Sunday, December 28, 2014

Perkembangan Ahmadiyah 2013, Pengorbanan Harta & Waqfe Jadid

TERJEMAHAN KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
03 Januari 2014 / 03 Sulh 1393HS
Masjid Baitul Futuh, London

----------------------------<<<>>>----------------------------

Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah.

Pertama-tama saya ingin mengucapkan mubarak untuk tahun baru kepada anda semua dan seluruh orang-orang Ahmadi yang berada di mana sahaja. Saya juga ada menerima ucapan mubarak daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan Jemaat dan orang perseorangan. Untuk semua saya mengucapkan mubarak serta dengan doa bahawa hanya fadhal dari Allah Taala sahaja yang menjadikan tahun ini, tahun yang penuh rahmat, fadhal dan berkat kepada kita. Dan doa ini menjadi suatu keyakinan bagi setiap orang Ahmadi dan begitulah semestinya. Jika kita menginginkan kurnia, berkat dan rahmat daripada Allah Taala dan kita tidak berdoa, maka ucapan mubarak untuk tahun baru akan menjadi sebagai tradisi belaka, maka hal yang seperti itu tidak akan membawa apa-apa faedah dan hanya ucapan tahun baru seperti orang-orang duniawi.

Ucapan mubarak yang kita ucapkan tidak akan berguna dan doa juga tidak akan membawa apa-apa hasil jika tidak diiringi dengan kebaikan dan kebolehan yang telah Allah Taala berikan kepercayaan kepada kita dan jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang tidak diperintahkan oleh Allah Taala. Bagi menyambut tahun baru, kita tidak hanya cukup dengan melakukan solat nafal berjamaah, jika solat nafal yang dikerjakan tidak menimbulkan kesedaran dalam diri kita, bahawa kita akan berusaha untuk mengerjakannya secara terus-menerus, bagi meningkatkan standard ibadah kita menjadi yang terbaik dan setiap amalan yang dikerjakan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

Jika dua hari sebelum menjelangnya tahun baru, pemikiran yang seperti ini kita laksanakan dan kita saling mengucapkan mubarak antara satu dengan yang lain, maka anda akan dihitung dalam kalangan orang yang akan mendapat kurnia, rahmat dan berkat daripada-Nya. Semoga Allah Taala menjadikan pemikiran kita semua yang sedemikian hendaknya. Pemikiran yang sedemikianlah yang membuatkan kehidupan kita sebelum ini akan mendapat kurnia daripada Allah Taala.

Hanya dan hanya, kurnia Allah Taala yang memberikan keihsanan dan nikmat, yang dengan keihsanan dan nikmat tersebut menjadikan kita dapat merebahkan diri bersujud kepada-Nya. Itulah yang menjadi tujuan kehidupan kita di dunia ini, yang telah Dia beritahukan kepada kita. Oleh itu, inilah roh di sebalik penyeliaan ucapan mubarak yang harus kita berikan.

Apabila kita meninjau kembali tahun-tahun yang lalu, maka terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi oleh Jemaat. Tetapi juga, tidak terkira banyaknya kurnia yang Allah Taala telah dilimpahkan kepada kita pada tahun 2013. Sehubungan dengan itu, jika kita terus mengekalkan kurnia ini, maka kita haruslah berusaha menerapkan kurnia tersebut dengan cara merendahkan diri, bekerja keras dan berdoa, terutama bagi mereka yang banyak melibatkan diri dalam pengkhidmatan kepada Jemaat. Orang-orang ini hendaklah memerhatikan bahawa untuk dapat menyerapkan fadhal tersebut maka kita perlu banyak merendahkan diri, berdoa dan bekerja keras.

Sepertimana yang diketahui oleh setiap orang Ahmadi bahawa tujuan kita adalah untuk memajukan misi Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam, yang tugas tersebut ialah untuk menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia, yang tugas tersebut, telah diamanatkan kepada beliau. Beliau juga ditugaskan untuk menyatukan orang-orang Muslim yang telah terpecah-belah, begitu juga beliau ditugaskan supaya dunia dapat mempercayai Tuhan Yang Esa dan menjadi orang-orang yang sujud kepada-Nya. Dengan kurnia Allah Taala tugas ini telah diselenggarakan dengan baiknya oleh Jemaat ini, yang mana Jemaat telah dapat mendirikan rumah-rumah misi, masjid-masjid, pertablighan, menyediakan litratur-litratur, mempersiapkan muballigh-muballigh dan murabbi-murabbi lalu dikirimkan ke medan tabligh. Semua tugas itu, dengan kurnia Allah Taala Jemaat sedang melaksanakannya, seperti yang telah saya katakan, menurut firman Allah Taala, tujuan kehidupan kita adalah untuk beribadah kepada-Nya dan setiap individu Muslim menjadi kewajipan bagi dirinya untuk mengerjakan solat berjamaah dan untuk solat berjamaah memerlukan masjid-masjid dan tempat-tempat yang boleh mendirikan solat berjamaah.

Jelasnya, tidak terkira banyaknya kurnia yang Allah Taala limpahkan kepada Jemaat pada tahun lalu. Ini adalah satu kurnia yang amat besar bahawa kita telah diberikan taufik untuk membina masjid-masjid di dunia ini. Walaupun Jemaat ada mendirikan masjid di Eropah, Australia, Timur Jauh dan di beberapa tempat yang lain tetapi Jemaat di Afrika dan India yang paling banyak mendapat taufik untuk mendirikan masjid di negara mereka. Di dalam khutbah ini saya akan memberikan ulasan tentang perkara tersebut.

Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, bahawa Jemaat Afrika dan India yang paling banyak mendapat taufik untuk mendirikan masjid-masjid. Daripada 158 buah masjid yang saya katakan, sebanyak 102 buah masjid yang baru telah dibina di Afrika dan di India sebanyak 22 buah pondok yang dibina sebagai masjid untuk memenuhi keperluan bagi tujuan orang-orang untuk beribadah. Dan di Afrika pula yang sedang dibangunkan sebanyak 41 buah masjid. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, bahawa pada tahun ini juga terdapat beberapa buah negara yang sedang dan akan mendirikan masjid-masjid di tempat mereka.

Begitu juga rumah-rumah misi, terdapat 121 buah rumah misi markas, daripada jumlah tersebut 77 buah rumah misi di Afrika dan 5 buah rumah misi di India. India adalah sebuah benua yang besar, begitu juga di negara Afrika. Di sebelah timur dan barat pula terdapat 6-8 buah negara yang Jemaat ini telah tersebar dan di situ perkembangan Jemaat sedang maju dengan pesatnya. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini bahawa tugas kita adalah untuk menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia. Kita harus menyampaikan kecantikan ajaran Islam ke empat penjuru dunia, supaya dunia mengetahui akan kecantikan ajaran Islam. Dan tugas itu, dengan kurnia Allah Taala muballigh-muballigh kita sedang bekerja keras untuk tujuan tersebut. Selain daripada itu, ketika saya mengadakan kunjungan ke beberapa buah negara dan melalui kunjungan tersebut saya telah dapat memperkenalkan Jemaat ini. Dengan cara yang seperti itu, ajaran Islam akan diketahui oleh dunia dan melalui muballigh-muballigh kita juga Jemaat ini dapat diperkenalkan. Dan ada beberapa negara, yang menjadi penulis kolumis di dalam akhbar dan mereka menyiarkan khutbah-khutbah saya secara rutin di dalam akhbar-akhbar di negara mereka. Dengan kurnia Allah Taala, melalui cara yang seperti ini amanat Jemaat sedang tersebar dengan meluasnya.

Tentang kunjungan saya, telah saya sampaikan sebelum ini. Kunjungan pertama telah saya sebutkan bahawa kunjungan saya ke Amerika pada tahun lalu secara keseluruhan, kira-kira 12 juta lebih, orang-orang yang mendengar amanat Jemaat ini. Di Kanada, dua buah bandar saya kunjungi dan 8.5 juta orang yang mendengar amanat Jemaat. Di kedua-dua buah negara yang saya kunjungi itu, kira-kira 20 juta orang yang mendengar amanat Jemaat. Ini semua adalah kurnia Allah Taala yang tidak terhingga banyaknya, anugerah yang dilimpahkan, untuk menyampaikan amanat Jemaat iaitu, dengan terbukanya jalan-jalan yang baru untuk kita sampaikan amanat Jemaat ini kepada dunia.

Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, dengan lawatan saya ke beberapa buah negara banyak jalan-jalan yang baru yang terbuka luas bagi menyampaikan amanat Jemaat. Dan para muballigh telah banyak memainkan peranan dalam urusan tersebut. Bagi para muballigh yang aktif dalam tugasnya, ia suatu yang istemewa, yang mana tugas yang diberikan itu, mereka mampu untuk membawa tugas itu maju ke hadapan. Dan dengan kurnia Allah Taala mereka memperolehi kejayaan yang besar. Begitu juga ketika kunjungan saya sebanyak dua kali di Jerman. Pertama, ketika meletakkan batu asas di beberapa buah masjid di Jerman dan kedua, iaitu menghadiri Jalsa Salana Jerman yang ketika itu akhbar-akhbar, radio dan siaran televisyen telah memberikan liputan meluas tentang perkembangan Jemaat ini, malah liputan itu bukan sahaja disiarkan di negara Jerman tetapi siaran itu mendapat liputan yang meluas di negara Austria dan Switzerland. Ketika kunjungan saya pada waktu itu, kira-kira 4 juta orang yang menyaksikan program Jemaat di dalam televisyen. Selain dua buah negara yang saya sebutkan di atas tadi, saya juga mengadakan kunjungan ke Singapore, Australia, New Zealand dan Jepun. Dalam kunjungan tersebut pihak media telah menyiarkan liputan tentang kunjungan saya dan kira-kira 30 juta orang yang mengikuti perkembangan Jemaat semasa lawatan saya ke negara-negara tersebut.    
  
Ini semua adalah kurnia daripada Allah Taala, jika semua urusan ini adalah usaha daripada manusia, maka ia adalah suatu yang mustahil. Jika dari manusia ia seperti berikut, iaitu ketika di Australia, Sekretari Kharijiyah kita mempunyai hubungan dengan Press Media di sana.

Beliau telah memberitahu kepada seorang wartawan akhbar yang mewakili sebuah wilayah untuk mengadakan satu sesi wawancara dan ketika waktu yang telah ditetapkan bagi sesi wawancara itu, tiba-tiba wartawan tersebut menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir dalam program tersebut. Tetapi lihatlah bagaimana Allah Taala telah mengatur sedemikian rupa, setelah wartawan itu tidak dapat hadir, 15 minit kemudian sebuah akhbar National, memberitahu bahawa dia sudah lama menunggu bilakah saya akan ke Australia dan bilakah dia dapat datang untuk mengadakan wawancara dengan saya. Dan dalam masa 15 minit kemudian, wartawan tersebut pun tiba dan mengadakan wawancara dengan saya. Ini semua semata-mata kurnia daripada Allah Taala yang memperlihatkan sokongan dan pertolongan daripada-Nya. Sekretari Kharijiyah sedikit pun tidak menyangka bahawa secara tiba-tiba ada pula seorang wakil dari sebuah akhbar National yang datang lalu dia menyiarkan program tersebut di dalam akhbarnya.

Bagi Jemaat Jerman, pertama kali dalam sejarah, bahawa televisyen national Jerman telah menyiarkan berita tentang perkembangan Jemaat. Di Australia, televisyen national dan international telah menyiarkan berita Jemaat seperti yang telah saya katakan sebelum ini bahawa sebanyak 46 buah negara yang menerima berita tentang Jemaat. Di New Zealand, televisyen national mereka telah menyiarkan berita tentang perkembangan Jemaat, begitu juga siaran berbahasa Maori. Di Jepun sebuah akhbar, yang pembacanya kira-kira 20 juta orang telah mewawancara dan menyiarkannya di akhbar mereka, ketika lawatan saya ke Jepun. Dan bukan setakat itu sahaja, malah wartawan itu telah mewawancara Missionary In-charge kita dan sekali lagi mereka menyiarkan wawancara itu di akhbar mereka. Dengan kurnia Allah Taala masjid yang pertama kali di bina di Jepun, berita itu pun mereka siarkan di dalam akhbar. Dengan kurnia Allah Taala tempat berdirinya masjid kita, kawasannya agak luas dan mempunyai sebuah dewan. Ketika dibina masjid tersebut, kebetulan dewannya betul-betul menghadap ke kiblat, kerana itu kedudukkannya tidak perlu diubah. Dengan terbinanya masjid itu dapat memperkenalkan ajaran Islam melalui Jemaat kepada orang-orang Jepun. Seperti apa yang saya katakan, bukan hanya perasmian masjid dan lawatan saya ke Jepun yang dijadikan tumpuan oleh wartawan di sana tetapi wartawan mereka sekali lagi datang untuk mengadakan wawancara dengan missionary in-charge kita dan sekali lagi mereka menyiarkan di dalam akhbar, kerana timbul rasa senang dalam diri mereka ketika mereka mengadakan wawancara dengan kita. Inilah kurnia Allah Taala yang tidak dapat kita hitung.

Selama lawatan saya kira-kira 182 juta orang yang mengikuti perkembangan Jemaat, samada di radio dan di televisyen. Begitu juga terdapat 1088 akhbar dan melalui akhbar tersebut, kira-kira 160 juta orang yang membaca perkembangan Jemaat di dalam akhbar yang disiarkan itu. Maka lihatlah bagaimana kurnia dan ihsan Allah Taala, bagaimana Dia telah mengatur sedemikian rupa sehingga amanat Islam dan Ahmadiyyah yang hakiki dapat di sampaikan kepada dunia.

Melalui Media Massa jutaan orang yang menyaksikan amanat dan perkembangan Jemaat. Seorang pegawai atasan televisyen broadcast Ghana telah mulai mengambil program dari M.T.A. untuk disiarkan di televisyen Ghana. Ketika acara Jalsa Salana di Ghana tahun 2013 seluruh program acara Jalsa disiarkan melalui satelit dan selain negara Ghana, negara-negara yang lain pun mendapat siaran tersebut. Oleh itu, lihatlah bagaimana luar biasanya jalan yang dibuka oleh Allah Taala untuk menyampaikan amanat Islam ini. Pelbagai respon yang saya terima, yang membuatkan hati mereka tersentuh. Orang-orang bijak-pandai seperti ahli politik dan pembuat dasar negara, apabila mereka mengetahui ajaran Islam yang hakiki yang dibawa oleh Jemaat, mereka rasakan ajaran yang diperolehi itu seperti baru bagi mereka. Sedangkan ajaran tersebut bukanlah suatu ajaran yang baru. Bagi pandangan mereka perkara tersebut suatu yang sangat mengkagumkan, mereka menyatakan rupanya masihh ada lagi ajaran Islam seperti ini pada masa kini. Oleh itu, lihatlah betapa banyaknya kurnia yang dianugerahkan Allah Taala yang Jemaat perolehi dari pelbagai sudut.
Sebahagian perangai orang-orang munafik mulai menceritakan perkara yang tidak baik tentang Jemaat. Jemaat ini memperoleh kemajuan melalui seseorang atau mereka mempersoalkan kenapa wang Jemaat digunakan dengan cara yang membazir? Sebenarnya, orang-orang yang seperti ini memang wujud di dalam Jemaat tetapi sebenarnya untuk menyampaikan amanat Jemaat ini tidak memerlukan seseorang manusia pun.

Semua urusan yang dilakukan itu adalah kurnia Allah Taala dalam menyampaikan amanat Jemaat bukan untuk membazirkan wang Jemaat, bukan seperti orang-orang yang menyebarkan khabar angin tanpa usul-periksa. Jadi orang-orang yang seperti ini, anggota Jemaat perlu berhati-hati. Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa pekerjaan ini bukanlah usaha daripada manusia tetapi pekerjaan itu adalah semata-mata kurnia daripada Allah Taala. Jika Allah Taala tidak meredhai, bagaimanapun kita berusaha untuk melakukan pekerjaan itu, maka usaha itu tidak akan pernah tercapai. Malah ketika saya mengadakan lawatan di pelbagai tempat dan saya perhatikan kebanyakkan anggota Jemaat memiliki semangat yang tinggi untuk bertemu dengan saya. Tetapi orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi mereka sedikit pun tidak mempunyai perasaan seperti itu. Dan disebabkan ada sesuatu perkara, saya menolak untuk berjumpa dengan mereka dan setelah itu orang-orang ini berkali-kali mendesak supaya saya dapat berjumpa dengan mereka. Dengan perbuatan mereka itu, orang-orang Jemaat menjadi saksi akan perkara tersebut. Oleh itu, jangan sekali-kali mempunyai anggapan bahawa melalui orang tertentu amanat Jemaat baru dapat di sampaikan, pemikiran yang seperti itu adalah pemikiran yang tidak benar sama-sekali. Semua urusan itu adalah kurnia Allah Taala yang dijanjikan kepada Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bahawa ‘Aku akan sampaikan tablighmu ke seluruh pelusuk dunia’, bukannya dari seseorang yang menyampaikan amanat tersebut.

Oleh itu, setiap orang Ahmadi haruslah ingat bahawa kita tidak mengharapkan apa-apa dari orang-orang duniawi dan dari pemimpin-pemimpin dunia dan kami pun tidak memerlukan daripada mereka. Kita hanya bergantung harap dengan zat Allah Taala, Dia-lah Pelindung dan Dia-lah Penolong, yang telah memperlihatkan kemajuan yang luar biasa di hadapan kita semua.

Melihat akan kemajuan Jemaat di Afrika, para ulama dan pemimpin-pemimpin mereka mulai merasa cemburu dan kesal. Mereka mulai menunjukkan rasa tidak senang hati kerana dunia telah berkumpul di bawah bendera Allah Taala dan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Malah dalam fikiran mereka, menyatakan bahawa melalui Jemaat Ahmadiyyah orang-orang mulai menjadi Muslim yang hakiki. Di Afrika, beberapa hari yang lalu, orang-orang ini, mereka berusaha untuk menghalang perkembangan Jemaat.

Mereka menyatakan, apa yang sudah terjadi, semua orang telah menjadi Muslim melalui Jemaat Ahmadiyyah. Kami inginkan supaya Islam disebarkan dengan kekerasan dan kekejaman dan orang-orang ini pula menjadi Muslim lalu mereka menjauhkan segala fitnah dan kekacauan. Inilah yang sedang berlaku ke atas pemimpin-pemimpin duniawi yang banyak terdapat duri yang tajam begitu juga para ulamanya.

Seorang muballigh kita di Togo menceritakan, beliau telah berkunjung ke sebuah tempat yang bernama Ayakope dan orang-orang Nou Mubayyin berkata, sebelum ini ada sekumpulan orang-orang Muslim telah datang ke sini dan memberikan kami makanan dan barang-barang lalu mereka berkata, bahawa kami mengajak anda semua untuk menerima Islam. Lalu kami berkata kepada mereka anda datang ke sini untuk membawa kami masuk ke dalam Islam atau untuk menyogok kami? Kami sekali-kali tidak akan melakukan perkara seperti itu kerana diri kami telah menjadi Jemaat Ahmadiyyah dan Jemaat telah melakukan tabligh kepada kami dan sebelumnya lagi kami telah menerima Islam. Dan kami tidak memerlukan sogokan daripada anda. Jemaat telah mengajarkan tentang kecantikan Islam kepada kami begitu juga Jemaat telah mengajar anak-anak kami cara mendirikan solat dan mengaji Al Quran, sebab itu kami tidak memerlukan sogokan dari anda dan bawalah kembali barang-barang yang anda berikan kepada kami ini. Islam yang anda bawa, kami tidak sudi menerimanya. Kami hanya menerima Islam hakiki yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, yang tabligh itu, seperti yang pada masa kini yang dibawa oleh Jemaat Ahmadiyyah, yang membuatkan keimanan kami kepada Allah Taala menjadi semakin meningkat. Dan pada masa sekarang masjid pun telah dibina untuk Nou Mubayyin.
        
Begitu juga seorang muballigh dari Niger menceritakan, sebuah bandar di Barnikoni, terdapat sebuah kampung bernama Botoro, ketika diadakan pertablighan di kampung tersebut, dengan kurnia Allah Taala seluruh kampung di situ telah baiat dan masuk ke dalam Jemaat. Sejurus itu, Jemaat telah mengajar Yassarnal Quran kepada anak-anak di kampung tersebut dan Jemaat juga telah mengadakan refreshing course untuk para imam di situ, begitu juga Jemaat telah mengadakan kelas tarbiyyat untuk mereka. Apabila berita ini diketahui oleh seorang Maulvi Wahabi maka dia pun membawa sekumpulan Maulvi ke kampung tersebut dan mereka mulai menyebarkan fitnah dalam ceramah mereka, dengan menyatakan bahawa orang-orang Ahmadi adalah kafir, oleh itu kalian hendaklah keluar dari Jemaat Ahmadiyyah, kerana kami akan membina masjid dan masjid tersebut akan diberikan kepada kalian.

Setelah mendengar ucapan para Maulvi itu, ketua kampung di situ, dia memberitahu kepada para Maulvi yang datang ke kampungnya bahawa semenjak saya dilahirkan dalam Islam dan umur saya sekarang sudah berada di hujung usia, saya tidak pernah melihat anak-anak di kampung ini membaca Al Quran dan membicarakan tentang Islam tetapi berkat daripada Jemaat Ahmadiyyah yang datang ke sini, anak perempuan saya boleh mendengarkan kepada saya doa-doa dan membaca hadis-hadis di hadapan saya. Oleh kerana anda sekalian, kerana anda pertama kali datang ke kampung ini dengan melakukan keributan, maka kali ini saya maafkan anda semua tetapi jika sekali lagi anda datang ke kampung ini dan membuat keributan maka kaum lelaki yang berada di kampung ini akan membelasah kalian semua.

Apabila para Maulvi tadi mendengar ancaman tersebut, mereka mulai rasa ketakutan dan tanpa berlengah lagi, mereka ambil kenderaan lalu beredar dari kampung itu.

Seorang muballigh dari Burkinafaso menceritakan sebuah daerah Banfura, Jemaat Niankara, di sana anggota Jemaatnya seramai 210 orang yang baiat pada tahun ini. Di kampung itu terdapat dua buah keluarga yang mengikuti ajaran Ansari Deen. Mereka ini mendesak supaya orang-orang Jemaat meninggalkan ajaran Jemaat dan masuk ke dalam firkah Ansari Deen. Tetapi orang-orang Jemaat di situ tidak memperdulikan mereka malah orang-orang Jemaat di situ berkata, bahawa melalui pertablighan dan tarbiyyat Jemaat-lah kami merasa ketenangan dan kami tidak akan berpisah dengan Jemaat ini dan bukan menuju kepada kegelapan. Dan orang-orang Jemaat di situ, mereka juga membayar candah secara dawam.   
Begitu juga Jemaat kita di Benin, sebuah kampung  yang bernama Kodjromede. Ada seorang yang bernama Karim yang telah baiat, tetapi 2-3 bulan kemudian setelah dipengaruhi oleh para Maulvi, dia mulai melakukan penentangan terhadap Jemaat. Suatu kali mu’alim kita memberitahu kepada Amir Jemaat bahawa orang yang telah keluar daripada Jemaat tadi, dia telah mengeluarkan bahasa yang kesat lalu Amir Jemaat berkata kepada mu’alim itu, ia tidak menjadi masalah. Allah Taala telah berjanji jika ada orang yang murtad maka Allah Taala akan menggantikan dengan satu Jemaat yang lebih besar. Dan pada hari yang sama juga, mu’alim dan Amir Jemaat telah pergi ke sebuah kampung  Akonopey, di kampung itu rajanya juga sebagai sebagai ketua kampung di situ dan kami telah bertabligh dengannya dan setelah ditablighi, raja itu pun telah masuk ke dalam Jemaat. Kemudian di sebuah kampung di Waga, kebetulan kami berjumpa dengan dua orang di kampung itu dan mereka memberitahu supaya kami datang ke kampungnya dan bertabligh di sana, maka setelah solat Maghrib kira-kira 32 orang telah masuk ke dalam Jemaat setelah kami bertabligh dan menerangkan tentang Jemaat kepada mereka. Maka di kampung itu berdirilah sebuah Jemaat yang baru. Dan orang yang murtad tadi, sebenarnya atas sesuatu masalah dia dikehendaki oleh polis, maka orang itu telah pergi keluar dari kampung tersebut.

Kemudian muballigh in-charge dari Nigeria menceritakan, di daerah Cameroon  sebuah tempat yang bernama Foumban, orang-orang Muslim di situ, majoritinya adalah orang-orang kejam. Pertama kali telah diadakan Jalsa Yaumi Khilafat. Seperti biasa pada tahun-tahun yang lalu, kumpulan tabligh dari Pakistan datang ke Cameroon dan mereka menjadikan Jemaat sebagai sasaran mereka. Berita tentang Jalsa Yaumi Khilafat telah disiarkan secara langsung di televisyen dan radio dan berita itu sampai ke pengetahuan mereka, maka seramai 24 orang-orang tabligh bersama 10 orang dari Kenya, 15 dari Cameroon dan Chad telah sampai di sempadan. Di daerah itu majoriti di antara mereka adalah orang-orang Jemaat. Imam dan Naib Imam di daerah itu juga, 3 tahun yang lalu telah menerima Jemaat. Kumpulan tabligh yang datang ke daerah itu telah berhubung dengan mu’alim kita. Mu’alim inilah yang telah menanam benih Jemaat di daerah tersebut dengan menyampaikan ajaran Jemaat dari rumah ke rumah. Ketika orang-orang tabligh itu ingin berjumpa dengan mu’alim itu di rumahnya, isteri mu’alim tersebut memberitahu bahawa beliau telah keluar. Oleh itu, orang-orang tabligh tadi mereka telah pergi ke masjid pusat Jemaat dan di masjid pusat, dengan kurnia Allah Taala masjidnya sangat besar lalu orang-orang tabligh itu pun berjumpa dengan ketua Imam di situ dan mereka memberitahu bahawa kami ingin mengadakan tabligh. Lalu Imam itu berkata, masjid ini dimiliki oleh Jemaat, jika anda ingin menyampaikan tabligh tetapi kalau tabligh yang anda sampaikan bertentangan dengan ajaran Jemaat, saya tidak akan izinkan anda bertabligh di masjid ini, kerana dengan kurnia Allah Taala kami semua di sini adalah Ahmadi Muslim. Oleh itu, anda tidak diizinkan dan anda semua boleh pergi dari sini. Malah ketika itu, laporan kepada polis juga telah di buat dan mereka pun telah di usir dari daerah itu.

Begitu juga para Maulvi dari Pakistan telah berkumpul di Afrika Selatan. Seramai 20 kumpulan Maulvi telah datang ke Afrika Selatan. Begitu juga para Maulvi yang datang dari Delhi, India, Arab Saudi dan sekumpulan lagi orang-orang tempatan, atas nama Judicial Counsel, mereka mengadakan persidangan untuk menentang Jemaat.

Dari Sierra Leone juga ada laporan bahawa ramai para tabligh Mullah yang datang dari Pakistan, Mesir dan Mullah yang belajar di Universiti Al Azhar dan pelajar-pelajar dari Sierra Leone yang menuntut di Arab Saudi, yang mendapat pembiayaan dari Arab Saudi dan dari situlah ratusan orang yang datang ke Sierra Leone. Menurut laporan setiap pesawat yang tiba ke Sierra Leone pasti ramai para Mullah mereka yang datang ke Sierra Leone. Dan mereka akan pergi ke bandar-bandar dan ke kampung-kampung, menghasut orang awam supaya menentang ajaran yang di bawa oleh Jemaat dan juga ajaran Syiah. Seharusnya mereka menjalankan tabligh tetapi sebaliknya mereka hanya menyebarkan fitnah dan membuat kekacauan. Malah ketika ini ada sebuah persidangan Afrika-Arab, mereka telah menyalurkan wang yang sangat besar untuk negara Afrika, terutamanya di negara Sierra Leone, tujuanya adalah untuk pembangunan dan membuka sekolah-sekolah di Sierra Leone. Berita mengenai hal itu di siarkan di akhbar-akhbar bahawa mereka akan membangunkan sekolah-sekolah di sana tetapi sebagaimana mereka berjanji akan membangunkan sekolah-sekolah dan peruntukan untuk pembangunan yang diberikan tidak pernah sampai kepada mereka. Jika sampai pun mereka akan makan wang itu sesama mereka. Inilah Insya Allah Taala, mereka semua akan menerima balasannya nanti.

Jika diperhatikan di mana sahaja Jemaat memperoleh kemajuan, di situ pasti ada kurnia daripada Allah Taala, tapi para musuh juga dengan gencarnya melakukan penentangan terhadap Jemaat. Walaupun penentangan yang mereka lakukan, penentangan itu tidak pernah mematahkan semangat kita dan kita tidak memikirkan hal itu dan memang tidak perlu memikirkannya. Kegagalan mereka, akhirnya telah tertulis dan telah ditakdirkan. Tetapi apa yang kita fikirkan ialah bahawa di masa yang akan datang juga Allah Taala akan menjadi pewaris kurnia bagi kita dan untuk menghadapi para musuh pula keimanan kita semakin bertambah kuat. Kita akan berusaha untuk menyempurnakan misi Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menjadi yang terbaik daripada sebelumnya, dengan lebih banyak memanjatkan doa-doa, mengirimkan salawat dan beristighfar, semoga Allah Taala sentiasa memperlihatkan rahmat-Nya kepada kita dan memperluaskan kurnia-kurnia-Nya kepada kita. Dan perbuatan makar (rencana jahat) yang dilakukan oleh para musuh akan berbalik semula, menimpa diri mereka dan setiap penentangan yang mereka lakukan, penentangan itu akan diterbangkan ke udara. Semoga Allah Taala menurunkan lebih banyak lagi kurnia kepada kita daripada sebelumnya.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, Allah Taala memberikan kekuatan di dalam doa. Allah Taala berkali-kali memberitahu kepadaku melalui ilham bahawa apa sahaja yang berlaku adalah melalui doa. Senjata kita adalah doa selain doa tiada senjata yang dimiliki oleh diriku. [Sirat Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam dari Hazrat Shiekh Ya’kub Ali Irfani Sahib, Halaman 518-519]

Hari ini adalah bulan Januari bagi minggu pertama dan ia adalah tahun baru bagi perjanjian Waqfe Jadid untuk tahun 2014. Melalui Allah Taala juga Waqfe Jadid ini wujud dan sedang dilaksanakan oleh Jemaat. Saya akan dihuraikan ulasannya dan ini semua adalah kurnia Allah Taala, melalui candah ini, wangnya digunakan untuk pertablighan, membina masjid-masjid dan digunakan untuk perkara-perkara penting yang lain. Oleh itu, tentang perkara ini, saya akan menerangkan lebih lanjut lagi. Seperti yang kita ketahui gerakan Waqfe Jadid sebelumnya hanya diperuntukkan di Pakistan sahaja. Tetapi di masa Hazrat Khalifatul Maseeh Rabi, beliau telah melancarkan gerakan ini ke seluruh dunia. Hazrat Khaliaftul Maseeh Rabi, melancarkan gerakan ini supaya Jemaat di Afrika dan India dapat memperluaskan tugas-tugas Jemaat. Seperti yang saya beritahu bahawa dalam masa satu tahun negara Afrika dan India telah dapat mendirikan masjid-masjid dan rumah-rumah misi, dan ada juga rumah-rumah misi yang Jemaat telah membelinya. Selain daripada itu melalui pertablighan dengan kurnia Allah Taala banyak orang-orang yang berfitrat baik telah masuk dan menerima Jemaat Ahmadiyyah, yakni Islam hakiki iaitu berkat taufik yang dianugerahkan oleh Allah Taala.

Tidak ketinggalan juga orang-orang Ahmadi yang tinggal di negara-negara Afrika dan India, mereka juga telah melakukan pengorbanan menurut kemampuan mereka masing-masing, walaupun disebabkan kemiskinan mereka tidak mampu untuk memberikan dalam jumlah yang banyak untuk memenuhi segala pengorbanan. Oleh kerana itu, dari negara-negara yang kaya sangat membantu dalam gerakan ini supaya wang yang diperolehi itu dapat dibelanjakan untuk negara-negara Afrika dan India. Tetapi seperti yang saya sebutkan sebelum ini, walaupun mereka berada di paras kemiskinan tetapi semangat pengorbanan mereka sangat luar biasa.
   
Muballigh kita dari Guinea Conakry menulis, seorang pemuda Ahmadi yang bernama Muhammad menceritakan bahawa tarikh perkahwinannya telah ditetapkan tetapi wang untuk perbelanjaan perkahwinan belum mencukupi, dari mana sumber yang boleh diperolehi. Pihak wanita pula sudah mulai menunjukkan rasa putus harapan. Dan ketika itu pula, candah sedang ditagih daripada setiap anggota dan pemuda yang akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi itu telah memberikan wang yang dia simpan untuk perkahwinan itu untuk membayar candah. Ketika tunangnya mengetahui hal itu, dia mulai ribut, menunjukkan rasa tidak senang. Dia menyatakan kepada pemuda itu, apa yang telah engkau lakukan? Wang yang sedikit itupun engkau telah berikan untuk candah. Lalu pemuda itu berkata kepada tunangnya, dengan kurnia Allah Taala, aku seorang yang beriman dan yakin akan keberadaan Tuhan. Engkau jangan merasa risau, Allah Taala pasti akan menolong kita. Orang yang membelanjakan hartanya di jalan-Nya, Dia tidak akan mensia-siakannya. Dia memberitahu bahawa pada hari esok, ketika dia pergi kerja, wang yang sudah lama tertunggak yang belum dia perolehi, tiba-tiba pada hari itu dia mendapat wang tunggakannya itu.

Apabila petangnya dia pulang ke rumah dengan membawa wang itu, orang-orang di rumah merasa terperanjat bagaimana Allah Taala dengan begitu cepat memberikan kurnia-Nya.

Kemudian, perhatikanlah, bagaimana orang-orang seperti ini berkorban dengan senang hati dan dengan kerelaannya.

Di Benin, muballigh kita menulis, pada tahun pertama di daerah Cotanou di kawasan Atlantik, hujan turun dengan lebatnya, membuatkan seluruh tanaman menjadi musnah dan mengakibatkan orang-orang di daerah itu kebuluran. Seluruh tanaman ditenggelami air dan mereka tidak memiliki apa-apa untuk dimakan, apalagi untuk membayar candah. Melihat keadaan yang sudah gawat itu, maka mereka menulis surat kepada saya untuk didoakan supaya keadaan dapat pulih semula. Salah seorang anggota Jemaat di situ membuat keputusan, dia menyatakan bahawa kita masih mampu membayar candah ketika tanaman kita tidak ditenggelami air tetapi sekarang semuanya sudah musnah. Tetapi kali ini, kita sediakan sebidang tanah dan tanah itu kita letakkan atas nama Jemaat lalu di atas tanah itu, tanamlah apa sahaja dan hasil daripada tanaman tersebut kita berikan candah kepada Jemaat. Maka orang-orang di situ mulailah menanam tanaman di atas tanah Jemaat tadi. Begitu berkatnya Allah Taala berikan sehingga mereka mampu membayar candah sebanyak 11,800 Francs.
Begitu juga seorang wanita dari Gambia berkata, apabila orang yang mengutip candah datang ke rumahnya, lalu dia berkali-kali masuk ke dalam rumah dan mengambil berapa sahaja wang daripada setiap anak-anaknya untuk diberikan candah lalu anak-anaknya pun ikut mengambil di kantung, yang berisi berapa sahaja duit di kantung itu, untuk dibayarkan candah. Muballigh menceritakan, wanita itu berkata, kenapa kita harus tinggal di belakang demi untuk mendapatkan pahala. Begitulah Allah Taala menanamkan dalam hati anak-anak itu tentang kepentingan candah.   

Seorang lagi wanita nou mubayyin dari Gambia, dia pergi keluar untuk mendapatkan sabun untuk mencuci pakaiannya tetapi dalam perjalanan dia mendapat tahu bahawa perjanjian untuk pembayaran candah sedang dilaksanakan dan setiap orang diminta untuk membayar berapa sahaja yang termampu. Maka setelah wanita itu mendengar pengumuman itu, maka wang yang dia mahu beli sabun untuk mencuci pakaiannya, dia berikan untuk candahnya lalu dia berkata, sabun yang dia ingin beli tadi, Tuhan yang akan memberikannya. Lihatlah, bagaimana rencana Allah Taala, selepas dua hari kemudian tiba-tiba muncul seorang tetamu yang datang ke rumahnya dan membawa satu kotak sabun sebagai hadiah.        

Begitu juga seorang wanita di Benin, dengan secara sembunyi-sembunyi memperlihatkan kebaikannya dan selalu mengambil bahagian dalam tugas agama. Beliau mempunyai kebiasaan dalam membayar candah dan pada awal tahun apabila mendengar sahaja pengumuman perjanjian candah, maka beliau akan mengingat kurnia yang Allah Taala anugerahkan kepadanya dan beliau memberikan candah sebanyak 100,000 Francs. Dan apabila pengutip candah tadi, memberitahu kepadanya bahawa kami pun sedang menunggu pembayaran candah daripada salah seorang anak perempuannya yang berjanji akan membayar candah, mendengar kata-kata orang itu, maka wanita itu langsung memberikan 30,000 Francs untuk anak perempuannya. Lihatlah, bagaimana kepribadian orang yang seperti ini, dia sanggup meninggalkan keinginan peribadinya dan menganggap membayar candah, adalah suatu yang lebih penting.

Begitu juga muballigh kita di Tanzania menulis, bagi yang belum memberikan candah apabila mereka mendengar peringatan itu, mereka langsung memberikan candah mereka, sedangkan keperluan mereka yang lain lebih banyak, tetapi mereka meletakkan keperluan yang lain itu di belakang dan mereka langsung memberikan perhatian terhadap pembayaran candah.

Amir Jemaat Mali menulis, apabila Muallim kita Abdul Kadir mengumumkan tentang gerakan candah dan memberitahu tentang kepentingan serta berkatnya, seorang imam di situ dia sangat miskin, untuk membeli basikal pun dia tidak mampu. Imam itu bertanya, berapa yang perlu saya bayar untuk candah? Lalu Muallim Sahib berkata, seberapa sahaja yang Tuhan berikan taufik kepada tuan, itulah yang tuan harus bayar. Muallim itu berkata lagi, usahakan, berapa pun yang tuan berikan daripada tidak ada. Lalu imam itu member sebanyak 1,000 Francs. Imam itu berkata kepada dirinya, jika benar dengan membayar candah akan mendapat berkat maka daripada berbasikal alangkah baiknya jika dapat motosikal? Dan setelah enam bulan berlalu, bagaimana Allah Taala memberikan taufik kepadanya untuk membeli motosikal dan daripada candahnya 1000 Francs sebelum itu dan sekarang dia telah membayar menjadi 65,000 Francs.

Begitu juga di Haryana, India, seorang Ahmadi budgetnya sebanyak 12,000 Rupees, apabila diberitahu tentang kepentingan candah, dia menyatakan bahawa gajinya sebanyak 50,000 Rupees sebulan. Oleh itu, dia menyediakan wang untuk membayar candah menurut budgetnya. Maka sejak dari itu, dia mulai membayar candah secara dawam.

Di India, Inspektor Waqfe Jadid menulis, seorang guru wanita di Jamu Kashmir, dari seluruh daerah di situ, candah Waqfe Jadid, wanita itulah yang paling besar jumlahnya. Daripada pendapatannya dia membuat satu kaedah, apabila budget baru Waqfe Jadid diterima dari Khalifah, dia akan menetapkan budget untuk pembayaran candahnya. Dan apabila perjanjian diminta daripadanya maka dia akan memberikan lebih daripada perjanjiannya, yang dia telah tetapkan sebelum itu. Dan dia adalah orang-orang yang paling awal dalam senarai pembayar candah. Dan pada tahun ini, dia telah memberikan sebanyak 20,000 Rupees bagi pihak suaminya yang telah meninggal.

Kemudian Inspektor Waqfe Jadid menulis, Jemaat di Asnoor, seorang yang bernama Khawaja Sahib, setiap kali datang untuk mengambil candah daripadanya, dia pasti akan menceritakan kisah-kisah tentang kemajuan yang dia perolehi. Kali ini ketika Inspektor Waqfe Jadid datang kepadanya, dia menceritakan bahawa saya banyak belajar daripada peniaga-peniaga yang miskin dan mereka berlumba-lumba untuk bersaing dengan saya dalam perniagaan. Dan saya berdoa semoga mereka pun mendapat kemajuan. Tetapi alangkah baiknya jika mereka pun bersaing dalam pembayaran candah. Dia memberitahu, ketika barang-barangnya tiba di bazar, walaupun harga menurun pada hari itu, maka Allah Taala sendiri yang menyediakan harga yang baik untuk saya.

Tidak terkira banyaknya para wanita dan lelaki yang telah memberikan pergorbanan harta dan yang memang memahami akan kepentingan membayar candah. Mereka bukan bergantung harap pertolongan daripada orang-orang dari luar tetapi mereka sendiri yang berkorban dan berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri. Daripada kisah ini, dapat diketahui bagaimana semangat orang-orang Ahmadi dalam pengorbanan, yang telah diajarkan dalam Al Quran tentang pengorbanan kepada kita. Dan tentang kepentingan itu Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam ada mengemukakan untuk kita pada zaman ini.

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda, manusia sangat mencintai harta dunia, dengan itu menurut ta’bir rukya ada tertulis, jika seseorang melihat hatinya dikeluarkan dan diberikan kepada seseorang maka ta’birnya, dia akan diberikan harta. Kerana itu, untuk memperoleh ketakwaan yang hakiki dan iman, Allah Taala berfirman LANTANALUL BIRRA HATTA TUNFIQUU MIMMA TUHIBBUN yakni, sekali-kali kamu tidak akan mencapai kebaikan yang sempurna, sebelum kamu membelanjakan sebahagian dari apa yang kamu cintai. [Ali Imran:93] kerana dengan mempunyai rasa simpati kepada orang lain melibatkan juga pengorbanan harta, tanpa berbuat demikian maka keimananmu tidak akan sempurna. Selagi seseorang itu tidak mahu berkorban bagaimana dia dapat memberikan faedah kepada orang lain. Dan ayat LANTANALUL BIRRA HATTA TUNFIQUU MIMMA TUHIBBUN ayat inilah yang memberi pelajaran kepada kita. Dengan membelanjakan harta di jalan Allah Taala adalah suatu tanda ketakwaan seseorang itu. Ketika Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyeru tentang pengorbanan maka Hazrat Abu Bakar r.a. segera hadir dan mempersembahkan segala harta di rumahnya di hadapan baginda. [Malfuzat Jilid 1, Halaman 367-368, Edisi 2003, Cetakan Rabwah]

Semoga Allah Taala menganugerahkan berkat ke atas orang-orang yang telah memberikan pengorbanan dan memberi berkat kepada mereka yang telah memahami tentang roh pengorbanan.
Pada hari ini, saya akan kemukakan pengorbanan Waqfe Jadid tahun lalu, iaitu bagi tahun yang ke 56. Dan bagi tahun yang ke 57, iaitu tahun 2014 juga akan saya kemukakan.

Bagi tahun yang lalu, iaitu tahun yang ke 56, dengan kurnia Allah Taala jumlah yang terkumpul adalah sebanyak 5,484,000 Pounds. Dan jumlah itu melebihi sebanyak 466,000 Pounds pada tahun lalu. Dan pada tahun ini negara United Kingdom menduduki tempat yang pertama. Kedudukan United Kingdom di tempat pertama yang ingin saya katakan kerana pada tahun lalu negara Pakistan berada di tempat yang pertama.

Jadi pada tahun ini Pakistan berada di tempat yang kedua, kemudian tempat ketiga adalah Amerika, keempat Jerman, kelima Kanada, keenam India, ketujuh Australia, kelapan Indonesia, kesembilan Timur Tengah dan kesepuluh adalah Belgium.

Dengan kurnia Allah Taala, pada tahun ini United Kingdom dapat menggumpulkan jumlah yang tinggi. Semoga Allah Taala memberkati bagi mereka yang telah memberikan pengorbanan. Kali ini Amerika dan Jerman ketinggalan di belakang. Mereka perlu berusaha lebih jika mereka ingin mendapatkan tempat yang pertama dan mereka perlu berusaha untuk mengekalkannya kerana untuk mereka melompat, kelihatannya mereka harus melompat lebih tinggi lagi.

Jumlah peserta yang ikut membayar Waqfe Jadid adalah seramai 1,044,720 orang. Daripada jumlah tersebut nou mubayyin dari negara Afrika yang paling banyak mengambil bahagian dalam gerakan ini. Tetapi di masa akan datang perlu diambil perhatian terutama bagi negara Afrika, walaupun mereka memberikan sebanyak 10 Pence, nama-nama mereka perlu disenaraikan supaya kita dapat mengetahui jumlah sebenar orang-orang yang membayar candah Waqfe Jadid.

Penambahan jumlah yang terkumpul yang paling banyak, adalah dari negara Nigeria, Ghana dan Mauritius. Kedudukan tiga teratas bagi Waqfe Jadid bagi wilayah-wilayah di Pakistan, iaitu tempat pertama adalah Lahore, kedua Rabwah dan ketiga Karachi. Pembahagian bagi daerah pula tempat pertama adalah Sialkot, Rawalpindi, Islamabad, Faisalabad, Sargodha, Gujranwala, Gujrat, Multan, Narowal dan Haideabad.

Daftar Athfal bagi Jemaat besar pula, tempat pertama, adalah Lahore, Karachi dan Rabwah. Daftar Athfal bagi wilayah pula tempat pertama adalah Sialkot, Rawalpindi. Dan bagi yang baligh pula tempat pertama adalah Sialkot, Rawalpindi, Islamabad, Faisalabad, Sargodha, Gujrat, Narowal, Multan Nankana Sahib.

Bagi keseluruhan 10 teratas Jemaat-jemaat besar di United Kingdom, tempat pertama adalah Birmingham West, Gillingham, Raynes Park, Masjid Fazal, Worcester Park, Hounslow North, Wimbledon, Bradford South, Balham dan New Malden. Bagi daerah pula, tempat pertama adalah Middlesex, South London, Midlands dan North-East. Daftar bagi Jemaat-jemaat kecil, tempat pertama adalah Spen Valley, Bromley&Lewisham, Devon&Cornwall dan Northampton.

Bagi Jemaat Amerika pula 10 teratas tempat pertama adalah Los Angeles Inland Empire, Silicon Valley, Detroit, Seattle, Los Angeles East, Central Jersey, Silver Spring, Central Virginia, Dallas dan Boston.

Bagi Lokal Jemaat Jerman 5 teratas, tempat pertama adalah Hamburg, Frankfurt, Gross Grau, Darmstad dan Wiesbaden. 10 Kutipan terbanyak bagi Jemaat Jerman, tempat pertama adalah Rotenburg, Nida, Freiburg, Mainz, Fulda, Neuss, Raven, Harpstedt, Kyllurg, Hannover dan Cologne.

Empat Jemaat terbesar teratas bagi Kanada adalah, Calgary, Peace Village, Vaughan dan Vancouver. Bagi Jemaat kecil pula adalah Edmonton, Durham, Ottawa, Saskatoon South dan Milton.

Keseluruhan bagi Jemaat India adalah Kerala, Jammu Kashmir, Andhra Pardesh, Tamil Nadu, West Bengal, Urissa, Karnatak, Qadian Punjab, Maharastra, Delhi dan Uttar Pardesh. Penerimaan terbanyak bagi negara India adalah Keralai, Calicut, Noot Town, Hyderabad, Qadian, Calcutta, Chenai, Bengardi, Bangalore, Rishi Nagar, Partarmaparam, Mihtutum dan Krinak. Semoga Allah Taala menerima pengorbanan mereka hendaknya.

Selepas solat nanti, saya akan memimpin solat jenazah, iaitu Mukarram Yusuf Lateef Sahib, dari Boston, Amerika. Beliau telah meninggal dunia pada 23 Disember 2013, berusia 93 tahun. Inna lillaahi wa inna ilaihi rajiun.

Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1920 di Tennessee, Boston. Setelah beliau membaca buku Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam dan Hazrat Muslih Mau’ud r.a. pada tahun 1948 beliau telah mendapat taufik untuk baiat. Beliau seorang Ahmadi, African-American. Beliau selalu menyatakan adalah suatu tanggungjawab bagi saya untuk baiat. Jika saya tidak berbuat demikian maka saya akan tergolong sebagai orang yang berpaling kepada Tuhan dan kebenaran. Beliau memperoleh ijazah kedoktoran dan sebagai profesor yang mengajar di pelbagai Universiti. Beliau juga menulis pelbagai buah buku termasuk autobiografi beliau. Disebabkan kemasyhuran beliau, akhbar-akhbar di Amerika menyiarkan tentang kewafatannya. Ketika Presiden Clinton menjemput beliau ke White House dan walaupun beliau seorang African-American tetapi beliau datang dengan memakai Shalwar Kameez [Pakaian tradisi Pakistan]. Beliau memenangi Award dalam bidang beliau, menyerupai hadiah Nobel Prize. Disebabkan beliau seorang Ahmadi, beliau tidak ada kompromi dalam soal agama. Beliau banyak menulis mengenai muzik tetapi tempat-tempat yang ada jual alkohol beliau tidak akan hadir di situ. Beliau telah mendapat taufik mengerjakan Haji dan Umrah ke tanah suci. Sekretari Maal berkata, setiap bulan apabila beliau menerima cek, pertama sekali beliau akan membayar candah dan berkata, sebagaimana dahulu saya yakin, ketika saya baiat, begitu juga sekarang bahawa Ahmadiyyah adalah suatu jalan kebenaran. Dan inilah jalan yang dilalui oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Saya begitu yakin bahawa sesiapa yang mengikuti jalan ini maka ia tidak akan binasa dan saya yakin, dengan mengikuti jalan ini saya dan keluarga saya akan mendapat keselamatan. Dan keimanan saya menyatakan bahawa melalui Ahmadiyyat seluruh manusia diajarkan untuk bersaudara.

Beliau juga berkesempatan melawat ke Qadian dan Rabwah. Pada tahun lalu beliau berkesempatan juga datang ke Jalsa, London. Beliau sangat cinta dengan Khilafat. Beliau juga pernah berjumpa dengan Hazrat Khalifatul Maseeh Salis r.a., Khalifatul Rabi r.a. dan dengan saya juga. Ketika beliau datang ke Jalsa, London, beliau dalam keadaan sakit dan duduk di kerusi roda. Seorang yang baik dan berdisiplin. Dawam dalam mengerjakan solat Jumaat. Seorang yang merendahkan diri, menunjukkan kasih sayang dengan penuh hormat dan seorang yang mukhlis. Selain dengan orang-orang Ahmadi, beliau juga menunjukkan kerendahan diri dengan orang-orang yang bukan Jemaat. Beliau mendapat taufik memegang beberapa jawatan dalam Jemaat dalam tempoh yang panjang. Beliau sangat minat dengan Da’wat llallah. Beliau akan memberikan risalah-risalah dengan jiran-jiran, saudara-mara dan kawan-kawannya. Di poketnya sentiasa ada risalah-risalah yang boleh dibahagi-bahagikan kepada orang-orang dan di dalam kapal terbang pun beliau akan memberi risalah-risalah kepada orang-orang yang berada di dalam pesawat. Beliau menerbitkan dengan biaya sendiri buku Falsafat Ajaran Islam, buku tarbiyyat untuk anak-anak dan buku untuk orang-orang buta. Beliau seorang Musi, beliau meninggalkan seorang isteri, bernama Aisya Lateef dan seorang anak, Mukaram Yusuf Lateef Sahib. Semoga Allah Taala memberikan kesabaran dan keteguhan kepada mereka dan dapat meneruskan kebaikan yang dilakukan oleh beliau.

----------------------------<<<>>>----------------------------

Penterjemah

Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah

11 September 2014



Friday, November 14, 2014

Pentingnya Kekuatan Ilmu dan Iradah Dalam Reformasi Diri





TERJEMAHAN KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
10 Januari 2014 / 10 Sulh 1393HS
Masjid Baitul Futuh, London

----------------------------<<<>>>----------------------------

Pada dua Jumaat yang lalu, saya ada mengemukakan khutbah Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu yang menerangkan tentang bagaimana untuk meningkatkan amalan baik. Dan saya juga memberikan beberapa sebab yang menjadi penghalang untuk kita meningkatkan amalan baik kita. Saya juga menerangkan, jika kita ingin mencapai standard amalan baik yang dikehendaki, maka rintangan-rintangan untuk berbuat amalan yang baik yang dihadapi itu, harus dijauhi, kerana untuk menjauhi rintangan itu ia adalah suatu tugas yang amat berat. Daripada topik inilah, saya akan sampaikan pada hari ini kepada anda semua.

Kita hendaklah sentiasa ingat, bahawa misi dan diutusnya Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bukan setakat untuk memperbaiki amalan sahaja. Beliau dengan jelas mengemukakan, seorang hamba-Nya, haruslah menjalinkan hubungan dengan Allah Taala dan untuk meningkatkan amalan baik adalah suatu perkara yang penting. Perkara-perkara seperti inilah, tujuan beliau diutus ke dunia. Selain itu, hak terhadap hamba-hamba-Nya pun harus dilaksanakan dan semua amalan itu dapat mengelilingi diri hamba-hamba-Nya. Selain melaksanakan amalan yang baik, hamba-hamba-Nya perlu melaksanakan hak terhadap Allah Taala. Dalam salah satu kesempatan, Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda: ”Ingatlah, sesuatu amalan tidak akan disebut sebagai amalan, jika hanya diucapkan di bibir sahaja.” [Malfuzat Jilid 1, Halaman 48, Edisi 2003, Cetakan Rabwah]

Selanjutnya beliau bersabda: ”Beratkan timbangan dalam keimananmu. Amalan adalah timbangan sebuah iman. Jika amalan seseorang insan tidak benar maka tiada apa yang diperoleh daripada iman yang seperti itu.” [Malfuzat Jilid 1 Halaman 249, Edisi 2003, Cetakan Rabwah]

Oleh itu, jika kita inginkan misi Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam berguna untuk manusia dan dapat menyempurnakan tujuan kedatangan beliau, maka setiap di antara kita akan dapat menjauhkan rintangan tersebut, kerana dengan meningkatnya amalan baik maka kita dapat memalingkan orang-orang yang berada di luar Jemaat condong menuju ke arah kita dan dengan natijah tersebut, kita dapat membantu untuk menyempurnakan misi Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam Oleh itu, kita harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkannya? Kerana kemenangan kita, senjata yang paling besar adalah dengan meningkatkan amalan baik kita. Yang dimaksudkan dengan kemenangan yang besar adalah membawa seseorang itu menuju ke arah diri kita. Harus diingat, bahawa bukan untuk kemenangan duniawi, tetapi untuk membawa orang-orang duniawi berada di bawah tapak kaki Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Tetapi jika diri kita dengan orang-orang ghair tidak ada bezanya, maka apa perlunya orang-orang duniawi itu mendengar seruan kita. Oleh itu, kita hendaklah menguatkan amalan kita, di samping memberikan kekuatan terhadap amalan kita, kita juga harus berdiri teguh di atas kekuatan amalan tersebut. Daripada menakut-nakutkan orang lain, sebaiknya kita membawa mereka kepada kebaikan daripada keseronakan duniawi. Jika kita perhatikan dunia pada hari ini banyak rintangan duniawi yang berada di hadapan kita. Oleh itu kita harus keluar daripada rintangan syaitan, supaya kita dapat melaksanakan hak terhadap Allah Taala dan kita menjadi golongan yang terbanyak di dunia ini. Tetapi untuk melalui jalan tersebut banyak rintangan yang harus kita lalui. Kerana itu kita harus ciptakan kekuatan dalaman dalam diri kita supaya rintangan itu dapat dijauhkan. Untuk kita bersaing dengan orang-orang dunia terdapat beberapa peraturan yang harus kita patuhi. Iaitu kita harus banyak berkorban menahan nafsu kita dan harus menciptakan persekitaran dengan amalan baik. Selagi kita tidak berhasil melakukannya maka kita tidak akan mendapat kejayaan. Seperti yang pernah saya sampaikan di dalam khutbah yang lalu bahawa pada masa kini dunia semakin mengecil, ia seolah-olah seperti sebuah bandar, malah boleh dikatakan seperti satu bandar. Walaupun ribuan batu jauhnya tetapi melalui media elektronik keburukan-keburukan dapat dijangkau ke setiap rumah. Jika diperhatikan secara keseluruhan melalui kepantasan media elektronik, kelihatannya lebih banyak keburukan dibandingkan dengan kebaikan. Seperti yang telah saya sampaikan sebelum ini, bahawa nisbah kebaikan dan keburukan sudah berubah. Iaitu suatu perkara yang menurut ajaran Islam jika seseorang itu melakukan perbuatan tersebut, maka perbuatan itu suatu perbuatan yang buruk tetapi bagi orang-orang duniawi atau boleh kita umpamakan masyarakat yang tidak beragama, menurut mereka perbuatan itu bukan suatu perbuatan yang buruk. Sedangkan menurut kita perbuatan itu suatu perbuatan yang di larang oleh ajaran Islam. Bagi orang-orang duniawi, menurut mereka ia suatu perkara yang biasa sahaja, malah dianggap suatu perkara yang baik.

Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu memberi misal di negara barat, mereka mempunyai kebiasan dengan adat tari-menari, tetapi di zaman Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu tari-menari ketika itu belum lagi umum, kalau ada pun acara tari-menari itu diadakan di suatu tempat yang khas, yang orang-orang harus pergi ke tempat tersebut. Tetapi pada masa kini tari-menari boleh dilihat di televisyen atau di internet. Dan sebahagian di rumah-rumah, untuk berhibur, mereka menari-nari dengan penuh kegilaan. Dan sebahagian rumah-rumah mengadakan pesta tari-menari terutama ketika pada hari perkhawinan untuk hiburan dan bersuka-ria. Mereka telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Seharusnya rumah-rumah orang Ahmadi suci daripada perkara-perkara seperti itu. Perkara ini harus diberikan perhatian yang khusus. Pada hal, apa yang saya sampaikan ini adalah rujukan daripada Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu. Beliau bersabda; tari-menari memang sudah menjadi kebiasan dan bahagian dalam kehidupan mereka di negara barat tetapi orang-orang menganggap ia suatu yang buruk dan secara perlahan-lahan tradisi itu mulai menghilang. Sebelumnya, jika orang-orang  menari, mereka menari sambil memegang tangan antara satu dengan yang lain, kemudian jika kita melihat pada hari ini mereka menari sambil mendekatkan muka mereka dan kemudian beransur-ansur jarak antara mereka semakin berkurangan. [Diambil dari Khutbah Mahmood, Jilid 17, halaman 432, Khutbah 3 Febuari 1936, Cetakan Rabwah]

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini bahawa tarian yang tidak senonoh itu sudah tidak ada batas lagi. Mereka menari-nari dengan pakaian yang tidak sopan. Kenapa tersebar dengan meluasnya di televisyen? Ia adalah untuk memberitahu kepada dunia bahawa keburukan telah berjaya berdiri kukuh. Ketika ini, di Pakistan yang merupakan sebuah negara Muslim, di televisyen mereka, rancangan hiburan yang disiarkan atas nama kebebasaan, mereka menyiarkan program-program yang tidak senonoh, dengan pakaian yang tidak sopan. Meskipun keburukan telah berdiri kukuh, mereka telah menguasai minda masyarakat di dunia dengan keburukan-keburukan tersebut. Dan untuk menghadapi keburukan yang akan datang, perlu mempunyai suatu program dan memerlukan pengorbanan. Jika perkara ini tidak dilaksanakan maka kita tidak akan berjaya untuk mencapai maksud yang diingini.

Oleh itu, hal ini harus menjadi bahan renungan dan kita harus bekerja keras. Untuk memperbaiki hal ini, kita harus menjauhi rintangan ini. Dengan menggunakan cara tersebut dapat menjauhkan rintangan yang terdapat dalam diri kita. Dengan melakukan cara seperti itu kita dapat melawan keburukan. Bagi mendapatkannya, Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu dengan cara yang sangat indah menerangkannya. Iaitu, jika seseorang itu melakukannya maka ia akan memperoleh kejayaan. Perkara yang dimaksudkan ialah, ia mempunyai tiga cara. Pertama, harus memiliki satu iradah yang kuat, kedua, kebenaran dan ilmu pengetahuan yang sempurna dan ketiga, memiliki kekuatan amalan. Tetapi ada dua yang menjadi dasar bagi suatu kekuatan itu. Iaitu, iradah yang kuat dan kekuatan amalan. Daripada tiga perkara yang disebutkan di atas, yang sangat berpengaruh ialah kebenaran dan ilmu pengetahuan dan kekuatan amalan. [Diambil dari Khutbah Mahmood Jilid 17, Halaman 440, Khutbah 10 Jilai 1936, Cetakan Rabwah]

Apapun, yang paling utama, yang harus diingat bahawa kekuatan iradah dan kekuatan amalan, dua perkara ini yang mampu meningkatkan amalan kita. Oleh itu, kita harus memperkukuhkan kekuatan iradah kita dan kita harus menjauhkan diri kita dari perkara yang boleh merosakkan kekuatan amalan kita. Jika keinginan kita berdiri dengan teguh iaitu, terhindar dari keburukan maka barulah amalan kita memiliki kekuatan. Apabila kekuatan dalaman terdapat dalam diri kita, maka segala kelemahan dapat dijauhi. Kerana tanpa kekuatan itu, kita tidak dapat melakukan apa-apa pembaikan.

Apabila ditinjau akan perkara ini, kita boleh melihat bagaimana kekuatan iradah memainkan peranan. Jika hubungannya dengan iradah, selalunya kerosakan sangat sedikit berlaku, kerana anggota Jemaat atau individu menginginkan ketakwaan dan kesucian, yang dapat menyebarkan perintah-perintah dalam ajaran Islam, yang dapat menarik kecintaan Allah Taala dan kedekatan kepada-Nya. Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu bersabda, perkara ini membuktikan, walaupun kita memiliki kekuatan iradah tetapi natijahnya tidak demikian, maka ada dua perkara yang menjadi penyebabnya, samada kekuatan iradah yang seharusnya terdapat dalam diri tetapi kekuatan itu tidak dimiliki, seperti mana kekuatan akidah, kerana untuk memperbaiki akidah dapat dilakukan dengan mudah tetapi untuk meningkatkan amalan, kerana tidak ada kekuatan iradah maka untuk meningkatkan amalan tidak membawa apa-apa hasil. Dan dalam hal ini, kita terpaksa mengakui bahawa peribadatan kita pasti ada kekurangannya. Pendakwaan kita beribadah kepada Allah Taala terdapat kekurangan kerana itu kekuatan amalan turut terjejas dan ini memberi kesan kepada kekuatan iradah kita. Yakni, kekuatan amalan kita menjadi terjejas dan memberikan kesan juga ke atas kekuatan iradah kita atau memerlukan bantuan dan pertolongan Allah Taala. Perkara yang seperti inilah yang selalu berlaku dalam diri kita. Selagi kekuatan amalan kita tidak disembuhkan, selagi itu tidak akan membawa apa-apa faedah. Misalnya, seorang pelajar yang dengan tekun mengingat pelajarannya tetapi dia tidak mampu mengingatinya. Selagi dia tidak memperbaiki ingatannya sebanyak mana pun dia berusaha untuk mengingat pelajarannya, dia tidak akan mampu untuk mengingati pelajarannya itu. [Diambil dari Khutbah Mahmood Jilid 17, Halaman 435-436, Khutbah 10 Febuari 1936, Cetakan Rabwah]

Oleh itu, untuk memperbaiki ingatan perlu mengetahui puncanya, supaya mendapat panduan yang betul atau mengubah kaedah bagaimana untuk mengingati pelajarannya. Di Pakistan telah menjadi tradisi, pelajar-pelajar di sana suka menghafal setiap benda samada mereka memahaminya ataupun tidak. Dan mereka sangat mahir dengan cara seperti itu, hinggakan setiap patah perkataan dalam buku, mereka dapat menghafalnya. Tetapi apabila mereka datang dan belajar ke negara-negara barat, cara di sini sangat berlainan, yang mana setiap yang dipelajari harus di fahami dengan cara yang baik. Kerana itu kadang-kadang, ketika mereka belajar di Pakistan mereka mendapat markah yang rendah tetapi apabila mereka datang ke sini, mereka memperoleh markah yang tinggi, mereka cepat mengikuti cara pelajaran di sini. Dan ada pula ketika di Pakistan mereka memperoleh markah yang tinggi tetapi ketika belajar di sini, mereka memperoleh markah yang rendah. Di Rabwah, sekolah-sekolah Jemaat, disebabkan sistem pelajarannya berbeza dengan lembaga peperiksaan pemerintah, maka banyak pelajar-pelajar kita menulis surat menyatakan bahawa mereka tidak dapat mencapai markah yang dikehendaki oleh lembaga peperiksaan pemerintah yang umum, yang diamalkan di Pakistan. Maka kami tidak dapat menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan tersebut kerana lembaga peperiksaannya sangat berbeza. Hal seperti ini bukan disebabkan seseorang itu pintar ataupun tidak, walaupun otak seseorang itu pintar tetapi kalau tidak mengingat dengan cara yang betul, tidak akan membawa apa-apa faedah. Ini bukan disebabkan kelemahan dalam otak seseorang itu tetapi ada sebab-sebab yang lain. Tetapi jika seseorang itu memang sudah lemah otaknya, maka akan sulit bagi dirinya untuk mengikuti pelajaran, maka ia harus mengubah cara untuk mengingat pelajarannya. Di sini bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran, mereka mempunyai sekolah yang khas. Mereka diberikan perhatian sepenuhnya dan kadang-kadang mereka yang lemah dalam pelajarannya, mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Oleh itu, menjadi suatu kerisauan, apabila melihat keadaan diri kita dalam memperbaiki amalan yang baik. Kita harus melihat, kenapa iradah untuk melakukan kebaikan masih belum berkesan. Kita harus berusaha untuk menghindari rintangan yang menghalangi jalan tersebut. Kemudian hendaklah perhatikan, standard ibadah kita? Sebanyak mana usaha dalam amalan, niat baik dan keikhlasan kita. Oleh itu, terdapat dua macam yang menjadi rintangan untuk meningkatkan amalan baik kita. Pertama, lemah dalam kekuatan iradah dan kedua, lemah dalam kekuatan amalan. Tetapi seperti yang telah dikemukakan sebelum ini, satu lagi kelemahan iaitu, kelemahan dalam ilmu pengetahuan. Inilah yang membawa kesan dalam diri seseorang itu.

Jika diperhatikan kehidupan dalam amalan kita, iradah ilmu pengetahuan pun memainkan peranan dalam kehidupan. Contohnya, seseorang itu tidak mengetahui bahawa ada 1000 tentera yang akan datang ke rumahnya untuk menyerang, sedangkan dalam fikirannya ia menyangka tentera yang akan datang menyerang itu cuma satu atau dua orang sahaja. Tetapi jika orang itu pada awal lagi, ia mengetahui yang akan datang menyerang itu seramai 1000 orang, pasti orang itu akan membuat persiapan yang berbeza. Oleh itu, disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan, ia dapat menjejaskan diri seseorang itu. Dan ilmu pengetahuan meningkatkan kekuatan iradah seseorang. Begitu juga jika seseorang itu ingin mengangkat sesuatu benda dan pada awalnya dia menganggap bahawa benda yang ingin diangkatnya itu suatu benda yang ringan, sedangkan benda yang akan diangkatnya itu suatu benda yang sangat berat, maka dia tidak mampu mengangkatnya. Tetapi jika pada awalnya, dia mengetahui bahawa benda itu sangat berat maka dia pasti akan mengubah cara, bagaimana untuk mengangkat benda tersebut. Malah dia akan menggunakan ilmu pengetahuannya dan menggunakan cara yang betul, dengan itu pasti dia akan berjaya. Oleh itu, Allah Taala telah wujudkan sifat murni. Apabila sifat murni dan kekuatan digunakan dengan cara yang betul, maka setiap pekerjaan mudah dilakukan atau memperoleh hasil yang baik. Dan semua itu hasil daripada ilmu pengetahuan. Jika sifat murni tidak digunakan dengan cara yang betul maka masalah yang umum pun boleh mengakibatkan kerugian. Oleh itu, dalam hal ini sifat murni dalam amalan hendaklah dipatuhi dan perlu menjauhi segala kelemahan dalam memperoleh sesuatu amalan itu. Untuk itu kita perlu meluaskan ilmu pengetahuan supaya dapat menggunakan kekuatan dengan cara yang betul dan mengatasi segala kelemahan.

Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu bersabda, bahawa Allah Taala memberikan keseimbangan kekuatan pada setiap manusia, yang dengan kekuatan itu ia mampu mengimbangi di antara kedua benda tersebut. Seseorang itu dapat membuat keputusannya sendiri dalam melakukan suatu pekerjaan. Diri orang itu sendiri yang mengetahui sebanyak mana kekuatan yang diperlukan, kerana seluruh kekuatan bukan di tangan manusia, tetapi walaupun kekuatan itu bukan di tangan manusia otak manusia tetap terpelihara. Kerana itu, suatu pekerjaan yang pertama kali dikerjakan, misalnya seseorang itu tidak mampu mengangkat sesuatu benda tetapi otaknya menyatakan bahawa dia mampu mengangkat benda tersebut, sebenarnya kekuatan itu dikawal oleh ilmu pengetahuan seseorang. Samada ilmu pengetahuan dalaman maupun luaran. Ilmu pengetahuan dalaman adalah melalui pemerhatian dan pengalaman manakala ilmu pengetahuan luaran adalah melalui suara-suara dari luar yang membingitkan telinga. Misalnya, jika ada serangan yang datang dari luar, serangan dari luar itu membuatkan seseorang itu mengambil tindakan berhati-hati atau berwaspada. Tetapi contoh tentang mengangkat sesuatu benda, hal itu di kawal oleh kekuatan yang mengimbangi diri seseorang itu. Iaitu, sebelumnya orang itu tidak mampu mengangkat sesuatu benda kerana orang itu berfikiran bahawa benda itu tidak berat. Misalnya, benda itu beratnya sebanyak 10 kilogram tetapi dalam fikirannya, dia menyangka benda itu beratnya cuma 5 kilogram. Tetapi jika dalam fikirannya, benda yang akan diangkat itu beratnya sebanyak 10 kilogram maka tentu dia mampu mengangkatnya. Jika hal ini diperhatikan dengan sebaik-baiknya, apabila seorang insan itu memberikan cahaya ke atas amalannya, maka seseorang itu akan mengetahui berapa banyak kekuatan yang diperlukan dalam usahanya itu. Kadang-kadang, disebabkan tidak menggunakan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul seorang insan tidak mampu untuk meningkatkan amalannya. [Di ambil dari Khutbah Mahmood Jilid 17, Halaman 437-438, Cetakan Rabwah]

Dengan keseimbangan kekuatan manusia, ia akan berhati-hati dan disebabkan tidak memiliki ilmu pengetahuan seseorang itu menjadi lalai. Keseimbangan kekuatan akan terwujud apabila setiap sesuatu itu memiliki ilmu pengetahuan. Apabila seseorang itu memiliki ilmu pengetahuan ia akan berhati-hati bagaimana cara menggunakan sesuatu benda itu. Jika tidak mempunyai ilmu pengetahuan seseorang insan itu tidak akan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan. Dan disebabkan tidak menggunakan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul seseorang itu akan melakukan dosa. Contohnya, seorang anak, yang dipelihara oleh seseorang yang terlibat dalam dosa dan setiap hari anak itu mendengar perbualan orang yang memeliharanya itu berkata bahawa tanpa menipu kita tidak boleh hidup di dunia ini, maka dalam otak anak itu telah terakam kata-kata yang menyatakan bahawa tanpa menipu pada zaman ini kita tidak akan berjaya. Saya ingin memberitahu di sini bahawa orang-orang Jemaat yang mendapat suaka politik, dalam pemikiran mereka umumnya mereka menyatakan, walaupun mereka memberikan keterangan dengan panjang lebar atau keterangan yang ringkas, pihak yang menguruskan suaka politik kami, selalunya tidak meluluskan pemohonan kes kami. Sedangkan saya telah beberapa kali nyatakan bahawa jika memberikan keterangan yang ringkas dan berkata dengan jujur, maka kes mereka itu segera diluluskan oleh pihak yang menguruskan kes tersebut. Banyak contoh-contoh yang saya perolehi, ramai yang memberitahu kepada saya bahawa mereka memberikan keterangan yang ringkas dan jujur maka dalam beberapa hari sahaja permohonan mereka diluluskan. Ingin saya beritahu di sini bahawa orang-orang ini, mereka kurang bersabar. Jika diperhatikan mereka yang hidup dalam suaka politik mereka sentiasa dalam ketakutan dan banyak kerisauan yang dihadapi. Anak-anak mereka tidak dapat pergi ke sekolah, menyebabkan mereka merasa bosan begitu juga banyak masalah-masalah yang lain. Disebabkan masalah yang dihadapi oleh mereka itulah maka kes mereka diluluskan oleh pihak yang menguruskan mereka. Oleh itu, sentiasalah berkata dengan jujur dan hendaklah bertakwa kepada Allah Taala. Jika anda menceritakan perkara yang dusta di hadapan anak-anak, antara anda dengan pihak hakim yang menguruskan terhadap permohonan anda untuk mendapatkan suaka politik, maka pasti anak-anak akan beranggapan bahawa berkata dusta bukan suatu dosa. Selanjutnya ia menyatakan jika tidak berdusta dihadapan hakim pasti kes kita tidak akan diluluskan atau kita tidak akan mendapat faedahnya. Dengan membuat demikian maka timbul dalam pemikiran anak itu bahawa pada masa kini, masih adakah orang yang baik yang mahu berkata benar? Maka semua percakapan yang dusta itu terakam dalam pemikiran anak-anak dan menurut pengetahuan anak-anak itu berkata dusta bukan perbuatan yang buruk dan natijahnya apa yang akan timbul? Yang pastinya, apabila anak-anak itu setelah dewasa, apabila ada kesempatan, anak-anak itu akan berkata dusta. Keseimbangan kekuatan otak segera membuat keputusan, kerana kehidupannya dalam keadaan bahaya maka perlu untuk berkata dusta, kerana dia beranggapan hal itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap dirinya. Begitu juga tentang ghibat. Sekiranya anak-anak melihat disekelilinginya orang-orang suka berghibat maka apabila anak-anak itu dewasa, jika dia menghadapi masalah seperti itu dan dia beranggapan jika aku berghibat maka aku akan mendapat faedahnya, kekuatan otaknya menyatakan bahawa disekelilinginya orang-orang suka berghibat, maka kalau berghibat tidak akan membawa apa-apa kesan. Orang yang seperti ini beranggapan memang ia suatu dosa tetapi bukannya dosa yang besar. Pada khutbah yang lalu saya ada menerangkan akan perkara ini. Untuk meningkatkan amalan yang baik terdapat banyak rintangan kerana seseorang itu beranggapan bahawa sebahagian dosa ada yang besar dan sebahagian lagi adalah dosa kecil, kerana itu mereka sanggup melakukan perbuatan tersebut. Dan jika seseorang itu telah melakukan suatu perbuatan dosa maka sulit bagi diri orang itu untuk meninggalkannya. Sebenarnya otak manusia memiliki kekuatan tetapi disebabkan maklumat melalui persekitarannya yang diperolehi tidak betul maka perbuatan dosa yang dia lakukan, dia tidak dapat mengusainya. Seperti satu bebanan yang ingin diangkatnya, seperti yang telah diberikan contoh sebelum ini, jika suatu benda yang ingin diangkat, bebanannya sangat berat maka sudah tentu orang itu tidak mampu untuk mengangkatnya, tetapi jika dalam otaknya memberitahu bahawa dia mampu mengangkat benda itu maka dia dengan mudahnya dapat mengangkat benda tersebut. Begitu juga cara untuk menghapuskan dosa-dosa. Seseorang insan memiliki kekuatan untuk menghapuskan dosa tetapi apabila suatu perbuatan dosa berada di hadapannya, lalu dia berkata, ini suatu dosa yang kecil, apalah kesannya jika berlaku terhadap diriku? Selagi otak tidak diberikan maklumat yang betul, sedangkan  dengan menghindari satu dosa akan mendapat banyak faedahnya, jadi untuk menghapuskan perbuatan dosa, dalam diri seseorang, ia tidak mempunyai kekuatan. Deria rasanya mati atau boleh dikatakan kekuatan iradahnya telah terhapus, maka perbuatan dosa pun berlaku. Oleh itu, untuk meningkatkan amalan yang baik memerlukan tiga kekuatan.

Seseorang itu perlu memiliki kekuatan iradah, memerlukan ilmu pengetahuan dan harus menciptakan kekuatan amalan dalam dirinya. Dan harus ingat, kerana dengan adanya ilmu pengetahuan maka kekuatan iradah pun turut meningkat atau seseorang itu sudah bersedia untuk melakukan amalan baik tersebut. Huraiannya ialah, untuk meningkatkan amalan baik ada tiga perkara yang diperlukan oleh kita. Pertama, kekuatan iradah iaitu seseorang itu mampu melakukan tugas-tugas yang besar. Dengan ilmu pengetahuan kekuatan iradah pun turut memiliki tanggungjawab, iaitu seseorang itu dapat membezakan perbuatan mana yang salah dan mana yang betul. Dan perbuatan yang betul selalunya mendapat pertolongan dan ia harus menyempurnakan amalan tersebut. Jangan membiarkan kesempatan untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia. Kekuatan amalan yang ketiga, iaitu organ yang mengikuti iradah kita, bukannya iradah yang buruk tetapi iradah yang baik dan perintah daripada iradah yang baik itu jangan sekali-kali diingkari.

Semua perkara yang disebutkan tadi adalah supaya dosa dapat dikeluarkan dari dalam diri kita, ini yang menjadi asasnya, iaitu melalui amalan yang baik. Kita harus memberikan kuasa kepada kekuatan iradah, supaya perintah kekuatan iradah itu tetap berdiri kukuh dan jangan sampai tipu-muslihat mengatasi diri kita. Jangan memberikan kesempatan terhadapa dosa kecil ataupun besar mengatasi diri kita. Dengan ilmu pengetahuan yang benar dapat memelihara diri kita daripada perbuatan yang sia-sia. Seperti yang telah diberikan contoh di atas, iaitu deria rasa boleh mati jika dosa kecil dan besar meliputi diri seorang insan dan kesempatan untuk meningkatkan amalan baik akan terlepas. Dan kadang-kadang boleh juga berlaku, disebabkan tidak memiliki ilmu pengetahuan maka kekuatan iradah tidak dapat membuat keputusan, iaitu apa yang harus dilakukan. Begitu juga apabila kekuatan amalan memperoleh keteguhan maka serendah manapun kekuatan iradah tersebut ia dapat menerimanya.

Hazrat Muslih Mau’ud radhiallaahu anhu bersabda: Di sini harus diingat bahawa ada dua kelemahan dalam kekuatan amalan, iaitu hakiki dan bukan hakiki. Yang bukan hakiki, ia memiliki kekuatan tetapi disebabkan sudah terbiasa dengan adat atau kebiasaan yang lama menyebabkan ia menjadi berkarat. Dan hakiki pula ialah disebabkan sudah lama tidak digunakan maka ia seperti benda yang sudah mati dan memerlukan pertolongan daripada luar. Yang bukan hakiki, misalnya, seseorang itu mempunyai kekuatan untuk mengangkat sesuatu benda tetapi kerana bukan kebiasaannya mengangkat bebanan seperti itu, maka orang itu merasa terperanjat dan ketakutan. Tetapi jika orang itu diberikan sedikit dorongan, pasti dia mampu mengangkat bebanan tersebut dan orang itu pasti berjaya melakukannya. Dan misal bagi hakiki pula disebabkan seseorang itu telah lama tidak mengerjakan sesuatu pekerjaan maka ia tidak memiliki kekuatan, sedangkan berat bebanan itu cuma 10 atau 20 kilogram sahaja. Maka orang yang seperti ini memerlukan pertolongan. Begitu juga untuk meningkatkan kekuatan iradah dan kekuatan amalan harus ada caranya. Oleh itu, jika kekuatan tidak dimiliki maka perlu mendapatkan sumber daripada luar supaya pekerjaan itu menjadi sempurna. Begitu juga untuk meningkatkan amalan dan setiap orang itu memerlukan pelbagai rawatan. Untuk satu penyakit ubatnya bukan untuk semua orang. Sebahagian memerlukan kekuatan iradah, sebahagian yang lain memerlukan kekuatan amalan dan sebahagian yang lain disebabkan bebanan terlalu banyak, yang ia tidak mampu mengangkatnya, maka seseorang itu memerlukan pertolongan dari luar. [Diambil dari Khutbah Mahmood Jilid 17, Halaman 441, Khutbah 10 Julai 1936, Cetakan Rabwah]

Pada masa kini kita harus memperlihatkan jati diri, Jemaat harus mempamerkan jati dirinya dan badan-badan dalam organisasi pun harus memperlihatkan jati diri. Oleh itu, kita harus memberikan tawajjuh untuk meningkatkan amalan baik, harus ciptakan suasana seperti itu, perlu memperkukuhkan kekuatan iradah kita, begitu juga kekuatan amalan supaya kita dapat menyempurnakan tujuan kedatangan Hazrat Masih Mau’ud alaihissalam ke dunia.

Dan setiap sifat murni, seperti mana Allah Taala memberikan kekuatan kepada kita, segala karat yang melekatkan dalam diri kita hendaklah dihapuskan. Insya Allah huraian selanjutnya akan disampaikan pada masa akan datang. Akhir sekali, saya akan sampaikan sabda Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam di hadapan anda semua. Beliau bersabda: Jika menginginkan pembaikan daripada Allah Taala, haruslah mengorbankan kekuatan dalam diri kita, inilah caranya sebuah keimanan itu. [Malfuzat Jilid 1, Halaman 92, Edisi 2003, Cetakan Rabwah]

Oleh itu, jika menginginkan pembaikan, haruslah melalui kekuatan iradah dan berdoa. Berikan pengorbanan atas kekuatan itu. Apabila kekuatan iradah dan kekuatan amalan memiliki kedudukan tertinggi, itulah yang disebutkan sebuah keimanan. Dan setiap pekerjaan yang ia lakukan adalah dengan keredhaan Allah Taala. Keredhaan daripada-Nya harus diberikan tawajjuh sepenuhnya. Kemudian beliau bersabda lagi, anda hanya perlihatkan teladan dalam amalan dan amalan itu begitu bersinarnya sehingga orang lain dapat menerimanya. [Malfuzat Jilid 1, Halaman 116, Edisi 2003, Cetakan Rabwah]

Kerana selagi amalan itu tidak bersinar maka tiada sesiapa yang akan menerimanya. Selagi dalaman kamu keadaannya tidak bersih dan tidak bersinar maka tiada sesiapa yang akan membelinya. Selagi diri anda tidak mencapai akhlak tertinggi maka anda tidak akan sampai ke puncaknya. Oleh itu, untuk memperbaiki amalan perlu bekerja keras dan perlu berkesinambungan supaya setiap orang Ahmadi yang mengakui dirinya Ahmadi dapat menyempurnakan maksud tersebut. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menginginkan setiap di antara kita menjadi Muslim yang hakiki. Semoga Allah Taala menganugerahkan taufik kepada kita semua.

Setelah solat nanti saya akan mengadakan solat jenazah ghaib. Seorang yang bernama Mukkaram Master Masyrik Ali Sahib M.A. dari Kolkata, India. Pada 3 Januari 2014 dalam usia 80 tahun, beliau telah meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Pada tahun lalu lagi beliau telah sakit, beliau juga telah dibawa ke Jepun untuk mendapatkan rawatan, di sana beliau mulai sembuh dari penyakitnya. Dan pada ketika ini, beliau tinggal bersama anak perempuannya di Qadian. Pada tahun 1965 beliau telah baiat masuk ke dalam Jemaat ini, sejak daripada itu hingga akhir hidup beliau, beliau sibuk dengan Dawat Illallah. Selama 48 tahun beliau berkhidmat dengan Jemaat ini. Selama itu, beliau telah memegang jawatan sebagai Seketeri Tabligh, Qaid Khuddamul Ahmadiyyah, Nazim Ansarullah bahagian Banggal, Naib Amir dan Amir di Kolkata. Kemudian dalam tempoh yang lama beliau mendapat taufik menjadi Amir di daerah Banggal dan Assam. Begitu juga beliau menjadi ketua untuk pertablighan di Nepal dan ahli dalam Anjuman Waqfe Jadid di Qadian. Beliau juga menerbitkan risalah ‘Al Busra’ dalam bahasa Banggali dan beliau sendiri yang mengirimkan kepada anggota Jemaat. Mukkaram Nazir Sahib A’la Qadian, Inaam Khauri Sahib berkata, saya pernah bersama-sama beliau pergi ke Banggal dan Assam, walaupun dalam keadaan yang merbahaya beliau masih menyampaikan pidato ketika acara Jalsa Salana. Sebanyak 3 kali saya bersama beliau keluar dan tanpa merasa takut, hanya Allah Taala yang melindungi kami ketika itu. Kenderaan dan peralatan yang lain dirosakkan oleh para penentang tetapi kami dipelihara oleh Allah Taala. Beliau tanpa rasa takut, di setiap tempat yang merbahaya beliau lalui. Setiap perjalanan beliau mendapat pertolongan daripada Allah Taala yang menjadi tanda bagi dirinya. Berdirinya Jemaat di Banggal dan Assam adalah semasa di zaman beliau. Beliau seorang yang baik hati, bertakwa dan mempunyai sifat seperti Darwish. Beliau seorang Musi, jenazah beliau dikebumikan di Bahisyti Maqbarah. Beliau meninggalkan 3 anak perempuan dan 2 lelaki. Seorang anak lelaki beliau iaitu Hasmatullah Sahib yang selalu membaca nazam ketika Jalsa Salana, pastinya anggota Jemaat mengenalinya. Beliau juga membaca nazam di M.T.A. Semoga Allah Taala meninggikan darjat Almarhum dan semoga Allah memberikan taufik kepada anak-anaknya berjalan di atas langkah kebaikan.

----------------------------<<<>>>----------------------------

Penterjemah

Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah


18 April 2014

Wednesday, October 8, 2014

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN DARI SUDUT PANDANG KATOLIK

Author: abgsedapmalam
Time: 24-9-2014 11:12 AM
Title: KONFLIK ISRAEL-PALESTIN DARI SUDUT PANDANG KATOLIK
KONFLIK ISRAEL-PALESTIN DARI SUDUT PANDANG KATOLIKCalvin Ohsey

Konflik antara Israel dan Palestin adalah satu konflik antarabangsa. Justeru itu ia perlu ditelusuri dengan dalam daripada pelbagai aspek agama, bangsa, geo-politik serta sejarah yang berusia beribu-ribu tahun.

Jika dinilai daripada satu sudut, maka prejudis serta kebencian emosi akan menjadi-jadi. Malah di Malaysia, saya risau melihat kebencian umat Islam terhadap Israel lebih bersifat agama yang diluahkan secara sempit. Saya agak kurang bersetuju kerana gerakan keganasan yang berlaku di Israel didalangi oleh gerakan politik Zionis dan bukannya kesemua umat Yahudi. Jadi ianya tidak adil jika kesalahan itu diletakan pada sesuatu agama atau bangsa.

Apa yang juga jelas, tetapi dilupakan di Malaysia, adalah realiti bahawa ramai Kristian juga antara mangsa di Palestin. Masyarakat Kristian Palestin antara minoriti yang juga dihalau dari tanah mereka akibat kekejaman dasar penindasan rejim zionis.

Malah golongan Kristian yang terikat dengan konflik ini terdiri daripada banyak mazhab: ada yang Katolik Barat, ada yang Katolik Timur, Ortodox, Luteran dan sebagainya. Kesemuanya menganggap Yerusalem (Al-Quds) sebagai kota suci dalam sejarah perkembangan kepercayaan agama Kristian.

Di sini rakyat Malaysia mempunyai satu cabaran yang harus disahut dengan nuanza yang kritis: iaitu mengiktiraf keunikan setiap identiti agama yang terbabit dalam konflik Israel-Palestin tanpa terjerat ke dalam sentimen kelompok yang sempit sehingga membawa kepada prejudis yang menjadi-jadi.

Bak kata lain cabarannya ialah dalam memperjuangkan keamanan atas dasar kemanusiaan dan pada waktu yang sama memerlihara hak setiap identiti yang terbabit.

Ini boleh, malah pernah, dilakukan. Contohnya seperti Edward Said, antara cendekiawan dan aktivis termasyhur di dunia. Beliau berlatarbelakang Kristian Palestin, namun bertungkus lumus sepanjang hayatnya untuk memperjuangkan kebebasan Palestin atas dasar kemanusiaan.

Di sini saya ingin menjelaskan sedikit sebanyak sudut pandang Katolik terhadap isu ini, dengan harapan ia boleh meluaskan ruang dialog.

Anda akan lihat perbezaan yang ketara dengan perspektif Muslim dari segi sejarah, tetapi harapan saya ialah persamaan yang ada juga ketara dan penting, dan boleh mengilhamkan landasan untuk perpaduan dan kerjasama lanjut.

Bangsa Israel berdasarkan Alkitab

Dalam Alkitab, nabi Abraham (Ibrahim) mempunyai 2 isteri iaitu Hagar dan Sarah. Melalui Hagar, Ismael (Ismail) dilahirkan dan keturunannya tersebar di kawasan Arab. Sementara itu, Sarah melahirkan Ishak pada usianya yang agak lanjut. Ishak mempunyai dua orang anak yang bernama Esau dan Yakub.

Yakub pula mempunyai keturunan yang besar iaitu 12 anak: Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulon, Benyamin, Dan, Naftali, Gad, Asyer dan Yusuf. Melalui anak-anak Yakublah, mereka menjadi nenek moyang bagi 12 keturunan suku bangsa Israel.

Sehinggalah kejadian Yusuf dijual kepada rakyat Mesir, dan seluruh keturunan Yakub berpindah ke Mesir. 400 tahun lamanya mereka tinggal aman di Mesir sehingga diperhambakan.

Kemudian muncul Nabi Musa dan nabi Harun yang turut serta dalam misi membebaskan umat Israel daripada perhambaan dan membawa mereka kepada tanah perjanjian mereka seperti yang dijanjikan Tuhan.

Sehingga tahun 1050 SM, umat Israel berkembang dan perlahan-lahan sehingga menguasai seluruh tanah Kanaan (yang kini dikenali Palestina) dan nabi mereka Samuel ketika itu mula melantik Saul sebagai raja atas permintaan umatnya.

Sistem beraja kerajaan Israel diteruskan lagi kepada nabi Daud dan Salomo (Sulaiman) sehingga kerajaan Israel terpecah dua bahagian iaitu kerajaan Israel di bahagian utara dan kerajaan Yehuda di bahagian selatan. Perpecahan yang terjadi kerana perebutan kuasa antara keturunan Raja Salomo. 10 suku pro kerajan Israel manakala 2 suku iaitu suku Benjamin dan suku Yehuda yang merupakan pro kerajaan Yehuda.

Kerajaan Isreal hancur apabila diserang bangsa Assyria pada tahun 722 SM dan keberadaan 10 suku ini sehingga kini masih lagi menjadi misteri. Kerajaan Yehuda pula bertahan sehinggalah di serang oleh kerajaan Babilonia pada tahun 586 menyebabkan mereka diusir daripada Yerusalem. 2 suku (membentuk Yahudi masa kini) iaitu Benjamin dan Yehuda inilah yang terselamat dan bertahan sehingga kini.

Kemudian penguasaan asing beterusan lagi dibawah kekuasaan Raja Persia, Cyprus dan Darius dimana bangsa Israel yang terselamat dibenarkan kembali dan membangunkan kembali Yerusalem.

Penguasaan Alexander the Great turut menyaksikan bangsa Israel masih bertahan di Yerusalem sehingga tahun 165 SM dimana Yudas Makabe melakukan revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Makabe yang berakhir berjaya ditahun 163 SM dan Israel menjadi negara merdeka selama 100 tahun.

Kemerdekaan dinikmati singkat kerana bangsa Israel dijajah lagi oleh kerajaan pagan Romawi. Pada tahun 70 AD, majoriti umat Israel diusir lagi daripada Yerusalem sehingga berselerak ke seluruh muka bumi.

Kemudian penguasaan Romawi diganti kerajaan Kristian Byzantium, Tentera Salibi, monarki Arab, Khalifah Turki Uthmaniyah (1517 hingga 1917) dan British sehingga akhirnya tahun 1948 bangsa Yahudi dikumpulkan dan ditempatkan ditanah asal mereka setelah diberi kemerdekaan oleh PBB dan membentuk negara Israel seperti yang dikenali sekarang.

Sejarah Palestin

Palestin mahupun Palestina berasal dari terjemahan Ibrani iaitu Pelesheth; sebutan Yunani menyebut Philistine. Mengikut kajian sejarah, bangsa asal Palestin merupakan para pelaut Eropah yang berasal dari Yunani. Wilayah Gaza dulu bernama Philistia atau rumah para.

Setelah umat Israel dijanjikan wilayah Kanaan sebagai tanah perjanjian, wilayah ini merupakan penempatan bangsa asal Palestin ketika itu.

Bangsa asal Palestin di Kota Gath, wilayah Philistia ketika itu terlalu kuat sehinggalah Daud mampu menewaskan Goliat yang dikatakan bertubuh raksasa dan sekaligus menguasai menguasai seluruh tanah Kanaan dan bangsa Palestin serta bangsa-bangsa lain ketika itu sebagaimana yang diceritakan dalam Alkitab Perjanjian Lama.

Saat kerajaan Babilonia menakluki kerajaan Israel, suku bangsa asli Palestin ini akhirnya musnah.

Semasa Israel berada dibawah kerajaan Romawi selepas 100 tahun Revolusi Makabe, Hadrian penguasa Roma saat itu mengabungkan wilayah Samaria, Yudea, Galilea dan Idumea dalam satu propinsi yang disebut Syria Palastina. Hadrian mempunyai niat untuk melenyapkan Israel daripada sejarah. Disaat itu dia sedar bahawa bangsa asli Palestin seperti yang ada dalam Alkitab adalah musuh bangsa Israel, Hadrian sengaja menggunakan nama Palastina untuk menyakiti hati kaum Yahudi.

Pada tahun 330 AD hingga 638 AD Kerajaan Kristian Byzantium menguasai Palastina diikuti pada tahun 638 kerajaan Arab menguasai Palestin selama 461 tahun. Tentera Salibi pada tahun 1099 AD menguasai Palestina dalam kempen Perang Salib tapi pada tahun 1244 AD, monarki Arab kembali mengambil alih Palestina.

Sepanjang tempoh orang Arab memerintah, penghijrahan bangsa Arab ke Palestin telah membentuk suatu entiti baru bagi bangsa Palestin sehingga menjadikan umat Israel yang ada ketika itu sebagai majoriti kecil.

Pada tahun 1517 kerajaan Turki Uthmaniyah menyerang kerajaan Arab dan mengambil alih wilayah Palestina selama lebih dari 400 tahun. Dalam siri penjajahan ini, bangsa Arab Palestin dan Yahudi bersama-sama menjadi korban penjajahan bangsa lain. Pada tahun 1917
British mengalahkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan menguasai Palestina hingga tahun 1948.

Kedudukan Israel dan Palestin dari sudut kaca mata umat Kristian

Negara Israel sekarang masih lagi belum menepati ciri-ciri yang ada dalam Alkitab disebabkan ianya lebih kecil daripada kerajaan Israel semasa raja Daud. Namun, jika disoroti teliti, umat Israel tetap mempunyai hujahnya tersendiri membentuk negara mereka setelah kira-kira 3300 tahun bangsa ini dijajah.

Sepanjang mereka dalam buang, mereka juga tidak dilayan dengan baik di negara-negara asing bahkan ada usaha penghapusan etnik di Jerman dibawah Nazi.

Janji Tuhan sendiri telah berfirman kepada Nabi Musa dalam petikan Alkitab Perjanjian Lama ada menyebut,

“Aku akan menjadikan kamu umat-Ku sendiri, dan Aku akan menjadi Allah kamu. Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah kamu, apabila Aku membebaskan kamu daripada perhambaan di negeri Mesir. Aku akan membawa kamu masuk ke negeri yang telah Aku janjikan dengan sumpah untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu sendiri. Akulah TUHAN.”
(Keluaran 6:7-8)

Mewakili komuniti umat Kristian terbesar di dunia, Gereja Katolik memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan baik antara Israel dan Palestin.

Gereja Katolik juga menyokong penuh usaha Palestin dalam membentuk negara merdekanya tersendiri dengan temeterainya perjanjian Inter Sanctam Sedem atque Consilium pro Liberatione Palaestinae (Perjanjian Asas Antara Takhta Suci dengan Organisasi Pembebasan Palestin).

Hubungan Vatikan dengan Israel dan Palestin terjalin sejak tahun 1948.  Gereja menyokong referendum pembentukan 2 negara yang dicadangkan PBB pada tahun 1947, hubungan baik antara agama Yahudi dan Islam, pentadbiran Gereja ke atas komuniti Katolik di Palestin dan Israel, status quo perlindungan terhadap rumah-rumah ibadat ketiga-tiga agama di Yerusalem (Baitulmaqqdis) daripada ancaman serta intimidasi serta segala usaha kemanusiaan dalam mencapai keamanan sejagat bagi Israel dan Palestin.

Kesimpulan

Jadi saya mengajak pembaca untuk berfikir dengan lebih tentang makna sebuah pembentukan keamanan oleh Paus Fransiskus:

“Pembentukan keamanan menyeru kepada ketabahan, yang melebihi daripada peperangan. Ia merupakan keberanian untuk mengatakan ‘ya’ kepada dialog dan ‘tidak’ kepada keganasan; ‘ya’ kepada rundingan dan ‘tidak’ kepada pertikaian; ‘ya’ kepada kehormatan perjanjian dan ‘tidak’ kepada tindak tanduk provokasi; ‘ya’ kepada kejujuran dan ‘tidak’ kepada talam dua muka. Kesemua ini memerlukan ketabahan, dengan kekuatan serta kesungguhan.”

Memetik kata-kata Pakistan Votes sebagai penutup makalah, “Jikalau kamu tidak bangun menyuarakan bagi penindasan yang dilakukan terhadap Syiah, pembunuhan terancang Ahmadiyah, pengeboman gereja dan pembakaran kuil/tokong, mangsa undang-undang penghinaan agama, rogol serta pembunuhan, dan kesemua yang dibunuh oleh pengganas seperti TTP, ISIS dan Boko Haram dan hanya bersuara untuk Gaza, maka kamu bukanlah pro hak asasi manusia, tetapi hanyalah anti-Israel.