Thursday, January 16, 2014

Al-Qur'an Dicemari Oleh Ahmadiyah???

Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan apalagi kenyataan yang jelas tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan dengan suatu isu.

Ini bertujuan supaya dapat memelihara kesucian diri orang berkenaan kerana dikhuatiri dia mengeluarkan sesuatu yang berunsurkan FITNAH semata-mata.

Ekoran daripada Berita Harian memuatkan berita tentang Al-Quran Dicemari, dengan statement seperti berikut:

Aplikasi versi digital dipercayai dihasilkan oleh kumpulan ajaran sesat disebar guna telefon pintar

Kuala Lumpur: Banyak aplikasi teks al-Quran, termasuk terjemahannya, dipercayai dihasilkan oleh kumpulan ajaran sesat seperti Qadiani dikesan disebar luas untuk kegunaan telefon pintar. 


Berita ini tidak berapa jelas, namun ia telah dijelaskan sebelumnya oleh seorang pakar motivasi dalam laman facebooknya  Dr Tengku Asmadi

Kalau hendak tahu kebenaran, sila lawati link ini www.alislam.org/quran/  dan lihat sama ada apa yang pakar motivasi ini katakan benar atau sebaliknya.

Beliau ini menjelaskan bahawa:
"Masih tidak ramai pengguna telefon pintar yang tahu akan hal ini. Satu versi baru al-Quran yang dikeluarkan oleh Apple App Store telah mengguris hati ramai kaum muslimin. Applikasi ini dihasilkan oleh kumpulan Ahmadiyyah dan Qadiani, dengan nama “The Holy Quran Arabic text and English translation”. Ayat-ayat al-Quran dalam versi ini diterjemah oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community yang jelas dinyatakan dalam maklumat di iPhone App Store itu".

Cuba pembaca sendiri masuk link Ahmadiyah, http://www.alislam.org/quran/tafseer/?page=52&region=E2 

bagi pengguna TELEFON PINTAR, boleh taip dalam Play Store "Holy Quran Ahmadiyya". InsyaAllah akan ada manfaatnya.

 Wassalam.
  

39 comments:

  1. Salam.. Kasihan juga melihat "Quran Ahmadiyah" tertukar dengan "iQuran Pro" kan?
    Hehe, tapi tak bermaksud "Quran Ahmadiyah" terlepas dari kesalahan terjemahan yang berat.
    Jadi sebelum kita sama-sama memeriksa terjemahan rasmi "versi Ahmadiyah" di alislam.org, bolehkah saudara nyatakan dengan jelas di sini satu persoalan:
    Adakah Mirza Ghulam-Ahmad itu Nabi Muhammad, Nabi Isa atau Imam Mahdi?
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada istilah Quran Ahmadiyah nama kitab yg sempurna diturunkan kpd Junjungan Nabi Besar Muhammad saw adalah "Al-Quran"
      Cumanya jemaat inilaj yg berusaha gigih dlm menterjemah Al-quran ke pelbagai bahasa agar tiap bangsa, rumpun keturunan akan dapat sama mengambil manfaat nikmat ilmu dari Kalam Illahi itu.
      & kerana itulah misi pendiri Jemaat Ahmadiyah, Hz Mirza Ghulam Ahmad as sebagai Al-Masih yg dijanjikan & Imam Mahdi
      Maka ya, beliau as adalah berpangkat seorang nabi ttp tidaklah dikatakan beliau as itu Nabi Muhammad saw
      Melainkan Hz Masih Maud as adalah nabi 'bayangan' kpd Nabi Muhammad saw sebagaimana Nabi Muhammad saw adalah nabi bayangan kpd Nabi Musa as
      Perlu diketahui Jemaat Ahmadiyah mempercayai kedatangan nabi ini kerana beliau as hanyalah penerus syariat yg telah sempurna telah diturunkan kpd Nabi Muhammad saw
      Maka, Hz Masih Maud as berpangkat Nabi tetapi tidak membawa syariat
      Sbgmana, dlm Surah An-Nisa : 70 ... Allah SWT memberikan NIKMAT yakni nabi-nabi, sidiq-sidiq, syahid-syahid dan solihin-solihin...
      Dari dalil ini jelas Al-quran menegaskn Allah Maha Kuasa kpd siapa akan diberikn pangkat2 itu krn itu jemaat ini dgn yakin seyakin-yakinnnya ada nabi sesudah Nabi Besar Muhammad saw (Penghulu segala nabi) tetapi nabi yg diutus Tuhan selepas Baginda saw adalah nabi yg tidak membawa syariat/ajaran baru sebaliknya memekarkan, menyanjung, membawa kembali gemilangan wajah Islam yg sebenar ke muka ini dgn kata lainnya memuliakan lagi kedudukan Rasulullah saw dgn menyebarkan luas misi ajaran sebenar Islam krn Islam adalah agama yg damai & memberikn kedamaian, ketenteraman hati, menyerah diri semata ke hadapab Allah Taala & ithaat
      & ithaat ini hanya tercapai dgn ada IMAM utk ditaati & jemaat diikuti
      & Jemaat Ahmadiyah adalah merupakan satu-satunya jemaat di muka bumi ini yg memiliki IMAM utk ditaati serta bergabung dgn jemaahnya
      Krn disitulah juga rahsia yg telah dibukakn dlm hadis yg mengatakn apabila di akhir zaman itu islam terpecah belah ke berbagai firqah, ikutilah jemaah yg ada Imamnya...
      Byk lagi dalil & bukti dr kitab Allah dr Al-quran mahupun bible yg membuktikn kebenaran Hz Masih Maud as & segala petunjuk itu akan terbuka diterima hati jika wujud dlm hati semata2 mencari kebenaran & keredhaan Illahi.

      Delete
    2. Janganketawa...saya terharu krn saya bersangka baik saudara seorang Islam yg berakhlak mulia..tp apabila Ahmadiyah dedahkan fitnah bersangkutan dgn firman-firman Allah, saudara hanya ketawa sahaja.Now saudara nak mpersoalkan tafsiran Ahmadiyah. Alangkah baik demi kebaikan semua pihaksaudara berdepan dgn Ahmadiyah bagi bahaskan penafsiran yg saudara ingin pertikaikan. Anqkahmadi belum sekolah pun boleh jawab bahawa Hz Ahmad bukan Nabi Muhammad saw. Saudara jangan jadi spt kristian. Bible berbicara mgenai Junjungan kita Nabi Muhammad saw tp mereka kata.itu.mengenai.Jesus. Cal lah maulana ainul 0132066865 utk keterangan lanjut

      Delete
    3. Alhamdulillah saya dapat mendengar balasan pihak tuan.

      Julie Anna mengatakan: "Hz Mirza Ghulam Ahmad as sebagai Al-Masih yg dijanjikan & Imam Mahdi
      Maka ya, beliau as adalah berpangkat seorang nabi ttp tidaklah dikatakan beliau as itu Nabi Muhammad saw. Melainkan Hz Masih Maud as adalah nabi 'bayangan' kpd Nabi Muhammad saw sebagaimana Nabi Muhammad saw adalah nabi bayangan kpd Nabi Musa as"

      love humanity mengatakan :"Anqkahmadi belum sekolah pun boleh jawab bahawa Hz Ahmad bukan Nabi Muhammad saw."

      Jadi dari jawapan di atas, kalian berdua mengatakan Mirza bukan Nabi Muhammad? Bagaimana jika kita terus lihat tafsir Quran "versi Ahmadiyah" surah 62:3-4 :

      [62:3] He it is Who has raised among the Unlettered people a Messenger from among themselves who recites unto them His Signs, and purifies them, and teaches them the Book and wisdom, although they had been, before, in manifest misguidance;
      [62:4] And among others from among them who have not yet joined them. He is the Mighty, the Wise.

      Ini komentar footnote untuk ayat di atas oleh alislam.org (tafsir rasmi Ahmadiyah):

      "The Message of the Holy Prophet was meant not only for the Arabs among whom he was raised but for all non-Arabs as well, and not only for his contemporaries but also for the generations to come till the end of time. Or, the verse may signify that the Holy Prophet WILL BE RAISED AMONG ANOTHER PEOPLE who have not yet joined his immediate followers. The reference in the verse and in a well-known saying of the Holy Prophet is to the SECOND ADVENT OF THE HOLY PROPHET HIMSELF IN THE PERSON OF THE PROMISED MESSIAH IN THE LATTER DAYS."

      Jadi, Ahmadiyah menolak kedatangan kedua Nabi Isa, tetapi mengatakan Mirza adalah kedatangan kedua Nabi Muhammad (second advent) secara diri sendiri (himself) yang menjelma ke dalam Mirza?

      Maka tidak hairan, Mirza menganggap ayat-ayat Quran kepada Rasulullah SAW adalah untuk dirinya, bukan?

      Soalan saya, di manakah hadith atau ayat Quran yang menyatakan Nabi Muhammad akan muncul semula untuk kali kedua, dalam bentuk lain? Dan adakah dalam jasad Mirza itu roh Nabi Muhammad, atau berkongsi jasad, kerana jelas dalam tafsiran kalian nyata Mirza itu seharusnya Nabi Muhammad yang asli itu sendiri (the Holy Prophet) yang pernah dilahirkan dan mempunyai pengikut di kalangan bangsa Arab.

      (Or, the verse may signify that the Holy Prophet WILL BE RAISED AMONG ANOTHER PEOPLE who have not yet joined his immediate followers.)

      Mohon penjelasan. Wassalam.

      Delete
  2. Salam... Kasihan juga melihat ramai yang dah tahu Al-Quran ini telah dijanjikan Allah untuk sentiasa dijaga olehNya dicemari fitnah kan? Jadi sama samalah kita membaca n memahami terjemahan al-Quran versi Ahmadiyyah... Nabi Muhammad Saw dan Nabi Ahmad as 'Mirza Ghulam Ahmad' adalah personaliti yg berbeza. Ibarat Guru Besar dgn anak murid kesayangan... Mirza Ghulam Ahmad as adalah penyempurnaan kedatangan Nabi Isa as kedua kalinya dan juga Imam Mahdi yang dijanjikan Allah...Menjawab soalan saja...wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hum, Nabi Muhammad dan Mirza personaliti yang berbeza? Penyempurnaan kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahdi?
      Better check your book man. Just saying.. wassalam

      Delete
  3. Tiada istilah "Quran Ahmadiyah" kerana Jemaat Ahmadiyah mempercayai Kitab Allah SWT yang terakhir ini yang yang paling sempurna yakni AL-QURAN
    Cumanya, jemaat ini merupakan satu-satunya gigih dalam menterjemah Al-Quran ke pelbagai bahasa agar tiap bangsa & rumpun keturunan akan sama mendapat nikmat Illahi ini, mengutip mutiara-mutiara yg tersembunyi di dalam Quran & kerana itulah juga misi pendiri Jemaat Ahmadiyah, Hazrat Mirza Ghulam Ahmad as, sebagai Al-Masih yg dijanjikan dan Imam Mahdi utk menyampaikan tablighnya ke seluruh pelusuk-pelusuk dunia..
    Maka, YA beliau as adalah seorang nabi tetapi beliau as bukanlah Nabi Muhammad saw tetapi hanya nabi 'bayangan' sebagaimana Junjungan Nabi Besar Muhammad saw merupakan nabi bayangan kepada Nabi Musa as
    Jelasnya, Hz Masih Maud berpangkat nabi tetapi nabi yg tidak membawa syariat (ajaran baru) kerana Al-Quran dan syariat itu telah sempurnanya dgn pengutusan Rasulullah saw
    Dari itu, Jemaat Ahmadiyah yakin seyakin-yakinnya bahawa pintu wahyu itu masih terbuka & nikmat kenabian Allah kurniakan kepada siapa yg dikehendakiNya. Maka, nabi yg diutus sesudah Nabi Muhammad saw tdk membawa syariat & tdk dpt menandingi pangkat Baginda saw sebagai Penghulu segala nabi, yang termulia dari kalangan nabi-nabi yang terdahulu mahupun nabi yang kemudinnya (akan datang).
    Cuba amati Surah Al-Fatihah yg dibacakan setiap solat, para muslimin memanjatkan doa kehadapan Allah Taala "Tunjukilah kami jalan yg lurus. Jalan yg telah Engkau beri NIKMAT ke atas mereka".
    Dan "nikmat" ini bukan merupakan kebendaan duniawi sebaliknya pangkat kerohanian yg termaktub dlm Al-Quran, Surah An-Nisa : 70 "... Allah SWT memberikan NIKMAT yakni Nabi-nabi, Sidiq-sidiq, Syahid-syahid dan solihin-solihin"
    Janganlah ikut jejak langkah kaum Yahudi & Nasrani - mereka menolak nikmat Illahi ini, semua Utusan Allah didustakan malah ingin dibunuh. Dgn merujuk Surah Ar-Rahman, nikmat apa yg kamu Jin & manusia dustakan? maka pastinya nikmat "terbesar" adalah Nikmat Kenabian
    Rujuk (Ibnu Majah, Jld 2, Hlm 239) : Umat Islam digambarkan terpecah hingga 73 firqah, kesemuanya akan masuk ke api neraka kecuali satu - yg amalannya sejajar dgn ajaran Rasulullah saw & para sabahatnya...
    Maka, umat Islam diperingatkan ikutilah jemaah yang ada Imamnya

    Dan Jemaat Ahmadiyah adalah satu-satunya di muka bumi ini yg memiliki IMAM utk ditaati & jemaah utk diikuti.. kerana Islam itu agama yg mendamaikan & memberi kedamaian, menyerah diri ke hadapan Allah Taala & ITHAAT.
    Bagaimana umat Islam dpt menerapkan nilai ITHAAT jika tiada Imarat (Pimpinan) yg harus diikuti...

    Dalam kita mencari kebenaran, berdoalah dgn sesungguhnya ke hadrat Illahi agar diberi petunjuk. Sucikan Minda, Bersihkan Hati & percayai kewujudan Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu akan memberi kurnia petunjuk kpd mereka yang tulus dlm mecari kebenaran hakiki..
    Dan kedatangan Hz Masih Maud as ke dunia ini semata-mata membawa kegemilangan Islam buat kali keduanya sesuai nubuatan Baginda saw & melalui beliau as wajah Islam yg cemerlang, agama yang sempurna universal utk semua bangsa & rumpun keturunan akan gilang-gemilang kerana segala ajarannya memuliakan Junjungan Nabi Besar Muhammad saw & menjulang tinggi bendera Islam dari yang lainnya..
    Datangalh berkunjung menyelidiki kebenaran Imam Zaman ini kerana pesanan khabar suka dari Baginda saw kepada umatnya itu merupakan perintah Illahi - wahyu dari Allah Taala...

    ReplyDelete
  4. Terlebih dulu sebelum meneliti/mengamati Firman Allah SWT, terlebih dulu kita mohon petunjuk ke hadapanNya agar diberi hidayah & kurnia Allah dlm mendapat petunjuk.
    Kalam Illahi amat suci & malah penuh rahsia dgn pengunaan bahasa yg 'majas'
    Dan hanya dgn izin Allah, dimulai dgn Bismilah.... Itu tujuannya semata utk mendapatkn petunjukNya krn dikhuatiri jika tiada kerendahan hati, bukannya kurnia petunjuk didapatkan sebaliknya kesalahfahaman pengertian...
    Apa jua tafsiran adalah berdasarkn petunjuk Allah & wahyu yg disampaikn kpd pendiri Jemaat ini, Hz Mirza Ghulam Ahmad as

    ReplyDelete
  5. & kami percaya pintu wahyu itu masih terbuka, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberikn kurniaNya kpd umat Muhammad saw berkat kedudukan Baginda saw sbg Penghulu segala nabi & pembawa Syariat yg sempurna.
    Banyak dalil dpt dikemukan dr Al-quran mahupun kitab terdahulu & saudara akn akui kesemua dalil yg dikemukakan itu bkn ats tangan kerja manusia melainkan petunjuk dari Illahi.
    Krn itu tugas Isa Al-Masih itu antaranya memberi kekayaan yg banyak hingga ada yg tak inginkn...
    & spt diulang2, wahyu Allah itu amat suci & 'majas' agar manusia dpt menilai sebaiknya
    Dan kekayaan yg digambarkan itu pastinya bkn kekayaan wang atau harta dunia ttp harta yg lbh jauh tinggi nilainya yakni ILMU - demikianlah yg diwariskn oleh Hz Masih Maud as kpd jemaatnya dgn penuh ilmu pengertian yg sebenarnya rahsia kalam Illahi & petikan dalil demi menyebarkan ajaran Islam yg sebenar & membawa kegemilang kecerdasan umat Islam krn semua ilmu itu dari Allah Taala
    & apa yg diajarkan kpd jemaahnya diperolehi dr petunjuk Allah krn Allah adalah Gurunya...
    Beliau as telah diutus sebagai Imam Mahdi, Imam Zaman sesuai nubuatan tiap 100 thn Allah bangkitkan Mujadid/Pembaharu & beliau as juga telah diangkat oleh Allah SWT sbg Isa Al-masih (Nabi Isa yg dijanjikan)
    yg bersesuai nubuatan dlm IBNU MAJAH (bab Ayiddatuz-zaman) bahawa "la mahdi ya ila isa" ertinya "tdk ada Mahdi kecuali Isa"
    Dari hadis ini, jelaslah ungkapan bahasa suci ini menyingkapkn Mahdi & Isa yg akan turun adalah orang yang sama...
    Perkataan Isa Al-masih adalah melambangkn "nabi semisal isa" maka bukanlah Nabi Isa as yg diutuskan kpd Bani Israil tg dipercayai diangkat dgn tubuh kasarnya ke langit.
    Itu berlawanan dgn sunnatullah krn tdk mungkin manusia biasa dpt tetap tinggal di langit tanpa oksigen & makanan.
    Melainkan yg dinyatakn di dlm Quran adalah darjah kerohaniannya Allah telah diangkat disisi Tuhan, maka Nabi Isa as mendpt kemuliaan - sedangkn kaum Bani israil berusaha gigih utk mencabut nyawanya dgn hukuman mati di tiang salib(mati yg paling hina)
    Ttp sebaliknya Allah memberi khabar gembira beliau as terlepas dr cawan kematian itu & dia akan mendpt kemuliaan, & jelasnya kini hingga sekarang agama kristian menyanjung tinggi namanya...
    & Tuhan tdklah berkeinginan umat Islam terus disajikan dgn kisah2 dongeng berlawanan hukum alam atau sunatullah
    Maka, kpd Hz Mirza Ghulam Ahmad as diberikn petunjuk dari pelbagai segi utk memenangkn Islam &

    ReplyDelete
  6. Antara lain juga tugas Isa Al-Masih itu adalah "yaksirus-shaliib" iaitu akan memecahkan salib (Ibnu Majah & Ahmad)
    Dan krn bahasa majas ini jgnlah difahami bhw bila turunnya Isa as itu akan terus meluru ke gereja2 dan mematahkan salib2 disitu ttp melalui Hz Masih Maud as, Allah telah memberi petunjuk bhw maksud dr tugas yg mulia itu adalah "mematahkan dalil agama kristian & memecahkan pokok persoalan utama agama mrk mengenai kematian Nabi Isa as"

    ReplyDelete
  7. Dari Hadis Bukhari :
    "Yufiiduhul maala, hataa la yagqbaluhu ahadun"
    Ertinya : Dia (Isa al-masih) akan membagi harta begitu banyaknya sampai tdk ada lagi orang yg mahu...

    Jelasnya, kesucian wahyu Illahi/kalam Allah tdk akan dipecahkn jika tdk ada kurnia dariNya
    & rahsia itu terurai, tersingkap dgn perantaraan wahyu petunjuk Illahi kpd siapa Dia kehendaki
    Bersyukur kita telah mendengar KHABAR SUKA bhw Imam Zaman itu telah zahir di muka bumi ini & berbahagialah mrk yg telah mendapat kurnia Illahi mendapat petunjuk bergabung di jemaahnya...
    Sesungguhnya Allah SWT sentiasa beserta dgn orang yg benar
    Pihak lawan akan sentiasa cuba memadam Cahaya Rohani dgn segala kekuatan mrk ttp Janji Allah bhw Allah & Rasul-rasulNya pasti menang krn Dia sebaik-baik Perencana!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow Julie Anna.. instead of contributing facts to the argument, you flood the page with, what, fractions of your imaginations?
      Sebagai muslim, dahulukanlah Quran dan Hadith. "Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat."

      I'm yet to see any evidence from Quran or hadith of Muhammad SAW second coming..
      Because perhaps you still don't understand, but your master Mirza, as confused as he was, wanted everybody to acknowledge that he's Nabi Muhammad's second advent. As pointed out in Ahmadiyah Quran (no fitnah, check it out while it's still available).

      So please stop with your wishful mind that he's Nabi Isa and Imam Mahdi. Or trying to convince anybody "Perkataan Isa Al-masih adalah melambangkn "nabi semisal isa" LOL!

      And funnier, you took a hadith of IBNU MAJAH (bab Ayiddatuz-zaman) bahawa "la mahdi ya ila isa" ertinya "tdk ada Mahdi kecuali Isa"..
      .. and throw hundreds of other authenthic hadiths away!

      That's not the way to the truth my friend.. because the truth is clear, and simple, and in abundance, but yet some people will be inclined to follow the Dajjal. Allah had warned you, Muhammad SAW had warned you, the ulama's has warned you, and a lot of muslims has warned you.

      No more imaginations. Get out and seek the truth. This is as clear as it gets.

      Delete
  8. Sedangkan kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad saw yg dikenali pelbagai gelaran Al-amin, Al-shidiq sekalipun tatkala Baginda saw mengumumkn bhw beliau saw telah diutus oleh Allah SWT
    & reaksi yg diterima dr kaumnya sendiri dgn kata2 hina, digelar pula si pendusta, si tukang sihir & bermacam lg yg tak enak didengar
    Apalah kedudukan nabi sesudah beliau saw, tentunya akan menerima nasib yg sama krn begitulah fitrat manusia lebih dulu menolak kebenaran dr menyelidiki scr saksama
    Memang krn bukan mudah tugas membangkitkan yg 'tidur lena' ttp ianya tdk mustahil - buktinya kejayaan Rasulullah saw yg diutuskn ditengah masyarakat yg sgt jahil (jahiliyah) malah amat rendah akhlaknya
    Namun begitulah kuasa Tuhan mengkehendaki walaupun Islam itu dimulai dgn amat kecil & miskin... yg diwarisi kini hanya krn berkat Junjungan Nabi saw yg tdk pernah putus asa, tiada benci malah sering mendoakan umat manusia menerima Islam sbg agama yg Universal utk semua bangsa tdk kira warna kulit/ keturunan
    Jadi apalah sgt jika mahu dibandingkan dgn kedudukan tinggi Rasulullah saw namun tetap tdk diterima kaumnya di permulaan Islam
    Maka, begitu jualah nasib yg diterima oleh jemaah di akhirin itu akn menerima nasib sama spt yg ditimpakn ke Baginda saw
    Sbgmana susahnya menbangkit yg mati jika sgl usaha telah diusahakan namun si empunya diri tdk mahu dibangkitkan (dihidupkan). Apakan daya jika kurnia Tuhan masih belum beserta...
    Seandainya wujud dlm diri mendambakan kebenaran yg hakiki terbit dr hati nurani yg tulus ikhlas jgnkn 100 dalil perlu dikemukakan ttp dgn hanya 1 shj sdh mencukupi utk menbuka pintu hati...
    Mudahan Tuhan Yang Maha Suci memberi kurnia kpd si pencari kebenaran yg hakiki...

    ReplyDelete
  9. Mudahan apa yg disampaikn demi semata meraih keredhaanNya..
    Dipetik dlm Surah Jum'at ayat 4, "Dan (juga) kpd kaum yg lain dr mrk yg belum berhubungan dgn mrk. Dan Dialah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana"
    Tafsir ayat ini tercantum penerangannya dlm kitab Hadis Bukhari, jilid 3, hal 135
    Ertinya : Hazrat Abu Hurairah ra menerangkan : "Kami sedang duduk-duduk dekat Nabi saw ketika Surah Jum'at diturunkan kpd beliau saw.
    Sahabat2 bertanya siapakah yg dimaksudkn dlm ayat itu.
    Beliau saw tdk menjawab hingga sahabat2 itu sampai tiga kali. Diantara kami terdapat seseorang yg bernama Salman Al Farsi (Iran).
    Kemudian, Rasulullah saw meletakkan tangannya ke atas pundak Salman seraya bersabda : "Jika iman telah terbang ke bintang Tsurayya, beberapa oralg lelaki atau seorang lelaki dari antara org ini (Persia) akan mengambilnya kembali."
    Sesuai dgn ayat trsebut bserta tafsirnya yg tersebut dlm Hadis Bukhari, maka Hz Mirza Ghulam Ahmad as adalah orgnya, krn nenek moyangnya berasal dr Persia & tinggal di Qadian, India.
    Dan beliau mendakwakan dirinya sbg Masih Maud as & Imam Mahdi yg "membawa kembali iman dr bintang Tsurayya."

    ReplyDelete
  10. Allah Taala mengurniakan akal kpd manusia. Janganlah terlena dgn kisah yg tak masuk diakal - apalah gunanya menunggu kedatangan yg sudah wafat?
    Sesungguhnya, HIDUPnya Islam kembali gemilang di dunia ini sptnya bergantung di atas wafatnya Nabi Isa as anak maryam
    Berilah Islam itu mekar hidup krn sesungguhnya tiada barang siapa pun akan diberi hayat panjang seandainya dia berdusta mewar-warkan telah menerima wahyu dari Allah sedangkan Allah SWT sendiri menegaskan dlm Surah Al-Haqqah, ayat 45-47:
    "Seandainya dia mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami nescaya Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian pasti Kami potong urat nadi jantungnya."

    - Menurut ayat ini, jika seseorang mengaju mendapat wahyu dari Allah SWT padahal berdusta, maka Allah SWT sendiri akan menbinasakannya (usia tdk panjang)

    Org yg mendapat wahyu & ilham kemudian mendakwakan dirinya sbg Nabi & Rasul, harus hidup sekurang-kurangnya 23 thn (dikira dari sejak ia menerima wahyu)
    Dan ternyata sejak menerima wahyu Hz Mirza Ghulam Ahmad as berumur panjang krg lbh kenabiannya melebihi 23 thn.
    Ini menjadi bukti beliau as bkn pendusta ttp seorang nabi yg benar & dalil ini membuktikan dakwannya

    ReplyDelete
  11. Nabi Muhammad saw bersabda:
    "Hampir org yg hidup di antara kamu bahawa dia berjumpa dgn Isa ibnu Maryam yg menjadi Imam Mahdi"
    Maka, hadis ini jelas menyatakan bahawa Isa dan Mahdi itu satu org jua (org yg sama)
    & perlu diingat bhw Hadis ini sahih!!!
    (Musnad Ahmad

    ReplyDelete
  12. Hadis sahih itu dari Musnad Ahmad bin Hanbali, juz 2, hal 411

    ReplyDelete
  13. Buat saudara, dikemukakan disini sebuah Firman Allah dlm Surah Al-Shaff, ayat 7:
    Ertinya : "Dan (ingatlah) ketika Isa putra Maryam berkata : "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkn kitab (yg turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dgn (akan datangnya) seorang Rasul yg akan datang sesudahku yang bernama AHMAD.

    - menurut ayat ini nama Ahmad itu utk Hz Mirza Ghulam AHMAD, dlm erti majaz atau zilli yakni bayangan, krn beliau as sama dgn Isa as dlm sifat-sifatnya.
    Sedangkn Nabi Muhammad saw sama dgn Nabi Musa as dlm sifat-sifatnya...
    Nama Ahmad itu nama khusus yg diberikn bapanya kpd Hz Masih Maud as & begitu pula nama Muhmammad adalah nama khusus Rasulullah saw dari datuknya

    Nama Ahmad itu nama 'jamal' & pada zamannya tdk ada prtempuran fizik dgn para penentangnya.
    Sedangkn nama Muhammad itu nama 'jalal' yg dlm zamanny trjadi pertempuran (peperangan) fizikal dgn musuh-musuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie Anna, kalau begini cara kalian berfikir maka sampai bila-bila kalian takkan bertemu kebenaran..

      "Seandainya wujud dlm diri mendambakan kebenaran yg hakiki terbit dr hati nurani yg tulus ikhlas jgnkn 100 dalil perlu dikemukakan ttp dgn hanya 1 shj sdh mencukupi utk menbuka pintu hati...
      Mudahan Tuhan Yang Maha Suci memberi kurnia kpd si pencari kebenaran yg hakiki..."
      Nah, dalam Quran dan Hadith, berapa banyak dalil yang mengatakan tidak ada Nabi selepas Muhammad SAW, yang ada hanyalah Dajjal yang menyamar, Nabi Isa as akan diturunkan di akhir zaman untuk menyeru umat Yahudi dan Nasara, Imam Mahdi akan keluar dari umat Muhammad keturunan Arab berbangsa Quraisy, Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk yang hidup yang pernah dijumpai Zulkarnain, bukannya majaz untuk "teknologi", Imam Mahdi dan Nabi Isa akan menyatukan semua umat di bawah kalimah yang benar, dan memerintah selama beberapa tahun sebelum kiamat, bukannya kekal menjadi kerani Inggeris di India sehingga mati..

      Benarlah sabda Nabi barangsiapa yang memegang Quran dan Sunnah maka tidak akan sesat selamanya. Kedua sumber utama ini sudah kalian buangkan, maka Islam dan Iman kalian atas sandaran apa? Apa beza kalian dengan pengikut Rasul Melayu?

      Terus-terang aku katakan kalian hanya ikut-ikutan. Bagaimana orang yang berilmu boleh mengatakan "majaz" Nabi Muhammad SAW memegang Salman Al-Farisi bermakna Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Farsi, sedangkan Nabi terang-terangan mengatakan "dari keturunanku", dari bangsa Quraisy sehinggakan "Lantiklah imam dari bangsa Quraisy walaupun hanya tinggal 2 orang di dunia". Apa kalian tidak mengetahui bagaimana perebutan jawatan khalifah selepas Muhammad SAW wafat selesai kerana semua pihak tahu asas bai'at ini? Malah Shia pun tidak menolak hal ini. Tapi kalian? Mewujudkan sistem khalifah di India? Sangat lucu.. seorang Nabi yang kononnya Imam Mahdi tidak dapat masuk ke Makkah walhal di situlah tanah kesayangan Rasulullah SAW, tanah yang dimuliakan Allah untuk Nabi pilihannya.. sedangkan umat Islam seluruh dunia tahu Imam Mahdi akan dilantik di Masjidil Haram bukannya di atas katil di India.. LOL!

      Wow.. betapa menjadi "pelampung keselamatan" bagi kalian Mirza si Dajjal tidak dicabut urat lehernya oleh Allah kerana mengaku Nabi.. tak tahukah kalian hal itu hanya khas untuk Muhammad SAW, tak percaya kalian lihat Rasul Melayu, Ayah Pin, adakah urat leher mereka diputuskan Allah? Apakah kematian Mirza yang sia-sia itu tidak sama dengan Allah memutuskan urat lehernya? Begitu berani membuat mubahalah akhirnya jelas siapa penipunya.. penghinaan yang paling buruk di dunia dan akan menerima azab yang sangat berat di akhirat di atas segala kesesatan yang dimulakannya,,

      Begitu juga ketaksuban kalian hingga mengatakan Mirza itu bayangan kepada Rasulullah SAW, apakah kalian gila? Seorang lelaki yang tidak tahu Quran, tidak hafal Quran, tidak pernah menjadi Imam solat, tidak qada puasa, tidak tahajjud, tidak solat jemaah, itu dikatakan "kedatangan kedua yang lebih baik". Apakah kalian tak sedar itu penghinaan kepada Rasulullah SAW? Kenapa tidak dimajazkan Mirza kepada Abu Lahab, itu lebih tepat.

      Begitu hak Allah untuk memberikan petunjuk kepada kalian, atau terus membiarkan kalian dalam kesesatan. Tiada yang mahu bermuzakarah dengan kalian kerana kecetekan ilmu dan sikap kalian yang terus membutakan mata dengan dalil-dalil dari Quran dan Sunnah..

      Delete
  14. Rasulullah saw sendiri dikatakn gila bila saja Baginda saw mengatakan dirinya Nabi.
    Maka tdk hairanlah ungkapan spt ini akan berulang kembali kpd nabi seterusnya...
    Tapi sayang, demikian byk yg dihidangkn tiada satu yg dinilai dgn hati yg bersih ttp niat sebaliknya
    Kami berbahagia menyampaikan & kami juga berbahagia menerima segala cemuhan itu - krn itulah fitrat manusia
    Namun hanya yg melihat dgn hati dpt menilainya
    Spt mana Abu Jahal seorang pembesar berperangaruh di tanah Arab menolak mentah pengakuan Rasulullah saw ttp dr kalangan hamba spt Bilal yg tdk ada kedudukan langsung malah dipandang hina di mata masyarakat dpt menilai kebenaran yg diucapkan Rasulullah saw
    Inilah yg dikatakan kurnia Illahi hanya kpd yg Dia kehendaki...

    ReplyDelete
  15. Buat saudara JK,
    Sy sampaikan ayat ini, Surah Al-Haj, ayat 76
    "Allah MEMILIH utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia"

    Kata 'memilih' (yasthofi) itu adalah bersifat "fi'il mudhori" yg maksudnya menunjukkn kata kerja yang SEDANG atau AKAN dilakukan.

    Maka jelasnya, Allah SWT dgn kurnianya sedang atau akan juga memilih Rasul-rasulNya menurut keadaan zaman atau menurut keperluannya
    Nota : demikianlah Kalam Illahi yg suci murni turun dlm bahasa Arab yg letaknya amat sempurna sekali & tiada bahasa yg menandingi kesempurnaan tatabahasa dari penggunaan (present, past & future tense nye)

    ReplyDelete
  16. Apa kata saudara selidiki satu kata ini dulu kemudian huraikn dr segi kefahaman saudara.

    Kalau dr satu kata ini saudara tdk dpt memecahkan permasalahannya, bagaimana mau membicarakan hal2 yg lebih jauh lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah Julie Anna, (maaf tersalah paste di tempat lain, sepatutnya reply di sini)

      Fi'il mudhori' dalam Quran memang bermaksud "present tense" (sekarang), tapi tak bermaksud setiap yang berlaku sekarang akan berlaku sampai bila-bila. Contoh, saya sedang menaip, tapi takkan saya nak menaip selama-lamanya, kan?

      Contoh: [17:82] Wa Nu-Nazzilu min al-Qur’an-e Maa Huwa Shifaa-un
      Kata (nu-nazzilu) itu fi'il mudhori'. Maka jika mengikut hukum Mirza semua fi'il mudhori' itu berterusan, adakah Quran belum habis diturunkan sehingga kini?

      Fi'il mudhori' yang bersangkutan dengan perbuatan Allah dalam Quran merupakan peneguhan sebagai "kebenaran hakiki" atau "ultimate truth", iaitu dalam contoh yang diberikan bermaksud "Allahlah yang memilih", tidak ada kuasa lain.

      Contoh lain, [2:255] Ya'lamu Maa bayna Aydiyhim waMaa Khalfahum" (fi'il mudhori' ya'lamu) bermaksud "Allah benar-benar mengetahui apa yang ada di hadapan kamu"..

      Fikirkan, jika semua yang ada fi'il mudhori' mesti berterusan sampai bila-bila, bagaimana dengan ayat [110:1-2] Idzaa Ja-a Nashru Lla-hi wa lFathu. Wa Ra-ayta nNaasa Yadkhuluwna fiy Diyni Lla-hi Afwaajan
      (yadkhuluwna fi'il mudhori') bermakna "sedang melihat manusia berbondong-nondong masuk ke dalam agama Allah". Ini adalah peristiwa yang berlaku untuk Rasulullah SAW, di zaman Rasulullah SAW, bukanlah berterusan sampai bila-bila.

      Seperti saya katakan, jika saya gunakan "present tense" saya sedang menaip, adakah bermakna saya akan menaip tanpa henti? Atau saya perlu gunakan past tense "saya sudah menaip" pula? Atau Allah perlu berfirman "Quran sudah diturunkan" dan "manusia sudah masuk Islam berbondong-bondong" walaupun hal itu sedang berlaku kepada Rasulullah SAW?

      Sejak bila present tense @ fi'il mudhori' ni WAJIB BERTERUSAN sampai bila-bila? Cikgu bahasa mana yang ajar? Lainlah kalau guna perkataan "Li" atau "Sa" yang bermaksud AKAN dalam Bahasa Arab..

      Dan alang-alang kita bincang berkenaan fi'il ni, cuba saudara Julie Anna jawab masalah ni pula:

      Dalam an-Nisa' [4:156-158]

      [4:157] Waqawlihim inna Qatalna Almaseeha AAeesa ibna maryama rasoola Allah
      Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah".. (Qatalna fi'il madhi = telah membunuh)

      [4:158] Bal rafaAAahu Allahu ilayhi wakanaAllahu AAazeezan hakeema
      Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
      (Rafa'a fi'il madhi = telah mengangkat) (Inilah bahagian yang dikatakan oleh Ahmadiyah mengangkat = mati)

      [4:159] Wa-in min ahli alkitabi illalayu'minanna bihi qabla mawtihi wayawma alqiyamati yakoonuAAalayhim shaheeda. (Illa layu'minanna = melainkan ia AKAN BERIMAN fi'il mudhari')
      Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

      Dalam ayat di atas, Nabi Isa "telah disalibkan" [4:157] (fi'il madhi past tense) dan "telah diangkat" [4:158] (fi'il madhi past tense) tetapi "akan diimani oleh ahli kitab sebelum matinya" [4:159] (fi'il mudhari' future tense).

      Apa telah diangkat dan mati itu tidak sama, kerana ia belum mati dan akan diimani oleh ahli kitab sebelum kematiannya. Adakah hal itu sudah berlaku atau akan berlaku semasa kedatangan kedua beliau? Atau kesalahan tatabahasa Quran yang mulia?

      Saya sudah jawab soalan saudari, jadi sila jawab soalan ini. Terima kasih.

      Delete
    2. Alhamdulillah byk ilmu saudara JK
      Sesungguhnya perbezaan pendapat itu jua satu RAHMAT buat umat muslimin
      InsyaAllah dgn lbh lagi saudara kata Tuhan Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu malah Tuhan Pencipta Yang Agung

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. InsyaAllah dgn saudara mengenali sifat Tuhan Yang Maha Kuasa itu saudara akn lbh memahami kata itu

    Kalo saudara bandingkn kemampuan Tuhan Yang Maha Mengetahui siapa yg akan diangkat sbg nabi, maka tdk amat sesuai sekali dgn perbandingan yg saudara berikan itu - menaip

    Menaip adalah kemampuan manusia & jika sudah cekap menaip org itu akan boleh menaip sampai bila2 kecuali jika org itu ditimpakn kemalangan sehingga tangannya itu putus hilang, kemudian tidak boleh lagi mampu menaip atau pun kemalangan itu meragut nayawanya- jadi pekerjaan menaip itu tdk boleh diteruskn lagi

    Namun krn Allah itu Kekal Abadi Tidak ada Sekutunya Tuhan Yang Esa dariNya segala sesuatu diciptakan
    Maka, tdk mungkin kemampuan Tuhan itu bakal hillang di atas sebab sesuatu kejadian/peristiwa

    Saudara yg budiman renungkan lah ini dgn hati yg bersih...
    Saudara akan dpt melihat mata air rohani sumber ilmu demikian banyaknya dpt diambil manfaat jika dilihat dgn mata hati tanpa rasa ego diri
    InysyaAllah... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie Anna, nampaknya awak lebih gemar berbual-bual dan menukar topik daripada mencari kebenaran.

      Allah telah membezakan dengan jelas antara perbuatanNya "mengangkat" dan "mewafatkan", dan Nabi Isa AS akan diimani oleh setiap Ahli Kitab sebelum wafatnya. Tapi bagaimana pun, awak buat buta sahaja..

      Saya pun dah tunjuk masalah Ahmadiyah memahami fi'il mudhori'. Pun buat-buat tak faham. So, apa lagi dalil yang kalian nak, yang lebih jelas selain Quran dan Hadith?

      Sebelum mengakhiri, saya sampaikan amaran Allah kepada golongan seperti kalian dalam surah Al-Baqarah (2:118-121)

      [2:118] "Dan (orang-orang) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin."

      [2:119] "Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka."

      [2:120] "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

      [2:121] "Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

      Maha Benarlah Allah. Moga kalian beroleh hidayah.

      Delete
    2. Dalam surah Al-hajj (22):75, jelas disebut "Allahu yasthafi" (fiil mudhari), yang maknanya Allah memilih dan akan terus memilih Rasul-rasul (tanpa dibatasi waktu).
      A. Hassan memberi penjelasan hal yang terkait iaitu," Perbuatan yang sedang atau akan berlaku dinamakan fiil mudhari. Dalam Quran banyak terpakai fiil mudhari dengan tidak bermasa, seperti kalimah "yabda'u" dengan makna memulai (Yunus (10) 4). Kalimah "yukhlaqun" dengan makna dijadikan (Al Araf (7):191). kalimah "yasthafi" dengan makna memilih (Al haj (22): 75). Yakni dipakai kalimah kalimah itu dengan erti yang tidak terikat terikat dengan masa, iaitu dengan tidak dipakai tambahan 'akan' atau 'sedang'" (Al Furqan -Tafsir Quran, jilid IV, A Hassan-Guru Persatuan Islam, (Jakarta: Tintamas, 1962), hal 26-27

      Delete
    3. Kemudian Surah Al Araf (7):35, kata ya'tiya (datang) adalah fiil mudhari: "Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu Rasul-rasul daripada kamu..."
      Prof.Hamka menafsirkan sebagai berikut; " Sebab meskipun mulai diturunkan terhadap kaum Quraisy di Mekah, ia berlaku untuk selanjutnya bagi seluruh Bani Adam, selama bumi ini masih didiami manusia". (Tafsir Al Azhar-Juz VII, Prof.Dr.Hamka, PT Pustaka Panjimas, Jakarta, Edisi Baru-2007,hal 321.)
      Dalam Al Quran ada juga ungkapan "kata kerja masa lampau" (fiil madhi), tetapi terus terjadi sekarang dan yang akan datang. Contohnya:
      "....Maka Kami turunkan air (hujan) darinya, lalu dengan itu Kami mengeluarkan segala macam buah buahan. Demikianlah kami mengeluarkan orang orang mati (rohani) supaya kamu mengambil pelajaran". (Surah Al Araf (7)):58).
      Kata fa'anzalna atau menurunkan adalah fiil madhi (bentuk lampau). Tetapi proses penurunan hujan akan terus terjadi pada masa sekarang mahupun masa yang akan datang.
      Ungkapan "kun fayakun" (jadi,maka jadilah) adalah fiil mudhari. Kata kun seharusnya ditafsirkan sebagai proses yang memiliki dimensi waktu; bukannya tiba tiba berubah seperti dalam kisah lampu Aladdin.
      Dalam hal ungkapan fiil madhi saja, pada kenyataannya boleh terus berlangsung tanpa dibatasi waktu (seperti turunnya hujan) ; Apalagi fiil mudhari, proses itu akan tetap terjadi. Masalah bila waktu terjadinya, tergantung pada Allah Yang maha berkehendak.

      Delete
  19. Cadangan saya apa kata saudara mengunjungi kami & apa jua permasalahannya dpt disampaikn dgn cara terbaik.
    Saya kira pasti saudara juga jenuh utk menaip ini jadi kalau berbicara saling berhadapan, maka lbh mudah, jadi saudara juga dpt mengetahui dgn lbh saksama dari mubaligh agar tdk lah apa yg disampaikn seolah tdk membawa kebaikan
    Kita berlumba2 dlm mencari kebaikan & dimana ada kebenaran atau kesalahfahaman, disitulah kita selidiki
    Jadi nanti perbualan lbh bermakna & berfaedah membawa kebaikan buat kedua pihak
    Krn umat muslimin itu dikatakan 'kuntum khaira ummati' - umat yg terbaik pastinya apa jua jalan yg diambil utk atasi kesalahfahaman/pengertian diambil dgn jln yg terbaik...
    Berbesar hati kiranya mubaligh dpt bertemu dgn saudara
    Krn dlm Islam, walaupun berbeda agama tp kita eratkn hubungan sesama manusia 'hablun minnas' yang akn mendpt pula keredhaan Allah dgn 'hablun minallah'...
    InsyaAllah, jika Tuhan mengkehendaki menurutNya...

    ReplyDelete
  20. maksudnya??? Ada nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.... Man.. U called ur self a muslim???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah swt lebih tahu siapa yang patut dipilih sebagai Nabi, jadi kalau menurut Al_quran sudah terbukti bahwa boleh datang lagi Nabi atau rasul selepas rasulullah saw, siapa kita untuk menghalang kehendak Allah swt. (If not a muslim, what should we call ourselves?)

      Delete
    2. Jawapan pendek!

      Menurut hadis, nabi Isa akan datang selepas Nabi Muhammad SAW.

      Apa yang peliknya? Anonymous (It is also a kind of name??)

      Delete
  21. Sayupnya rasa hati tatkala mengenangkn bagaimana Baginda Rasulullah saw & para sahabat yg setia bermati-matian berjuang demi utk membuatkn bangsa Arab khususnya melafazkan kalimah syahadah malah agar seluruh dunia masuk ke pangkuan Islam.
    Tetapi alangkah sedihnya melihat keadaan umat Islam saudara semuslim sendiri malah ulamak-ulamak besar berusaha dgn gigihnya agar saudar muslim yg dirasakn tk ikut acuan mrk sendiri itu terkeluar dari Islam
    Hak samada Islam atau tidaknya seseorang itu terletak di tangan ulamak kah ? Atau hanya Allah yg tahu nilai keimanan ketauhidan seseorang... Renungkn lah ini dalam sedalamnya wahai saudara muslim sekalian & renugkanlha dgn rendah hati mudahan Rahmat Tuhan yg amat luas akan beserta... InsyaAllah.. Amin...

    ReplyDelete
  22. Bagaimana tafsiran Anda terhadap Surat AlBaqarah ayat 4 : " Dan orang - orang yang percaya dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (Muhamad) dan apa yang diturunkan sebelummu, dan mereka yakin akan akherat"
    Ayat diatas menjelaskan bahwa diantara ciri orang yang bertakwa adalah percaya dengan yang diturunkan kepada Muhamad dan SEBELUMNYA. Sedang Mirza Ghulam Ahmad adalah orang setelah Muhamad. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  23. Didalam Surat Al Baqarah ayat 4 dijelaskan bahwa salah satu ciri orang yang bertakwa adalah percaya kepada apa yang diturunkan kepada Muhamad dan yang diturunkan SEBELUM Muhamad. Sedang Mirza Ghulam Ahmad adalah orang SETELAH Muhamad, bagaimana bisa percaya dengan wahyu yang diterima Mirza Ghulam?

    ReplyDelete
  24. Kas deng.
    Wahyu yang diterima oleh Mirza Ghulam Ahmad bukan wahyu syariat.
    Ahmadiyah tetap percaya kepada Al-Quran kok.
    Wahyu yang diterima oleh Mirza Ghulam Ahmad memperkuatkan kedudukan Rasulullah saw dan juga meninggikan lagi kedudukan Al-Quran.

    ReplyDelete
  25. depa ngaku mirza kulam kadiq tu nabi maka memang deoa tu sesat la..siap kata mirza tu iman mahdi. gila ka apa..aku tgok mirza tu mcm sikh mabuk ja da hati ngaku nabi. kah౩

    ReplyDelete
  26. الحمد الله، بلوݢ داڤت ممبوݢ مندا عمة إسلام...يڠ سدڠ منچاري امام المحدي...برشكرله كڤد توهن يڠ منچڤتاكن كامو دري سبوكو داره بكو...

    ReplyDelete