kebangkitan Islam, mereka perlu mengenal-pasti dan bertaubat dari dosa-dosa yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt. Sekaligus membolehkan mereka memahami mengapa Allah swt seolah-olah mendiamkan diri untuk membela umat Islam yang sedang menghadapi pelbagai bencana dan serangan daripada musuh-musuhnya.

Kekuatan Suci Rasulullah saw

Zaman kebangkitan Islam hanya dapat disegerakan dan menjadi kenyataan jika umat Islam menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat ra sebagai contoh atau role model. Pada zaman permulaan Islam ketika pengikut-pengikut Nabi Muhammad saw sedang menghadapi penganiayaan yang luar biasa, Allah swt menurunkan khabar suka mengenai kemenangan Islam. Musuh-musuh Islam yang mendengar wahyu ini telah mentertawakannya kerana  pada pandangan mereka umat Islam tidak memiliki apa-apa kekuatan. Akhirnya mereka sendiri kehairanan dan sedar apabila melihat betapa sempurnanya janji-janji Allah swt yang mendatangkan kiamat kepada masyarakat Jahiliyah dan memulakan zaman baru yang penuh keberkatan di bawah pimpinan Yang Mulia Nabi Muhammad saw. Umat Islam memperolehi kemenangan dan kejayaan bukan disebabkan kekuatan senjata tetapi keteguhan iman dan kepatuhan mereka kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Kekuatan ini yang telah membolehkan mereka mampu menghadapi penganiayaan, penentangan, kekerasan dan peperangan yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam dan akhirnya mereka bukan sahaja mengalahkan kaum musyirikin Mekah malah turut menundukkan dua super power iaitu Rom Timur dan Parsi. Hanya dengan cara ini saja yang boleh mengalahkan super power dunia hari ini iaitu Amerika dan sekutunya.

Peristiwa yang sama akan berulang lagi kerana Al Quran sendiri memberi gambaran bahawa kebanyakan kisah di dalamnya akan mengalami pengulangan. Semua pihak merasakan umat Islam tidak boleh bangkit lagi tetapi Allah swt memiliki perancangan suci dan Dia telah berjanji untuk mengunggulkan Islam di atas agama-agama lain. Allah swt tidak akan membiarkan kuasa-kuasa raksasa dunia untuk berterusan menyesatkan dan mendatangkan kerosakan kepada dunia. Allah swt telah beberapa kali menggoncangkan sistem ekonomi mereka dan mendatangkan dua azab yang besar  melalui Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1939-1945). Berdasarkan peristiwa tersebut, Allah swt amat mudah untuk membantu umat Islam untuk mengalahkan kuasa-kuasa raksasa dunia ini tetapi umat Islam mestilah terlebih dahulu berusaha untuk memperbaiki kecintaan mereka kepada Allah swt dengan mengikuti serta mengamalkan pesan dan nasihat suci Baginda saw.  Allah swt memberi jaminan kepada umat manusia jika mereka ingin dicintai olehNya, tiada lain kecuali mengikuti langkah-langkah kehidupan dan akhlak Baginda saw, sepertimana firmanNya, Katakanlah, Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu” (Ali ‘Imran : 32). Sebenarnya, di sinilah terletaknya segala kekuatan untuk memecahkan segala permasalahan umat Islam. Jika Allah swt Pemilik Alam ini telah mencintai umat Islam, apakah ada kekuatan lain yang mampu menahan kebangkitan dan kemenangan Islam pada abad ini?

Hentikan Kezaliman dan  Permusuhan Sesama Islam

Sepertimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa proses kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terhambat disebabkan oleh perbuatan umat Islam sendiri. Ada sesuatu yang dibenci oleh Allah swt, di antaranya adalah perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam. Kesalahan ini merupakan antara dosa yang telah dan sedang menimbulkan kemurkaan Allah swt yang amat besar. Umat Islam hari ini mempunyai amalan keji yang amat tidak disukai Allah swt seperti amalan dusta dan fitnah serta kekerasan bagi tujuan menjatuhkan saudara seagamanya. Disamping itu, sebilangan umat Islam begitu mudah menggunakan kata-kata menyesat dan mengkafirkan kelompok Islam yang lain jika pendapat dan pandangan pihak lain tidak selari dengan pendapat dan pandangan mereka. Bagi memperkukuhkan dakwaan tersebut pelbagai fitnah direka-rekakan. Islam memandang keji terhadap fitnah memfitnah sehingga mengumpamakan dosa memfitnah itu lebih merbahaya daripada perbuatan membunuh, “... dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...” (Al Baqarah : 192).

Sememangnya fitnah memfitnah merupakan senjata yang paling kotor kerana kemampuannya mengakibatkan pergaduhan, pembunuhan dan  kerosakan yang tidak disenangi oleh Allah swt. Malah Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda bahawa dusta adalah ibu kepada kejahatan kerana satu dusta akan melahirkan lebih banyak dusta untuk menutupi dusta-dusta yang sebelumnya. Ini adalah di antara dosa-dosa umat Islam yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt kerana menyuburkan kebencian, prasangka buruk, permusuhan, ketidakadilan, penganiayaan dan kezaliman sesama Islam. Dosa ini yang menyebabkan permusuhan sesama Islam menjadi semakin besar dan telah menghalang umat Islam daripada bersatu, pada hal ajaran Islam telah meruntuhkan semua tembok pemisah bagi membentuk ukhuwah Islamiyah. Atas dasar itu, Allah swt memberi pelbagai perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk menyelamatkan mereka daripada permusuhan sesama sendiri dan mengelakkan orang Islam menjadi pengikut kepada golongan yang dimurkai Allah swt.

Lakukanlah Penyelidikan

Salah satu perintah Allah swt kepada umat Islam untuk menghindarkan mereka daripada perangkap dosa akibat mempercayai sesuatu yang bersifat fitnah ialah kewajipan untuk melakukan penyelidikan dan penelitian. Peringatan Al Quran wajib dijadikan panduan agar umat Islam tidak mudah terjerat dengan mempercayai apa yang disampaikan dan diberitakan kepada mereka.  Allah swt berfirman, Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik dengan suatu berita, maka selidikilah agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, kemudian kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Al Hujuraat : 7). Penyakit malas untuk melakukan siasatan atau penyelidikan akan membuahkan dosa lain iaitu sikap berprasangka buruk. Masalah ini juga disentuh oleh Allah swt, “Hai orang-orang  beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya  sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari  kesalahan orang lain” (Al Hujuraat : 13). Dosa seperti ini yang sedang bermaharajalela di kalangan umat Islam, mereka cepat mempercayai sesuatu berita dan lebih biadap lagi mereka menokok tambah berita tersebut sehingga pihak lain yang mendengar berita tersebut mempercayainya. Berita-berita seumpama ini bakal menambahkan kebencian dan prasangka buruk masyarakat terhadap seseorang atau kaum.

Seharusnya umat Islam tidak terperangkap dengan dosa seperti ini yang hanya timbul disebabkan kemalasan mereka untuk membaca, membuat penyelidikan dan kajian daripada sumber sebenar. Adalah amat tidak bijak jika ingin mengetahui sesuatu tentang seseorang atau lebih luas lagi sesebuah organisasi atau Jemaah dengan bertanya kepada orang yang memusuhi organisasi/Jemaah  atau orang tersebut. Dengan kata lain, adalah satu kejahilan jika seseorang yang ingin mengetahui kebenaran Rasululllah saw dengan bertanya kepada Abu Jahal dan menjadikan kenyataan Abu Jahal sebagai pedoman untuk menerangkan akhlak Baginda saw. Sudah pasti kenyataan bersifat dusta dan fitnah yang akan diperolehi oleh orang yang bertanya tadi. Ingatlah permainan dusta atau fitnah adalah senjata yang sering digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman Nabi Muhammad saw sehingga kekuatan cahaya kebenaran Rasulullah saw hampir-hampir padam akibat kekotoran dusta dan fitnah. Baginda saw difitnah sebagai pendusta, pemecah belah masyarakat, ahli sihir, orang gila, penyembah bintang dan sebagainya untuk menakut-nakutkan masyarakat supaya tidak mendekatinya. Sehingga hari ini, fitnah-fitnah itu masih dilakukan oleh musuh-musuh Islam terutamanya di negara-negara Barat untuk mencapai objektif yang sama. Lebih buruk lagi umat Islam turut serta samada secara sedar atau tidak dalam melakukan perkara yang serupa. Bercambahnya perpecahan di kalangan umat Islam sesudah kewafatan Rasulullah saw adalah disebabkan ada di kalangan umat Islam tidak takut pada Allah swt, menyemarakkan dusta dan fitnah dalam masyarakat Islam dan majoriti umat Islam pula tidak mengamalkan firmanNya, Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik dengan suatu berita, maka selidikilah agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, kemudian kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Al Hujuraat : 7).

Elakkan Berprasangka Buruk Terhadap  Agama
Kristian atau Agama Lain

Dalam menghadapi ancaman fitnah-fitnah oleh musuh-musuh Islam pula, umat Islam perlu banyak mengkaji dan mendalami ilmu agama Islam serta mempelajari agama-agama lain khususnya agama yang ramai pengikut seperti  Kristian, Hindu dan Buddha. Selama ini akibat kekurangan membaca dan malas menggali ilmu mengakibatkan umat Islam bersikap tertutup dan ini menyuburkan penyakit berprasangka buruk. Apa yang dikesalkan selama ini, para ulama sering mengingatkan umat Islam mengenai bahaya Kristianisasi tetapi mereka tidak dibekalkan dengan ilmu yang secukupnya untuk menghadapi ancaman ini. Masalah ini menyebabkan umat Islam menjauhkan diri daripada berbicara mengenai agama dengan penganut agama Kristian atau agama lain dan tanpa disedari masalah ini telah membantutkan proses dakwah Islam secara efektif dan komprehensif. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada sesetengah ulama Islam yang terlalu berhati-hati dan prejudis terhadap agama-agama lain terutamanya agama Kristian. Mereka menanamkan sikap benci dan sering mengelak untuk berbincang atau berdebat secara sihat dengan tokoh-tokoh agama lain. Malah, pernah suatu ketika ada ulama yang berfikiran sempit mengeluarkan fatwa bahawa Al Quran tidak boleh dialih bahasa dan dicetak, mikrofon dan pembesar suara dilarang untuk digunakan semasa khutbah atau mengumandangkan azan. Alasannya disebabkan peralatan tersebut dicipta oleh masyarakat Barat (Kristian) yang dianggap sebagai “syaitan”.

Betapa ruginya jika seseorang memiliki sikap berprasangka buruk. Mujurlah Nabi Muhammad saw meninggalkan beberapa peristiwa untuk umat Islam pada hari ini menilai sendiri sikap keterbukaan dan tolak ansur terhadap agama-agama lain. Rasulullah saw memperlihatkan sikap toleransinya kerana Baginda saw menjauhi sikap berprasangka buruk dan ini dilakukan demi menarik mereka kepada Islam. Salah satu peristiwa tersebut ialah, “Satu perutusan suku Kristian dari Najran menghadap Baginda saw di Madinah untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam masalah keagamaan. Perbincangan itu diadakan di dalam masjid dan berjalan beberapa jam. Kemudian perutusan itu meminta izin meninggalkan masjid bagi mengadakan upacara ibadah di suatu tempat yang tenang. Rasulullah saw bersabda bahawa mereka tidak perlu meninggalkan masjid yang memang merupakan tempat khusus untuk ibadah kepada Tuhan dan mereka dapat melakukan ibadah mereka di dalam masjid” (Zurqani). Sikap keterbukaan dan toleransi Baginda saw telah mencairkan hati ramai orang-orang kafir yang degil dan keras hati larut bersama Islam dan kecintaan terhadap Allah swt.

Islam Berdiri Dengan Dalil

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah kerana masih ada ulama yang melarang orang Islam membaca Bibel atau kitab Injil, dan larangan ini dibuat kerana kononnya boleh menyesatkan umat Islam sedangkan umat Kristian melalui golongan orientalis Barat telah mengkaji Al Quran secara mendalam. Tujuan mereka bukan untuk memeluk agama Islam tetapi untuk mencari kelemahan Al Quran untuk digunakan bagi menentang Islam. Seharusnya umat Islam menggunakan pendekatan yang sama melahirkan pakar Bibel untuk melawan balik serangan tersebut. Para ulama tidak perlu bimbang kerana keunggulan Al Quran tidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana kitab termasuk kitab Bibel.

Jika umat Islam mendalami Bibel dan menjelaskan kandungannya dengan baik, sudah tentu mereka tidak ada selera untuk memeluk agama Kristian kerana Al Quran jauh lebih unggul dan sempurna daripada Bibel. Persoalan lain yang sering menghalang ialah bagaimana caranya bagi membuktikan keunggulan Islam kepada penganut agama Kristian jika tidak menyentuh dan membaca Bibel? Ketahuilah bahawa agama-agama dunia yang masih ada pengaruh kuat hingga ke hari ini seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain adalah agama berasal dari satu sumber kerana Allah swt berfirman, “Dan untuk setiap umat ada seorang rasul..”(Yunus : 48), “... dan tiada sesuatu kaum pun melainkan seorang Pemberi Peringatan telah berlalu...”(Al Faathir : 25), “Dan sesungguhnya telah Kami bangkitkan dalam setiap umat seorang rasul...”(An Nahl : 37), “Dan (Kami telah mengutus) para Utusan, yang sebelumnya telah Kami kisahkan kepada engkau, dan para Utusan yang tak  Kami kisahkan kepada engkau” (An Nisa : 165). Pada akhir ayat ini Allah swt menekankan, “Para Utusan, mereka pembawa khabar baik dan memberi peringatan, agar manusia tak mempunyai alasan untuk menentang Allah setelah (datangnya) para Utusan. Dan Allah Maha-perkasa, Maha-bijaksana” (An Nisa : 166). Oleh itu umat Islam hendaklah mempelajari agama-agama lain kerana ianya adalah jambatan kepada agama Islam. Umat Islam hendaknya mampu membuktikan dengan dalil yang bernas dari kitab-kitab agama lain bahawa Islam adalah agama terakhir untuk seluruh umat manusia.

>>Sumber:
Buku ‘Rahsia Kebangkitan Ummah’.


Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...