Thursday, July 11, 2013

Rahsia Kebangkitan Ummah - 6



DAJJAL SUDAH DATANG – MASUK KE DALAM RUMAH UMAT ISLAM

Umat Islam Jangan Berkhayal.  

Amat dikesalkan kerana majoriti umat Islam percaya bahawa Dajjal adalah sejenis makhluk perkasa lagi menggerunkan yang akan muncul untuk memporak perandakan serta menyesatkan seluruh kehidupan umat manusia di bumi. Yang peliknya siapa yang menciptakan makhluk Dajjal yang ganjil ini? Kalau memang Allah swt yang cipta, untuk apa Allah swt menciptakan makhluk seperti ini? Kemudian Allah swt mengutus pula dua orang dengan “super power” iaitu Imam Mahdi dan Isa Al Masih untuk berperang dengan Dajjal tersebut. Belum cukup rosak lagikah keadaan umat manusia sehingga Allah swt perlu mengutus ke dunia ini makhluk perosak yang dinamakan Dajjal? Sungguh hebat hikayat yang membuai perasaan serta fikiran umat Islam selama ini. Bukankah menurut Rasulullah saw kedatangan Imam Mahdi adalah untuk menghentikan peperangan? Yang mana satu yang betul, berperang atau menghentikan peperangan?

Para pakar Islam banyak menulis buku menerangkan keadaan Dajjal menurut gambaran dan pemahaman mereka tanpa memikirkan tafsiran sebenar sabda-sabda suci Rasulullah saw. Mereka mengaut keuntungan bukan sedikit dengan menulis buku yang tebal-tebal belaka, penuh dengan fakta-fakta yang menyimpang jauh dari Al Qur’an dan sunnah Rasulullah saw. Umat Islam yang membacanya terus dibuai khayalan. Yang anehnya pihak berkuasa agama tidak pula beranggapan buku-buku seperti ini memesongkan umat Islam. Mereka membiarkannya dijual dan diedarkan berleluasa tanpa sedikitpun sekatan. Pendapat-pendapat seperti ini memberikan imej negatif kepada agama Islam, umat lain tidak akan tertarik dengan cerita berbentuk dongeng seperti ini, ianya sama sekali tidak boleh diterima oleh akal. Inilah bahayanya apabila satu umat telah dikongkong oleh kemalasan untuk memikir dan merenung, otak menjadi beku, apa saja yang disuap akan ditelannya bulat-bulat. Berdirinya Islam dengan teguh kerana didukung oleh akal dan dalil. Sehingga orang yang tidak berakal atau belum berakal terlepas dari perintah yang diwajibkan, inilah buktinya bahawa umat Islam benar-benar dituntut memikir, merenung dan menganalisa segala hal dan perkara. Jika tidak, padahnya amat merugikan, lihatlah segala persoalan serta permasalahan yang merempuh umat Islam hari ini akibat tidak mengutamakan akal. Perhatikan firman Allah swt dalam Al Qur’an sering menggunakan perkataan seperti, “La aayaati liqaumi ya’qiluun” (tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akal) (Al Baqarah : 165), “La aa yaati liqaumi yatafakkaruun” (tanda-tanda bagi kaum yang mahu merenungkan) (An Nahl : 70). Wahai! Umat Islam sedarlah dari khayalan, pergunakan kekuatan minda yang telah dianugerahkan oleh Allah swt Yang Maha Perkasa. Segala perkara di sisi Islam tertakluk kepada hukum logik dan saintifik, sebab dan akibat. Segala sesuatu di dalam Al Qur’an seiring dengan tahap kemajuan dan segala sesuatu juga dapat dibuktikan dengan kaedah sains, itulah kelebihan Islam berbanding agama-agama lain.

Dajjal Yang Sebenar

Mengenali Dajjal bukanlah sesuatu yang sukar, ianya hanya memerlukan sedikit renungan terhadap sabda-sabda Rasulullah saw. Tidak perlu berfantasi dalam memahami sabda Rasulullah saw berkaitan dengan Dajjal. Kuncinya adalah berpegang teguh kepada fakta bahawa Islam merupakan agama yang tidak memisahkan akal dan dalil dalam menentukan dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Dajjal sememangnya wujud kerana Rasulullah saw mengkhabarkannya, “Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu;  lalu kamu akan bertempur dengan Parsi dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Rom dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.” (Muslim). Lembaran sejarah memaparkan bukti nyata bahawa peperangan umat Islam dengan bangsa Arab jahiliyah, Persia dan Rom, dengan izin Allah dan sebagai bukti kepada kebenaran sabda Rasul Allah, kemenangan sememangnya berpihak kepada umat Islam. Namun timbul pertanyaan, apakah buktinya berperang dengan Dajjal kemenangan telah berpihak kepada umat Islam, pada hal Dajjal belum turun lagi? Jika Dajjal adalah seperti dalam khayalan umat Islam hari ini, sudah tentu umat Islam pasti kecundang sebelum berperang kerana Dajjal dalam khayalan seperti itu sungguh luar biasa kekuatannya, pihak Amerika sekalipun tidak akan dapat menandinginya. Jika ditelaah walaupun hanya sedikit, maka akan terserlah kepada umat Islam jelas bahawa Dajjal adalah satu bangsa sebagaimana bangsa Arab, Persia dan Rom. Dalam hadis di atas, berperang dengan Dajjal secara fizikal amat tepat sekali jika dirujuk kepada perang salib dimana kemenangan berpihak kepada umat Islam. Timbul pula tanda tanya, apakah umat Kristian adalah Dajjal? Jawapannya akan dibahas dengan lebih jelas dalam bab berikutnya.

Dalam kesempatan lain Rasulullah saw juga bersabda, “Apabila ia (Dajjal) muncul dan aku ada di tengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan dalil dan apabila ia muncul sedangkan aku tidak ada di tengah-tengah kamu hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia” (Kanzul Ummal, jilid VII, halaman 2076). Dalam sabda suci Rasulullah saw yang khusus ini dijelaskan bahawa terjadi satu lagi jenis peperangan di antara umat Islam dan Dajjal tetapi bukan secara fizikal. Sebaliknya peperangan yang akan berlaku adalah peperangan spiritual, lebih sesuai difahami sebagai peperangan “HUJAH dan PENA” sebab Rasulullah saw mengatakan Dajjal boleh dikalahkan dengan dalil. Kesimpulannya, umat Islam bersama Imam Mahdi yang dijanjikan di akhir zaman akan memerangi Dajjal dengan dalil Al Qur’an dan menyebarkan dengan meluas tulisan-tulisan berkaitan dengan ketauhidan Allah swt serta keindahan Al Qur’an dan akhlak suci Rasulullah saw.

Dajjal datang bukan untuk membunuh manusia tetapi menyesatkan mereka dengan berbagai cara kefahaman dan kebendaan duniawi dan pelbagai keraguan, agar manusia itu lalai dan meninggalkan keimanannya. Sebab itulah Rasulullah saw bersabda bahawa beliau saw akan mengalahkan Dajjal dengan dalil, maknanya dengan Al Qur’an. Demikian juga apabila Isa Almasih yang dijanjikan di akhir zaman diutus, beliau akan mengalahkan Dajjal dengan dalil yang sama seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Lebih jelas dan ringkas menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal (segala keburukan yang dibawa oleh Dajjal) adalah dengan jalan dakwah Islamiyah iaitu menyeru umat manusia kembali kepada Allah swt, sesuai dengan sabda Rasulullah saw, “Makanan orang mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat yakni memuliakan Allah, maka barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka bagi dia Allah akan menghilangkan kelaparan.” (Kanzul Ummah, jilid VII, halaman 2041). Rasulullah saw mengatakan fitnah-fitnah Dajjal, maknanya segala macam keburukan yang mendorong umat manusia terjerumus ke lubang neraka akan ditimbulkan oleh Dajjal melalui pelbagai kefahaman dan penciptaan. Oleh yang demikian permasalahan Dajjal dalam kehidupan umat dan agama Islam tidak boleh dipandang ringan. Jika majoriti umat Islam terjerumus ke lubang neraka, apa lagi yang boleh  dibanggakan dengan agama Islam? Bangkitnya Islam bergantung kepada kemampuan umat Islam dalam menghalang kemaraan Dajjal yang terus menerus merempuh agama Islam dan umatnya. Hanya pengamalan agama Islam yang sebenar sahaja yang dapat menghadang Dajjal dari memporak perandakan dunia dan seisinya. Pengamalan agama Islam yang sebenar bermakna tingkah laku umat Islam yang beriman hendaklah dihiasi dengan amal saleh. Oleh itu umat Islam wajib sedar bahawa sudah sewajarnya Dajjal menganggap Islam sebagai musuh utama, maka berwaspadalah.

Renungkan sabda Rasulullah saw ini, “Barangsiapa hendak terselamat dari fitnah-fitnah Dajjal maka bacalah sepuluh ayat permulaan dan terakhir dari suratul Kahfi, nescaya Dia akan terselamat dari godaan pengaruh Dajjal” (Musnad Ahmad, Abu Daud Jilid 6, hal. 449). Jika hanya dengan membaca sahaja sepuluh ayat permulaan dan terakhir suratul Kahfi boleh menyelamatkan umat Islam dari fitnah Dajjal, maka apa perlunya Imam Mahdi dan Isa Al Masih diutus untuk memerangi Dajjal? Kalau sekadar sepuluh ayat sahaja malahan lebih daripada sepuluh ayat sekalipun bukanlah satu perkara mustahil bagi umat Islam untuk membacanya, malahan menghafalpun bukan masalah. Namun pada hakikatnya bukan itu maksud sebenar sabda Rasulullah saw. Perkara yang begitu jelas ialah kemunculan Dajjal yang dijanjikan merupakan satu kepastian kerana Rasulullah saw pernah bersabda dengan menghubungkaitkan Dajjal dan surah Al Kahfi yang mana akan dibahas dalam bab seterusnya.

Dajjal Dari Sudut Bahasa Arab

Dajjal dari segi bahasa Arab memberi beberapa makna kata sifat yang sesuai ditujukan kepada umat manusia, di antaranya adalah seperti berikut:

Satu golongan manusia yang amat ramai - sehingga meliputi permukaan bumi sebab mereka berada di merata tempat. Mereka terdiri dari bangsa-bangsa tetapi sifat, cara dan tujuan hidup mereka adalah sama.
Satu golongan manusia yang bersifat pemalsu, pendusta, menggelincirkan, memesongkan. Pada zahirnya bersikap baik tetapi penuh dengan tipu muslihat. Semua yang mereka lakukan dipandang untuk kebaikan semua, namun terselindung disebalik kebaikan itu ialah kehancuran kepada pihak lain. Keimanan seseorang boleh tergelincir disebabkan pengaruhnya yang meliputi segenap kehidupan dari masa kanak-kanak hinggalah ke masa tua.
Orang yang sangat kaya raya - kekayaan yang dimiliki tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun. Bangsa lain mengemis pada mereka. Ringkasnya ekonomi dunia dalam genggaman mereka.
Pengembara atau musafir - merantau ke merata tempat adalah kegemaran mereka dan ini adalah sebahagian dari cara hidup mereka. Bukan hanya permukaan bumi dikelilingi malah di luar angkasa mereka juga terokai.
Menyeliputi atau membungkus - Ini adalah salah satu sifat buruk yang mereka miliki iaitu menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan sentiasa menyembunyikan niat jahat mereka dengan pelbagai cara.
Kelompok orang ramai yang membawa barang dagangan - semenjak dahulu kala lagi hingga sekarang mereka bijak berniaga dan memasarkan barangan mereka menembusi seluruh pelosok dunia. Hal ini juga menyebabkan mereka sangat kaya dan dapat menguasai ekonomi dunia.

Kata sifat yang tertera seperti di atas sememangya amat tepat ditujukan oleh Rasulullah saw kepada bangsa Barat. Mereka berada di mana-mana, suka mengembara, kaya raya – kuasa ekonomi dunia berada dalam  genggaman mereka – jatuh ekonomi negara mereka bermakna jatuhlah ekonomi seluruh dunia. Mereka adalah pedagang yang berprestasi tinggi diperingkat global. Mereka pembohong besar, penipu dan begitu angkuh disebabkan kemajuan dalam segala bidang yang mereka capai. Mereka amat licik dalam melaksanakan tipu muslihat memperdayakan bangsa lain sehingga sesebuah negara boleh muflis dan tergadai dan kemudian mereka jajah samada dalam bentuk ekonomi, mental ataupun fizikal. Perhatikan negara-negara yang bernasib malang termasuk negara-negara Islam, hingga ke hari ini masih ramai yang merempat hidup sengsara disebabkan tipu muslihat bangsa Dajjal ini, yakni Amerika, Britain dan sekutu mereka. Perhatikan apa yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan. Alihkan pula pandangan ke Arab Saudi dan Kuwait, bagaimana negara ini dicucuk hidung dan diperkudakan oleh Amerika.

Para ulama berkobar-kobar  penuh semangat menyampaikan ceramah tentang kehebatan Isa Al Masih dan Imam Mahdi memerangi Dajjal. Ceramah mereka menggambarkan kehebatan Imam Mahdi dan Isa Almasih memerangi Dajjal sama seperti cerita filem Superman. Mereka meletakkan Imam Mahdi dan Isa Almasih jauh lebih hebat daripada Rasulullah saw, sedangkan mereka tahu bahawa tidak akan ada lagi manusia yang menyamai kehebatan Rasulullah saw. Seolah-olah ceramah seperti itu dapat membantu memajukan Islam dan umatnya. Mereka melupakan dan mengenepikan makna sabda Rasulullah saw yang merupakan nasihat tidak ternilai harganya. Demi kemajuan serta kehormatan Islam dan ummah, umat Islam lebih-lebih lagi orang yang bergelar ulama, wajib memiliki pola fikir yang maju sesuai dengan perubahan zaman dengan berlandaskan Al Qur’an dan sunnah Nabi saw.

Hebatnya Kuasa Dajjal

Berdasarkan kepada gambaran di dalam hadis-hadis Rasulullah saw, Dajjal memiliki kuasa yang amat luar biasa, di antaranya adalah seperti berikut:

Boleh menurunkan hujan.
Boleh menghidupkan orang mati.
Di tangan kanan dan kirinya terdapat syurga dan neraka.
Bermata satu.
Apabila memijak lautan yang paling dalam hanya buku lalinya sahaja yang basah.
Keldai Dajjal makanannya batu.

Jika diambil maksud sabda-sabda Rasulullah saw secara harfiah, maka jelaslah bahawa Dajjal sejenis makhluk yang amat luar biasa dari segi saiz dan kuasa yang dimilikinya. Kemampuan Dajjal seperti menurunkan hujan dan boleh menghidupkan orang mati sungguh menakjubkan. Sungguh luar biasa khabar yang diberitahukan oleh Rasulullah saw kepada umat Islam semenjak lebih 1400 tahun dahulu.


Dajjal Boleh Menurunkan Hujan

Tidak sesiapa yang boleh menafikan bahawa kaum Dajjal (bangsa Barat) menguasai ilmu sains dan teknologi yang tidak ada tolok bandingnya. Satu ketika dulu Negara Malaysia diselubungi jerebu yang amat dahsyat akibat kebakaran yang berlaku di merata tempat di musim kemarau. Pada ketika itu salah satu daripada langkah-langkah kerajaan untuk  mengatasi masalah jerebu ialah dengan menggunakan teknik pembenihan awan untuk membentuk hujan tiruan. Ilmu pengetahuan ini telah dipelopori dan dikembangkan oleh bangsa Barat yang digelar oleh Rasulullah saw sebagai Dajjal.

Dajjal Boleh Menghidupkan Orang Mati

Satu lagi kemampuan bangsa Barat hasil daripada penguasaan ilmu sains dan teknologi ialah menghidupkan kembali orang yang telah mati. Orang yang koma, lama tidak sedarkan diri boleh sedar semula dan sihat walafiat. Ada orang yang sudah terhenti pernafasannya boleh bernafas semula dengan bantuan peralatan perubatan moden hasil ciptaan bangsa Barat. Teknik terbaru sudah pula ditemui untuk menghidupkan orang yang telah mati ribuan tahun lamanya. Firaun yang telah mati ribuan tahun dahulu boleh dilahirkan semula dengan melalui proses ‘klon’, kaedah ini telah dibuktikan berhasil oleh bangsa Barat.

Syurga dan Neraka Ada di Dalam Tangan Kanan
dan Kiri Dajjal

Apabila sebuah negara sentiasa berkata ‘YES’ kepada Amerika atau sekutunya maka berbagai bantuan akan diterima oleh negara tersebut. Namun apabila dihimbau kembali mantan presiden Iraq, Saddam Hussein yang berkata ‘NO’ kepada Amerika, maka nerakalah yang diterima oleh Saddam Hussein, hingga hari ini rakyat Iraq terus menderita lantaran neraka Dajjal Amerika dan sekutunya. Ringkasnya sesiapa yang enggan mengikut telunjuk Dajjal ini padahnya bukan alang kepalang hebatnya.

Dajjal Bermata Satu

Mereka meskipun secara majoritinya menganuti agama Kristian, itu hanya pada nama sahaja. Yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan yang bergelar ateis tidak kurang juga ramainya. Kalau sudah seperti ini bermakna hanya dunia sahajalah tujuan mereka. Kehidupan akhirat sama sekali mereka tidak nampak. Sebab inilah Rasulullah saw menyamakan mereka makhluk yang bermata satu. Akhirat mereka tidak nampak, hanya dunia sahaja yang jelas dalam pandangan mereka kerana hanya dunia sahaja tujuan hidup mereka.

Apabila Dajjal Memijak Lautan Paling Dalam Hanya Buku Lali Sahaja Yang Basah

Jika memijak lautan paling dalam hanya buku lali sahaja yang basah, sungguh luar biasa besarnya makhluk Dajjal ini. Jika sebelah kaki memijakkan di lautan Pasifik, maka sudah tentu sebelah kaki lagi memijak di lautan Atlantik ataupun laut Cina Selatan. Jika demikianlah besarnya, kepala Dajjal mungkin berada di bulan. Bagaimana Dajjal boleh melihat manusia di bumi jika kepalanya berada di angakasaraya? Bagaimana agaknya cara Dajjal yang luar biasa saiznya dapat menyesatkan umat manusia? Sebenarnya ada rahmat yang amat besar di sebalik sabda Rasulullah saw ini, sekurang-kurangnya minda umat Islam tidak beku kerana digunakan untuk berfikir. Cuba lihat kemampuan Dajjal mencipta kapal laut dan kapal selam. Semua lautan dalam macamana sekalipun telah dilalui oleh kaum Dajjal. Kaki mereka langsung tidak basah, yang basah hanya perut kapal laut tersebut.

Keldai Dajjal Makanannya Batu

Akhir sekali, satu lagi dari antara banyaknya sabda-sabda suci Rasulullah saw perlu diketengahkan dan dibahas agar lebih mantap keyakinan umat Islam bahawa Dajjal adalah manusia biasa. Rasulullah saw bersabda, “Keldai (kenderaan) Dajjal: makanannya batu, dari mulutnya keluar api menyala-nyala. Didepannya ada asap, di belakangnya pun ada asap. Berpergian tanpa mengira waktu siang atau malam. Sebelum pergi biasanya berbunyi, di dalam perjalananpun berbunyi. Ramai orang diangkut dalam perutnya. Kelajuan larinya bagaikan awan dihembus angin. Kenderaan Dajjal bergerak dengan bantuan api dan air” (Kanzul ummal, jilidj 7: 205). Lebih 1400 tahun dahulu Rasulullah saw telah mengetahui dan melihatnya lebih awal bentuk keretapi yang bergerak dengan bantuan kuasa hasil pembakaran arang batu (keretapi di awal penciptaannya). Yang mencipta kenderaan ini bukanlah orang Islam tetapi bangsa Barat, keretapi tersebut adalah milik orang Barat, itulah keldai Dajjal yang jelas membawa maksud Dajjal adalah bangsa Barat. Hari ini keldai Dajjal semakin maju, bukan sahaja berjalan di bumi malahan boleh terbang meredah angkasa. Umat Islam pun mendapat manfaat dari keldai Dajjal ini.



Dajjal Masuk Ke Dalam Rumah Umat Islam

Banyak sabda-sabda Rasulullah saw bagi menjelaskan siapa Dajjal sebenar, siapa perosak dunia yang sebenar. Malangnya umat Islam lebih senang dengan cerita-cerita kehebatan Imam Mahdi dan Isa Al Masih dalam memerangi pihak Dajjal. Para ulama, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan pakar Islam asyik dengan kepetahan bercakap menyampaikan cerita-cerita tanpa sandaran logik yang lebih mirip kepada hikayat-hikayat. Isa Al Masih hidup di atas langit hingga hari ini menjadi kebanggaan umat Islam. Seolah-olah itu amat menguntungkan umat lslam di akhir zaman ini. Tanpa mereka sedari salah satu punca orang Islam meninggalkan agamanya disebabkan fahaman bahawa Isa Al Masih masih hidup di atas langit. Keyakinan bahawa Isa Al Masih masih hidup di atas langit adalah milik Dajjal, tanpa disedari umat Islam sendiri medukung keyakinan yang dipelopori dan dipromosikan oleh Dajjal. Buanglah jauh-jauh kepercayaan ini, ia adalah kepercayaan karut yang memesongkan dan merugikan dan menenggelamkan agama Islam. Lebih parah lagi apabila ramai bijak pandai secara langsung menolak kedatangan Imam Mahdi atau Isa Al Masih tanpa memberi sedikit ruang untuk menilai kedatangan tokoh ini dari sudut Al Qur’an dan hadis Rasulullah saw.

Perhatikan setiap detik, di segenap ruang, segala bentuk jelmaan Dajjal muncul di mana-mana pada bila-bila masa. Di dalam rumah-rumah hingga ke bilik tidur orang-orang Islam terdapat Dajjal yang merosakkan. Pelbagai ciptaan Dajjal yang mengasyikkan dan melalaikan menguasai hidup orang-orang Islam. Pelbagai bunyi muzik, filem, tarian, permainan, internet, video, pakaian dan segala macam yang mengkhayalkan telah berjaya melemaskan umat Islam. Malahan tanpa disedari umat Islam sendiri dengan rela hati mengundang kehadiran Dajjal ini ke dalam rumah mereka. Berhati-hatilah wahai umat Islam dan banyaklah sujud dan berdoa kepada Allah swt agar setiap keluarga dan seluruh umat Islam terselamat dari fitnah Dajjal. Namun perlu diingat bahawa ciptaan-ciptaan tersebut adalah dengan izin Allah swt. Oleh itu jika digunakan dengan betul, banyak memberikan faedah, misalnya memanfaatkan radio, TV, internet dan lain-lain media massa untuk menyampaikan dakwah Islamiyah, sebenarnya amat berfaedah untuk umat dan perkembangan agama Islam.

Rahsia Besar Surah Al Kahfi 

Mungkin pertanyaan akan timbul bahawa jika sememangnya Dajjal ini merbahaya, kenapa tidak dijelaskan dalam Al Qur’an? Sesungguhnya jika direnung sejenak Allah swt Yang Maha Mengetahui melalui Rasulullah saw menjelaskan Dajjal dengan seterang-terangnya. Walau bagaimanapun umat Islam dikehendaki agar menggunakan akal untuk berfikir dan merenung. Hadis Rasulullah saw mengaitkan sepuluh ayat pertama dan terakhir dari surah Al Kahfi. Dalam ayat ini menyentuh tentang satu bangsa yang telah memesongkan ajaran sebenar yang pernah dibawa oleh Nabi Isa as atau Isa Al Masih. Disebutkan sebagai fitnah kerana agama yang diselewengkan ini telah mencapai kemenangan yang luar biasa dan mempunyai penganut yang ramai.

Baginda Rasulullah saw memberi petunjuk yang jelas mengenai Dajjal sehingga ianya dikaitkan dengan surah Al Kahfi. Rasululah saw bersabda, “Barangsiapa hendak terselamat dari fitnah-fitnah Dajjal maka bacalah sepuluh ayat permulaan dan terakhir dari suratul Kahfi, nescaya Dia akan terselamat dari godaan pengaruh Dajjal (Musnad Ahmad, Abu Daud Jilid 6, hal. 449). Sabda Rasulullah saw ini bukan memberi maksud bahawa untuk terselamat daripada Dajjal, umat Islam perlu menjadikan ayat ini sebagai jampi serapah bagi mengalahkan Dajjal. Sebenarnya sabda Rasulullah saw itu mengisyaratkan bahawa dengan membaca surah tersebut umat Islam akan dapat mengenali siapa Dajjal yang sebenarnya. Berdasarkan pengetahuan tersebut, seseorang Muslim akan lebih berwaspada apabila berdepan atau berurusan dengan Dajjal.

Ayat-ayat dalam pembukaan (termasuk dalam 10 ayat pertama) Surah Al Kahfi adalah seperti berikut:
Segala puji bagi Allah Yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab ini dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya. Dia telah membuatnya sebagai penjaga supaya ia memperingatkan tentang suatu siksaan yang dahsyat dari Dia, dan memberi khabar suka kepada orang mukmin yang beramal soleh, bahawasanya bagi mereka ada ganjaran yang baik. Yang di dalamnya mereka akan tinggal untuk selama-lamanya; dan supaya memperingatkan mereka yang mengatakan, “Allah telah mengambil seorang anak lelaki”. Mereka tidak memiliki ilmu mengenainya, dan tidak pula nenek moyang mereka memiliki. Alangkah dahsyat bahaya perkataan yang keluar dari mulut mereka. Mereka tidak ucapkan selain dusta belaka. Maka sangat mungkin engkau akan membinasakan dirimu kerana bersedih hati memikirkan mereka, jika mereka tidak beriman kepada keterangan ini. Sesungguhnya telah Kami jadikan yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya supaya Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik dalam amal perbuatannya.” (Al Kahfi : 2-8)

Jelaslah bangsa yang mempercayai “Tuhan Memiliki Anak Lelaki” adalah Dajjal. Majoriti bangsa Barat menganut agama Kristian, yang mana inti pati akidah agama Kristian adalah mengamalkan fahaman bahawa Isa Al Masih adalah anak Allah dan masih hidup di langit hingga hari ini dan akan turun ke bumi apabila tiba masanya untuk menyelamatkan umat manusia. Isa Al Masih sememangnya seorang lelaki, inilah yang dimaksudkan “Tuhan Memiliki Anak Lelaki”. Dari sudut Al Qur’an amat jelas bahawa bangsa Barat yang majoritinya menganut fahaman agama Kristian inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw sebagai Dajjal. Rasulullah saw juga pernah bersabda, “Tidak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal sejak terciptanya Adam hingga hari kiamat).” Fitnah ini sememangnya luar biasa besarnya kerana seorang manusia yang lemah dikatakan sebagai Anak Allah dan kekal hidup seperti Allah hingga hari ini tanpa makan dan minum. Allah swt dengan jelas mencemuh ajaran tersebut sepertimana firmanNya, “Langit hampir-hampir pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh berkeping-keping kerana mereka mendakwa Allah yang Maha Pemurah mempunyai anak.” (Maryam : 91-92). Di dalam Al Qur’an digambarkan bahawa Isa Al Masih hanyalah manusia biasa yang memerlukan oksigen untuk bernafas serta makan dan minum. Tidak ada nas dari Al Qur’an ataupun kitab Injil bahawa Isa Al Masih mempunyai kelebihan lebih istimewa berbanding dengan Rasulullah saw, sehingga hari ini masih hidup di langit, sedangkan Rasulullah saw kekasih Allah swt telahpun diwafatkan oleh Allah swt.

Isa Al Masih tidak pernah menyampaikan ajaran seperti yang diamalkan oleh umat Kristian pada hari ini dan penafian Isa Al Masih dijelaskan dalam ayat di bawah:
“Dan ketika Allah berfirman, ‘Hai Isa putera Maryam, adakah engkau berkata kepada manusia, ‘jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua tuhan selain Allah?’ Isa menjawab, ‘Maha Suci Engkau, tidak layak bagiku mengatakan apa yang bukan hakku; sekiranya aku ada mengatakannya tentu Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui  apa-apa yang ada di dalam diriku dan aku tidak mengetahui apa-apa yang ada di dalam diri Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka selain daripada yang telah Engkau perintahkan kepada ku, iaitu, ‘Sembahlah Allah Rabku dan Rabmu dan aku sentiasa menjadi penjaga atas mereka selama aku ada di antara mereka, akan tetapi setelah Engkau WAFATKAN aku, maka Engkaulah yang menjadi penjaga mereka dan Engkau penyaksi atas segala sesuatu.” (Al Maa’idah : 117-118)

Dalam ayat tersebut di atas, Isa Al Masih menafikan tentang ajaran Kristian sepertimana hari ini. Ajaran tersebut hasil daripada perbuatan Dajjal yang menyelewengkan ajaran sebenar yang pernah dibawa oleh Isa Al Masih. Ayat tersebut juga menjelaskan bahawa Isa Al Masih telah wafat dan tidak ada di langit. Tanpa disedari umat Islam yang berkeyakinan bahawa Isa Al Masih masih hidup di langit sedang mendokong fahaman umat Kristian. Kalau memang benar Isa Al Masih masih hidup di langit maka benarlah dia adalah anak Allah (nauzubillah minzalik) kerana dia mempunyai sifat seperti Allah yang boleh hidup kekal tanpa oksijen, makan dan minum. Ada di kalangan umat Islam seolah-olah hilang pertimbangan, begitu sukar menerima penjelasan Al Qur’an bahawa Allah swt telah mewafatkan Isa Al Masih sehingga mereka tergamak mengatakan bahawa Allah swt Yang Maha Kuasa tidak mustahil bagiNya untuk mengangkat Isa Al Masih naik ke langit dan membiarkannya hidup hingga ke saat ini. Itu sememangnya benar kerana Allah swt bersifat Maha Kuasa tetapi menuduh Allah melakukan sesuatu yang mana Allah sendiri telah menafikannya adalah suatu DOSA YANG MAHA BESAR. Ini tidak ubah seperti umat Kristian yang menuduh Allah swt mempunyai seorang ANAK. Alangkah jahilnya, sempitnya dan dangkalnya pemikiran umat Islam yang menuduh Allah swt telah mengangkat Isa Al Masih naik ke langit dan masih hidup hingga saat ini tanpa bukti. Apakah manfaatnya bagi agama Islam jika Isa Al Masih diangkat dan masih hidup di langit?

Sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi akan dibahas dalam bab Ya’juj Ma’juj, teruskan membaca...

Kenapa Dajjal Muncul di Timur?

Hadis Rasulullah saw berbunyi seperti berikut:
“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul di sebelah Timur; tidak! Ia akan muncul di sebelah Timur; tidak! Ia akan muncul  di sebelah Timur.” (Kanzul Ummal, jilid VII, halaman 2991).

Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan:
“Tidak! Ia akan muncul di Timur”  diikuti dengan kalimat, “Baginda menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”.  

Manakala terdapat juga sebuah hadis yang mengatakan bahawa Dajjal menetap di sebuah pulau di sebelah Barat tetapi di lain hadis dijelaskan pula bahawa tempat munculnya Dajjal adalah di sebelah Timur. Ini nampaknya mengelirukan tetapi sebenarnya tidak demikian. Jika difikirkan sejenak dapatlah difahami bahawa Dajjal berasal dari Barat dan muncul dengan segala macam kekuasaan disertai fitnah (segala macam keburukan) di negara-negara sebelah Timur.

Jika fitnah Dajjal muncul di Barat, bermakna segala fitnah yang ditaburnya akan menimpa bangsanya sendiri, tidak mungkin ini berlaku. Oleh itu yang dimaksudkan munculnya Dajjal di Timur ialah segala perbuatan buruk bangsa Eropah dan Amerika yang terbukti dalam sejarah dan hingga hari ini masih berterusan. Mereka menjajah dan memperhamba penduduk di Timur, merampas segala kekayaan di Timur untuk dibawa ke Barat, menyesatkan masyarakat di Timur dengan fahaman agama Kristian, menanamkan segala macam ideologi bagi mencemari minda umat dan syariat Islam. Memberikan segala macam kemajuan yang melalaikan, kosekuensinya fitnah Dajjal menyerang secara lahiriah dan menjalar masuk ke dalam batiniyah umat Islam.

Secara ringkas apa yang diterangkan dalam beberapa hadis, Dajjal telah muncul di zaman Rasulullah saw lagi tetapi sepertimana yang dijelaskan dalam hadis, kaki dan tangan Dajjal masih dirantai pada masa itu. Ini adalah gambaran yang menunjukkan bahawa bangsa Eropah pada waktu itu masih mengurung diri di tanah air mereka. Apabila tiba waktunya mereka mengalir ke seluruh pelosok dunia menakluk dan menjajah khasnya di negara-negara sebelah Timur. Sehingga ada hadis yang menerangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan kerana segala sesuatu di dunia ini dilaksanakan mengikut perintah serta acuan Dajjal. Dalam hadis lain dijelaskan bahawa Dajjal menentukan hidup dan matinya seseorang, inilah bukti bahawa bangsa Barat memiliki kemampuan dalam meninggikan dan merendahkan darjat bangsa-bangsa lain sesuai dengan keinginan dan tujuannya. Buktinya Dajjal alias Ya’juj Ma’juj ini boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara, sehingga negara berkenaan merempat dan mengemis kepada mereka.

Yahudi Bersekongkol Dengan Dajjal

Dajjal sebenarnya dikuasai oleh bangsa Yahudi dan kekuatan sebenar pada Dajjal ialah dengan adanya pengaruh dan dorongan Yahudi dalam segala tindak tanduknya. Salah satu di antara bukti-bukti yang ada ialah apabila Barat mengikut telunjuk bangsa Yahudi untuk merampas sebahagian tanah Palestin bagi tujuan untuk membentuk Negara Israil. Malahan biasa didengar bahawa sesiapa sahaja hendak menjadi presiden Amerika, calon presiden tersebut hendaklah mengikut telunjuk bangsa Yahudi. Apakah sebabnya? Jawapannya tidak sukar dicari, bangsa Yahudi ini mempunyai banyak wang, sehingga ekonomi sesebuah negara Barat dikuasai oleh bangsa Yahudi. Institusi bank di Negara Barat kebanyakannya dikuasai oleh bangsa Yahudi. Orang-orang bijak pandai dalam pelbagai bidang professional dan ahli-ahli perniagaan ramai yang terdiri daripada bangsa Yahudi.

Rasulullah saw pernah bersabda berhubung dengan kerjasama di antara Yahudi dan Dajjal seperti berikut:
“Dajjal musuh Allah akan muncul dan akan  disertai oleh bala tentera yang terdiri dari kaum Yahudi.”

“Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi.”

“Dajjal akan disertai oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi.”

Walau bagaimanapun tidak ada bukti samada daripada hadis Rasulullah saw ataupun dari Al Qur’an yang menunjukkan bahawa Dajjal adalah bangsa Yahudi kerana bangsa ini masih yakin dengan ketauhidan Allah swt tetapi mereka menolak Isa Al Masih sebagai utusan Tuhan kepada mereka. Sebaliknya amat jelas bahawa Dajjal adalah bangsa yang menganut fahaman agama Kristian seperti hari ini. Berhubung dengan sabda Rasulullah saw tentang kerjasama yang wujud di antara Dajjal dan Yahudi, amat menarik untuk diperhatikan angka “tujuh puluh ribu”. Dalam bahasa Arab angka tujuh atau tujuh puluh melambangkan bilangan yang amat banyak atau  ramai. Dapatlah disimpulkan bahawa di antara bangsa Yahudi dan Dajjal terjalin secara total hubungan yang amat erat. Nubuatan-nubuatan yang terkandung di dalam sabda-sabda suci Rasulullah saw sudah terbukti kebenarannya. Malangnya umat Islam tidak menyedari  keadaan yang sedang berlaku di depan mata mereka. Namun demikian Rasulullah saw dalam kesempatan yang sama memberi harapan bahawa Islam akhirnya akan menang melalui kedatangan Imam Mahdi dan Isa Al Masih.

Siapa Pula Yang Dimaksudkan Sebagai
Ya’ Juj dan Ma’ Juj 

Dari segi bahasa Ya’ juj dan Ma’ juj berasal dari akar kata ‘ajij’ iaitu bermakna “Gelombang Api Yang Berkobar”. Hal ini menunjukkan bahawa di akhir zaman akan ada dua kuasa besar dunia. Kedua-dua kuasa besar ini ‘menguasai api’. Kekuatan  dan kekuasaan mereka banyak bergantung kepada kuasa api. Sejarah  membuktikan dua kuasa dunia yang paling awal telah muncul secara serentak iaitu Amerika dan Rusia. Kekuatan kedua-dua kuasa besar dunia ini bersumberkan ‘api’. Dengan  menggunakan kuasa api kedua-duanya menguasai dunia dan saling bersaing antara satu dengan lain. Rasulullah saw bersabda, “Kamu mengira sekarang sudah tidak ada lagi musuh bagi mu. Ini salah, kamu akan terus berjuang melawan berbagai lawan sehingga muncul kelak bangsa Ya’ juj Ma’ juj  iaitu orang-orang yang mukanya lebar, matanya sepet, sedang janggutnya berwarna kemerah-merahan. Mereka akan turun dari tempat-tempat yang tinggi” (Ahmad dan Tabrani).

Dalam Al Qur’an Allah berfirman di dua tempat iaitu surah Al Anbiyaa’, “Ketika Ya’juj-Ma’juj dilepaskan dan mereka akan datang menyerbu dari setiap ketinggian.” (Al Anbiyaa’ : 97) dan surah Al Kahfi, “Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Al Kahfi : 95).  Kedua-dua ayat ini menjelaskan sifat Ya’juj Ma’juj sebagai makhluk yang amat berkuasa, perosak, gagah perkasa serta zalim dan bangsa lain tidak mampu melawannya.

Dari penutupan surah (termasuk dalam 10 ayat terakhir) Al Kahfi adalah seperti berikut:
“Dan pada hari itu Kami akan membiarkan sebahagian mereka menyerang sebahagian lain; dan nafiri akan ditiup. Lalu akan Kami himpun mereka itu semuanya. Dan pada hari itu Kami hadirkan neraka jahanam, berhadapan muka orang-orang kafir, ialah orang-orang yang matanya ada di bawah suatu tabir, tidak mengindahkan peringatanku dan mereka itu malahan tidak mampu mendengar. Apakah orang-orang kafir, menyangka bahawa mereka dapat mengambil hamba-hambaKu sebagai pelindung selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka jahanam sebagai tempat tinggal bagi orang-orang kafir. Katakanlah, “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang  paling rugi dalam amalannya?. “Orang-orang yang segala usahanya sia-sia dalam mengejar kehidupan dunia ini, sedang mereka masih juga menyangka bahawasanya mereka mengerjakan perbuatan yang baik”. Mereka itu orang-orang yang telah mengingkari tanda-tanda Tuhan-nya dan mengingkari pertemuan dengan Dia. Maka sia-sialah amalan mereka dan pada hari kiamat Kami akan mengadakan penilaian bagi mereka. Itulah balasan bagi mereka Jahanam; kerana mereka ingkar dan menjadikan tanda-tanda Ku dan rasul-rasul Ku olok-olok” (Al Kahfi : 100-107).

Ya’juj Ma’juj ini sibuk mengejar keduniaan dan dengan izin Allah hasilnya mereka mencapai kemajuan luar biasa dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya sudah menjadi kenyataan bahawa bangsa Barat dengan ilmu yang mereka miliki dalam bidang sains dan teknologi telah mampu meredah angkasa, dan banyak sudah planet mereka terokai. Pesawat terbang dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya merupakan alat perantaraan untuk mereka bergerak pantas. Dengan pesawat terbang juga mereka menguasai senjata canggih dengan serangan tidak dapat ditandingi dari tempat yang amat tinggi. Semuanya ini dihasilkan dengan bantuan kuasa api. Sepertimana dalam surah Al Anbiya, “Ketika Ya’juj-Ma’juj dilepaskan dan mereka akan datang menyerbu dari setiap ketinggian.” (Al Anbiyaa’ : 97) dan sabda Rasulullah saw “…bangsa Ya’juj-Ma’juj iaitu orang-orang mukanya lebar, matanya sepet sedangkan janggutnya kemerah-merahan. Mereka akan turun di tempat yang tinggi” (Riwayat Ahmad dan Tabrani). Hadis ini jelas melukiskan rupa-bentuk satu bangsa yang dianggap sebagai Ya’juj Ma’juj. Kalau direnung dengan mendalam sesungguhnya di muka bumi ini memang terdapat bangsa yang dimaksudkan oleh hadis ini. Mereka adalah satu bangsa yang digeruni kerana kekuatan yang dimiliki dan terkenal dengan sifat anti ketuhanan. Dengan merenung lebih mendalam akan sabda Rasulullah saw ini maka dengan mudahnya bangsa ini dapat dikenali, mereka adalah sebangsa, sehati sejiwa yakni Ya’juj-Ma’juj juga dikenali sebagai Dajjal. Pada zaman ini dapat disaksikan mereka mencipta pelbagai fahaman dan rekaan yang menjadi “fitnah besar” kepada umat manusia. Mereka meruntuhkan moral masyarakat dunia dan merosakkan akidah sehingga ramai yang tergelincir daripada mempercayai kewujudan Tuhan Yang Maha Esa. Menghadapi Dajjal atau Ya’juj Ma’juj memerlukan jihad AKBAR dari segenap lapisan umat Islam. Umat Islam wajib memahami dengan sempurna sistem jihad yang diperlukan dan digunakan dalam menghadapi Dajjal alias Ya’juj Ma’juj. Di samping ramai yang mempercayai Allah mempunyai seorang anak, tidak kurang pula yang mengingkari kewujudan Allah swt, “...Mereka itu orang-orang yang telah mengingkari tanda-tanda Tuhan-nya dan mengingkari pertemuan dengan Dia...”.

Persamaan Ya’juj Ma’juj dan Dajjal

Berkemungkinan timbulnya salah faham tentang Dajjal dan Ya’juj Ma’juj kerana terdapatnya hadis yang menggambarkan seakan-akan Ya’juj Ma’juj adalah makhluk yang ganjil perkasa. Namun dari segi positifnya, ini hanyalah satu dorongan agar umat Islam berfikir dan jangan mempunyai minda yang beku. Dalam hadis lain diterangkan bahawa Ya’juj Ma’juj juga adalah manusia biasa sepertimana sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya Ya’juj Ma’juj adalah keturunan Adam.” ( Kanzul Ummal, jilid VII, halaman 2158). Dajjal dan Ya’juj Ma’juj bukanlah makhluk yang ganjil bersaiz besar lagi gagah dan perkasa seperti yang dibayangkan selama ini. Ianya adalah manusia dan satu bangsa, kemudiannya melalui perjalanan masa yang panjang menjadi berbilang bangsa dan ramai.

Hadis-hadis Rasulullah saw menjelaskan kedatangan Dajjal dan Ya’juj Ma’juj adalah pada masa yang sama serta kedua-duanya dikaitkan dengan Isa Almasih. Oleh itu Dajjal dan Ya’juj Ma’juj kedua-duanya adalah sama, merujuk kepada bangsa-bangsa yang mendiami muka bumi di sebelah Barat. Kenapa bangsa tersebut digelar Dajjal? Jawapannya ialah sifatnya yang menipu dan memesongkan umat manusia dari kehidupan beragama yang sebenar termasuk juga penipuan dan pemesongan dalam pelbagai urusan dunia. Bukan sahaja umat Islam malahan umat manusia secara umumnya menjadi lalai dan melupakan Tuhan yang Maha Esa disebabkan keseronokan dan keindahan dunia yang dipertontonkan oleh Dajjal. Kenapa bangsa tersebut digelar Ya’juj Ma’juj? Jawapannya ialah setelah diberikan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, akhirnya mereka berjaya mencipta pelbagai peralatan dan prasarana canggih yang mana bangsa lain untuk membayangkannya pun tidak mampu. Hasil daripada kemajuan yang dicapai maka muncullah keghairahan untuk menguasai dunia. Akhirnya mereka terdorong untuk menyaingi bangsa lain termasuklah bersaingan hebat sesama mereka sendiri untuk memiliki kekuasaan dunia. Lantaran itu lahirlah agenda untuk maju dalam bidang politik dan ketenteraan yang ditunjang oleh pelbagai ciptaan seperti senjata pemusnah besar-besaran, menyebabkan bangsa ini mendapat gelaran khusus dari Allah swt sebagai Ya’juj Ma’juj.

Ya’juj Ma’juj Menurut Kitab Injil

Sungguh ajaib kitab Injil melukiskan Ya’juj Ma’juj begitu jelas sekali:
“Dan lagi datanglah firman Tuhan kepadaku, bunyinya: Hai anak Adam! Tunjukkanlah mukamu kepada Juj dan tanah Majuj, raja Rus, Masekh dan Tubal dan bernubuatlah akan halnya. Katakanlah: Demikianlah firman Tuhan Hua. Bahawasanya Aku membalas kepada mu kelak, hai Juj, raja Rus, Masekh dan Tubal. Dan ku bawa akan dikau berkeliling dan ku bubuh kait pada rahangmu…” (Yehezkiel 38 : 1-4).

Perkara yang amat penting dalam hal ini ialah wujudnya bangsa yang dimaksudkan sebagai Ya’juj Ma’juj. Di dalam kitab Injil dengan seterang-terangnya “juj” dihuraikan dan ianya sama dengan Ya’juj Ma’juj yang dijelaskan dalam Al Qur’an. Secara terperincinya, Rus bermakna Rusia, Masekh bermakna Moscow dan Tubal bermakna Tobolsk. Oleh itu jelaslah bahawa Ya’juj Ma’juj ini satu bangsa yang mendiami bumi Rusia iaitu sebuah Negara yang terletak di benua Eropah. Berdasarkan kepada sejarah, pada asalnya terdapat dua suku bangsa utama di Eropah iaitu bangsa SLAVIA dan TEUTONIA. Daripada bangsa inilah berkembang biaknya penduduk Eropah. Suku bangsa Slavia meliputi Eropah Timur dan suku bangsa Teutonia meliputi Eropah Barat. Bolehlah disimpulkan bahawa walaupun pada asalnya kedua-dua bangsa ini menetap di satu tanah yang sama dan lama kelamaan berpecah, meneroka bumi yang lebih luas. Juj merupakan bangsa di Eropah Timur dan Majuj merupakan bangsa di Eropah Barat, mereka juga telah menjajah serta mendiami bumi Amerika. Ada kemungkinan juga bahawa Ya’juj Ma’juj ini adalah gelaran nenek moyang segala bangsa di benua Eropah. Lebih menakjubkan lagi apabila terdapat patung Ya’juj Ma’juj diletakkan di hadapan Dewan Perwakilan Rakyat, Guildhall di kota London semenjak zaman dahulu lagi.

Dengan memperhatikan bukti-bukti yang nyata, Ya’juj Ma’juj bukanlah dua buah nama dalam khayalan, melainkan nama bagi dua buah suku bangsa yang mendiami benua Eropah dan kemudiannya berkembang menutupi seluruh dataran Eropah. Seperti yang dihuraikan oleh Al Qur’an bahawa mereka akan menyerbu dari setiap ketinggian, ini juga bermakna bahawa mereka akan menguasai seluruh muka bumi, dan ini sudah menjadi kenyataan pada hari ini. Kalimah “Kulli hadabin” bererti dari setiap ketinggian menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja unggul dalam bidang kebendaan malahan amat luar biasa dalam bidang intelektual. Bangsa lain bukan sahaja dipengaruhi secara jasmani tetapi juga secara kerohanian. Al Qur’an dan Rasulullah saw memperingatkan umat Islam agar berwaspada terhadap bangsa yang bergelar Ya’juj Ma’juj ini. Pengaruh daripada kekuasaan politik dan budaya hidup mereka berleluasa di seluruh dunia. Umat Islam akan diperkudakan dan akidah umat Islam di akhir zaman akan rosak disebabkan oleh Ya’juj Ma’juj. Kenyataan ini nampak aneh, namun itulah bukti kebenaran Al Qur’an dan sabda Rasulullah saw.

Kuasa-kuasa Raksaksa Dajjal Atau Ya’juj Ma’juj 
             
Sememangnya dunia berada di ambang Perang Nuklear dan percikan-percikan api sudah mula menyala di Timur Tengah. Umat Islam di negara ini perlu banyak berdoa agar terselamat daripada kehancuran tersebut. Malah kita juga perlu terus berdoa agar bangsa Palestin insaf dari kesalahan yang mereka lakukan selama ini dan diberikan perlindungan serta petunjuk oleh Allah swt untuk melepaskan diri mereka daripada kezaliman dan kekejaman pihak Zionis. Kekejaman Zionis telah memperlihatkan sikap sebenar Amerika Syarikat yang mengamalkan dasar “double standard”. Mereka begitu cepat menyerang negara Islam jika negara Islam dituduh melakukan keganasan tetapi kegilaan dan kezaliman Israel hanya dibiarkan sahaja. Apa yang sangat mengecewakan ialah sikap negara-negara Islam yang mengetahui keDajjalan Amerika Syarikat dan sekutunya tetapi mereka tetap menjadi pengikut Dajjal ini. Dari sisi lain hal ini memperlihatkan kebenaran Yang Mulia Nabi Muhammad saw yang telah menerangkan khabar ghaib mengenai Dajjal. Rasulullah saw memberi peringatan bahawa syurga Dajjal adalah neraka dan neraka Dajjal adalah syurga. Negara-negara Islam yang kaya dengan hasil minyak telah menyalahgunakan anugerah Allah swt. Mereka terpesona dengan syurga yang dicipta oleh Dajjal yang bermata satu iaitu hanya celik kepada keseronokan dunia tetapi buta kepada kehidupan beragama. Negara-negara Islam yang kaya terikut menjadi “buta” sehingga tanpa merasa ragu menyimpan wang mereka di bank-bank Dajjal, membeli syarikat, hartanah dan segala produk berjenama Dajjal. Mereka keasyikan dan ketagihan gaya hidup bebas dan hiburan ciptaan Dajjal dan syurga ini memudahkan Dajjal memperkudakan mereka.

Pemimpin-pemimpin Islam ini tidak ubah seperti budak suruhan dan ibarat lembu dicucuk hidung tanpa disedari bahawa “tali” yang mengikat mereka itu akan membawa mereka ke neraka. Buktinya, pemimpin negara-negara ini terpaksa mendiamkan diri dan tidak memiliki keberanian untuk melawan pihak Zionis yang didukung oleh Amerika Syarikat serta sekutunya kerana jika mereka melawan segala harta dan kepentingan mereka yang dijaga oleh Dajjal akan dirampas. Ternyatalah pemimpin-pemimpin ini lebih takut kepada Dajjal daripada Allah swt. Kesyirikan ini yang menjadi salah satu punca utama kemurkaan Allah swt kepada sebahagian besar pemimpin-pemimpin Islam dan tempiasnya juga turut dirasai oleh seluruh umat Islam. Kemungkaran ini menyebabkan pelbagai dosa lain juga bercambah. Salah satunya apabila ada kelompok-kelompok Islam yang kecewa dengan negara-negara Islam yang kaya mula mengambil insiatif sendiri bagi membela Islam dengan cara kekerasan. Malangnya tindakan mereka menggunakan kekerasan telah mendatangkan lebih banyak keburukan dan merugikan umat Islam. Akibat sibuk untuk membalas dendam melalui jihad peperangan menyebabkan mereka terlupa pesan-pesan agung Al Qur’an dan sabda-sabda suci Nabi Muhammad saw. Mereka tercari-cari dan menggunakan pelbagai kekuatan senjata untuk melawan Dajjal, sehingga sanggup membunuh diri dengan meletupkan bom di badan walaupun perbuatan ini dilaknat Allah swt. Padahal untuk membunuh Dajjal tiada jalan lain kecuali mengikut nasihat Nabi Yang Paling Mulia dan Agung Muhammad saw dengan melancarkan jihad intelektual (Dalil Al Qur’an, hujah dan pena) bukan dengan jihad senjata dan kekerasan. Ingat baik-baik Rasulullah saw bersabda kerana ianya kunci bagi menundukkan Dajjal, “Jika ia (Dajjal) muncul dan aku ada ditengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan Dalil. Dan, apabila ia muncul, sedangkan aku tak ada di tengah-tengah kamu, hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia”  (HR Ath Thabrani dalam Al Kabir, Ibnu Asakir dari Hazrat Abdur Rahman bin Jabir ibnu Nufair r.h dari ayahnya dan dari datuknya ; dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38790).

Kegagalan umat Islam mengikut nasihat Baginda saw menyebabkan mereka sentiasa dikalahkan oleh Dajjal. Buktinya, sudah berapa lama umat Islam berjihad berperang dengan menggunakan senjata melawan mereka? Selepas tragedi 11 September 2001, ada orang Islam bergembira dengan serangan tersebut tetapi apakah peristiwa itu memberi kemenangan kepada Islam? Dajjal ini telah memerangkap masyarakat Islam dengan mengapi-apikan orang Islam dan kemudian mereka menanti sahaja pejuang Islam melakukan keganasan atau penyerangan ke atas mereka. Serangan ini digunakan sebagai alasan untuk menyerang habis-habisan dan membunuh lebih ramai orang Islam. Nampaknya sebilangan para ulama dan pemimpin Islam masih tidak nampak perangkap ini dan mereka terus mengajar dan menanamkan konsep jihad SENJATA dengan beranggapan semua orang kafir sebagai syaitan dan harus dibunuh dengan kekerasan. Secara logiknya dari sudut fizikal umat Islam tidak akan dapat menandingi senjata Dajjal. Oleh itu untuk apa umat Islam mengangkat senjata memerangi Dajjal, sedangkan nasihat Rasulullah saw untuk memerangi Dajjal adalah wajib dengan menggunakan dalil? Dalam menangani masalah kecil dan besar, umat Islam kembalilah kepada pesanan suci Rasulullah saw dan Al Qur’an Karim, segala formula kepada semua permasalahan ada di dalamnya. Hentikanlah mengeksploitasi anak-anak muda untuk tujuan membunuh orang ramai yang tidak berdosa dengan melalui “PENGEBOM BERANI MATI”, membunuh diri bukan ajaran Islam.

Kehancuran Total Kepada Dajjal dan Ya’juj Ma’juj

Bangsa Barat telah menjadi raksasa di dalam bidang militeri dan berlagak seperti Tuhan di dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Kebiadapan ini menyebabkan Allah swt murka dan menghancurkan mereka dengan cara sebagaimana yang sudah ditentukan dalam firmanNya di bahagian sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, Kami akan membiarkan sebahagian mereka menyerang sebahagian lain”. Perkara ini sebenarnya merujuk kepada berlakunya pertempuran sesama mereka, ini telah berlaku dua kali yakni dalam perang dunia pertama dan kedua. Oleh itu sekiranya Dajjal atau Ya’juj Ma’juj ini tidak insaf sudah pasti Allah swt akan menurunkan azabNya kepada mereka melalui perang dunia ketiga. Maknanya perang Nuklear yang selama ini diusahakan untuk dihindari dari terjadi, akhirnya akan menjadi kenyataan, sebagai satu hukuman atau azab yang sangat keras kepada golongan yang secara langsung dan tidak langsung mempercayai dan mendukung akidah bahawa Allah swt memiliki Anak dan AnakNya masih hidup di atas langit. Perang Nuklear tersebut dalam sekelip mata sahaja akan membinasakan tamadun kekuasaan dan kekayaan kuasa-kuasa Dajjal dan sekutunya, mereka akan mengalami kesengsaraan yang luar biasa. Umat Islam yang sealiran dengan Dajjal juga tidak akan terlepas dari seksaan dahsyat Allah swt. Mereka akan hanya mampu melihat apa yang telah diusahakan dan dibina ratusan tahun menjadi hancur dan binasa. Kekuatan yang dimiliki Dajjal dan Ya’juj Ma’juj tidak dapat ditandingi oleh umat Islam, namun Rasulullah saw telah mewariskan senjata yang paling ampuh kepada umat Islam iaitu Al Qur’an Karim.

Nampaknya bahang neraka dunia ini semakin hari semakin terasa panasnya dan dunia akan menyaksikan kemusnahan yang amat mengerikan dan sebahagian kota-kota besar akan bertukar menjadi tanah tandus.  Peperangan ini bukan sahaja mengubah peta dunia malah akan mengubah peta pemikiran manusia untuk menginsafi kebiadapan mereka. Di celah-celah kepulan asap keruntuhan dan kemusnahan ini akan mendorong masyarakat dunia terutamanya masyarakat Barat untuk mencari agama yang dapat memberi bimbingan yang sempurna kepada mereka. Ibarat manusia ingin membina bangunan baru maka bangunan lama perlu diroboh dan dibersihkan. Oleh itu, Allah swt perlu mencampakkan dunia lama ke dalam neraka dan menciptakan dunia baru yang akan diterajui oleh umat Islam yang memiliki cahaya Rahmat Nabi Muhammad saw. Manakala golongan yang memperolok-olok cahaya tersebut  akan mengalami kebinasaan sepertimana  yang digambarkan oleh Al Qur’an “Itulah balasan bagi mereka Jahanam disebabkan mereka ingkar dan menjadikan Tanda-tandaKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok”.(Al Kahfi : 107). Umat Islam mempunyai tugas yang amat besar dan berat iaitu berusaha di samping berdoa agar kaum Dajjal alias Ya’juj Ma’juj ini berubah dan insaf dari kedurjanaan mereka dan sujud menyembah kepada Allah swt. Fenomena ini bukan perkara mustahil kerana Rasulullah saw di dalam satu ru’yahnya melihat Dajjal bertawaf mengelilingi Ka’abah dan diisyaratkan juga dalam hadis bahawa “Matahari akan terbit di Barat”, maknanya Islam akan di terima di negara Barat.

Umat Islam amat ramai bilangannya tetapi umat mukmin amat sedikit, maka sebagai peringatan kepada umat Islam yang ramai ini takutlah kepada kemusnahan akibat kemurkaan Allah swt yang bakal menimpa, cepat-cepatlah berubah menjadi umat yang mukmin kerana umat mukmin bertaqwa kepada Allah swt serta taat kepada perintahNya. Kalau sekadar menjadi umat Islam sahaja, amat dikhuatiri semuanya akan turut dimusnahkan sebagaimana bangsa yang mengatakan bahawa “Tuhan memiliki anak lelaki”.   Renung-renungkan juga Surah Al Fajr, “Dengarlah! Apabila bumi dihancurkan sehancur-hancurnya; dan Rab engkau tiba diiringi para malaikat bersaf-saf; dan neraka jahanam didekatkan pada hari itu; pada hari itu manusia akan ingat, tetapi apa gunanya ingatan itu bagi dia? Ia akan berkata, ‘Alangkah baiknya jika aku dahulu mengerjakan (suatu amal baik) untuk hidupku (di sini).’ Maka pada hari itu tiada seorang jua pun dapat memberi siksaan seperti azabNya. Dan tiada seorangpun dapat menangkap seperti tangkapan-Nya; Hai! Jiwa yang tenteram! Kembalilah kepada Rab engkau, engkau redha (kepadaNya) dan Dia redha (kepada engkau). Maka masuklah di antara hamba-hambaKu yang terpilih dan masuklah ke dalam syurgaKu.”  (Al Fajr : 22-31). Sungguh Indah dan cantik firman Allah ini, bagi mereka yang merenungkan.

DAJJAL @ YA’JUJ MA’JUJ SUDAH DATANG, DI MANAKAH NABI ISA DAN IMAM MAHDI YANG DIJANJIKAN OLEH RASULULLAH SAW UNTUK MEMERANGI DAJJAL?

3 comments:

  1. Salam.
    1)Saya ada pertanyaan. Jika jihad mengangkat senjata tidak tepat, adakah tindakan tenter al-Qassam di Gaza salah ? Sedangkan kita telah sedia maklum bahawa perjuangan mereka mendapat pertolongan daripada Allah (insyaAllah) sperti mana yang disaksikan oleh zionis dimana mereka mengalami peristiwa yang menakutkan ketika bertempur dgn mujahidin. Cthnya, mereka melihat tentera berbaju putih menentang mereka sdgkan uniform al-Qassam berwarna hijau. Dan banyak lagi peristiwa yg berlaku yg saya kira saudara juga tahu berkenaannya.
    2) bolehkah saudara sertakan sumber kajian2 yang digunakan dalam penulisan ini supaya pembaca dapat merujuknya utk mendalami isu ini dengan pebih terperinci.
    Terima kasih banyak atas perkongsian yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  2. Terbaikk lahh. Ramai umat islam mempercayai seperti kristian.
    Rasul allah hanyaa memberi perumpamaan untuk kita brfikir mempergunakan akal yang allah berikan

    ReplyDelete
  3. DEKLARASI PERANG PENEGAKKAN DINUL ISLAM
    DISELURUH DUNIA
    Bismillahir Rahmanir Rahiim
    Dengan Memohon Perlindungan dan Izin
    Kehadirat Allah Subhanahu Wa Ta'ala,
    Rabb Pemelihara dan Penguasa Manusia,
    Raja Manusia yang Berhak Disembah Manusia.
    Rabb Pemilik Tentara Langit dan Tentara Bumi


    Pada Hari Ini : Yaumul Jum'ah 6 Jumadil Akhir 1436H
    Markas Besar Angkatan Perang
    Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu

    Mengeluarkan Pengumuman kepada
    1. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Afrika
    2. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Eropa
    3. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Asia
    4. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Asia Tenggara
    5. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Amerika
    6. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di benua Australia
    7. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di Kutup Utara
    8. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) yang hidup di Kutup Selatan
    9. Seluruh Ummat Islam (Bangsa Islam) diseluruh Dunia

    PENGUMUMAN DEKLARASI PERANG SEMESTA
    Terhadap Seluruh Negara yang Tidak
    Menggunakan Hukum Berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah Rasulullah SAW.
    Perang Penegakkan Dinuel Islam ini Berlaku disemua Pelosok Dunia.

    MULAI HARI INI
    YAUMUL JUM'AH 6 JUMADIL AKHIR 1436H
    BERLAKULAH PERANG AGAMA
    BERLAKULAH PERANG DINUL ISLAM ATAS DINUL BATHIL
    BERLAKULAH HUKUM PERANG ISLAM DISELURUH DUNIA
    MEMBUNUH DAN TERBUNUH FISABILILLAH

    "Dan BUNUHLAH mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan USIRLAH mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir. Kemudian jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.”
    (Q.S: al-Baqarah: 191-193).

    BUNUH SEMUA TENTARA , POLISI, INTELIJEN , MILISI SIPIL ,HAKIM DAN
    BUNUH SEMUA PEJABAT SIPIL Pemerintah Negara Yang Memerintah dengan Hukum Buatan Manusia (Negara Kufar).

    BUNUH SEMUA MEREKA-MEREKA MENDUKUNG NEGARA-NEGARA KUFAR DAN MELAKUKAN PERMUSUHAN TERHADAP ISLAM.
    JANGAN PERNAH RAGU MEMBUNUH MEREKA sebagaimana mereka tidak pernah ragu untuk MEMBUNUH, MENGANIAYA DAN MEMENJARAKAN UMMAT ISLAM YANG HANIF.

    INTAI, BUNUH DAN HANCURKAN Mereka ketika mereka sedang ada dirumah mereka jangan diberi kesempatan lagi.
    GUNAKAN SEMUA MACAM SENJATA YANG ADA DARI BOM SAMPAI RACUN YANG MEMATIKAN.

    JANGAN PERNAH TAKUT KEPADA MEREKA, KARENA MEREKA SUDAH SANGAT KETERLALUAN MENENTANG ALLAH AZZIZUJ JABBAR , MENGHINA RASULULLAH SAW, MENGHINA DAN MEMPERBUDAK UMMAT ISLAM.
    BIARKAN MEREKA MATI SEPERTI KELEDAI KARENA MEREKA ADALAH THOGUT DAN PENYEMBAH THOGUT

    HANCURKAN LULUHKAN SEMUA PENDUKUNG PEREKONOMIAN NEGARA-NEGARA KUFAR
    DARI HULU HINGGA HILIR


    HANYA SATU UNTUK KATA UNTUK BERHENTI PERANG,
    MEREKA MENYERAH DAN MENJADI KAFIR DZIMNI.
    DAN BERDIRINYA KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH.
    KHALIFAH IMAM MAHDI.

    Kemudian jika mereka berhenti dari memusuhi kamu, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
    Maha Penyayang.

    Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan sehingga ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah.
    Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu),
    maka tidak ada permusuhan (lagi),
    kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
    Al-Baqarah : 192-193

    SAMPAIKAN PESAN INI KESELURUH DUNIA,
    KEPADA SEMUA ORANG YANG BELUM TAHU ATAU BELUM MENDENGAR

    MARKAS BESAR ANGKATAN PERANG
    KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH MELAYU
    PANGLIMA ANGKATAN PERANG PANJI HITAM
    Kolonel Militer Syuaib Bin Sholeh

    ReplyDelete