Monday, May 27, 2013

Muzakarah Dengan Ustaz Azhar Idrus

BERANI USTAZ AZHAR IDRUS MUZAKARAH DENGAN AHMADIYAH??

http://www.youtube.com/watch?v=GfE4RT4BGmA

 


Published on May 26, 2013
Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim

Asyhadu alla ilaa ha ilallaah wa asyhadu anna Muhammad-ur-rasulullaah

THE AHMADIYYA MUSLIM JAMAAT MALAYSIA REQUESTS THAT AN OPEN DISCUSSION (MUZAKARAH) BE HELD WITH USTAZ AZHAR IDRUS (MALAYSIA)

THE AHMADIYYA MUSLIM JAMAAT MALAYSIA HEREBY APPEALS FOR AN OPEN MUZAKARAH TO BE HELD URGENTLY BEFORE ANYTHING OUTWARD HAPPENS.

27 MEI 2013

Yang Dihormati
Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum,

RAYUAN DIADAKAN MUZAKARAH TERBUKA ;
USTAZ AZHAR IDRUS DENGAN WAKIL JEMAAT AHMADIYAH MUSLIM MALAYSIA.

Terlebih dahulu, shalawat dan salam ke atas Junjungan Kita Nabi Muhammad saw, Nabi terakhir Pembawa Syariat yang sempurna.

Selari dengan perintah Al Quran, pihak saya memohon untuk diadakan MUZAKARAH TERBUKA dengan pihak ustaz. Memandangkan pihak ustaz telah banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan berunsur FITNAH kepada Ahmadiyah.

Oleh itu, sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad saw, pihak saya ingin menuntut keadilan dan memohon untuk membela diri terhadap segala kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak ustaz dengan diadakan muzakarah terbuka.

Mudah-mudahan MUZAKARAH TERBUKA ini akan membongkar siapa sebenarnya pembohong dan yang menghina Islam serta membolehkan masyarakat, pihak kerajaan dan media massa mendapat informasi yang lebih tepat mengenai permasalahan yang dibangkitkan oleh pihak ustaz.

Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia yang semakin matang dan rasional untuk menggunakan jalur kebebasan berfikir untuk menilai sendiri satu kebenaran dan kepalsuan.

Diharapkan pihak ustaz sebagai tokoh Islam yang sering mengajar umat Islam ke arah kebaikan akan sudi menyambut permohonan INI untuk diadakan MUZAKARAH TERBUKA.

Mudah-mudahan MUZAKARAH TERBUKA ini akan diberkati oleh Allah swt dan menonjolkan keagungan Islam yang berdiri dengan dalil dan hujah yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang benar

Ainul Yakin M. Zain
Jurucakap Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia
013-2066865


Friday, May 24, 2013

Ahmadiyah Menyelewengkan Al-Qur'an?

BENARKAH AHMADIYAH MENYELEWENGKAN AYAT AL-QUR'AN?


Screenshot dari salah satu facebook yang menyebarkan berita bahawa Ahmadiyah menyelewengkan ayat Al-Qur'an.


 




Sesiapa yang ada kemudahan application ini boleh lawati website Ahmadiyah sendiri bagi mengenal pasti kebenaran berita yang Tengku ini sebarkan agar jangan menjadi penyebar fitnah yang boleh membinasakan diri sendiri dengan hanya membuat share status dalam facebook.

http://www.alislam.org/apps/

Friday, May 10, 2013

Apa Kata Anda Tentang Ini?

Gambar ni diambil tahun lepas di sebuah Pasaraya di Beaufort Sabah, gambar ni pun baru jumpa dalam file lama. Ingatkan dah hilang.

Saturday, May 4, 2013

Tanggungjawab Suami Terhadap Keluarga



Allah Ta’ala telah menjadikan lelaki dalam wujud yang kuat, sebab itu mereka lebih banyak tanggungjawab berbanding wanita. Dari segi ibadat juga mereka lebih banyak dituntut berbanding dengan wanita. Sebab itu, sebagai suami mereka lebih banyak tanggungjawab yang harus dipenuhi dalam keluarga. Sebagai seorang ayah juga mereka mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak. Ringkasnya, suami mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dipenuhi sehingga mereka mendapat peringatan daripada Allah Ta’ala supaya kekal melakukan kebaikan, kekal atas ketakwaan dan memperlihatkan contoh yang terbaik kepada isteri dan anak-anak.

Dalam satu hadis, Hazrat Abdullah bin Umar radiallaahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa kaum lelaki adalah pengawas keluarga dan akan ditanya berkenaan dengan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Kaum wanita pula adalah pengawas rumah suami dan akan ditanya berkenaan dengan tanggungjawab mereka.

Sudah menjadi kebiasaan, oleh kerana lelaki merasa tanggungjawab mereka adalah di luar rumah, oleh kerana mereka merasa bahawa mereka ada tanggungjawab yang besar di luar dengan bekerja keras mencari sumber penghidupan, sebab itu mereka tidak dapat memberikan penumpuan terhadap pengurusan rumahtangga dan menganggap tugas pendidikan anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada wanita.

Jadi, hendaklah diingat bahawa walaupun berperanan sebagai ketua keluarga, mereka juga harus menunaikan hak-hak isteri dan anak-anak, mereka juga harus meluangkan masa bersama ahli keluarga tidak kira sama ada dua hari dalam seminggu atau sekurang-kurangnya hujung minggu. Suami bertanggungjawab menjadikan anak-anak rapat dengan masjid, membawa mereka dalam program-program jemaat, mengadakan acara-acara yang menggembirakan, melibatkan diri dalam program yang mereka minati, dan mendengar masalah mereka laksana sebagai seorang kawan. Suami harus bertanya mengenai masalah kepada isteri dan anak-anak serta berusaha menyelesaikannya. Dengan itu, suami boleh menjadi pemimpin yang layak dicontohi. Ini kerana, beberapa pemimpin yang tidak mengetahui suatu masalah di tempatnya tidak boleh dianggap sebagai pemimpin yang berjaya. Sebab itu, pengawas yang terbaik ialah mereka yang mengetahui masalah-masalah di persekitarannya.

Seorang mukmin diperintahkan agar menghindari perkara-perkara yang cenderung ke arah keduniaan, jika semata-mata kerana kesibukan mengkhidmati agama ataupun kerana beribadat kepada Allah Ta’ala, kaum lelaki menjadikan kebiasaan tidak mengambil tahu tentang keadaan sekeliling, tidak menunaikan hak isteri dan anak-anak, tidak menunaikan hak orang-orang yang datang berjumpa dan juga tidak melaksanakan tugas terhadap masyarakat, ini juga satu perbuatan yang salah. Perbuatan ini tidak menegakkan tingkat ketakwaan, sebaliknya jika hendak mencapai tingkat ketakwaan, maka sempurnakan hak-hak Allah dan juga hak-hak hamba.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda; “orang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang berbuat baik terhadap ahli keluarganya, dan saya adalah orang yang paling baik terhadap keluarga saya”. (Tirmizi Kitabul Manaqib, Baab Fazlu Azwaazun Nabi sallallaahu alaihi wasallam)

Jadi, kita harus mengukur diri kita sendiri bahawa adakah kita dapat beramal atas ajaran ini? Kadang-kadang ada rungutan dari sebuah rumah bahawa seorang suami sedang duduk membaca surat khabar di atas kerusi, bila kehausan dia akan memanggil isterinya agar mengambilkannya air atau jus dari peti sejuk untuk diberikan kepadanya, sedangkan pada masa yang sama peti sejuk itu sangat dekat kepadanya. Dan jika isteri sedang sibuk atau disebabkan sesuatu perkara isteri datang lambat, maka suami mula bising atau marah-marah. Jadi, dari satu sudut mendakwakan diri sebagai pencinta Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tetapi pada sudut yang lain tidak menzahirkan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam.

Seorang suami hendaklah menunjukkan sikap lemah lembut terhadap keluarga sebagaimana Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tidak pernah mengangkat tangan kepada isteri-isteri baginda.

Kebelakangan ini, suami cepat mengangkat tangan ke atas isteri walaupun hanya disebabkan perkara-perkara kecil sedangkan, di mana ada keizinan untuk memberi hukuman terhadap isteri, terdapat banyak peraturan yang harus diikuti. Sebab itu, sebagai ganti mencari-cari alasan adalah lebih baik memahami tanggungjawab sendiri dan sempurnakan hak-hak wanita sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an; yakni lelaki adalah pengawas kepada wanita atas kurnia yang telah diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Sebab itu jugalah lelaki yang harus memberikan belanja kepada wanita. Jadi, wanita yang baik akan memelihara apa sahaja yang telah diberikan oleh lelaki kepada mereka sesuai dengan ketetapan daripada Allah Ta’ala.

Jika suami risau wanita akan membuat sesuatu yang berunsur pemberontakan, maka pertama sekali nasihati mereka, kemudian asingkan tempat tidur, dan jika perlu, isteri boleh diberi hukuman fizikal. Selepas mereka kembali taat, maka janganlah pula mencari-cari alasan untuk menentangnya.

Jadi, amalkan cara memberi hukuman yang telah ditetapkan, jika tidak kelihatan perubahan ke arah kebaikan, maka berilah hukuman. Jangan pernah mengamalkan sikap pemarah, yakni hanya disebabkan perkara kecil, lelaki mudah mengangkat tangan atau menggunakan benda yang boleh menyakitkan tubuh badan. Jangan juga terlalu zalim sehingga mencari kesalahan-kesalahan wanita yang baik yang menyebabkan wanita itu diberi hukuman berbentuk fizikal. Jadi, lelaki hendaklah ingat perkara ini bahawa jika perbuatan seperti ini berlaku dan sampai kepada pengetahuan Nizam Jemaat, maka lelaki itu hendaklah diberi hukuman, sebab itu jangan memburukkan nama Al-Qur’an dan perbaikilah keadaan diri sendiri.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda: “Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa KHAIRUKUM KHAIRUKUM LI AHLIHII, orang terbaik di kalangan kamu adalah yang berbuat kebaikan untuk keluarganya. Mereka yang berbuat tidak baik terhadap keluarganya bukan orang yang baik. Mereka hanya dapat berbuat baik terhadap orang lain sekiranya mereka telah berbuat baik terhadap keluarga terlebih dahulu.

Ada orang yang kelihatan baik di luar rumah, tetapi mereka sebenarnya mempunyai kekurangan sekiranya tidak berbuat baik terhadap isteri, sebab itu masyarakat harus merenungkan situasi ini. Ada beberapa kejadian di mana lelaki yang penuh dengan emosi menjadi marah dan memukul isterinya walaupun hanya disebabkan perkara yang kecil sehingga cedera dan ada kes sampai ke tahap meninggal dunia.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menasihatkan kepada suami isteri, sekiranya kamu mendapati pada diri pasangan kamu ada suatu keaiban atau suatu perkara yang kamu tidak sukai, maka semestinya kamu akan mendapati ada suatu keistimewaan dalam diri pasangan kamu yang pasti kamu sukai. Oleh sebab itu, perkara yang menarik itu hendaklah diberi perhatian dengan mengamalkan sikap lebih mengutamakan orang lain daripada diri sendiri sehingga tercipta suasana muafakat yang indah. Ciptakan keamanan dan perbaikan dalam hubungan. Inilah nasihat untuk suami isteri, sekiranya mereka berjaya menahan emosi masing-masing, sudah pasti masalah-masalah kecil dalam rumahtangga akan dapat dihindari dan anak-anak akan terselamat. Tetapi, dalam beberapa kes ada juga terjadi dalam dunia ini di mana seorang manusia melakukan satu perbuatan yang lebih jahat daripada perlakuan binatang.

Seorang insan terutama sekali seorang lelaki harus mempunyai ciri khusus yang boleh mewujudkan suasana yang suci iaitu berwatak baik (menjalinkan hubungan silaturrahim), menjaga kebaikan keluarga, memenuhi kekurangan mereka dan menjauhi kesulitan mereka.

Menjalinkan silaturrahim satu hal yang sangat luas. Ia termasuklah tanggungjawab suami memenuhi hak isterinya. Silaturrahim itu sangat perlu dijalin dengan isteri. Jika kebiasaan ini wujud dan hubungan silaturrahim suami isteri dapat ditegakkan, adakah kemungkinan satu keluarga itu akan mengalami kehancuran? Adakah akan terjadi pergaduhan? Sudah pasti tidak! Ini kerana, kebanyakan pertelingkahan bermula dari hal-hal kecil di mana seorang ayah atau seorang ibu memperkatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang, walaupun hanya bergurau tetapi ada yang tersinggung sehingga membuat keputusan: saya tidak akan bercakap dengan mak kamu, saya tidak akan bercakap dengan bapa kamu, saya tidak akan bercakap dengan abang kamu, saya tidak akan bercakap dengan keluarga kamu. Inilah yang boleh mendatangkan masalah perselisihan faham.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam banyak memberikan kepada kita contoh-contoh dalam soal berbuat baik terhadap keluarga.

Kadang-kadang ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian kerana sekarang ini lelaki dan wanita banyak melakukan aktiviti secara bersama. Tetapi, ia bukan bermakna bahawa lelaki mendapat keizinan untuk duduk dalam majlis-majlis wanita atau suami boleh duduk-duduk bersama dengan teman-teman isteri secara terbuka. Bersikap prihatin itu perkara lain dan bersenda gurau dengan teman-teman isteri adalah perkara lain. Ia boleh mendatangkan banyak perkara yang tidak diingini kerana ada beberapa kes di mana isteri diketepikan dan teman isteri pula mendapat kedudukan seperti isteri sendiri. Lelaki menjalani kehidupan dunianya tetapi isteri pertama hanya menitiskan air mata. Dan hal ini satu perbuatan zalim dan Islam sama sekali tidak mengizinkan perbuatan ini. Lelaki hanya pandai berkata: kami mendapat izin untuk berkahwin. Seharusnya lelaki merenungkan tanggungjawabnya, dia harus juga memikirkan isterinya yang telah berkorban melalui kehidupan susah bersama dengannya. Isteri telah menemani suami saat dia sendirian, menjadi pembantu saat suami memerlukan bantuan, memberikan hartanya sebagai pengorbanannya untuk suami, dan Allah Ta’ala juga telah memberi kurnia anak-anak melaluinya.

Satu perkara yang perlu difikirkan bersama, ada suami yang selalu melupakan pengorbanan isteri sehingga ada kes di mana suami memaksa isteri untuk memberikan segala harta benda yang dimilikinya. Dan ada juga kejadian di mana lelaki yang datang dari keluarga terhormat turut melakukan perbuatan buruk seperti ini. Jadi, orang seperti itu harus takut kepada Allah Ta’ala dan berusaha untuk memperbaiki keadaan diri sendiri. Jika tidak, jika perkara ini sampai kepada Nizam Jemaat, maka jangan bersama-sama dengan orang seperti itu. Bukan setakat anak lelaki sahaja yang berbuat seperti itu, malah ibu bapa anak-anak seperti itu juga memberi tekanan ke atasnya.

Mereka juga hendaklah ingat bahawa mereka pun mempunyai anak-anak perempuan, dan boleh sahaja anak-anak perempuan mereka akan diperlakukan seperti yang mereka telah lakukan. Dan mereka yang tidak ada anak perempuan tidak dapat merasainya kerana mereka hanya ada anak lelaki, namun mereka juga hendaklah ingat bahawa Allah Ta’ala yang memberikan kehidupan dan akan hadir di hadapan-Nya suatu masa nanti.

Pernah sekali Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam balik ke rumah lewat malam, tanpa mengejutkan sesiapa baginda mengambil makanan sendiri ataupun meminum susu tanpa menyuruh sesiapa.

Inilah uswah daripada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, tetapi walaupun ada contoh di hadapan mata, lelaki yang balik lewat malam setiap hari, sekiranya isteri makan terlebih dahulu disebabkan kesihatan yang kurang baik, maka kiamat akan terjadi. Mood akan hilang dengan mengatakan bahawa: kenapa tidak menunggu saya? Dalam masyarakat kita hal ini banyak terjadi, tetapi dengan tingkat pendidikan yang ada, perkara seperti ini sepatutnya sudah tidak wujud lagi. Perkara ini juga hendaklah diperbaiki. Ini kerana, disebabkan suami telah menjadi marah, maka mertua juga turut marah kepada menantu mereka dengan mengatakan: kenapa kamu tidak menunggunya?

Dewasa ini ada yang tidak memikirkan isteri kerana orang akan berkata: jangan menjadi hamba kepada isteri. Ada juga ibu bapa dari keturunan yang mulia pun sama mengatakan kepada anak lelaki mereka supaya jangan menjadi hamba kepada isteri. Ini semua akan menyebabkan jurang kasih sayang dan perlakuan baik menjadi renggang sehingga mencapai tahap cenderung mencintai yang lain.

Kemudian, lelaki yang selalu memandang harta isteri, mereka hendaklah ingat bahawa tanggungjawab memberikan nafkah adalah tugas mereka, dan harta isteri bukan hak mereka. Memberikan perbelanjaan untuk isteri dan anak-anak adalah tugas suami. Oleh sebab itu, walaupun terpaksa bekerja sebagai buruh, perbelanjaan keluarga hendaklah diberikan. Kemudian, mereka harus banyak berdoa di samping usaha keras, semoga Allah Ta’ala memberikan berkat yang banyak.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam pernah menasihatkan: Selalulah memikirkan untuk melakukan kebaikan kepada wanita kerana mereka terikat seperti tahanan bersama-sama dengan kamu. Kamu juga tidak mempunyai hak untuk memukul mereka sesuka hati melainkan mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Dan hak kamu terhadap mereka ialah menyediakan makanan dan pakaian yang baik untuk mereka.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam telah memberikan banyak contoh kepada kita bagaimana untuk bermasyarakat dengan para wanita. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda bahawa lelaki itu adalah keras hati jika mereka bangkit mencederakan wanita. Cuba kaji kehidupan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bagaimana akhlak baginda dalam memperlakukan para wanita.

Dalam satu riwayat Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa berbuat baiklah kepada wanita. Sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, dan tulang rusuk itu dalam keadaan bengkok, jika kamu berusaha untuk meluruskan tulang rusuk yang bengkok itu, maka kamu hanya akan mematahkannya. Dan jika kamu biarkan, ia akan terus berada dalam keadaan bengkok selamanya. Jadi, hadapilah mereka dengan perlakuan yang baik kerana kamu juga boleh mengambil manfaat daripada mereka walaupun dalam ia dalam keadaan bengkok.

Walaupun ia bersifat bengkok, namun di situlah letaknya kekuatan mereka, dalam mana-mana bangunan atau jambatan, tidak semua bahagian mempunyai sifat yang lurus, kadang-kadang perkakas yang bengkok itu memiliki lebih banyak ketahanan atau kekuatan berbanding dengan perkakas atau barang yang lurus. Jadi, dalam apa keadaan sekalipun, lelaki boleh sahaja mengambil manfaat daripada mereka. Dan hal ini juga terbukti bahawa wanita memiliki semangat pengorbanan yang tinggi kerana Allah Ta’ala sendiri yang telah meletakkan semangat itu dalam diri setiap wanita. Jika kamu dapat memberikan mereka contoh yang baik, maka mereka akan bersedia setiap masa berkorban untuk kamu. Jadi, bukan kekerasan yang menjadikan mereka lebih bermanfaat untuk kamu malah kasih sayang, kecintaan dan kelembutan yang lebih banyak mendatangkan faedah.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda dalam suatu ilham: Berlembutlah, berlembutlah, punca segala kebaikan adalah kelembutan. Beliau menulis bahawa dengan ilham ini ia mengajarkan kepada setiap anggota Jemaat supaya berbuat baik terhadap isteri masing-masing. Maksud lelaki dan wanita bernikah adalah supaya mereka bersatu hati, jadi berusahalah supaya tidak ada penghalang di dalamnya. Al-Qur’an juga mengajarkan bahawa kamu hendaklah berlaku baik terhadap isteri-isteri kamu. Dan di dalam hadis pula ada menyatakan bahawa orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarganya.

Jadi, berbuat baiklah kepada isteri sama ada secara rohani atau jasmani. Berdoalah sentiasa untuk mereka dan jangan pernah terfikir untuk menjatuhkan talak kerana di sisi Tuhan, seorang lelaki itu sangat buruk jika dia cepat dalam menjatuhkan talak. Jika Tuhan telah memberikan pasangan, ia jangan dicemarkan atau diputuskan sesuka hati.

Beliau juga bersabda bahawa sekarang ini ramai lelaki yang telah melakukan kesilapan dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak dan isteri. Al-Qur’an mengajarkan supaya berbuat baik kepada para wanita. Tetapi sekarang ini ada perlakuan yang tidak betul. Ada dua kelompok dalam perkara ini. Satu kelompok ialah mereka yang telah memberikan kebebasan penuh kepada wanita untuk melakukan perbuatan yang memalukan, yakni ajaran agama tidak memberi pengaruh apapun ke atas mereka. Dan mereka melakukan perkara yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak ada yang mengkritik mereka. Misalnya dalam soal pardah.

Ada juga yang tidak memberikan kebebasan kepada para wanita mereka, tetapi tindakan mereka pula terlalu keras sehingga mereka tidak lagi dapat dibezakan dengan perbuatan haiwan. Jika  mereka memukul, mereka tidak ada perasaan belas kasihan. Banyak lagi perbuatan-perbuatan yang buruk, sehingga berkenaan dengan wanita itu ada ungkapan ibarat sepasang kasut di mana satu kasut dibuka dan kasut lain pula yang dipakai. Perkara ini sangat berbahaya dan sangat bertentangan ajaran Islam. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam memberikan contoh yang agung dalam semua perkara. Cuba perhatikan bagaimana baginda bermasyarakat dengan wanita-wanita.

Kadang-kadang dalam sebuah rumah terjadi perkara yang buruk. Ibu mertua kerana memang begitu perangainya akan berkata: Halau dia dari rumah! Sehingga ayah mertua wanita berkenaan, walaupun telah diberikan oleh Allah Ta’ala akal fikiran, turut mengikuti kata isterinya dan ada juga yang mencapai tahap mengangkat tangan terhadap anak menantu mereka.  Kemudian berkata juga kepada anak lelaki mereka: Pukul dia, jika mati pun tidak ada bezanya, kita akan dapatkan isteri yang lain untuk kamu.

Seharusnya seorang suami perlu melayan isteri laksana dua orang sahabat sejati. Bukti pertama seorang insan mempunyai akhlak fadhilah dan hubungan yang baik dengan Allah Ta’ala ialah bagaimana hubungan mereka dengan wanita. Jika hubungan dengan wanita sahaja tidak baik, bagaimana mereka mengatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Allah Ta’ala. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang sangat baik terhadap ahli keluarganya.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menekankan lagi bahawa orang yang tidak berlaku baik dan tidak berlemah lembut terhadap isteri dan ahli keluarganya bukan dari anggota jemaatku.

Pernah sekali ada seseorang datang kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersama dengan seorang anak kecil. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bertanya: Adakah kamu kasih kepadanya? Orang itu menjawab: Benar ya Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam! Saya kasih kepadanya. Maka baginda bersabda lagi: Allah Ta’ala akan mengasihi engkau lebih daripada engkau mengasihinya dan Tuhan itu Arhamur Raahimiin.

Zaman ini sangat menuntut seseorang ayah agar lebih bertanggungjawab. Bukan hanya melaksanakan tanggungjawab di luar rumah, di dalam rumah juga hendaklah diberi perhatian. Mereka harus memahami bahawa sekarang ini sedang berlaku suasana yang boleh memberi kerosakan dalam masyarakat.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda: Memukul anak seumpama itu termasuk syirik. (Ada ayah yang suka memberi hukuman dengan teruk). Dia bertindak seolah-olah hendak menjadikan dirinya satu bahagian dalam hidayat dan rububiyat. Seorang yang pemberang apabila memberi hukuman boleh mencapai tahap yang teruk laksana memperlakukan musuh ketat. Memberi hukuman itu merupakan kewajipan jika ia bertujuan untuk perbaikan, tetapi elakkan memberi hukuman yang dilakukan dengan tidak terkawal. Sebagaimana usaha dilakukan untuk memberi hukuman, giat dalam berdoa juga satu hal yang perlu diberi perhatian. Ini kerana doa seorang ayah terhadap anak-anaknya sangat makbul.

Di satu tempat Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa kamu hendaklah menghormati anak-anak kamu dan memberi tarbiyat yang terbaik untuk mereka.

Jadi, untuk melahirkan jiwa kehormatan dalam diri anak-anak, adalah perlu menghormati mereka dan mengajarkan adab-adab, dengan itu nanti mereka akan menghormati orang lain. Jika tidak begitu maka mereka akan merasa lebih tinggi berbanding orang lain, mereka akan merasa lebih mulai daripada orang lain sehingga mereka tidak ada rasa hormat terhadap orang yang lebih tua berbanding mereka. Jadi, tarbiyat yang betul ialah tarbiyat yang mengajarkan anak-anak mencapai akhlak yang tinggi.

Pernah juga Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa orang yang diuji melalui anak-anak perempuan lalu mereka dapat melaksanakan tarbiyat yang baik kepada anak-anak perempuan mereka, maka ia akan menjadi sarana keselamatan mereka dari jahannam.

Cuba lihat bagaimana khabar gembira yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam terhadap orang yang memiliki anak-anak perempuan. Insan itu banyak dosa dan kesalahan-kesalahan lain. Namun, Allah Ta’ala banyak meletakkan sarana-sarana keampunan. Jadi, sebagai ganti merasa bernasib malang memiliki anak perempuan, seharusnya mereka bersyukur dan berusaha memberi tarbiyat kepada mereka selain banyak berdoa untuk kebaikan mereka.

Jadi, seorang lelaki yang mendapat kedudukan sebagai pemimpin, mereka seharusnya berusaha untuk menjadi muttaqi, dan untuk menjadi ketua keluarga yang muttaqi, dia sendiri yang harus disiplin dalam solat, dia harus bangun malam atau sekurang-kurangnya bangun untuk Subuh selain mengejutkan isteri dan anak-anak untuk solat Subuh. Jika sebuah rumah ada ahli keluarga yang beribadat seperti itu, maka keluarga itu akan mendapat berkat yang banyak daripada Allah Ta’ala. Tetapi, ingatlah bahawa usaha ke arah itu hanya akan dapat dicapai sekiranya diiringi dengan doa. Terutama sekali dalam doa-doa, di situ hendaklah dimasukkan doa-doa khas untuk isteri dan anak-anak.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam mengajarkan cara untuk berdoa iaitu berdoa setiap hari. Pertama sekali berdoa untuk diri sendiri supaya Allah Ta’ala memberikan tugas yang boleh menzahirkan kemuliaan-Nya dan mendapat taufik untuk menarik keredhaan-Nya. Kedua, berdoa untuk ahli keluarga agar mereka menjadi penyejuk mata dan mereka semua berjalan atas landasan yang diredhai Allah Ta’ala. Ketiga, berdoa untuk anak-anak agar semuanya menjadi pengkhidmat agama. Keempat, berdoa dengan menyebut nama sahabat-sahabat yang mukhlis. Kelima, berdoa untuk semua anggota jemaat ini samada dikenali atau tidak.

Semoga Allah  memberi taufik kepada kita untuk menunaikan hak dalam cara yang sebenarnya. Semoga Allah menjadikan isteri dan anak-anak sebagai sarana ketenangan dan penyejuk mata kepada kita. Semoga Allah Ta’ala memberi taufik kepada kita agar dapat meninggalkan keturunan yang soleh.

Semoga semua suami, isteri dan anak-anak mendapat manfaat daripada perkara ini. Banyakkan berdoa dan membaca salawat, perlihatkan contoh akhlak yang terbaik, tanamkan sikap bertoleransi dalam diri, elakkan diri dari perbuatan marah hanya disebabkan perkara kecil, amalkan sikap memaafkan. Jalinkan kasih sayang dalam masyarakat, jika ada pertelingkahan timbul dalam masyarakat, selesaikan permasalahan mereka agar menjadi bersatu semula.


Diterjemahkan dan diolah dari Khutbah Huzur
02.07.2004