Tuesday, April 30, 2013

MUDARAT ARAK



Dalam waktu itu juga timbul persoalan mengenai arak. Ada yang berkata: “Huzur! Sekarang ini sudah dicipta biskut daripada arak”.

Beliau berkata:-
“Arak adalah musuh ketat bagi malu, iffat dan ketakwaan. Kemuliaan seorang insan boleh hilang sebagaimana anjing, kucing dan keldai yakni dengan meminumnya, keadaan hampir sama. Sekarang, jika musibah biskut ini tersebar ke seluruh dunia, maka ribuan orang yang tidak berdosa juga terlibat di dalamnya. Mula-mula sekali, beberapa orang akan menjauhi perbuatan yang memalukan, tetapi sekarang mereka mengambil biskut dan memasukkan ke dalam poket. Sebenarnya, dajjal tidak pernah mengurangkan usahanya untuk menyebarkan kefasikan dan keburukan di dunia, tetapi yang akan berlaku adalah di tangan Tuhan. Siapa yang mahu, silakan buat. Berkenaan dengan keagungan Islam ada dalam sebuah hadis bahawa ada seseorang telah mengkritik Islam, daripadanya keluar bau busuk minuman keras. Dia diperintahkan untuk dipukul kerana mengkritik Islam sedangkan dalam keadaan mabuk. Tetapi, sekarang ini tidak ada lagi had dan perkiraan. Mereka minum arak, berzina, ringkasnya tidak ada keburukan yang tidak mereka lakukan, tetapi dalam masa yang sama mereka juga tetap sedia mengkritik Islam. (Al-Hakam Jilid 7, nombor 8, halaman 14-15, tarikh 28 Februari 1903)

(Malfoozaat Jilid 3, halaman 105-107)

AMALAN HARIAN YANG TERBAIK



Di daerah Sialkot ada seorang yang terkenal. Selepas bai’at, dia bertanya bahawa “Huzur, beritahulah suatu wirid dari perkataan tuan sendiri.”

Beliau berkata:-
“Dirikan solat dengan penuh perhatian kerana ia adalah kunci segala kesulitan dan di dalamnya mengandungi segala kelazatan dan khazanah. Jalankan ibadat puasa dengan hati yang suci, berikan sedekah, banyakkan membaca salawat dan istighfar. Berlaku baiklah kepada keluarga kamu. Berlaku baik dengan jiran tetangga. Bersikap belas kasihan terhadap manusia dan haiwan, dan jangan sampai berlaku zalim atas mereka. Mohonlah sentiasa perlindungan setiap waktu dari Tuhan kerana kekotoran dan yang tidak bermanfaat akan menjadikan hati yang tidak rebah di istana Ilahi setiap masa akan semakin ketinggalan. Cuba bayangkan jika Tuhan tidak memberi perlindungan, maka insan tidak boleh hidup walau sesaat. Dari bawah bumi dan sehinggalah atas langit, setiap benda mempunyai lawannya masing-masing. Jika perlindungan Tuhan tidak bersama-sama, maka apa yang akan terjadi? Banyakkan berdoa dan teguhkan langkah atas hidayat Allah Ta’ala kerana hanya ada dua iradah-Nya, menyesatkan atau memberi hidayat sebagaimana yang difirmankan YUDHILLU BIHII KATSIIRAU WA YAHDII BIHII KATSIIRA. Jadi, jika iradah-Nya juga atas kesesatan, maka seharusnya setiap waktu hendaklah banyak berdoa untuk diselamatkan dari kesesatan dan diberi hidayat. Jadilah seorang yang lemah-lembut kerana orang yang bersifat lemah-lembut akan diperlakukan oleh Allah dengan kelembutan. Sebenarnya, insan yang baik ialah mereka yang melangkah di atas muka bumi ini dengan penuh berhati-hati jangan sampai ada serangga yang akan mendapat kesusahan. Ringkasnya, jangan pernah menyakiti sesiapa sama ada dengan tangan, kaki, mata dan anggota badan yang lain dan banyakkanlah berdoa.

(Malfoozaat Jilid 3, halaman 105-107)