Wednesday, February 1, 2017

Didikan dan Tarbiyat Anak

Dalam surah al-Mukmin para Malaikat mendoakan orang-orang mukmin:

"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Mukmin:8)

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda:-

"Tidak ada hadiah yang lebih bernilai dari tarbiyat yang terbaik yang datang daripada seorang bapa terhadap anaknya." (Tarmizi)

"Hormatilah anak-anakmu dan perbaiki akhlak dan adab mereka." (Ibnu Majah)

Semua ibu bapa menginginkan anak keturunan, tetapi tidak semua ibu bapa memberikan perhatian terhadap tarbiyat yang terbaik untuk anak-anak. Ada juga yang tidak berdoa untuk anak-anak mereka. Sepatutnya mereka berdoa kepada Allah dalam setiap solat untuk kebaikan anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang mengajarkan adat-adat yang buruk kepada anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang melihat adat buruk di kalangan anak-anak, mereka langsung tidak risau dan tidak memberikan amaran. Akibatnya, semakin lama anak-anak semakin berani melakukan kesalahan dan keburukan.

Ibu bapa seharusnya berusaha untuk memperbaiki anak-anak mereka dan jangan membiarkan kebaikan dan kesolehan dalam diri tidak diturunkan atau diwariskan kepada anak-anak mereka. Jadikan kebaikan dan kesolehan ibu bapa berterusan sehingga kiamat.

Jika tarbiyat dapat dilaksanakan dengan sempurna, maka ada jaminan keamanan dalam masyarakat, akan ada semangat di dalam diri anak-anak untuk melakukan pengorbanan.

Kita melihat ada anak lelaki yang tidak sekolah, tidak bekerja. Ibu bapa beranggapan, Allah telah berikan rezeki biarlah mereka makan dari hasil pendapatan kami. Tetapi, adakah mereka tidak terfikir bahawa Tuhan menjadikan dunia ini hanya untuk makan minum? Seorang raja pun tidak akan mahu melihat anaknya dalam keadaan seperti itu. Jika memang ada anak seperti itu, yang tidak mahu melakukan pekerjaan dan hanya membuang masa, maka secara perlahan-lahan akan membunuh kerohanian anak tersebut dan menuju ke arah kehancuran.

Tempat didikan yang paling baik ialah seorang ibu. Sebab itu kaum ibu harus berusaha memberi didikan yang sempurna. Kalau 50% dari seluruh kaum ibu dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik, maka sudah pasti akan wujud jaminan akan keselamatan anak keturunan dalam dunia ini. Anak-anak akan ramai yang cenderung kepada Tuhan.

Jadi, kaum ibu dan anak-anak wanita hendaklah menyedari tanggungjawab bahawa bukan hanya mereka sahaja yang perlu menjauhi hasutan syaitan, malah mereka juga hendaklah memastikan anak keturunan mereka jauh daripada perangkap syaitan.

Seorang wanita yang mengandungkan anak dalam rahimnya, seorang ibu yang menjaga anak dipangkuannya dan membesar bersamanya, seorang ibu yang memberikan tarbiyat terhadap anak-anak sebelum melepaskan anak-anak mereka ke persekitaran di luar rumah, supaya anak-anak tahu apa yang baik dan apa yang buruk.

Seorang ibu tahu apa yang perlu diberitahu kepada anak-anak tentang akhlak yang baik selain daripada menunaikan hak Allah. Seorang ibu boleh membisikkan di telinga anak-anak sejak dari kecil tentang hakikat tujuan mereka diciptakan ke dunia ini.

Inilah tanggungjawab setiap wanita dan ibu-ibu. Terutama sekali dalam era atau persekitaran zaman sekarang yang semakin pantas menuju kehancuran. Maka, tentunya tanggungjawab ini semakin besar. Apalagi apabila anak-anak sudah mencapai umur 12-13 tahun, yang mana mereka sudah ada rakan-rakan di luar rumah.

Dalam zaman moden yang penuh dengan serangan syaitan ini menuntut satu tugas yang sangat besar, yang tidak kalah besarnya berjihad di jalan Allah. Sebab itu pernah Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam ditanya oleh seorang wanita, 'kami ini tidak dapat pergi ke medan perang, adakah kami juga akan mendapat pahala jihad hanya dengan menjaga rumah dan memberi tarbiyat kepada anak-anak'? Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menjawab: 'sesungguhnya inilah jihad kamu, dan kamu akan mendapat ganjaran seperti jihad'.

Cuba lihat betapa tingginya kedudukan yang diberikan oleh Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam terhadap wanita. Jadi, sebenarnya wanita boleh, iaitu wanita boleh memberikan didikan agama dan akhlak yang kuat terhadap keturunan mereka.

Sebaliknya, kaum yang tidak memberi perhatian terhadap perkara ini, maka kerosakan akan mula melanda, baik di rumah, baik di sekolah, baik di persekitaran dan di mana sahaja anak-anak itu berada.

Secara kesimpulan, perhatian terhadap didikan dan tarbiyat anak-anak harus dimulakan. Perhatikan anak-anak, jawab pertanyaan mereka dengan bijaksana sekiranya mereka membawakan sesuatu isu dari luar yang bertentangan dengan akhlak yang baik. Kadang-kadang anak-anak lebih selesa dengan ibu dalam dalam berkongsi suatu isu. Jadi, dengar dengan teliti ucapan mereka dan jangan berlebihan dalam bersangka baik bahawa 'zaman kamu zaman kanak-kanak, berseronoklah. Dengan tindakan itu nanti mereka akan merasa selesa dengan persekitaran luar. Perhatian mereka akan lebih cenderung kepada dunia berbanding agama.

Ibu atau wanita lebih banyak masa dengan anak-anak. Jadi, beri perhatian lebih dalam didikan agama. Dalam berdoa juga, selain berdoa untuk kemajuan sekolah, pekerjaan dan keduniaan, doakan juga untuk kemajuan rohani mereka.

Semoga ibu-ibu diberi kemajuan dalam kerohanian untuk memastikan kemajuan rohani dalam anak keturunan.

>>>>>>>>>><<<<<<<<<< 

Penyusun:

Islah Deen - Mekah al-Mukarramah

Hukum Perayaan Maulid Nabi

Fadhilatus Syeikh al-Allamah Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya tentang hukum merayakan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam, maka beliau rahimahullah menjawab sebagai berikut:

Segala pujia hanyalah milik Allah semata Rabb semesta alam. Shalawat dan salam semoga terlimpah atas Nabi kita Muhammad sallallaahu alaihi wasallam, atas keluarga beliau dan sabahat-sahabat beliau serta orang-orang yang mengikuti beliau dengan baik sampai hari kemudian kelak, wa ba'du:

Merayakan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam tidak pernah terjadi di kalangan umat Islam, perayaan ini baru muncul pada abad keempat hijriyah. Perayaan Maulid ini tidak dikenal pada masa Sahabat, para tabiín dan tabi' tabiín.

Perayaan Maulid Nabi memerlukan dua argumentasi.

Pertama:

Penetapannya, iaitu penetapan Maulid Nabi dari sisi historinya. Belum ada penetapan yang pasti dari sisi histori bahwa Nabi sallallaahu alaihi wasallam lahir pada hari senin tanggal 12 Rabiúl Awal. Oleh kerana itu para ahli sejarah berbeda-beda pendapat. Sebagian pakar astronomi modern atau sebelum ini menyebutkan bahwa beliau sallallaahu alaihi wasallam lahir pada tanggal 9 Rabiúl Awal, bukan tanggal 12 Rabiúl Awal. Berdasarkan hal tersebut, penetapan Maulid Nabi tanggal 12 Rabiúl Awal belum bisa dipastikan kebenarannya.

Perkara Kedua:

Apabila ditetapkan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam jatuh pada hari tertentu, pertanyaan selanjutnya adalah, apakah bisa ditetapkan secara syarí tatacara perayaan tersebut dengan membaca dzikir dan shalawat atas Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam pada hari tersebut? Kadang-kadang ditambah lagi dengan sedekah-sedekah dan hidangan makanan? Terkadang juga terjadi percampur bauran laki-laki dan perempuan serta melantunkan iramah-iramah kasidah yang berisi pujian berlebih-lebihan terhadap Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Seperti yang diceritakan dari sebagian orang bahwa mereka melantunkan kasidah yang isinya sebagai berikut:

   Duhai makhluk yang paling mulia
   Siapakah tempat aku meminta perlindungan 
   Ketika musibah besar menimpa
   Selain dirimu
   Jika engkau tidak menuntun tanganku pada hari kiamat nanti
   Untuk mengampuni diriku
   Maka sungguh binasalah diriku ini
   Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah berkat kedermawananmu
   Dan sungguh engkau mengetahui ilmu yang ada di Lauhul Mahfudz dan
   Yang tertulis oleh Qalam (pena takdir)

Begitulah, sikap berlebih-lebihan terhadap Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam ini tidak diridhai oleh Allah dan Rasul-Nya. Kemudian penetapan perayaan Maulid Nabi ini perlu dalil syarí yang bisa dijadikan pegangan. Dalil dari al-Qurán atau Hadits Nabi sallallaahu alaihi wasallam. Atau dari amalan para sahabat (semoga Allah meridhai mereka semua), namun semua itu tidak ada. Tidak ada dalam al-Qurán, dalam Hadits dan tidak pernah pula diamalkan oleh para sahabat yang mulia, yang menunjukkan adanya perayaan Maulid Nabi ini. Dalil yang sering mereka gunakan adalah riwayat dari Nabi sallallaahu alaihi wasallam bahwa beliau ditanya tentang puasa pada hari senin, maka beliau menjawab: 

   Ïtu adalah hari aku dilahirkan, hari aku diutus menjadi Nabi atau hari diturunkan wahyu kepadaku."

Hadis ini tidak menunjukkan bahwa beliau sallallaahu alaihi wasallam lahir pada bulan Rabiúl Awal. Namun hanya menunjukkan keutamaan berpuasa pada hari tersebut, iaitu pada hari senin yang bertepatan dengan kelahiran beliau dan turunnya wahyu. Kemudian beliau tidak mengkhususkan amalan apapun pada hari tersebut selain yang telah disebutkan, iaitu berpuasa. 

Apabila perayaan Maulid Nabi ini dipastikan tidak ada dalam al-Qurán, dalam Hadits, dan juga amalan para sahabat (semoga Allah meridhai mereka semua), maka hukumnya adalah bidáh.

Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah memperingatkan umatnya dari bahaya bidáh dalam agama. Hingga beliau menyampaikannya dalam khutbah-khutbah beliau pada hari Jumaat. Beliau sallallaahu alaihi wasallam bersabda:-  

   "Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk adalah petunjuk Muhammad sallallaahu alaihi wasallam. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, dan semua bidáh (dalam agama) adalah sesat." 

Nabi sallallaahu alaihi wasallam menyatakan secara gamblang dan jelas bahawa semua bidáh (dalam agama) adalah sesat, tidak ada yang dikecualikan. Dan sudah dimaklumi bahawa apabila hal itu sesat maka amalan itu hanya membuat seseorang hamba bertambah jauh dari Allah, dan membuat nilai agamanya semakin berkurang.

Kemudian kami nyatakan, apakah yang mendorong mereka melakukan perayaan Maulid Nabi ini? Apakah rasa cinta mereka kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam? Ataukah pengagungan mereka kepada beliau? Ataukah mereka meniru kaum Nasrani yang menurut anggapan mereka merayakan kelahiran Isa alaihis shalatu wassalam?

Jika yang mendorong mereka adalah perkara pertama atau kedua, iaitu rasa cinta dan pengagungan, maka demi Allah kita bukanlah orang yang lebih besar pengagungan dan cintanya kepada Nabi daripada Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali serta para sahabat Nabi lainnya (semoga Allah meridhai mereka semua), namun mereka tidak merayakan Maulid Nabi.

Jika faktor yang mendorong mereka adalah yang ketiga iaitu meniru kaum Nasrani, maka tidak sepatutnya kita melakukan ibadah dengan cara meniru kaum Nasrani, berdasarkan sabda Nabi sallallaahu alaihi wasallam:

   "Barangsiapa meniru suatu kaum maka ia termasuk bagian dari mereka."

Kemudian kami bertanya kepada orang yang melakukan bidáh Maulid ini, apakah Nabi sallallaahu alaihi wasallam mengetahui bahawa hari kelahiran beliau harus dirayakan?

Jika jawabannya, beliau tidak mengetahuinya, bererti Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tidak tahu syariat Allah! Jika jawapannya beliau mengetahuinya, bererti beliau telah menyembunyikan sesuatu dari syariat Allah ini, kerana beliau tidak menyampaikannya kepada manusia.

Kedua konsekuensi tersebut tidak mungkin terjadi pada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, kerana beliau adalah orang yang paling tahu tentang syariat Allah, dan beliau adalah orang pertama yang mengamalkannya. Dan juga beliau adalah orang yang paling bersemangat dalam membimbing manusia kepada hidayah. Dan beliau adalah orang yang paling amanah dalam menyampaikan syariat yang diturunkan kepada beliau. Namun tidak ada satupun keterangan dalam sunnah beliau yang menunjukkan pensyariatan perayaan Maulid Nabi ini. Dengan demikian jelaslah bahawa perayaan Maulid ini adalah sebuah kekeliruan dari sisi historinya, kerana secara sepihak telah menetapkan hari tersebut, iaitu 12 Rabiul Awal. Dari sisi syariat juga keliru, kerana amalan ini adalah bidáh yang tidak disyariatkan oleh Allah, Rasul-Nya dan para Khulafaur Rasyidun serta para sahabat lainnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik pada kurun pertama, kedua dan ketiga. Sungguh indah penuturan Imam Malik rahimahullah berikut ini:

   "Tidak akan baik generasi akhir umat ini kecuali dengan sesuatu yang menjadikan baik generasi awalnya."

Kemudian kami katakan, dari hari ke hari perayaan Maulid ini adalah penyebab lemahnya semangat mengikuti sunnah Nabi. Seperti yang dapat kita saksikan, majoriti orang-orang yang merayakan Maulid ini semakin melemah dalam mengikuti Sunnah Nabi sallallaahu alaihi wasallam dalam banyak perkara. Ini adalah akibat buruk bidáh, iaitu pelakunya semakin bersemangat melakukan bidáh tersebut kemudian seiring dengan itu semakin lemah semangatnya mengamalkan sunnah-sunnah yang shahih dari Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam.

Jika ada yang berkata, aku merayakan Maulid ini untuk mengingatkan manusia kepada karunia Allah yang agung ini.

Maka jawapan kami, perayaan Maulid ini sendiri bukanlah kurnia Allah, seperti kurnia diturunkanya wahyu kepada beliau. Oleh itu Allah berfirman:

   "Sungguh Allah telah menurunkan kurnianya kepada kaum mukminin dengan mengutus ke tengah-tengah mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Qurán dan al-Hikmah, padahal mereka sebelumnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran:164)

Allah tidak mengatakan bahawa karunia itu diturunkan kepada kaum mukminin dengan dilahirkannya Nabi sallallaahu alaihi wasallam di tengah-tengah mereka.

Mengapa mereka tidak membuat perayaan bertepatan hari turunnya wahyu kepada beliau. Kerana itulah sebenarnya kurnia sempurna. Sebab sesungguhnya Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, sebelum beliau mendapat wahyu, bukanlah seorang nabi, bukan seorang rasul, tidak membacakan ayat-ayat Allah dan tidak pula mengajarkan al-Qurán dan al-Hikmah. Maka kurnia Allah itu adalah dengan diutusnya beliau menjadi rasul. Namun demikian, beliau tidak mensyariatkan perayaan diutusnya beliau menjadi rasul.

Maka saya menasihati saudara-saudara kaum muslimin agar lebih fokus untuk bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah yang shahih dari Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, dan meninggalkan apa-apa yang tidak sahih. Kerana Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tidak meninggalkan sesuatu pun yang diperlukan oleh umat ini dalam urusan dunia dan agamanya melainkan beliau telah menjelaskannya.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Dzar (semoga Allah meridhai beliau):

   "Sungguh Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam wafat sementara tidak ada seekor burung pun yang mengepakkan kedua sayapnya di udara melainkan beliau telah menyebutkan ilmu tentangnya kepada kami."

Seandainya merayakan hari kelahiran beliau atau hari diutusnya beliau termasuk syariat beliau, nescaya beliau telah menjelaskannya kepada umat beliau. Dan tentunya telah diamalkan oleh para Khalifah dan para sahabat beliau serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.

Semoga Allah memberi taufik kepada segenap kaum muslimin kepada kebaikan dan keshalihan serta menjadikan mereka orang-orang yang membimbing manusia kepada hidayah.

Pertanyaan:

Jika ada yang berkata, "Sesungguhnya perayaan Maulid Nabi sallallaahu alaihi wasallam termasuk salah satu wasilah dakwah" bagaimana menjawabnya?

Jawabannya, bagaimana mungkin bidáh bisa menjadi wasilah dakwah kepada agama Allah? Sementara Nabi sallallaahu alaihi wasallam telah bersabda, "Semua bidáh adalah sesat!"

Kesesatan tidak mungkin boleh menjadi wasilah dakwah kepada hidayah. Wasilah-wasilah dakwah sangat banyak, bukan dengan melakukan perayaan-perayaan bidáh. Apabila mereka berdakwah dengan wasilah seperti itu maka akan tertanam di hati orang-orang yang mereka dakwahi bahwa perayaan Maulid ini termasuk dalam Syariat. Maka seolah-olah kita telah mengajak mereka untuk melakukan sebuah bidáh.

Shalawat dan salam semoga tercurah atas Nabi kita Muhammad sallallaahu alaihi wasallam.

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Penulis:
Muhammad bin Shalih al-Utsaimin
Saudi Arabia.

Media Sosial dan Kesannya

Di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Dan di dalam Hadis juga ada menyebutkan bahawa godaan syaitan itu boleh menyebabkan manusia melakukan kejahatan.

Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dan menjadikan amalan manusia itu menjurus kepada kerosakan, malah dalam amalan kebaikan pun syaitan akan berusaha meletakkan sesuatu sehingga kebaikan itu bertukar menjadi kejahatan.

Sebenarnya syaitan adalah musuh manusia sejak dari dahulu lagi. Syaitan hendak memusnahkan manusia secara sembunyi-sembunyi. Pada syaitan, yang paling baik ialah dapat menyesatkan manusia. Sebab itu mereka berusaha sedaya upaya ke arah tersebut sehingga manusia benar-benar jauh daripada syurga.

Memang syaitan akan bertempiaran lari apabila ada manusia membaca LAA HAULA ...  dan ayat-ayat Al-Quran yang lain, tetapi tidak semudah yang disangkakan. Ucapan sekadar di bibir sahaja tidak akan dapat menghalau syaitan. Tetapi orang yang dipelihara dan diselamatkan oleh Allah ialah mereka yang sentiasa memohon pertolongan Allah Taála, dan mereka itu jugalah yang akan mendapat kejayaan.

Sebab itu dari zaman Nabi Adam as lagi beliau banyak berdoa kepada Allah setelah dipengaruhi oleh syaitan. ROBBANAA ZOLAMNAA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA WATARHAMNAA LANAKUU NANNA MINAL KHOOSIRIIN. Kemudian di akhir zaman ini pun cara untuk memerangi dajjal juga hendaklah dengan doa-doa.

Syaitan sekarang ini sudah semakin pandai dalam menggoda manusia. Tujuan mereka ialah supaya manusia tergelincir dari landasan dan menjadi rosak. Cara yang digunakan oleh syaitan begitu teliti sekali. Syaitan tidak akan menunjukkan kemusnahan yang besar sekaligus kepada manusia kerana mereka tahu manusia tidak akan mengikuti mereka. Syaitan akan menunjukkan keburukan kecil terlebih dahulu yang tidak dianggap sebagai keburukan oleh manusia. Sedikit demi sedikit sehinggalah manusia terperangkap dalam jerat syaitan.

Sebab itu orang mukmin diseru agar mendekatkan diri kepada Allah kerana hanya dengan cara itu sahaja manusia mendapat darjat ketakwaan sehingga mereka dapat mempergunakan anggota badan seperti mata, tangan, kaki, dan telinga dengan cara yang betul. Dan segala apa yang dilarang oleh Allah mereka akan tinggalkan.

Jadi, seorang mukmin bukan sahaja perlu meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah tetapi juga berusaha agar sentiasa sedar tentang serangan syaitan. Setiap saat sentiasa berfikir sama ada dia bebas daripada serangan syaitan atau tidak?

Serangan syaitan ada berbagai cara. Sekarang ini banyak ciptaan-ciptaan yang boleh menjerumuskan manusia terperangkap oleh syaitan. Sebagai ganti digunakan pada jalan yang betul, mereka menggunakannya untuk hal-hal yang dikhuatiri perangkap syaitan. Mereka semakin jauh dari ibadat, akhlak pun semakin rosak.

Kadang-kadang insan berfikir pendek. Ini hal peribadi saya, takda hubungannya dengan orang lain, kenapa orang lain sibuk memikirkan hal saya kalau saya menonton filem di internet atau TV sehingga larut malam?

Banyak perbuatan-perbuatan salah yang dilakukan oleh manusia. Dia hanya memikirkan bahawa orang lain tidak perlu ambil tahu dan tidak juga ia merugikan sesiapa kalau dia berbuat keburukan.

Jadi, perbuatan salah yang tidak diredhai oleh Allah akan menjauhkan seseorang dari ibadat dan juga tidak dapat menunaikan hak manusia. Minuman keras, perjudian, filem-filem kotor dan tidak bermanfaat, persahabatan yang terlarang. Hal ini banyak terdapat di kalangan anak muda dan mereka semakin rosak. Ia telah menjadi satu penyakit yang berkekalan. 

Ada beberapa TV channels, website yang tidak bermanfaat. Tetapi ada juga manusia yang mahu mempertikaikan "apa salahnya menonton". Tetapi ingatlah bahawa dengan selalu menontonnya akan menyebabkan keburukan terjadi, banyak rumah tangga yang hancur, dunia pun hancur dan agama pun hancur, anak-anak juga turut mengalami kehancuran.

Ingatlah sentiasa bahawa syaitan akan datang kepada manusia melalui pelbagai cara kerana ia telah berjanji untuk menyesatkan manusia sampai bila-bila.

Jadi, menggunakan ciptaan-ciptaan terbaru hari ini dengan cara yang tidak betul juga adalah satu serangan syaitan.

>>>>>>>>>><<<<<<<<<< 

Penyusun:
Islah Deen - Mekah al-Mukarramah